Wednesday, July 8, 2009
ANANDA KRISHNAN 2009 Dari Narobi ke Abu Dhabi
KUALA LUMPUR - Jika benar hartawan kedua terkaya di Malaysia, Tan Sri T. Ananda Krishnan mahu membeli kelab bola sepak England, Newcastle United, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukannya. Menterinya, Datuk Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, jika pembelian itu benar-benar berlaku, ia merupakan satu kebanggaan buat negara serta para peminat sukan di seluruh tanah air. Selain itu kata beliau, usaha oleh taikun media dan telekomunikasi negara itu juga diharap dapat memberi impak besar dalam perkembangan sukan tempatan. ''Malaysia harus melangkah setapak lagi ke hadapan dan memandang sukan sebagai satu industri (perniagaan), bukan kerana gaya hidup sihat dan kemenangan semata-mata. ''Kalau ia benar-benar berlaku, kita patut berbangga kerana orang Malaysia terlibat dalam satu transaksi (kewangan) yang begitu besar. Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Pertandingan Pasukan Sorak 2009 di sini, semalam. Diminta mengulas lanjut, Ahmad Shabery memberitahu, hasrat Ananda itu merupakan satu perhitungan perniagaannya. Akhbar Britain, The Sun kelmarin melaporkan Ananda dikatakan berminat membeli kelab yang diberi jolokan nama The Magpies itu pada harga 95 juta pound (RM547). Selain itu, hartawan tersebut juga dikatakan berada di tangga teratas dalam prospek pembeli kelab tersebut yang turut menarik minat beberapa konsortium lain.
Ulasan Saya :
1. Saya tidak setuju jika Ananda Krishnan membeli Newcastle. Ia hanya merupakan pembaziran.
2. Masyarakat India di Malaysia masih ramai yang miskin, adalah lebih baik utamakan pembangunan masyarakat India daripada melakukan pelaburan yang hanya untuk bermegah-megah ini.
3. Wang Malaysia (Ringgit) terlalu banyak mengalir ke luar negara. Hal ini kurang baik untuk ekonomi Malaysia. Cukai pendapatan/ keuntungan yang bakal dibayar oleh Ananda kelak pasti akan lebih banyak diberikan kepada kerajaan England.
4. Duit rakyat Malaysia yang menggunakan Maxis digunakan oleh Ananda untuk membeli pasukan bola sepak dari England - yang terang-terang menyokong dasar AS dan Israel bagi menghancurkan umat Islam.
5. Sebahagian kaum India di Malaysia tidak berpuas hati dengan kerajaan BN dan UMNO, serta menuduh kononnya kerajaan BN/UMNO selama ini tidak membantu kaum tersebut, lalu mereka menyokong PKR dan Anwar Ibrahim yang menghasut mereka kononnya dasar BN dan UMNO selama ini terlalu banyak menyisihkan masyarakat India. Hakikatnya, masyarat India seharusnya menyalahkan sebahagian daripada bangsanya sendiri yang kurang membantu dan menghulurkan sumbangan, tatkala mereka semakin galak mengecapi kejayaan, dan bukannya dengan menyalahkan dasar kerajaan atau DEB. Jika dasar UMNO/BN adalah zalim kepada kaum India selama ini, seperti mana yang sering diapi-apikan oleh Anwar Ibrahim dalam ceramahnya, maka pada saat ini janganlah kita bermimpi untuk melihat kekayaan dan kejayaan demi kejayaan yang dilakarkan oleh tokoh korporat berbangsa India, seperti Ananda Krishnan dan Tony Fernandes di bumi bertuah ini.
Kerajaan BN/UMNO membantu Ananda Krishnan menjadi billionaire adalah bermatlamat agar beliau membantu kembali kaum India di Malaysia yang rata-ratanya masih miskin dan memerlukan bantuan. Dengan sumber kewangan yang sangat besar, maka sudah tiba masanya seluruh masyarakat India di Malaysia menemui Ananda Krishnan serta mendesak beliau, agar lebih serius membantu kaumnya sendiri yang masih ramai dibelengu dengan kemiskinan dan kesusahan. Kita tidak mahu apabila tiba musim pilihanraya, masyarakat India begitu mudah menyalahkan Kerajaan BN dan UMNO, kononnya tidak membantu masyarakat tersebut. Padahalnya, masyarakat India mempunyai Tony Fernandes dan Ananda Krishnan yang kaya-raya, yang mana andaikata mereka benar-benar membantu masyarakat India di Malaysia, saya yakin dan penuh percaya, kaum India di Malaysia sama-sekali tidak akan bangkit serta berdemonstrasi, semata-mata mahu menyalahkan kerajaan BN dan UMNO, kononnya mereka melakukan kezaliman dan menindas kaum tersebut selama ini. Malah, pertubuhan seperti HINDRAF juga tidak akan muncul jika tokoh-tokoh besar korporat India ini, bersungguh-sungguh membantu kaumnya sendiri. Wallahualam.
Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri di 3:40 PM
Label: Corat-Coret
12 Ulasan:
Mohd Shubhi said...
There's no free lunch...
July 7, 2009 4:34 PM
HASRI HASAN said...
pada zaman begini, ada yang kehilangan pekerjaan, ada yang tak cukup makan... ada juga manusia yang memiliki duit berlebihan tak habis makan ...
kalau nak coverage diri, Newcastle pun dah bukan di english premier league..nak sangat beli kelab bolasepak..belilah wigan ke..
tapi kan elok kalau fikir balik...setelah kita mula dapat kekayaan di bumi Malaysia ini kita GIVE BACK sedikit yang kita nikmati..
July 7, 2009 4:44 PM
mrakunman said...
salam.. ulasan yang baik..perlu Shabrey Chik.. mempertimbang sokongannya terhadap hasrat jutawn ini.
July 7, 2009 5:02 PM
Anonymous said...
orang kaya malaysia 7C 2I 1M ...?????
July 7, 2009 5:22 PM
ZHARIF BADRUL said...
salam
apa yang nak dibanggakan?lebih baik duit tu bantu masyarakat india di negara ini.Buat sekolah ke,beri biasiswa ke etc
July 7, 2009 5:52 PM
Detguaq said...
Beli high chpparalpun tak sebanyak tu. Boleh pecah lot dan hadiah kat penduduk situ.
Hmmm....asal menumpang akhirnya jadi gampang!
July 7, 2009 7:35 PM
a kl citizen said...
duit dia... setakat kita menyalak kat sini tak lah jadi apa..
tapi, sy setuju ngan pdpt en. azli, patutnya dia membantu masyarakat dia semula.. itulah indahnya islam kerana adanya sistem zakat, mengingatkan orang kaya bahawa hartanya bukan hak mutlaknya sendiri..
July 7, 2009 8:01 PM
laki cikgu kimia said...
aku paling setuju no 3.
*tumpang baca jap
July 7, 2009 8:52 PM
Anonymous said...
kurang ajar punya burung gagak... asyik buat taik kat atas pokok... sekarang nak terbang jauh.. dahlah badan bau busuk
July 7, 2009 10:40 PM
Anonymous said...
kurang ajar punya burung gagak... asyik buat taik kat atas pokok... sekarang nak terbang jauh.. dahlah badan bau busuk
July 7, 2009 10:41 PM
Anonymous said...
anuar ibrahim pun bodoh dia tak sedar yang dalam pkr tu banyak burung gagak... apa punya anuar juburi yang bodoh sangat
July 7, 2009 10:43 PM
Anonymous said...
Nampak nya kempen Kerajaan "beli lah Barangan Buatan Malaysia " berkesan hanya untuk kerepek keropok dan kereta saje yang telah di adekan di KLCC ,dekat dengana menara Maxis..
Slogan ini dan kempen ini tidak di pakai langsung olih pembeli Kelab bola asing.
Sedih kerana slogan ini,tak di endah kan olih orang yang sangat rapat dengan atasan dan elit malaysia..
Orang ni yang jadi kaya dengan ihsan Rakyat Malaysia tak mahu sokong kepentingan Malaysia.
Sepatut nya dengan duit banyak tu (IRB dab BNM sila ambil perhatian) dia bolih biayaai FAM yang hidup segan mati perlahan.
kesian Malaysia ade warga negara pakai paspot Malaysia tapi beli aset luar negeri.
Ini lah contoh terbaik liberalisasi dan pasaran kewangan bebas di mana aliran wang keluar taade sape yang bolih kawal.
changkat lobak.
arjuna waspada.
July 7, 2009 11:11 PM
Post a Comment
Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
(sumber;http://azlishukri.blogspot.com/2009/07/ananda-krishnan-2009-dari-narobi-ke-abu.html)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment