Wednesday, July 8, 2009

Penjawat Awam Tikam Kerajaan Dari Belakang?



Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah mengagaskan formula 'ABCDE' untuk meningkatkan kualiti dan integriti penjawat awam di seluruh negara. Kalau kita perhalusi satu persatu huruf-huruf dalam
formula 'ABCDE' ini, ia ibarat tonik paling mujarab yang harus dijadikan panduan terbaik untuk para penjawat awam melaksanakan tugas dengan sempurna.

Huruf A yang membawa maksud 'AMANAH' memperihalkan akan peripentingnya untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan oleh majikan dan juga kerajaan. Jangan mengkhianati kepercayaan yang diberi ini dengan membuat sesuatu yang boleh merosakkan integriti kerja seperti 'mencuri tulang',mengamalkan rasuah atau bersifat
bengis terhadap pelanggan. Jika amanah itu menjadi pegangan, pasti akan begitu minimum atau tidak kedengaran langsung keluhan dan komen negatif pelbagai pihak terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam.

Konsep pekerja yang bersifat ulul albab dizahirkan melalui huruf B yang bermaksud 'BIJAK'. Ulul albab dalam sektor awam "merangkumi semua pekerja daripada pembantu am rendah hinggalah kepada ketua jabatan " adalah mereka yang bijak
dan matang mencerna ilmu pengetahuan yang dimilikinya tidak kira ia bersifat duniawi atau ukhrawi untuk membuat kerja dengan baik, berkongsi kepakarannya dengan orang lain, dan sentiasa cuba mendapatkan keredaan-Nya dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang agama.

Sasaran Huruf C untuk 'CEKAP' menggagaskan bahawa penjawat awam perlu mampu mencapai standard kerja yang ditetapkan organisasi dan menepati masa yang ditetapkan. Seseorang penjawat awam perlu mewujudkan sistem ˜aras tanda" iaitu mewujudkan sasaran-sasaran kerja yang realistik dan cuba untuk mencapai bahkan mengatasi tahap
pencapaian tersebut.

"DEDIKASI" yang direfleksikan oleh huruf D mengajak penjawat awam untuk memberikan sepenuh tenaga, buah fikiran dan usaha ke arah pembangunan organisasi secara spesifiknya dan sektor awam secara umumnya. Dedikasi yang tinggi dalam bekerja akan mewujudkan apa yang dipanggil 'sense of belonging' yang menzahirkan rasa sayang dan sikap kebertanggungjawaban terhadap organisasi.

Manakala huruf E pula membawa erti "EFEKTIF". Efektif yang dimaksudkan adalah kerja yang dibuat memberikan kesan yang bermakna kepada diri penjawat awam itu sendiri, organisasi dan terutamanya pelanggan. Umpamanya, jika seseorang operator talian aduan awam sesebuah jabatan menerima panggilan telefon daripada pelanggan, unsur efektif akan wujud hanya apabila aduan pelanggan itu diambil tindakan yang sewajarnya oleh semua pihak dalam jabatan tersebut dan memuaskan hati pelanggan tersebut.

Ramuan 'ABCDE' ini bukanlah terhad sekadar elemen-elemen tersebut sahaja, bahkan jika ada unsur-unsur positif diwakili sehingga ke huruf Z sekalipun, ia perlu diamalkan dalam bekerja dan diyakini membantu seseorang penjawat awam itu mencipta kesempurnaan dalam bekerja. Rasionalnya, sehingga bila-bila sektor awam akan sentiasa
"berkhidmat kepada rakyat" dan perkhidmatan yang diberikan perlulah kekal di kelas pertama.

Walaubagaimana pun setelah membaca satu artikal dalam blog Parpukari yang bertajuk 'BILAKAH PEGAWAI KERAJAAN AKAN BERUBAH SIKAP?'Saya berpendapat kekalahan BN di 5 buah negeri dalam pilihanraya ke 12 yang lalu bukan hanya terletak dibahu ahli-ahli politik atau wakil rakyat semata-mata tetapi turut dipertanggung jawabkan ke bahu penjawat-penjawat awam. Ini kerana ahli-ahli politik atau ahli-ahli parlimen adalah pembuat dasar sedangkan penjawat awam adalah pelaksana dasar.


Saya membuat petikan daripada tulisan tersebut antaranya:

'terlalu banyak perkara yang mengejutkan saya, antaranya dalam isu tanah..hampir semua daerah mempunyai masalah yang sama. Isu geran, isu teroka tanah secara haram dan pelbagai lagi masalah yang tidak sepatutnya berlaku, masih berlaku dalam tahun 2009 ini'

Ada penduduk yang telah berpuluh tahun tidak mendapat geran, ada yang telah tinggal puluhan tahun tapi akhirnya tanah tersebut menjadi milik pihak lain..kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Sedangkan sistem pemerintahan yang ada sudah cukup lengkap..ada Ketua Kampung, ada Penghulu, ada Pegawai Daerah, ada Wakil Rakyat, ada Pengarah Tanah, ada Exco dan ada Menteri Besar. Masalahnya semua pihak ini tidak menjadikan budi bicara sebagai amalan dalam menjalankan tugas, tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan jika semua pihak menggunakan pendekatan mengutamakan budi bicara terlebih dahulu semasa menjalankan tugas.

Sebagai contoh yang pernah saya alami, ketika saya memohon permit pembantu rumah di salah sebuah Jabatan Kerajaan, saya terpaksa berulang-alik sebanyak 5 hari berturut-turut kerana masalah yang sangat kecil, pada hari ke-6, saya sudah mula merasa rimas kerana masalah yang tidak juga selesai, saya bertanya kepada kerani yang menjaga kaunter dengan nada yang agak tinggi, saya bertanya apakah tidak ada cara lain untuk menyelesaikan masalah saya atau saya perlu menjerit sekuat hati di depan khalayak ramai..dan akhirnya kerani tersebut memberitahu saya yang ianya boleh diselesaikan dengan budi bicara pegawai atasan beliau..saya mendesak untuk berjumpa dengan pegawai tersebut dan akhirnya saya dapat berjumpa dengan pegawai atasan tersebut..amat mengejutkan saya apabila urusan kecil yang telah mengambil masa saya selama 6 hari telah dapat diselesaikan dalam masa tidak sampai 3 minit! Terlalu mudah jika mereka mahu membantu dan menggunakan budi bicara.

Begitu juga pandangan saya dalam banyak kes yang berlaku dalam kes tanah atau apa saja masalah rakyat..yang menjadi masalahnya apa juga masalah orang politik, Menteri Besar jugalah yang akan dipersalahkan..malahan ada pegawai kerajaan selalu menggunakan Menteri Besar sebagai tempat untuk dipersalahkan..sebagai contoh:- Jika berlaku kes kecurian pasir di satu tempat, apabila ada protes maka akan ada pihak yang mengatakan 'kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini adalah kuasa Menteri Besar', sedangkan pihak yang berkata begitu adalah pegawai penguatkuasa, kes kecurian pasir bukan masalah Menteri Besar! Itu adalah tanggungjawab pihak penguatkuasa, tetapi untuk mengelak dari dipersalahkan, maka Menteri Besar yang menjadi mangsa..

Saya juga tertarik dengan komen-komen yang diberikan berdasarkan tulisan di atas, antaranya:

'Sebenarnya saya telahpun kemukakan laporan penuh risikan dan siasatan saya ke peringkat tertinggi pimpinan Negara, termasuk juga satu naskah untuk YAB Menteri Besar Perak. Saya melakukan ini adalah dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas mahu Kerajaan Yang ada Sekarang dapat mengubahnya gelagat penjawat-penjawat awam yang telahpun saya laporkan. Ia amat penting untuk diterjemahkan dan di ambil tindakan segera, kerana ia menjadi impak paling besar terhadap kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sedia ada.

Sila halusi dan ambil tindakan segera. Memang tidak dinafikan bahawa Pejabat Daerah & Tanah lah yang paling banyak menjadi rungutan rakyat. Oleh itu, cara yang terbaik adalah mengenakan tindakan disiplin kepada pelaku-pelaku ini. Siasatan perlu dilakukan dan SPRM perlu meletakkan pegawainya untuk menyamar sebagai kakitangan Pejabat tanah, ini boleh dilakukan dengan kesepakatan Pimpinan Ketua2 Jabatan, melainkan Pemimpin ini juga terlibat sama dalam kegiatan rasuah. Kerana setiap pergerakan fail perlu ada imbalan duit suapan. SPRM perlu bertindak segera.

IMEJ KERAJAAN SEKARANG AKAN TERUS TERCEMAR DISEBABKAN PELAKU-PELAKU INI. Tindakan berat perlu diambil bila sudah cukup bukti, biarlah kita hilang satu pegawai, tetapi rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerajaan.
Satu lagi punca yang jelas dapat dilihat adalah kakitangan itu sendiri adalah penyokong kuat pembangkang, so, mereka akan bertindak untuk membantutkan usaha-usaha kerajaan untuk menambaikkan mutu perkhidmatan, dengan itu, rakyat akan terhasut dan percaya akan hasutan ini. Oleh itu, saya juga menyarankan agar satu badan bebas bagi meneliti pergerakan mereka, jika didapati mereka telah menyalahgunakan perkhidmatan memboikot dan mengadu-domba dikalangan pegawai, maka tindakan tegas perlu di ambil segera. Kita sepatutnya mengawal "barah ini dari merebak membawa parah" agar usaha-usaha kerajaan dengan melaksanakan KPI tidak terbantut. Cegahlah ia sebelum parah.

Antara komen lain yang menarik dan kontroversi:

Tolong pi siasat, banyak kakitangan kerajaan di kalangan guru dan pekerja hospital terang-terangan menentang kerajaan. Mereka buat-buat tak tahu, bahawa kakitangan kerajaan mana boleh terlibat dengan politik. Mereka lupa, masa mula-mula kerja dulu, mereka telah angkat sumpah akan taat setia kepada kerajaan yang memerintah. Sekarang ini bukan setakat menentang, malah ada yang terang-terangan memburuk-burukkan kerajaan.. walhal mereka lupa gaji yang mereka peroleh adalah daripada kerajaan yang mereka hina dan keji. Saya memohon agar kakitangan kerajaan yang menentang kerajaan sendiri dikenakan tindakan tatatertib.

Ketua-ketua jabatan harus melapurkan salah laku kakitangan di bawah mereka, terutama yang tak ada kerja lain, hanya mencerca kerajaan. Yang hairannya, bila dapat BONUS, merekalah antara kakitangan yang TERamat gembiranya. Lupa bahawa bonus yang diperoleh juga daripada kerajaan.Oleh itu, besarlah harapan saya, agar kakitangan kerajaan yang didapati menentang kerajaan DILUCUTKAN jawatan mereka, diisi dengan orang-orang yang setia kepada kerajaan.

Saya juga memohon, MB Perak yang baru, pi round hospital-hospital kat Perak, pi round sekolah-sekolah kat Perak,pi round jabatan-jabatan kerajaan di Perak.. dapatkan feedback tentang mereka-mereka yang didapati petualang dalam jentera kerajaan. Ambil tindakan segera sebelum parah.
JANGAN LUPA, KEBANYAKAN KAKITANGAN KERAJAAN YANG RAJIN BERSEMBANG DAN CURI TULANG ADALAH DI KALANGAN MEREKA YANG ANTI KERAJAAN.

Bagaimana komen anda pula?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Posted by amirhamzah64 at 7:05 AM
17 comments:

arifomar said...

saya setuju dato. pandangan saya sebelum ini ( dalam post yang lepas2 ) memang ini semua/ sebahagiannya salah pelaksana dasar . mereka inilah yang masih lagi tidor dan tidak buat kerja serta sabobatj kerana berpihak kpada pembangkang. perlaksanaan dasar dibuat indah tak indah. seperti PG sarankan sebelum ini sepatutnya kakitangan kerajaan ini dikenakan tindakan disiplin yang keras agar MB-MB dan pemimpin kerajaan/negara tidak lagi dipersalahkan.
July 6, 2009 10:11 AM
wakilrakyat said...

pegawai kerajaan yang buat keje tak betul, harap nak makan gaji buta sahaja, dah tu siap jadi penyokong PAS pulak terutamanya cikgu sekolah dan pensyarah. Depa buat salah tapi rakyat akan kata kerajaan yang salah, lemah dan tak boleh diharap. Penjawat awam mcm ni seharusnya di pecat.
July 6, 2009 11:21 AM
Panglima Perang Cyber said...

salam.

saya dah sebarkan artikel menarik ini dalam senarai YM saya.

syabas tuan.
July 6, 2009 4:39 PM
alidamahmod said...

salam,

tidak dinafikan mmg ramai kakitangan kerajaan yang pro pembangkang... yang ada tu terlalu berani sampaikan pasanga kain rentang PKR depan rumah sedangkan isi rumah tu, isterinya pegawai besar kerajaan, anak2 semuanya masuk universiti tajaan kerajaan... sedih dengan perangai yang sebegini...seperti kacang lupakan kulit..
July 6, 2009 5:45 PM
mohd fuad said...

saya teramat bersetuju dengan apa yang tuan nyatakan ini....saya pernah mengutarakan kenapa berlaku perkara ini?tidakkah yang memainkan peranan itu adalah dari golongan pegawai atasan @ PTD?

bila mana saya mengutarakan persoalan kenapa Pemimpin Mahasiswa Yang Pro Kerajaan @ PRO ASPIRASI di IPT tidak di ambil atau diserapkan ke jawatan PTD atau pegawai kerajaan!

persoalan yang ditanya itu bukan kepada KSN? tetapi kepada YAB PM dan ini saya copy paste kan jawapan daripada blog ONE MALAYSIA!harap tuan2 dapat menilai apa keberkesanan prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan itu bersesuaian untuk menangani masalah yang kita alami bila berurusan di kaunter agensi kerajaan!tidak adakah pemimpin tertinggi melihat perkara ini!ini dia email jawapan PM:-


Emel tuan kepada YAB Perdana menteri telah diterima dan diberi perhatian.

YAB Perdana Menteri mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang
diberikan selama ini. Penglibatan diri dengan perwakilan pelajar di IPTA
bertujuan untuk mengasah bakat dan kebolehan bagi menjadi pemimpin yang
mampu berkhidmat kepada masyarakat.

Untuk makluman tuan, kuasa perlantikan seseorang kakitangan awam adalah di
bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Proses peperiksaan
dan temuduga dijalankan bagi memilih kakitangan yang benar-benar layak
menurut syarat-syarat yang telah digariskan.

Untuk berkhidmat dan menyokong kerajaan memerintah tidak semestinya tuan
perlu menyertai jentera kerajaan. Dengan menceburi bidang swasta juga tuan
boleh menyumbang ke arah pembangunan negara dan masyarakat. Tuan boleh
membantu kerajaan memerintah dengan melibatkan diri dengan aktiviti yang
menjana ekonomi negara dan seterusnya menjadi contoh kepada pelajar-pelajar
bahawa pemimpin mereka tidak pernah berputus asa dalam mendokong misi dan
visi kerajaan.

Sokongan tuan dan rakan-rakan amatlah dihargai dan diharapkan dapat
membantu meraih sokongan dari dalam jentera kerajaan maupun jentera swasta,
insya-Allah.

Sekian, terima kasih.

والسلام


p/s: kalau perkara sebegini tidak diambil peduli oleh pemimpin tertinggi kerajaan sudah pastilah ianya akan memberikan cerita yang sama sebagaimana artikel tuan...mohon tindakan dan perhatian segera pihak atasan dan tertinggi kerajaan BN!
July 6, 2009 5:45 PM
Teja said...

mungkin mereka, tp yg pastinye bukan sy coz sy menyokong penuh kepimpinan yg menerajui malaysia tika ini...
July 6, 2009 6:04 PM
Azhari said...

Tahniah Sdr dengan paparan yang diterbitkan. Saya menyokong penuh kandungan email tersebut dan pihak2 berkenaan wajib mengambil iktibar dan ertindak untuk memulakan siasatan dalam sendiri bagi mendapatkan kebenaran maklumat tersebut dan bertindaklah sewajarnya sebelum terlambak. Jangan Kerajaan yang ada ni rebah oleh tindakan tidak berhemah kakitangan kerajaan yang menabur onak dari dalam. Ibarat umpama, api dalam sekat, bahayanya tak nampak tetapi ia boleh menghancurkan. Kepada YAB Perdana Menteri & YAB Menteri Besar Perak, lihat-lihat lah juga lapuran risikan yang KAMI (Kesatuan Anak-Anak Muda Islam Perak buat dan kemukakan, ia adalah senada & seiring dengan apa yang dinyatakan oleh Sdr Amirhamzah. Jika telah makin ramai menyatakan kebimbangannya, maka ia adalah berasas, so, tolong lah siasat dan buatlah pembaikan dan atasi segala kepincangan tersebut dengan tegas dan berhemah, Insya Allah Rakyat akan senantiasa bersama Kepimpinan sedia ada. Rakyat hanya perlukan keikhlasan kepimpinan dalam mentadbir Kerajaan, berhemah, rakin, amanh dan bertanggungjawab. Buatlah dan pimpinlah Negara ke arah Kejayaan yang sama-sama dapat dikecapi oleh Rakyat Jelata. Berinteraksilah dengan Rakyat secara dekat, Rakayat bukan nakkan wang ringgit dari YB2 semua, apa yang dikehendaki adalah mendekati mereka, dengar keluhan dan rintihan mereka dan berusaha untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi. Berjasalah kepada Rakyat yang telah mengundi untuk ANDA semua. Cara mendekati rakyat secara berkesan dan teramat mudah, adalah dengan berjemaahlah bersama-sama mereka, terutamanya pada waktu solat maghrib, kerana semasa menunggu waktu maghrib dapatlah berbual-bual secara santai dan tanangi masalah mereka, berdiskusi dan terangkan hala tuju kerajaan samada di Negeri mahupun Negara amnya. Biar mereka tahu apa yang Kerajaan buat, lepas maghrib sambunglah semula sampai waktu Isyak, inilah cara dan kaedah terbaik bagi mendaki rakyat, tiada protokol dan hanya bersahaja. Inilah yang rakyat mahukan. Pembangkang terutamanya PAS telah melakukannya mereka berjinak-jinak di Masjid2 dan mempengaruhi pemikiran rakyat. jadi BN/UMNO wajib juga berbuat demikian, buatlah sebelum rebah!!!!.

Ikhlas dari Azhari Hj Abu
TYDP Kesatuan Anak-Anak Muda Islam Perak.
July 6, 2009 6:37 PM
Taminsari said...

Salam Sdr.Amir...

Bagi saya yang bekerja di syarikat swasta yang berorentasikan bisnes profit terasa amat perit diwaktu kegawatan sekarang. Tidak ada kenaikan gaji dan bonuspun dikurangkan dan silap-silap tidak diberi lagi jika keadaan berterusan? Memang betul apa yang disuarakan oleh saudara bahawa memang terdapat ramai kakitangan kerajaan yang " menikam kerajaan dari belakang "..dan saya rasa kerajaan pun tahu, cuma tiada tindakan diambil?

Jika dilihat kembali semasa pemerintahan Tun Abdullah dimana banyak tuntutan dari pihak kesatuan Pekerja telahpun di penuhi. Mendapat kenaikan gaji yang ketara, mendapat bonus tetap setiap tahun dan faedah-faedah yang lain dan jika dibandingkan dengan pihak swasta sekarang memang swasta ketinggalan. Dan tidak dapat dinafikan ramai pekerja2 swasta sekarang ingin mencuba nasib untuk bekerja dengan kerajaan.

Tetapi yang peliknya, mengapa mereka-mereka yang suka mencuri tulang, menikam kerajaan dari belakang ini masih mahu menerima gaji dari " TUAN " yang dikhinati oleh mereka sendiri. Halalkah "gaji" yang diterima oleh mereka-mereka ini? Mengapa tidak ada " fatwa" dari Parti yang dikatakan memperjuangkan Islam mengenai perkara ini kerana saya yakin mereka mengetahuinya. Ataupun tahu tapi buat-buat tak tahu.

Jika selama ini mereka menyalahgunakan ugama untuk kepentingan politik dan kuasa, maka tidak hairanlah jika sekarang mereka menyalahgunakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka untuk kepentingan periuk nasi mereka?
Wallahuallam.

Salam perjuangan
July 6, 2009 9:09 PM
Anak Lenggong said...

Aku taknak komen panjang..sebab kalau pasal keje korang udah buat komen..cuma yang aku nak komen adalah yang melibatkan kakitangan kerajaan yang menjadi penyokong kuat PAS dan PKR..aku rasa golongan ini baik lah letak jawatan sebab sebagai kakitangan kerajaan korang semua membawa mesej daripada pemerintah iaitu ketua korang...memang laa undi menjadi hak korang tetapi sebagai saorang anak buah dan dibayar gaji oleh tuan mu korang sepatutnya bersama dengan tuan mu untuk mertadbir negara..bukannya memusnahkan negara..sekali lagi aku katakan sekiranya korang berpihak kepada pembangkang elok lah korang letak je jawatan..banyak lagi orang yang sanggup menjadi kakitangan kerajaan yang setia.
July 6, 2009 9:48 PM
zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Saya setuju dengan tomahan saudara itu. Ramai kakitangan awam yang menikam kerajaan dari belakang. Mereka ni golongan yang tidak tahu berterima kasih. Dah di bagi cekik di mencekik balik. Sepatutnya mereka ini saya cabar untuk meletakan jawatan dan buat kerja sendiri atau dengan parti yang mereka sokong, baru mereka tahu.

Jika tak diberi bonous atau naik gaji mereka ni lah yang menyalak dengan kerajaan.

Walaubagaimana pun masih ramai yang lagi yang tetap setia dengan pihak kerajaan dan menyokong penuh kepimpinan yang ada. Mereka ni harus dipuji dan diucapkan tahniah.

Biar pun saya berkerja sendiri, saya tetap menyokong penuh banyak usaha kerajaan dalam membangunkan agama Islam dan bangsa Melayu.
July 6, 2009 10:20 PM
zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Tahu tak apa. Saya dah lama merasakannya. Mereka yang di dalam banyak yang nak keluar PKR tetapi malu-malu asam. Bak kata pepatah Di Telan Busuk Di Dalam, Di Luar takut Muntah.

Begitulah hakikatnya.
July 6, 2009 10:21 PM
TokMudim said...

Salam Tuan Amir

Aku tabik hormat kat Tuan, sememang tuan ni cerdik kerana sedia menerima teguran ...tidak seperti blogger BPN yang lain bodoh biul.

Cerdik Punya Melayu
July 6, 2009 10:29 PM
buah kelapa turkey said...

As sheikh : memang benar kata ente, orang ni memang suka tikam dari belakang kerana mereka semua mengikut contoh dari mentornya......kan....kan.....kannn..depa kata "aduh...ketat keliling.."
July 6, 2009 11:24 PM
Orang tua said...

Salam Sejahtera Bro.

Bukan saja kakitangan yang masih berkhidmat, mereka yang telah PENCEN pun sama.

Sedarlah diri sikit. Buka mata dari tidor je kerajaan bayar pencen. Kalau padam tak bangun-bangun. Bini plak yang dapat. Bini padam anak2 yg masih blajor pun dapat.

Tu pun mereka masih sokong pembangkang. Patutnya tarik saja kemudahan yang kerajaan beri kpda bahalol-bahalol ni.

Beranak sampai mati pun kerajaan tanggung. Tu pun masih nak menentang.

Kalaulah anak depa yang buat cam tu kat depa. Apa kata mereka.
Kacang lupakan kulitlah, tak mengenang budi lah dan macam-macam lagi.

Jadi kepada penjawat awam dan pesara yang masih sokong pembangkang tu. Baik kerja dengan parti pembangkang, anak2 antar kat skolah swasta semuanya swasta jangan guna kemudahan yang kerajaan sediakan.

Dan yang PENCEN tu, tak payahlah ambik pencen tiap2 bulan HARAMMMMMMMMMMMMMMMM...........

p/s: Maaf. lepas geram kat org PENCEN tak sedar diri
July 6, 2009 11:45 PM
DATU SULAIMAN said...

Soal kakitangan kerajaan, guru atau pensyarah menyokong pembangkang adalah hak politik. Saya kagum dengan kakitangan yang sokong pembangkang ni sebab kebanyakkan mereka ni bersikap profesional dan prestasi kerja jauh lebih baik daripada yang mengampu kerajaan..Berkenaan gaji yang mereka terima, itu bukan duit kerajaan, itu duit rakyat, rakyat yang bayar cukai...Kalau ada diantara tuan-tuan yang tidak pun membayar apa-apa cukai, bermakna anda tiada hak dalam duit rakyat atau yang anda semua sebut sebagai duit kerajaan tu..bermakna anda semua menjadi liabiliti saja kepada kerajaan..sedar diri sikit !
July 7, 2009 2:14 AM
Orang tua said...

Salam Sejahtera Bro,

Syabas........!

Nampaknya tulisan bro dah menarik sorang lagi rakan perjuangan Tuk Mudim.

P/S : Siapa makan lada di rasa pedas. Dah ada orang terasa dgn tulisan dan komen BPN.
July 7, 2009 8:14 AM
amirhamzah64 said...

Salam bro arifomar,
Kunci ayat bro adalah pelaksana dasar sabotaj kerajaan. Zaman Anwar dulu dah lama kena tukor.

Salam wakilrakyat,
penjawat awam yang makan gaji buta mencerminkan kerajaan yang tidak cekap. Kerajaan juga yang salah. Beranikah Najib mengambil tindakan dalam keadaan kerajaan yang lemah sekarang?

Salam Panglima Perang Cyber,
Terima kasih bro...

Salam alidamahmod.
Perkara ini dibiarkan menyebabkan bilangan mereka bertambah ramai.Apa makna sebuah kerajaan jika pelaksana dasar tidak menjalankan tugas yang diamanahkan? Bukan sahaja kacang lupakan kulit tetapi 'kufur nikmat'

Salam Mohd fuad.
Sewajarnya kakitangan kerajaan perlu menjalankan tanggungjawab terhadap kerajaan semasa. Kalau kerajaan yang memerintah itu kerajaan BN maka sewajarnya lah mereka menjalankan tugas sebagai pekerja, pengarah atau apa saja jawatan kepada kerajaan sedia ada. Jika kerajaan ini tumbang dan digantikan dengan kerajaan yang baru maka taatsetianya juga seharusnya kepada kerajaan yang baru itu. Penjawat awam akan kekal yang berubah adalah pemimpin politik.

Salam Teja.
Sekurang-kurangnya Teja telah membuat keputusan bijak, tepat dan betul.

Salam Azhari.
Setiap antara kita sama ada ahli politik, penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat jelata mempunyai tanggung jawab masing-masing. Jalankan tugas masing-masing. Buat keputusan terbaik untuk negara bukan untuk kepentingan diri sendiri dan pihak-pihak yang tidak boleh menyumbang kepada kepentingan negara. Rakyat Perak perlu belajar daripada kesilapan supaya kesilapan tidak berulang.

Salam Taminsari.
Kadang-kadang kerana nafsu serakah kita terlupa untuk bersyukur. Kita lepaskan nikmat yang ada sedang nikmat yang kita kejar belum pasti.Penjawat awam dari pang kat besar ke pekerja biasa harus memikirkan dengan waras atas tanggung jawab dan amanah kerajaan. Jika sudah benar-benar tidak selari adalah lebih baik bekerja sendiri. Kitalah bos kitalah kuli.

Salam Anak Lenggong.
Satu pergi seribu yang datang. Ada beribu lagi yang menganggur di luar sana.

Salam bro zedmagel.
Kerja sendiri pun kena ada kerajaan yang baik dan stabil. Berapa ramai yang hendak menyahut cabaran bro tu? Mereka buat pekak badak aje....hehehe

Salam TokMudim.
Ko jangan puji-puji aku. Esok ko maki aku bila aku tulis yang tak sehaluan dengan ko. Ini perangai Anwar dengan Nik Aziz. Aku tulis yang aku rasa aku kena tegur walaupun daripada pihak kerajaan atau pembangkang. Ko jangan sangka aku ni tulis dapat upah. Duit aku dah cukup, cuma aku mahu kerajaan yang bagus supaya nyawa dan harta aku selamat. Ada faham bro.....

Salam buah kelapa turkey.
Hehehe bro, jangan perli perbicaraan yang belum berlangsung. 'Ketat keliling' tak sedap bro, kesat rasanya. Tapi yang itu pun ada orang suka. hehehe

Salam Orang tua.
Orang pencen kata, dulu masa sedang bekerja bolehlah taat pada kerajaan tapi dah pencen boleh lah bebas. Tapi pencen ambik juga. Tu sebab orang pencen sekarang cepat mati, tak lama makan duit pencen. Badan tak sihat selalu berembun dengor ceramah. Dah pencen tu buatlah cara pencen.......masih banyak dapat imbuhan walaupun duduk goyang kaki.....tak gitu bro? Tapi bukan semua orang pencen begitu.......

Salam DATU SULAIMAN.
1.Dia orang ni ada aku janji bro janganlah pulak mungkir janji.
2.Kalau nak menentang pun jangan tunjuk, tidak elok untuk imej penjawat awam. Lepaskan di peti undi apabila pilihanraya. Tak siapa tahu kerana undi adalah rahsia. Disiplin la sikit.
3.Kerja dengan amanah dan jujur bukan mengampu namanya.
4.Kalau setakat bayor cukai RM12 setahun jangan minta lebih-lebih berbanding dengan apa yang kita dapat sekarang.Itupun kalau bayor cukai, tapi ramai yang lari dari cukai. Orang ni yang cakap lebih2 dan tak pernah nak berterima kasih jauh sekali nak bersyukur.

Salam Orang Tua,
Biorlah...negara demokrasi. Rakyat boleh pilih ikut suka hati mereka. Tetapi penjawat awam ada displin yang perlu dipatuhi.
July 7, 2009 10:58 AM

Post a Comment
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


(sumber;http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com/2009/07/penjawat-awam-tikam-kerajaan-dari.belakang)

No comments: