Tuesday, April 28, 2009

Apabila Timbalan Menteri Main Serkap Jarang ?


27 April 2009


Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin menegur tindakan Timbalan Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan yang cuba mahu mendapatkan publisiti murahan kononnya telah 'menangkap' dua doktor di Hospital Kuala Lumpur yang dituduh tidak menjalankan tugas mereka.

Beliau berada di Hospital tersebut pada pukul 10.30 pagi 26hb April 2009 kerana menziarahi seorang pelajar universiti yang terlibat di dalam kemalangan.

Saravanan mendakwa bahawa tiada doktor yang merawat pesakit-pesakit di bilik kecemasan dan doktor-doktor yang bertugas sedang berada di dalam sebuah bilik.

“I was shocked to find one doctor reading a newspaper and the other doing his own stuff.

“This should not be the way doctors work. The patient should come first. Furthermore, it is the emergency unit, which is supposed to be fast in dispensing treatment,” an irked Saravanan told Bernama.

He said he reprimanded the doctors and demanded to see a superior who, he said, appeared after 30 minutes.

“After that, those waiting were promptly treated. This should not be the way government hospitals work, " he said. - The STAR

Akan tetapi, maklumbalas awal seperti di dalam The STAR melaporkan bahawa kedua-dua doktor itu baru saja habis shift kerja mereka. Dan Pengarah HKL mengatakan :-

She said HKL’s investigation showed that there were only eight patients and 20 relatives waiting for treatment and that none of the patients were in pain as stated by Saravanan.

HKL doctors, she said, were hard-working but added that they were human, too. Reading a newspaper in the doctor’s room should not be interpreted as a sign of irresponsibility, she told Bernama. - The STAR

Jika berdasarkan kepada keterangan pengarah HKL dan laporan The STAR, Saravanan telah tersilap memberi maklumat kepada para media. Masaalahnya ialah para pembaca akan memandang serong profesion doktor dan doktor-doktor yang bertugas di HKL.

Padahal, Saravanan yang sebenarnya bersalah dan tidak profesional untuk memastikan bahawa isu yang beliau laporkan itu sahih serta berbincang dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan di dalam media.

Mungkin beliau mahu bertindak sebagai hero ketika itu. Tapi hero pun akan meminta maaf jika tersilap!

(sumber;http://novandri.blogspot.com/2009/04/apabila-timbalan-menteri-main-serkap.html)

komen zmsegamat;

1. sebenarnya perkara ini biasa berlaku dan anak saya sendiri pernah jadi mangsa ketidakperhatinan mereka ini,

2. mereka sibuk berbual2 dan bercerita.

3. Kerana telah 'lali' sebab dah lama berkhidmat dan perasaan belas kasihan mereka dah luntur, mereka tidak menghiraukan keadaan pesakit yang sedang diberi rawatan di wad kecemasan. yang mungkin sedang mengalami kesakitan sewaktu proses rawatan.

4. Keadaan ini terjadi mungkin mereka beranggap mereka 'kebal' kerana peraturan di dalam wad kecemasan adalah kawasan larangan dan family tidak benarkan bersama pesakit semasa di rawat, kecuali bagi mereka yang 'berkuku tajam' maka bolehlah mereka meneman pesakit yang sedang dalam proses rawatan.

5. tapi bukan semua, ada ramai yang berdidikasi, dan bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengira penat dan lelah. Malangnya bagai peribahasa melayu 'seekor kerbau membawa lumpur ke hospital, habis mercik merata-rata'.

3 comments:

pernah kena juga said...

actually , benda ni memang berlaku.

hari tu kat hospital sg buloh, sama je condition nya

kalau tak caya, apa kata try perkhidmatan tu dulu..

baru bagi comment

Anonymous said...

bukan kutuk doktor atau staf kesihatan, tetapi mmg keadaan begitu..

saya pun selalu gak baca paper, sms, patients menunggu diluar..

kalau setakat dibawa kepada pengurusan hospital, rasa2nya senyap disitu jerla..

kalau dibawa kepada media, semua para pekerja kesihatan diseluruh MALAYSIA akan berhati2-takut perkara yang sama akan berulang kepada mereka, betul tak?

tapi untuk pengetahuan semua, menjadi staf kesihatan mmg mencabar, memenatkan, melayan karenah org ramai..kadangkala org akan berkata 'kalo penat baik duduk rumah, goyang kaki, jgn kerja' sedangkan mereka tak tau..biler dah tahu, ternganga jer..

zm.azami said...

pernah kena juga; dan
Anonymous:

sebenarnya perkara ini biasa berlaku dan anak saya sendiri pernah jadi mangsa ketidakperhatinan mereka ini,

sebab mereka sibuk berbual2 dan bercerita.

tambahan pula mereka tidak menghiraukan keadaan pesakit yang sedang diberi rawatan di wad kecemasan. yang mungkin sedang mengalami kesakitan sewaktu proses rawatan.

sebab di dalam wad kecemasan adalah kawasan larangan dan family tidak benarkan bersama pesakit semasa di rawat. kecuali bagi mereka yang 'berkuku tajam'

tapi bukan semua, ada yang berdidikasi, dan bekerja bersungguh-sungguh,malangnya bagai peribahasa melayu 'seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata'.