Sunday, April 12, 2009

Sedarlah diri, Samy Vellu

Sunday, April 12, 2009
Sedarlah diri, Samy Vellu

Baru pulih dari demam dan batuk, tiba-tiba tersedak dan batuk lagi apabila membaca laporan portal berita mengenai rasa tidak puashati presiden MIC, si Samy Velu terhadap kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kononnya parti itu merasakan kaum India telah dianaktirikan dan sedang merancang menarik diri daripada menjadi parti komponen BN.

Kononnya presiden yang tidak reti-reti nak pencen itu kurang puashati kerana wakil MIC tidak diberikan jawatan menteri kanan. Dey! Sepatutnya Samy berterima kasih kerana PM masih lagi mengekalkan beberapa orang MIC, iaitu Dr S Subramaniam, SK Devamany dan M Saravanan (yang pada pendapat saya memang layak dikekalkan).

Hakikatnya, Samy Velu seorang sahaja yang merasa begitu kerana dia sebenarnya yang mengidam dilantik semula dalam kabinet! Penglihatan Samy semakin rabun agaknya dan tidak "nampak" bahawa kaum India sendiri sudah tidak mahukannnya. Ramai kawan saya berbangsa India berkata, mereka bukan benci MIC, tetapi mereka tidak tahan lagi dengan Samy. "Selagi si Samy itu ada, MIC tidak relevan lagi bagi kami," kata mereka.

Saya juga pernah tinggal dengan keluarga India, serta menyewa bilik dan berkongsi rumah dengan mereka. Saya juga ramai kawan-kawan India, baik dari golongan biasa mahupun profesional. Ramai daripada kaum India yang saya kenali juga tidak mahu menyertai MIC atau lari dari parti itu kerana tidak tahan lagi dengan Samy. Biarlah sertai parti lain, walaupun pembangkang, asalkan tidak ada Samy," begitulah luahan mereka.

Samy juga dikatakan mempertikaikan perlantikan presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dey, tengoklah pencapaian dan kelayakan akademik Tsu Khoon dan bandingkan dengan diri sendiri!

Juga, perhatikan keperibadian Tsu Khoon yang bijak, berhemah tinggi, disenangi semua kaum, mesra rakyat dan mempunyai latarbelakang pendidikan yang bukan calang-calang!

Dey! Samy! Ukurlah baju di badan sendiri dan pandang diri anda di cermin lama-lama dan tanya diri sendiri, sejak menerajui MIC, adakah anda benar-benar memperjuangkan nasib kaum India di peringkat pertengahan dan bawahan atau memperjuangkan "kesenangan" saudara mara sendiri?

Kalau MIC nak keluar BN, biarkan sahaja. Saya yakin banyak lagi parti mewakili kaum India yang boleh dipelawa menjadi parti komponen BN. Kalau MIC mahu mendakwa bahawa barisan kabinet PM tidak mencerminkan statusnya sebagai parti ketiga terbesar dalam BN, tanya balik pada diri sendiri, berapa puluh kerusi MIC menang pada PRU yang lalu?
Read more...
Nukilan Noor Hasilah Ismail at 8:24 PM , 1 comments
Labels: MIC, Samy Vellu
(sumber;http://noorhasilahismail.blogspot.com)

No comments: