Thursday, April 16, 2009
Sahihkah Fairus letak jawatan ADUN Penanti
Apr 16, 09 1:26pm
Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.
Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.
Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".
Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR.
"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.
Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.
Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.
DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus
memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namany.
Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri.
Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas.
Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan
Berikut adalah kenyataan penuh Fairus hari ini:
Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.
Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.
Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.
Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.
Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan.
(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/102483)
Thursday, April 16, 2009
Maklumat Tidak Sahih
Benarkah Fairus Kosongkan Kerusi Penanti?
Benarkah bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumunmkan meletakan jawatan Adun Penanti yang berkuat kuasa hari ini? Berita itu dilaporkan oleh protal berita dwibahasa.
Bagaimana pun laporan itu boleh dipertikaikan kerana ada perkadasan dalam laporan itu.
Perenggan pertama laporan itu menyebut Mohamad Fairus mengumumkan perletakan itu berkuat kuat hari ini. Bermaknanya secara automatik dari segi hakikatnya dia tidak akan menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Penanti lagi.
Speaker DUN Pulau Pinang akan mengesahkan perletakan itu apabila menerima surat rassi daripada Mohammad Fairus sekiranya benar Adun itu membuat keputusan yang memang dinanti-nantikan itu.
Apa yang mengelirukan di perenggan akhir laporan berkenaan disebut, Mohamad Fairus akan tetap menghadiri sidang DUN Pulau Pinang minggu depan. Apakah erti dan maksud laporan berkenaan? Kalau dia sudah berhenti apakah dia berhak untuk menghadiri sidang dewan lagi?
Laporan itu memetik kenyataan perletakan jawatan oleh Mohamad Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR.
Kekeliruan ini diharap dapat diperbetulkan oleh protal berkenaan mengenai kesahihan laporan mengenai Mohamad Fairus itu. Atau pihak PKR hendaklah membuat penjelasan segera agar ia tidak terus menjadi teka teki. [wm.kl. 2:40 pm 16/04/09]
Posted by mso.im at 2:36:00 PM 0 comments
Labels: BERITA
(sumber;http://msomelayu.blogspot.com/)
komen zmsegamat; umpama peribahasa melayu; angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment