14 April 2009
Samy Vellu sekarang dah jadi macam Hindraf dah. Tak dapat apa yang dituntut mereka mengugut. Terbaru tok Samy mahukan para wakilnya dalam Kabinet Najib tarik diri dan keluar dari kabinet. Sebabnya sangat bodoh iaitu MIC tak dilantik Menteri Kerja Raya!
Aku tak faham kenapa tok Samy beriya benar nakkan kementerian jaga tol ni. Oh... mungkin di sini banyak lubok emas yang boleh didulang oleh tok Samy atau puak2 MIC. Maklum dulu masa dia jadi menteri jaga tol berpuluh tahun, masih tak cukup nak bina mahligai di India sana, maka terpaksalah cari jalan nak dapatkan balik Menteri Kerja Raya.
Masa Samy jadi menteri jaga jalan ini khabarnya banyak emas di dulang oleh Samy dan kroni-kroninya daripada projek bina jalan, bina jambatan, naikkan tarif tol hinggalah iklan2 kat gerbang tol pun khabarnya milik "Vellu & Co." Betul ke tidak tak dapatlah aku pastikan.
Yang aku diberitahu oleh seseorang dalam PLUS, iklan2 kat gerbang tol itu milik anaknya.
Lagipun khabarnya projek pembinaan lebuh raya dengan kerjasama konsortium dari India masih belum selesai. Itu kompeni India siapa punya pun tak pastilah.. Mungkin SPRM boleh siasatlah!
Jadi sebab itulah gamaknya Samy sangat-sangat mahukan Kementerian Kerja Raya dan bukannya kementerian lain. Sebab rupanya "perjuangannya belum selesai".
Samy... samy... sudah-sudahlah. Kami tahu apa yang kamu inginkan. Kepada Najib/Muhyiddin, jangan duk layan orang tua yang kemarut kuasa ini.
(SUMBER;http://mesintaipburuk.blogspot.com/)
No comments:
Post a Comment