Thursday, April 30, 2009
Mat Sabu KAYA!!
Dalam berita bertajuk "Lim minta maaf salah info elaun Mat Sabu," Malaysiakini melaporkan:
Ketua menteri hari ini memohon maaf kepada DUN Pulau Pinang kerana memberi jawapan salah berhubung isu pelantikan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, sebagai pengarah Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB).
Lim Guan Eng memohon maaf kerana jawapan yang diberikan ketika menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri hari ini, berbeza dengan maklumat yang diberikan dalam jawapan bertulisnya kepada Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua), lapor Bernama.
Menurutnya, Mohamad hanya dilantik sebagai pengarah bukan bebas di perbadanan itu dan menerima elaun tetap RM500 sebulan dan elaun mesyuarat sebanyak RM300 setiap kali menghadiri mesyuarat.
Sebelum ini dalam berita bertajuk "ADUN bidas Mat Sabu dapat banyak elaun," Utusan Malaysia 23/4/09 melaporkan:
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hari ini membidas pelantikan serta pemberian elaun kepada Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Mohamad Sabu yang dilantik baru-baru ini.
Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, selain mendapat elaun RM1,500, beliau juga menikmati elaun luar kawasan melibatkan jumlah yang sama sedangkan Mohamad yang juga Naib Presiden Pas difahamkan berasal dari negeri ini.
Malah, beliau mendakwa, elaun tetap Mohamad sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bebas juga lebih daripada yang diterima Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan juga Ahli Lembaga Pengarah Tidak Bebas PBAPP.
''Saya pun hairanlah, mengapa beliau ini istimewa sikit sampai dibayar elaun luar kawasan, entahlah kita pun tak tahu mungkin dia duduk di tempat lain," katanya sambil disambut gelak ketawa ADUN BN pada sidang DUN di sini hari ini.
Maka marahlah Jasmin apabila dia berkata:
"Kerana jawapan yang tidak betul diberikan, saya telah membuat komen dan bercakap bohong kepada rakyat mengenai perkara ini.
"Macam mana jawapan boleh berbeza, adakah tidak disemak terlebih dahulu sebelum diberikan kepada kami".
Tetapi, saya rasa Mat Sabu bodo. Tak naik-naik darjah daripada berdemonstrasi dan kena tangkap. Akibat dari berita itu, khabarnya dia dah dok sebut-sebut banyak kali nak berhenti sebagai Ahli Lembaga Pengarah PBAPP. Ceritanya, dia bukan saja dijerkah supaya berhenti oleh kawan-kawannya malah Kak Normah isterinya dok hingaq tak habis suruh dia berhenti. "Takat banyak tu punya duit, Kak Normah pun boleh bagi kat Abang Mat," cerita seorang kawan dari Puchong kepada saya (Mat Sabu dok di Shah Alam. Selalu la kawan di Puchong tu pi rumah Mat Sabu).
Saya dok pikiaq dalam hati, awat yang bodo lughuih bendui sangat! Bukannya pi menyamun PBAPP. Pi mesyuarat bagi opinion, orang bagi duit. Bukannya jenayah!
Tapi saya dah lama kata bodo bila saya diberitahu oleh seorang kawan bahawa Mat Sabu pernah ditawarkan sebagai CEO sebuah syarikat dengan gaji lebih kurang RM15,000 sebulan.
Tetapi, menurut kawan itu, dia tolak. "Kalu aku terima, tak amanah aku ni. Aku bukan reti pun buat kerja tu," kawan tu petik Mat Sabu kata.
Dalam hati saya kata: "Elle lehhh... Lurus sangat pulaaak. Takut tak amanah konon. Orang nak bagi gaji macam tu punya sedap, tak nak. Bodo!"
Sekian saya melaporkan apa yang saya baca, dengar dan kata dalam hati saya.
Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca at 4/27/2009 05:20:00 PM
(sumber;http://penarikbeca.blogspot.com/2009/04/mat-sabu-kaya.html)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment