Wednesday, April 8, 2009

Menang kerusi meja tergadai




Menang sorak...kampong tergadai

Kawan selalu melihat politik dari sudut yang simple saja.Sebab itu sepanjang berkampong lebih seminggu di Bukit Gantang Kawan lebih banyak ‘ pusing-pusing ‘ di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Sepetang kerana di situlah paling ramai pengundi Cina.

Tak payah tanya professor yang ijazah berkajang dari universiti tentang analisa mereka yang akademik pasal keputusan pilihanraya kecil 7 April.Ini kerana jawapan sudah boleh nampak kalau kerap ke kawasan yang dulunya nama Port Weld itu.

Sambil cari mee udang dan gulai ikan sembilang di gerai sekitar Kuala Sepetang banyak cerita yang Kawan Kawan dapat.

Beberapa petugas kempen BN yang Kawan kenal baik kerap mengeluh tentang jenuhnya nak ‘ senyum ikhlas’ dari kalangan pengundi Cina semasa mereka pergi dari rumah ke rumah mahupun masa program ceramah diadakan.

Ikut cakap depa bukan senang nak ubah pendirian para pengundi Cina di situ yang nampak sudah set mahu kasi bungkus BN menerusi bekas MB Nizar Jamaluddin.

Sebab tu tidak ramai petugas BN yang terkejut bila tengok keputusan pilihanraya Bukit Gantang dimana pertambahan majoriti lebih 1,000 yang menyokong PAS dari dari Kuala Sepetang.

“Sebab musababnya...faham-fahamlah sendiri.Nak buat macam mana depa pegang undi penentu,”kata seorang petugas BN pada Kawan.

Di dua lagi kawasan Dewan Undangan Negeri di Bukit Gantang iaitu Trong dan Changkat Jering undi Melayu baik pada BN dan PAS tidak banyak berganjak.

Dalam bab ini baik PAS,PKR atau DAP tak payah nak susah-susah terpekik sana sini kata makin ramai pengundi Melayu dah sokong depa.

Juga dalam bab ini ramai yang bertanya apa peranan parti komponen parti komponen BN yakni MCA dan Gerakan yang patut buat kerja sakan tawan hati pengundi Cina.Begitu juga halnya dengan MIC dengan pengundi India.

Ada juga yang Kawan dengar merungut jentera UMNO memang kerja all out baik masa kempen dan pada hari pengundian.

Sebaliknya kehadiran jentera MCA dan Gerakan tidak begitu terasa.

Selak balik ke pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu,hal yang sama jelas jadi punca kekalahan BN di situ tempoh hari.Para pengundi Cina di Kuala Terengganu juga jadi penentu.

Kalau jenguk ke Bukit Selambau pun kita sama-sama boleh buat rumusan dua kali lima.

“Nampaknya kita takat boleh menang sorak ajelah. King maker depa juga,”keluh kawan tadi.

Kawan: Peminat filem 'Singapura dilanggar todak'

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_830b94fd-7f000010-65178400-7af19611)

1 comment:

TAAVEEKUN PERAK said...

Rakyat perlu disedarkan bahawa PAS, PKR dan DAP adalah satu pakatan yang RAPUH. Malaysia akan menjadi kucar kacir jika budaya politik mereka diterima umum dan menjadi majoriti. Mereka membawa budaya memberontak, merapu, fitnah, berbohong dan cakap tak serupa bikin. Kalau inilah yang disukai oleh rakyat Malaysia, tidak hairanla Malaysia akan hancur. Kerana, jika diorang berjaya membentuk kerajaan dengan cara demikian, tidak mustahil diorang juga berdepan dengan masalah yang telah mereka perkenalkan.. jadi macam Thailand.. hampeh! Masa tu UMNO pulak yang mengamuk.. bestnyer sekali sekala dapat mengamuk.. he, he, he.. (Jangan marah, sebab kalau UMNO mengamuk masa tu pon sebab ikut perangai buruk pembangkang masa sekarang.. Masa tu lagi best sebab UMNO boleh buat apa sahaja atas dasar kebebasan yang dilaungkan PAS,PKR dan DAP. UMNO tak perlu takut kena tangkap sebab masa tu ISA diorang dah hapuskan..ye ke?.. Fikir2kan la implikasinya dari perbuatan kamu wahai PAS, PKR dan DAP. Buanglah budaya yang boleh menghancurkan Malaysia)
Bagi saya hanya pemimpin yang TIDAK KORUP MINDA dan POKETnya sahaja yang mampu untuk melaksanakannya. UMNO yang bersih dan berani akan membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat malaysia.