Monday, May 31, 2010

Pelatih PTD yang jalani latihan ala komando meninggal dunia


Pelatih PTD yang jalani latihan ala komando meninggal dunia


2010/05/31

Norhashimah Wahid
KLANG: pelatih Pagawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Norhashimah Wahid, 30, yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahiman (HTAR), di sini akibat jangkitan paru-paru ketika menjalani latihan ala komando di kem latihan di Banting, meninggal dunia jam 6.40 pagi tadi.

Ibu kepada seorang anak itu, yang sebelum ini bekerja di sektor perbankan, mula menjalani latihan asas itu sebagai syarat kelayakan untuk menjadi PTD.

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelatihPTDyangjalanilatihanalakomandomeninggaldunia/Article)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kritikal selepas latihan ala komado
Oleh Badrul Kamal Zakaria
bhnews@bharian.com.my
2010/05/31


Norhashimah Wahid

Pelatih PTD alami jangkitan paru-paru serius

KLANG: Seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami jangkitan paru-paru yang serius ketika menjalani latihan intensif ala komando di sebuah kem latihan di Banting, dekat sini.
Norhashimah Wahid, 30, yang baru mengikuti latihan selama tiga setengah bulan itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, sejak empat hari lalu.
Ibu kepada seorang anak itu, yang sebelum ini bekerja di sektor perbankan, mula menjalani latihan asas di situ sebagai syarat kelayakan untuk menjadi PTD.

Abang ipar Norhashimah, Zulyusri Zainal Abidin, 33, berkata mangsa pernah mengadu tidak sihat dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan ketika menjalani latihan tetapi hanya disahkan demam biasa sebelum kembali ke kem terbabit.

“Norhashimah pernah memberitahu tenaga pengajar yang beliau mahu pulang ke rumah untuk berehat tetapi dimaklumkan, jika enggan meneruskan latihan, beliau perlu menjalani semula latihan berkenaan selepas dua tahun,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di pekarangan bilik Unit Rawatan Rapi HTAR, di sini, semalam.

Zulyusri berkata, walaupun masih dalam keadaan lemah, adik iparnya itu dikatakan dipaksa menjalani latihan sama selepas bersetuju meneruskannya.
“Melihatkan keadaan Norhashimah yang lemah, beberapa rakannya mencadangkan beliau supaya berhenti atau mengambil cuti dan cadangan berkenaan dipersetujuinya.

“Bagaimanapun, seorang tenaga pengajar datang ke tempat Norhashimah sebelum memaksanya kembali meneruskan latihan.

“Ketika Norhashimah mahu mengambil sehelai jaket untuk mengurangkan kesan demam, tenaga pengajar terbabit merampas jaket berkenaan dan menyuruhnya terjun ke dalam sebuah parit berlumpur,” katanya.

Zulyusri berkata, selepas beberapa hari, keadaan Norhashimah menjadi semakin lemah serta tercungap-cungap sebelum beberapa rakan pelatih membawanya menemui tenaga pengajar di situ supaya dihantar menjalani rawatan di Hospital Banting (HB).

“Norhashimah hanya ditempatkan di wad HB selama sehari dan pernah memohon pihak kem supaya memaklumkan keadaan dirinya kepada keluarga tetapi tidak diendahkan, sebaliknya tiba semula di kem itu, beliau diarah menjalani latihan walaupun masih lemah.

“Adik ipar saya kemudian jatuh pengsan selepas keadaannya bertambah teruk. Tenaga pengajar kemudian membawanya menjalani rawatan di HB sebelum dipindahkan ke HTAR. Beliau kemudian disahkan mengalami jangkitan paru-paru berair (pneumonia) yang menyebabkannya sukar bernafas,” katanya.

Zulyusri berkata, keluarga Norhashimah berhasrat membuat laporan polis mengenai dakwaan pihak pengajar dan pengurusan kem terbabit yang didakwa gagal menjaga kebajikan pelatih dan berkemungkinan menyaman pihak terbabit jika dakwaan itu benar.

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kritikalselepaslatihanalakomado/Article)

zmsegamat kata: Al-Fatihah dan takziah buat keluarga arwah, dan saya menyokong supaya keluarga arwah membuat laporan polis mengenai dakwaan pihak pengajar dan pengurusan kem terbabit yang gagal menjaga kebajikan pelatih PTD, demi keselamatan pelatih-pelatih PTD yang lain..

12 comments:

Anonymous said...

antara latihan yang ditempuhi oleh Norhashimah dan rakan-rakannya semasa modul jati diri itu ialah meminum air stokin dan direndam di dalam lumpur.

Anonymous said...

Anon. 3:08, jgn nak tambah..... cuma hadiahkan beliau al-fatihah dan ambil tindakan selanjutnya... ok???

n.ajis said...

Apa perlunya latihan komando untuk pembuat dasar seperti PTD? Adakah dengan mengikuti kursus komando dapat menghasilkan pembuat dasar terbaik? Di negara maju, pembuat dasar diambil daripada universiti terbaik, lalu diperah akal mereka yang bergeliga! Bukan membunuh mereka dengan dengan cara paling tidak berperikemanusiaan!

Captain said...

Tenaga Pengajar semua tak ada akal dan perasaan...lepas ni mengadap CO hangpa...bodoh mcm kayu...tenaga dan ajutan latihan...

Dia org training jadi PTD, bukan Komando...pakai akal sikit..lamax duduk dalam tentera pakai kepala lutut utk berfikir...

papaYA said...

Anonymous 1: Jangan reka cerita sekiranya anda tiada bukti atau tidak berada di tempat kejadian.

Anonymous said...

Arwah ni satu batch ngan aku, yg tgh g DPA skrg nih...pada aku, aku harap sgt2 org2 yg berkenaan revise balik modul jatidiri yg PASKAU handle skrg nih...semoga perkara ini dipandang serius sbb kami first batch yg kene gi modul ni, sbb modul ni dibuat untuk menggantikan modul OBS yg skrg dh xde...training ala komando, yes mmg betul...rendam dalam lumpur, dm laut segala bagai..pd aku, modul polis, tentera dan bomba tu ade gak relevannye n ada gak kenangan manis untuk dikenang tp modul jatidiri ni sebaliknya...tolongla revise balik modul ni...aku kesian sgt tgk anak arwah masa kami g pengebumian die td...kecik lg, baru 2 tahun...tak faham ape2...

Anonymous said...

iss.. suka lak tambah2 crite, jgn sbb sorang yg jd nila, rosak plak susu sebelanga..hadiahkan alfatihah untuk arwah.itu lebih baik.

Anonymous said...

Aku salah sorang yg ikut latihan nih. Tuduhan minum air stokin tu adalah penipuan yg besar. Kawan2! tlg laa jgn tunjuk yg PTD ni ada gak kaki pembohong. Memalukan diri sendiri jer. Kita bersikap adil dlm semua keadaan. Just my 2 cents...

Anonymous said...

salam..yang tak tahu menahu tlg lah jgn buat2 tahu..kawan2 arwah seramai 140 org yang bersam beliau ketika di sana lebih mengetahui ape yang berlaku..jgn smp satu ayat yang anda sendiri tak tahu kebenrannya menyebabkan ketidak adilan berlaku..simpati dan hormatilah keluarga mangsa..

Anonymous said...

saya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah...kita sedekahkan fatihah dan doakan yang terbaik buat keluarganya. walau bagaimanapun, bagi sesiapa yang tidak berada di tempat kejadian atau terlibat secara lansung jgnlah menokok tambah cerita atau mengadakan cerita. kalo benar ada kelalaian dan kecuaian maka kebenaran akan terselah. sehingga itu kita tidak berhak untuk menghukum. segala yang berlaku ada hikmahnya. wallahualam....

Aku said...

Norhashimah fell sick and died not because she is weak or unfit or not qualified for the post. If really Norhashimah is not fit for the post, she would have failed the Police and Army modules as well as other DPA modules conducted earlier, but she did it all well. And, she died NOT because of the training per se either. What it all takes is some NEGLIGENT instructors who think they are qualified to judge their trainees' health, denying Norhashimah the access to hospital treatment and waited until she fell unconscious to do so. And even more inconsiderately, those officers simply didn't even see the need to inform Norhashimah's next-of-kin promptly until it's already too late.

Neither Norhashimah's alleged lack of fitness (which is clearly not the case) nor the training regime caused her death. It's the utter NEGLIGENCE of the instructors and officers that led to her death! Still, some of us see it fit to sweep this unfortunate case under the carpet, simply because Norhashimah doesn't belong to their families?

Al Fatihah for Norhashimah...

Anonymous said...

jangan jadi "pembunuh"