Saturday, May 29, 2010

PEMUDA MIC UGUT BN?


PEMUDA MIC UGUT BN?

Kenyataan Ketua Pemuda MIC, Saudara T. Mohan boleh dilihat sebagai ugutan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) secara amnya. Apa tidaknya. Pada perkiraan mereka, sekiranya MIC menarik diri dari BN, sudah pasti kerajaan di bawah pimpinan BN akan tumbang kerana pada waktu ini, BN memiliki majoriti yang amat kecil.

Mohan cuba menggunakan ugutan agar kepimpinan BN amnya dan UMNO khususnya akur dengan tuntutan MIC. Tidakkah Mohan terfikir, tanpa undi orang Melayu dan ahli UMNO khasnya, tidak akan ada pemimpin-pemimpin MIC dalam barisan Kabinet ataupun menduduki kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mohan jangan bersikap angkuh dan sombong dalam menilai kedudukan sebenar. Tanpa bantuan UMNO, siapalah MIC di arena politik negara ini. Diharap pucuk pimpinan BN dapat menilai ugutan-ugutan ini dan pada PRU ke-13 nanti, apakah perlu calon-calon dari MIC diletakkan di kawasan-kawasan majoriti orang Melayu?

Adakah dengan kemenangan kecil, mereka boleh mengganggu gugat kesefahaman yang kita persetujui selama ini? Seperti apa yang pernah diucapkan oleh Presiden MIC kepada musuh-musuh politik beliau, ‘mereka sekarang kepala besar, masa dulu, siapa ada kenal mereka?’ Kepada pucuk pimpinan UMNO, ingat... buat baik berpada-pada.

ANAK SELUANG,

Kulim, Kedah.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm)

1 comment:

||Aku Pemikir|| said...

salam blogger,

minta kebenaran untuk jadi your follower, minta juga untuk saudara menjadi follower sama di blog saya..

sama2 kita bertukar padangan dan idea.. :)

http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/


hafidz,
YDP Persatuan Pelajar Malayisa Di Indonesia (PKPMI) Pusat
UNPAD,Bandung