Wednesday, May 19, 2010
Kaum cina menolak untuk bersama dasar 1Malaysia.
Kaum cina menolak untuk bersama dasar 1Malaysia.
Posted by che_wan
Mei 18
Walaupun Barisan nasional kalah di P212 Sibu Sarawak, namun tiada apa yang patut dikesalkan. Ianya merupakan kehendak rakyat dan juga amalan demokrasi didalam negara ini.
Cuma yang patut difikirkan, mengapa 80% masyarakat cina disitu menolak kepimpinan Barisan Nasional. Apa lagi yang mereka mahukan sebenarnya?
DS Najib telah mengilhamkan slogan dan juga konsep 1Malaysia semata-mata mahu menyatukan rakyat yang berbilang kaum di dalam negara.
1Malaysia dari pemahaman saya bermaksud, semua rakyat Malaysia harus bersatu padu dan berkerjasama sambil menikmati kemakmuran negara sebagai 1 keluarga yang besar. 1Malaysia juga menuntut seluruh hiraki rakyat bersama-sama mengembeleng tenaga bagi menjamin kesejahteraan negara.
Tetapi kini, konsep dan juga slogan 1Malaysia ini nampaknya telah mula diselewengkan dan juga di ambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tertentu. Ada pihak mula menggunakan kelemahan konsep 1Malaysia bagi memenuhi kepentingan diri dan juga orang disekeliling mereka sahaja.
Maaf jika saya katakan, sejak dari pilihanraya kecil Bukit Gantang hinggalah yang terkini di Sibu Sarawak, saya melihat DS Najib dan pihak kerajaan telah menyerlahkan lagi kelemahan konsep 1Malaysia. Dasar 1Malaysia telah digunakan sepenuhnya oleh kaum cina bagi memenuhi impian politik mereka.
Saya pernah bersembang dengan seorang wartawan muda portal maya berbahasa inggeris di kafeteria Parlimen. Wartawan muda ini dari kaum cina Foochow yang berasal dari Setiawan Perak.
Apabila saya bertanya mengenai pemahamannya tentang dasar 1Malaysia, dia menyatakan bahawa 1Malaysia bermakna semua kuasa politik harus dikongsi bersama oleh semua ethnik kaum selain dari kekayaan negara.
Tiada lagi kuasa autonomi bangsa tertentu memonopoli sesebuah sistem dan juga tiada lagi keistimewaan sesuatu kaum. Semuanya menjadi sama rata di dalam konsep 1Malaysia.
Katanya lagi, "jika selama ini bangsa melayu begitu dominan menguasai politik dan meneraju kerajaan, kini tidak lagi. Di bawah dasar 1Malaysia, kaum lain pun akan dapat peluang yang sama. Tak mustahil jika satu hari nanti individu selain bangsa melayu menjadi Perdana Menteri jika konsep 1Malaysia benar-benar diamalkan".
Apa yang saya dapat fahami dari visi serta pemahaman wartawan muda tersebut tentang konsep 1Malaysia ialah, dasar ini telah membuka mata dan pemikiran kaum cina tentang kepentingan untuk menguasai politik negara.
Jika sebelum ini kaum cina begitu asyik dengan dunia perniagaan mereka, kini selepas tiga generasi kaum cina di negara ini, mereka telah sampai ke kemuncak tertinggi kejayaan empayar perniagaan mereka.
Dan kini, pengaruh serta kuasa politik pula menjadi tumpuan mereka selepas setelah ekonomi negara mereka kuasai. Ruang ini mula dihidu oleh mereka selepas dasar keterbukaan yang diamalkan sewaktu zaman pemerintahan singkat Tun Abdullah.
Mengapa kuasa politik menjadi sasaran mereka? Bukankah mereka-mereka ini telah menguasai lebih 70% ekonomi negara? Jawapannya ialah kerana mereka mahukan lebih lagi bagi meluaskan pengaruh serta empayar mereka.
PRU12 mereka telah mencubanya dan berjaya merampas Pulau Pinang dan Selangor. Kini bersedialah pada PRU13, mereka-mereka ini pasti akan mencuba lagi hingga tumbangnya kerajaan melayu didalam negara ini.
(sumber;http://pusakaayahnda.blogspot.com/2010/05/kaum-cina-menolak-untuk-bersama-dasar.html)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment