Wednesday, May 19, 2010

Apa ada pada wang ehsan pilihanraya....


Apa ada pada wang ehsan pilihanraya....
Posted by che_wan

Mei 19



Dasar pemerintahan DS Najib yang sejak kebelakangan ini dilihat cenderung kepada mengutamakan kaum cina, bagi saya telah membuatkan kaum mata sepet ini semakin lupa daratan.

Jika di amati dengan teliti, sejak pilihanraya kecil Bukit Gantang, kaum cina seluruh negara telah mulai "demanding" dan juga menunjukkan sikap rasis mereka yang selama ini terpendam. "Kuasa" undi mereka digunakan sepenuhnya untuk "mencucuk hidung" kerajaan didalam memenuhi kepentingan kaum mereka.

Kaum ini begitu licik berpolitik. Bak kata pepatah, "sambil menyelam, sambil minum air". Bantuan serta peruntukan untuk kaum cina dari kerajaan tetap diambil namun undi dan kepercayaan mereka diberikan kepada pihak lain.

Di P212 Sibu saya telah menyedari satu perkara yang saya kira ramai tak menyedarinya termasuk pemimpin-pemimpin negara.

99% kaum cina disana terdiri dari golongan kaya dan berada. Tetapi peruntukan kerajaan bernilai berjuta-juta tetap diberikan kepada mereka. Apakah rasionalnya tindakan kerajaan memberi bantuan kepada mereka yang tak memerlukan?

Apakah mentaliti pemimpin-pemimpin kerajaan masih berada di era 80-an yang hanya tahu menyogokkan dana kewangan bagi merayu undi? Jika itu mentalitinya, bagi saya, kaum cina kini tak perlukan semua itu. Mereka sudah pun menguasai ekonomi dan tak lagi perlukan bantuan kerajaan didalam meneruskan survival kehidupan.

Yang saya nampak, kini mereka hanya mahukan kuasa pentadbiran. Hanya dengan menguasai politik, mereka mampu mengembangkan lagi pengaruh mereka seperti pemimpin cina di negara Thailand dan juga Singapura.

Pemimpin-pemimpin melayu harus sedar semua ini. Pemikiran generasi ketiga kaum cina kini bukan lagi terhad seperti sewaktu generasi pertama mereka yang menjadi pendatang merempat di Tanah Melayu dulu.

Kuasa politik yang merupakan satu-satunya kelebihan yang ada pada bangsa melayu kini telah pun terancam. Apa gunanya bangsa melayu bersikap liberal jika kita akan kehilangan kuasa pemerintahan? Apa gunanya melayu mengamalkan sikap tolak ansur jika ia pasti akan merugikan?

Walaupun kaum cina hanya minoriti di dalam negara ini, namun mereka telah menggunakan secara maksimum "kuasa" yang ada pada mereka. Mereka mengambil kesempatan disaat masyarakat melayu berpecah didalam ideologi politik negara.

Kaum cina tahu, inilah masa terbaik mereka untuk menguburkan kuasa politik yang selama berpuluh tahun dikuasai oleh anak cucu Tuah dan Jebat.

Dengan bantuan cucu cicit warisan si kitol, mereka kini begitu hampir merealisasikan impian mereka sepenuhnya. Mungkin pada PRU 13 akan menjadi pelengkap segalanya.

Apakah didalam keadaan yang semakin kritikal seperti ini, pemimpin-pemimpin melayu kerajaan masih leka dan mamai? Jika ya, bersedialah untuk menjadi pembangkang selepas dua tahun yang akan datang.

(sumber;http://pusakaayahnda.blogspot.com/2010/05/apa-ada-pada-wang-ehsan-pilihanraya.html)

No comments: