Sunday, May 2, 2010

Jangan Terpedaya PKR Bukan Tolong Rakyat


Jangan Terpedaya PKR Bukan Tolong Rakyat
Apr 20th, 2010 | By administrator | Category: Sana Sini

HULU SELANGOR 20 April – Ahli Dewan Undangan Negeri, Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad berkata, agenda pakatan pembangkang bukan untuk menolong rakyat, khususnya di Hulu Selangor, tetapi semata-mata mahu mengangkat pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri dan menyelamatkan Anwar Ibrahim, yang menghadapi tuduhan meliwat Saiful Bukhari.

“Macam mana Anwar nak perjuangkan nasib orang sedangkan nasib dia sendiri pun tak tahu lagi,’’ kata Isa pada majlis kenduri kesyukuran rakyat meraikan perkahwinannya dengan Puan Sri Bibi Sharliza di Taman Sungai Buaya di sini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Shafie Afdal, ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Saziman Mansor, bekas bendahari PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat dan hampir 800 penduduk pelbagai kaum di Taman Sungai Buaya.

Majlis tersebut banyak keunikannya kerana ini merupakan kali pertama satu kaedah kreatif dan inovatif dirancang untuk meraikan pasangan pengantin baru, memperkenalkan Dr Halili, mengadakan ceramah politik dan kemudiannya kenduri bersama rakyat.

Isa berkata, Anwar merupakan sejenis spesis manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri.

“ Saya juga baik dengan Anwar tetapi tidaklah sebaik Saiful yang dipilih Anwar sendiri sebagai pembantu khasnya ,’’ katanya disambut tepukan bergemuruh dan teriakan peliwat daripada sebahagian pengundi yang hadir.

Katanya, Anwar meninggalkan ABIM dan dibawa masuk dan ditatang oleh Tun Dr Mahathir ke dalam UMNO.Dalam masa tidak sampai 11 tahun sudah jadi Timbalan Perdana Menteri.

“Dato’ Sri Najib Tun Razak hanya setelah 27 tahun baru jadi TPM dan sekarang PM. Saya pula masuk UMNO sejak 1972 tapi sampai sekarang tak jadi-jadi…tapi tidak pula merajuk macam Zaid Ibrahim, calon PKR,’’ katanya

Beliau menambah, Anwar merupakan jenis tidak mengenang budi . Sekiranya dia berhajat sesuatu, dia akan langgar tidak kira betul atau salah, depan atau belakang, dia tidak peduli.

Anwar, katanya, sanggup gunakan nama Yang Dipertuan Agong, guna nama Panglima Angkatan Tentera untuk memperdaya rakyat.

“Orang tidak sedar diri, kalau budi kerajaan , parti dan pemimpin UMNO tidak dikenang, hentikanlah dia boleh perjuangkan nasib rakyat di Hulu Selangor. Kalau dah jenis tidak tahu balas budi, jangan harap dia nak berbudi pada rakyat di sini.

“Saya tidak hairan jika satu hari nanti, Anwar kata malam tadi dia bermimpi bertemu rasulullah yang meminta sokong dia!’’ ujar beliau.

Isa mengingatkan pengundi-pengundi di Hulu Selangor , mereka akan menggelapkan masa depan anak cucu sekiranya memilih Anwar dan pakatan pembangkang sebagai wakil rakyat.

Isa juga mendedahkan bahawa Anwar merupakan tukang karut terhebat dengan mencipta beberapa isu untuk mencemar dan menghakis kepercayaan rakyat kepada sistem kehakimanan, kepolisan dan pentadbiran kerajaan.

Beliau juga berharap supaya pengundi-pengundi Melayu, khususnya UMNO supaya keluar mengundi BN pada 25 April.

“Saya menang di Bagan Pinang dengan mendapat sokongan penuh pengundi-pengundi India . Peti-peti undi di kawasan estet yang sebelum ini kita kalah, kita menang. Oleh itu tunjukkan dan buktikan janji kongsi kuasa dan perpaduan . Undi BN’’ ujar beliau.

(sumber;http://umno-online.com/?p=8631)

No comments: