Tuesday, March 16, 2010

Wajar ke dedah kelemahan Melayu?

Wajar ke dedah kelemahan Melayu?
Posted by sham
March 15, 2010

Saya tertarik dengan satu artikel di harian metro berkenaan mendedahkan kelemahan melayu bagi memastikan masyarakat melayu tidak tercicir dari arus pembagunan?

PETALING JAYA: “Akhbar terutamanya berbahasa Melayu mempunyai tanggungjawab besar membahaskan secara terperinci serta mendedahkan kekurangan dan kelemahan bagi memastikan masyarakat Melayu tidak tercicir,” katanya Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, akhbar dan pena wartawan bukanlah semata-mata alat untuk menulis berita sensasi sebaliknya harus membentuk satu landasan yang kukuh dalam memperjuangkan cita-cita dan hak pembaca secara jujur.
“Penting bagi akhbar Melayu mendedahkan kekurangan Melayu dalam segenap lapangan hidup.
“Selain itu, usaha Berita Harian memberi peluang kepada wartawan yang lebih senior berkongsi pandangan menerusi tulisan mereka di akhbar itu membuktikan syarikat terbabit masih mengiktiraf penulis veteran,” katanya pada Majlis Mengimbau Kenangan dan Makan Malam Persatuan Bekas Wartawan Berita Harian Malaysia (PBWBHM) di sini, malam kelmarin.
Hadir sama Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid; Presiden PBWBHM, Dr Alias Mohamed dan Timbalan Presiden PBWBHM, Datuk Ahmad Reejal Arbee.

Harian Metro.

Persoalannya adalah ia wajar? Mungkinkah pendedahan tersebut boleh diekplotasi oleh pihak lain yang ingin mengambil peluang diatas kelemahan orang melayu?

Bersediakan orang melayu dengan pendedahan tersebut? Banyak jugak persoalan lain yang mungkin akan timbul ni.

Bagi saya, ia perlu dilakukan secara berhemah agar orang melayu dapat menerimanya. Orang melayu memang terkenal dengan sikap baik hati. Sikap baik hati tersebut menyebabkan kita dijajah oleh belanda, portugis dan inggeris. Kita sering kali menyambut baik dengan orang “luar”.

Maka timbul lah persepsi mengagungkan orang putih atau mat salleh sehingga ada yang menganggap semua produk US/luar negara adalah terbaik dan bagus. Sedangkan mereka cuba melemahkan kita secara psikologi. Mereka cuba membentuk anggapan bahawa hanya produk US berkualiti dan produk tempatan tidak berkualiti.

Ya. Mereka berjaya apabila mengimport budaya mereka dengan jayanya sehingga setiap hari kita disogokkan dengan berita buang bayi dan bunuh. Orang kita semakin hanyut dengan budaya barat yang diimport ke negara Islam untuk meruntuhkan akhlak muda mudi islam secara halus menerusi hiburan. Mereka mengimport pelbagai sistem yang kononnya membantu orang kita tetapi merosakkan keturunan kita secara perlahan-lahan seperti skim piramid dan sebagainya.

Hasilnya daripadanya adalah haram dan bertentangan dengan Islam. Hasilnya orang Islam memakan harta yang haram dan mereka tidak menyedarinya kerana ia cukup halus sehingga kita langsung tidak menyedarinya. Serius!

Bukan sedikit Skim Cepat Kaya dan Skim piramid di pasaran Malaysia. Malah ada juga yang mempergunakan nama agama dan ayat al quran untuk menghalalkan skim piramid mereka. Skim ini semakin lama semakin banyak dengan mensasarkan mereka yang kesempitan wang.

Akhir kata… Hindari daripada skim cepat kaya dan skim piramid!

Jangan lupa, BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA.

(sumber;http://www.shamsuriyadi.com/2010/03/15/wajar-ke-dedah-kelemahan-melayu/)

No comments: