Anwar Pecat Zul Nordin..ada cerita sensasi bakal meletup ?
By aidc editor on March 7, 2010 12:43 AM | 0 Comments | 0 TrackBacks
Anwar-Zul Nordin-Yusuf Qaradawi
AIDCThinker
Petang ini Zulkifli Nordin dipecat daripada PKR. Anwar Ibrahim sendiri umum pemecatan itu dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya. Anwar juga turut mengarahkan Zulklifi mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dengan kadar segera selepas dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.
Bermula dari perang Forum Peluk Islam hingga Kalimah Allah
Ini senerio terbaru yang melanda Zulkifli Nordin selepas kes ini meleret-leret sejak beberapa tahun lalu. Kes pertama berkaitan dengan isu forum memeluk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam pada 8 Ogos 2008. Anwar merestui forum itu, tetapi Zulkifli menentang dan menyertai demonstrasi membantah forum berkenaan.
Menurut Zul, penganjuran forum tersebut bersifat anti-Islam dan memberi ruang yang lebih besar untuk membincangkan isu murtad di kalangan orang-orang Melayu. Ekoran daripada itu, beliau telah dipanggil oleh Jawatankuasa Disiplin PKR pada 17 September 2008, berkaitan dengan pembabitan beliau dalam perhimpunan membantah tindakan Majlis Peguam itu. Ahli panel jawatankuasa itu menyifatkan tindakan Zulkifli itu terlalu agresif dan bercanggah dengan pendirian parti. Klik di sini
Anwar turut mengecam tindakan Zulkifli Nordin menyertai demonstrasi itu yang dianggapnya sebagai mengguris hati penganut agama lain dan melanggar prinsip PKR. Klik di sini
Setelah reda isu forum murtad, muncul pula isu kalimah Allah apabila Archbishop Murphy Pakiam menggunakan mahkamah memfailkan semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi pada 21 April 2008 untuk mencabar keputusan Kerajaan Malaysia yang melarang penggunaan kalimah 'Allah' oleh Herald - The Catholic Weekly.
Sekali lagi , Zulkifli Nordin bangkit menggunakan Dewan Rakyat mempertahankan Kalimah Allah diberikan kepada penganut Kristian pada November 2008 Klik di sini
Isu kalimah Allah ini hangat dibahaskan di Dewan Rakyat sekitar Mac 2009, apabila wujud pertikaman lidah di antara wakil UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) dengan wakil PAS Erdogan (Khalid Samad dan Dr Dzulkifli Ahmad). Kedua-dua wakil PAS itu bertegas membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada Kristian, akhirnya dipatahkan hujah oleh wakil PAS dari kem ulama, ustaz Taib Azamuddin. Klik di sini
Pada April 2009, Anwar membangkitkan sekali lagi isu kalimah Allah dalam kempen pilihanraya di Lubuk Antu & Batang Ai, Sarawak.
Kata Anwar, "Orang Iban sudah lama menggunakan kalimah Allah dan saya (Anwar) telah runding dengan ulama Islam, mereka tiada masalah benarkan kalimah Allah kepada Kristian"Klik di sini
Ketika Anwar memulakan kempen sarafnya membenarkan kalimah Allah kepada Kristian ini, tokoh ulama pertama yang menegur Anwar adalah Datuk Harussani, Mufti Perak.
Tanpa menghiraukan teguran Datuk Harussani dan ustaz Taib Azamuddin, Anwar sekali lagi membangkitkan isu ini di Ipoh Perak, semasa persidangan PKR peringkat Perak pada September 2009. Klik di sini
Akhirnya pada 31 Disember 2009, isu ini benar-benar menjadi hangat di Malaysia apabila Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly.
Polemik kembali bergolak apabila Zulkifli Nordin membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada 23 Januari 2010, berhubung dengan kenyatan Khalid yang menyebut enakmen larang kalimah "Allah" adalah ketinggalan zaman. Klik di sini
Ekoran laporan polis itu, Zul Nordin telah dihadap ke Lembaga Disiplin PKR. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata lembaga tersebut diminta bersidang dalam tempoh tidak melebihi satu bulan bagi mengkaji, menyiasat aduan dan mendengar penjelasan Zulkifli berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid berhubung isu penggunaan kalimah Allah. Klik di sini
Episodnya berakhir pada hari ini, apabila Zulkifli Nordin dipecat daripada PKR.
Zulkifli jadi mangsa politik menghalalkan cara Anwar
Sama ada Zulkifli Nordin sedar atau tidak, semua polemik isu kalimah Allah ini adalah percaturan Anwar Ibrahim sejak Februari 2008. Anwar yang ketika itu baru balik dari menetap di Amerika Syarikat mendapat ilmu baru hasil didikan John Esposito, di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU) Universiti Georgtown. Klik di sini
Sekembalinya ke Malaysia, Anwar memulakan tapaknya dengan berunding dengan persatuan Kristian Malaysia.
Terence Netto, seorang penulis Kristian di Malaysiakini melaporkan Anwar dan Azizah telah hadir ke Gereja di Bukit Nanas pada 25 Disember 2007. Kehadiran Anwar atas jemputan Murphy Pakiam, Ketua Biskop Kristian sempena sambutan Rumah Terbuka Kristian anjuran Persatuan Kristian Malaysia. Klik di sini
AnwarCrishmasBktNanas
Kehadiran Anwar dan Wan Azizah sebagai tetamu jemputan Ketua Biskop Kristian Murphy Pakiam (dua dari kanan) pada 25 Disember 2007, di Rumah Terbuka di Gereja Bukit Nanas, anjuran Christian Federation of Malaysia
Kemudian disusuli dengan pertemuan tertutup Anwar dengan 200 paderi dan aktivis Kristian di sebuah gereja, Petaling Jaya pada Februari 2008. Dalam pertemuan itu, Persatuan Kristian menuntut kalimah Allah daripada Anwar. Anwar bersetuju dengan tuntutan itu dengan berhujah 'kalimah Allah' tidak mempunyai apa-apa makna, sekadar kalimah dari sudut bahasa sahaja dan boleh dikongsi oleh semua penganut agama di negara ini. Kata Anwar, di Malaysia, kebanyakan penganut Kristian menggunakan bahasa Melayu, jadi tiada alasan kenapa kalimah Allah tidak boleh dibenarkan kepada penganut Kristian. Klik di sini
Ekoran pertemuan beberapa minggu sebelum pilihanraya umum ke-12 itu, Rev. Wong Kim Kong, Setiausaha Agung NECF (National Evangelical Christian Fellowship) Malaysia pada 13 Mac 2008 telah mengeluarkan kenyataan media mengarahkan para penganut Kristian mengundi Anwar dan Pakatan Rakyat. Klik di sini
Kemudian disusuli dengan pertemuan tertutup kedua Anwar bersama Bishop Philip Lok di Gereja Luther, Petaling Jaya, pada 10 Januari 2010. Anwar bersama dengan Dr Xavier Jayakumar, Zaid Ibrahim dan Dr Jeffey Kitingan, manakala Bishop Philip disertai bersama 100 orang mubaligh Kristian termasuk Bishop Ng Moon Hing dari Persatuan Kristian Malaysia(CFM) dan Father Thomas Phillips dari gereja Roman Khatolik. Klik di sini
AnwarPaderiPJ
Anwar bersama Father Thomas Philips, President of the Council of Churches Malaysia (tengah) dan Brother Augustine Arokiasamy di the Luther Centre, Petaling Jaya pada 10 Januari 2010.
Dalam pertemuan tertutup itu, sekali lagi Persatuan Kristian memohon kepada Anwar penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian di Malaysia.
Anwar bersama Paderi di PJ
Dari kiri; Bishop Phillip Lok dari Lutheran Church di Malaysia & Singapore; Bishop Ng Moon Hing dari Anglican (no 3 dari kiri), Rev. Dr. Eu Hong Seng, Naib Pengerusi the Christian Federation of Malaysia (CFM); Dr Jeffrey Kitingan( aktivis Kristian Sabah), Anwar Ibrahim dan Father Thomas Phillips dari gereja Roman Khatolik, Petaling Jaya(paling kanan)
Dalam laman asia-lutheran.org, Bishop Philip Lok mendedahkan sebab mereka berani meminta kalimah Allah daripada Allah. Sebabnya Anwar telah 'berjanji sesuatu' dengan Biskop Munib Younan (Bishop Lutheran dari Jerusalem, Israel) semasa sidang dialog Kristian-Muslim di Universiti Georgetown Amerika Syarikat, pada Oktober tahun lalu. Dalam persidangan di Amerika Syarikat yang dinamakan "Commom World", selain Anwar, terdapat ramai paderi Kristian di seluruh dunia yang turut hadir. Mereka adalah Bishop Munib Younan, The Reverend Joel C. Hunter, The Reverend Thomas F. Michel, Reverend J. Bryan, Rev. Richard Chartes, Patriarch Theofilos III dan lain-lain. Klik di sini dan di sini
Bermakna apa yang ditentang oleh Zulkifli Nordin tentang larangan kalimah Allah kepada Kristian sebenarnya sia-sia, kerana perancang utama pemberian kalimah itu kepada Kristian adalah Anwar Ibrahim sendiri.
Jadi apa lagi jalan keluar Zulkifli terhadap isu ini ? Tiada jalan keluar, kecuali menunggu masa untuk dipecat daripada menjadi ahli PKR oleh Anwar!
Zulkifli banyak pegang rahsia peribadi Anwar ?
Anwar dan Zul Nordin mempunyai hubungan sentimental sejak dari tahun 1998 lagi. Malah sebelum itu lagi sejak Zul menuntut di luar negara lagi.
Kepercayaan Anwar kepada Zul semakin terserlah apabila Zul dilantik salah seorang peguam Anwar bagi menghadapi kes liwat pada tahun 1999. Ketika itu Anwar dituduh bersubahat dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan meliwat Azizan Abu Bakar. Anwar dan Sukma didapati bersalah oleh mahkamah tinggi dalam tuduhan itu.
peguam Anwar
Di sini Zul masih menyimpan sisi-sisi hitam yang dibicarakan di mahkamah dan tidak disiarkan oleh media berkaitan dengan kes liwat tersebut. Zul tahu segala-galanya.
Semasa Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh, Zul Nordin merupakan salah seorang peguam Anwar yang sering berulang alik ke penjara itu untuk menemui Anwar. Zul mempunyai hak berhubung dengan Anwar atas kapasitinya sebagai peguam dan aktivis PKR. Di sini Zul masih menyimpan rahsia-rahsia peribadi Anwar yang diarahkan kepadanya semasa pertemuan itu.
Ketika Anwar dituduh kembali melakukan perbuatan liwat pada tahun 2008, Zul Nordin menolak untuk menjadi peguam Anwar. Entah mengapa, Zul tidak berminat lagi menyambung kerja lama sebagai salah seorang peguam Anwar.
Tetapi dalam masa sama, beliau bersedia menjadi peguam Anwar bagi kes Qazaf di Mahkamah Syariah. Tetapi kedudukannya sebagai peguam dipertikaikan oleh pihak defendan. Ada sesuatu yang tidak kena dengan status Zul Nordin hingga dipertikaikan kelayakannya sebagai salah seorang peguam syariah Anwar.
Berkenaan dengan pertemuan Anwar dengan Dr Yusof Al Qaradawi, Zul Nordin juga salah seorang daripada saksinya. Zul berada dalam pertemuan itu dan tahu rahsia sebenar apa yang dibincangkan antara Anwar dan Yusof Qaradawi. Zul boleh menceritakan isi perbincangan sebenar pertemuan itu, kalau beliau mahu.
Zul bukan 'manusia kerdil' seperti yang diperkatakan oleh 'firaun-firaun kecil' PKR. Beliau banyak simpan rahsia Anwar. Kalau beliau mahu beliau boleh dedahkan semua rahsia-rahsia firauan-firauan kecil itu termasuk Anwar sendiri.
Categories:
* AIDCThinker
(sumber;http://www.anwaraidc.com/2010/03/anwar-pecat-zul-nordinada-cerita-sensasi-bakal-meletup.html#more)
1 comment:
siapa yb zulkifli nordin.....?
engkau dalam pkr ke, kena pecat oleh pkr ke...orang pas dengan umno tak ambil pusing.......engkau sengaja mencari publisiti percuma..... yang banyak keluar dari pkr tu aku respect, mereka punya pendirian... TAPI engkau kena terajang sedangkan jiwa engkau tetap pada pkr
jangan jangan masuk pas....dia orang tak nak orang popular macam engkau ni, kalau engkau rasa popular le.. tapi aku tahu dari @Hashim bahawa engkau cuma tumpang tempek sahaja
yb, balik ke pangkal jalan...PKR sedia menerima yb bila bila masa
Post a Comment