Thursday, March 4, 2010

Najib beli MP PKR?



waadat; Najib beli MP PKR?


Hari ini seorang lagi MP PKR meninggalkan parti itu dan menjadi wakil bebas.

Setelah insiden berturut-turut tersebut maka saki baki pembangkang tegar pun mengumpan polemik, kalaupun bukan tohmahan baru iaitu Najib beli ahli PKR.

Sebut tentang BELI, serta merta Demang teringat kempen di TV sekarang mengenai perdagangan manusia.

Kata orang aktiviti jual beli manusia adalah antara perniagaan tertua di dunia selain pelacuran. Kata Husin Lampoyang, berniaga orang lebih untung daripada berniaga unta.

Barangkali ramai yang masih ingat kisah Kunta Kinte yang disiarkan RTM sekitar 1980an dulu. Demang terbayang-bayang peristiwa Kunta Kinte dan kaumnya bertempiaran melarikan diri sambil diburu oleh manusia berkulit putih untuk dijual sebagai hamba.

Sekitar 1980an juga penyerang Argentina Diego Maradona dibeli daripada kelab asalnya pada harga tertinggi ketika itu. Demang sudah lupa harganya namun melibatkan angka juta. 17 juta rasanya.

Sekarang Christiano Ronaldo dikatakan manusia paling mahal yang boleh dibeli iaitu melebihi RM70juta.

Kini, saki baki pembangkang mandakwa ahlinya dibeli UMNO namun tidak dinyatakan harganya.

Apa perbezaan Kunta Kinte, Maradona, dan MP PKR berkenaan?

Penjual Kunta Kunte mendapat untung daripada urusniaga tersebut manakala pembeli mendapat sumber tenaga. Masih dikira untung. Sebaliknya Kunta Kinte sekadar menjadi hamba sahaya. Ertinya MP yang keluar PKR itu tidak boleh disamakan dengan perdagangan hamba abdi. Begitu juga Maradona dan Christiona.

Penjualan Maradona menguntungkan ketiga-tiga pihak iaitu kelab yang menjual, kelab yang membeli dan Maradona sendiri.

Dalam kes PKR pula siapa yang menjual dan siapa pembeli? Adakah PKR menjual mereka? Bagaimana nak tuduh UMNO membeli jika tiada penjual?

Sebenarnya analogi paling tepat dengan kes tersebut ialah melarikan diri. Alasan Demang paling mudah ialah jika UMNO nak beli, lebih baik dilakukan tahun lepas iaitu ketika UMNO amat memerlukan sokongan tambahan.

Sekarang situasi dah berbeza. Buat apa UMNO nak beli kalau boleh dapat free?

(sumber;http://waadat.blogspot.com/2010/03/najib-beli-mp-pkr.html)

No comments: