PANEL BUKAN ISLAM!
04 March 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 4:22 PM
Label: Kalimah ALLAH
KENYATAAN AKHBAR
Salam 2 all.
Saya baru sahaja mengambil keputusan kuar daripada sidang Lembaga Disiplin yang akan membicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH. Walaupun saya telah ebrsedia untuk menjawab semua pertuduhan dan membela diri saya, tetapi saya tidak boleh tunduk dan mengiktiraf panel bukan Islam untuk membicarakan saya dalam hal agama saya. Oleh itu saya membuat walk out.
Pada hari Isnin 15 Rabi'ul Awal / 01 Mac lepas, saya terkejut apabila mendapati ahli panel Lembaga Disipilin yang akan membicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH terdiri daripada bukan Islam, iaitu 2 Kristian iaitu Mr. Goh Keat Peng dan Ms. Chew Swee Yoke, dan Mr. T. Kumar, seorang penganut Hindu. Hanya seorang sahaja yang beragama Islam. Walaupun saya telah meminta melalui 3 surat bertarikh 16, 25 dan 27 Feb supaya saya dibicarakan dihadapan Lembaga Disiplin yang ahli panelnya beragama Islam kerana isunya membabitkan isu aqidah dan syariat Islam, iaitu isu kalimah ALLAH, namun mereka menolaknya dan berkeras mahu panel bukan Islam yang membicarakan saya.
Saya percaya ini adalah rancangan jahat Firaun-Firaun Kecil didalam PKR yang sengaja mahu memalukan dan mengaibkan saya dan agama Islam dengan mengadapkan saya kehadapan Lembaga Disiplin yang bukan Islam.
Hari ini saya mengadap Lembaga Disiplin tersebut untuk mendapatkan keputusan mereka tentang tuntutan saya supaya mereka menarik diri daripada menjadi anggota panel Lembaga Disiplin yang akan membicarakan saya.
Saya menuntut supaya saya diberikan keadilan. Sebab itu saya menyokong perjuangan Dato’ Seri Anwar untuk mendapat keadilan dalam kes liwat beliau. Perjuangan beliau ingin mendapat keadilan sehingga sampai keperingkat mendapat sokongan luar. Kalau Dato’ Seri Anwar menuntut keadilan, saya juga menuntut keadilan yang sama.
Antara prinsip keadilan ialah kita hanya boleh dibicarakan oleh mereka yang setaraf dan sekufu dengan kita. "Justice requires one to be tried by one own peers".
Pertuduhan terhadap saya ialah berkaitan isu kalimah ALLAH. Ini adalah isu berkaitan aqidah, syariat dan umat Islam, agama saya. Tindakan saya adalah sekadar membela dan mempertahankan maruah dan kedudukan agama Islam saya serta insititusinya yang dilabel sebagai ketinggalan zaman dan umat Islam yang dilabel sebagai terlalu lemah kefahamannya sehingga perlu dilindungi. Ini adalah isu aqidah, syariat dan umat Islam.
Saya telah menuntut agar dibicarakan dihadapan panel Lembaga yang beragama Islam. Saya memberi 3 notis bertarikh 16, 25 dan 27 Feb menuntut antara lain dibicarakan dihadapan ahli panel Islam. Pada 01 Mac, sekali lagi dihadapan panel Lembaga saya menuntut antara lain dibicarakan dihadapan ahli panel yang beragama Islam.
Saya memberikan mereka masa untuk menimbangkan tuntutan saya dan mereka meminta masa hingga hari ini. Sementara itu sekali lagi saya meminta pejabat Setiausaha Agong supaya mengkaji semula panel yang membicarakan saya supaya dilantik dikalangan ahli panel yang beragama Islam.
Tetapi saya percaya Firaun-Firaun Kecil yang menguasai PKR mempunyai agenda jahat mereka untuk terus memalukan dan mengaibkan saya dan agama Islam.
Sebab itu saya tidak terkejut petang ini mereka membuat keputusan menolak permohonan saya. Mereka mahu meneruskan perbicaraan terhadap saya dihadapan panel bukan Islam yang ada. Panel ini bukan sahaja terdiri daripada bukan Islam, malahan dua ahli panelnya adalah aktivitis Kristian; iaitu En. Goh Keat Peng dan Ms. Chew Swee Yoke. Seorang lagi ahli panel, En. T. Kumar adalah beragama Hindu. Hanya seorang yang beragama Islam, Tuan Syed Kamarulzaman.
Bagaimana mungkin panel Lembaga Disiplin yang majoritinya bukan Islam dibenarkan membicarakan saya seorang Muslim dalam isu membabitkan aqidah dan agama Islam. Bagaimana saya boleh mendapat keadilan kalau ahli panel Lembaga Disiplin pun bukan beragama Islam. Keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, tetapi mesti dilihat dilaksanakan.
Didalam kes saya, apakah keadilan boleh dicapai jika panelnya pun bukan sahaja bukan Islam, ianya terdiri dari orang Kristian yang menjadi subjek dalam isu kalimah ALLAH.
Saya tidak mempertikaikan kredibiliti dan integriti ahli panel Lembaga Disiplin ini. Mereka adalah terdiri dari kalangan yang dihormati.
Saya juga faham mereka tidak mempunyai sebarang kuasa kerana yang berkuasa didalam PKR adalah Majlis Pimpinan Parti. Dan MPP PKR kini dikuasai oleh Firaun-Firaun Kecil yang mempunyai agenda jahat dan sempit terhadap Islam dan umat Islam. Dan Firaun-Firaun Kecil ini memang tidak sabar-sabar untuk melakukan apa sahaja untuk memastikan saya dipecat. They'll do anything at all cost to achieve their evil goal.
Saya tidak rela dibicarakan dihadapan panel yang bukan Islam dalam hal membabitkan aqidah, syariat dan umat Islam.
Pada saya ini adalah satu penghinaan yang besar terhadap Islam dan umat Islam. Saya khuatir ini akan memberi persepsi kepada rakyat khususnya umat Islam bahawa PKR adalah parti yang langsung tidak memperdulikan sensitiviti dan maruah agama Islam, sehingga tergamak membariskan panel Kristian untuk membicarakan seorang Muslim atas isu berkaitan Islam iaitu kalimah ALLAH.
Firaun-Firaun Kecil ini mendakwa kononnya PKR kini mempunyai ahli hampir setengah juta. Takkanlah daripada 500 ribu tiada ahli yang beragama Islam yang berintegriti dan berwibawa yang boleh menjadi ahli panel Lembaga Disiplin untuk membicarakan saya. Kalau tiada pun PKR boleh meminjam atau mengambil para ulama dan agamawan daripada luar.
Atas alasan itu, saya memilih untuk tidak mengiktiraf panel Lembaga Disipilin kristian ini untuk membicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH. Maka saya membuat keputusan untuk walk out.
Jika mereka meneruskan juga perbicaraan terhadap saya dalam isu kalimah ALLAH ini, bermakna panel Lembaga Disiplin ini dan PKR jelas tidak menghormati Islam dan umat Islam.
Oleh itu saya desak kepimpinan PKR supaya membubarkan Lembaga Disipilin ini dan menubuhkan sebuah Lembaga Disiplin baru yang terdiri dari ahli panel yang beragama Islam. Let us walk our talk. Sekurang-kurangnya kalau nak pecat saya pun, biarlah keadilan itu bukan sahaja dilaksanakan, tetapi dilihat dilaksanakan. Dan keadilan menuntut saya dibicarakan oleh mereka yang sekufu dengan saya, iaitu mestilah beragama Islam kerana ini membabitkan isu kalimah ALLAH, isu umat Islam. Dan saya bersedia pada bila-bila masa yang bersesuaian dan menasabah untuk berdepan mana-mana Lembaga Disiplin yang panelnya beragama Islam untuk mempertahankan pendirian dan pegangan saya.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
18 Rabi’ul Awal 1431
04 Mac 2010
(sumber;http://zul4kulim.blogspot.com/2010/03/panel-bukan-islam.html)
No comments:
Post a Comment