Saturday, March 6, 2010

PERSAHABATAN





PERSAHABATAN

Kata orang berkawan biar ramai tetapi biarlah ada rakan yang sedikit bilanganya tetapi yang rapat. Banyak diperkatakan mengenai persahabatan . Ada sahabat bertukar jadi musuh dan musuh bertukar jadi sahabat. Ada sahabat yang hormati kita depan dan belakang tetapi ada didepan sahaja; ada dulu sahabat sama mandi kat sungai tetapi sekarang dah bertukar warna kerana dah jadi orang tersohor. Bagitulah ibaratnya; Ada yang mahu berkorban untuk anda tetapi ada yang bila senang je tersenyum

Tentang persahabat banyak juga disebut dalam AL QURAN tatasusila bersahabat

Berikut adalah petikan sifat sahabat dari Muslim Diary


Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


Apa pengalaman bersahabat yang anda tahu?

SALAM
ROHATY MOHD MAJZUB
6hb Mac 2010

(sumber;http://www.facebook.com/profile.php?id=583727771#!/note.php?note_id=342007318519)Rohaty Majzub: PERSAHABATAN

No comments: