Pelayan bersongkok, tudung bukan tanda restoran halal
Oleh Jami’ah Shukri
jamia@bharian.com.my
2010/03/25
PEKERJA wanita memakai tudung manakala lelaki bersongkok menjadi pelayan di restoran atau kopitiam yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di seluruh negara sudah menjadi pemandangan biasa. Rata-rata restoran itu pula diletakkan logo halal atau tulisan ‘Halal’ selain frasa ‘Ditanggung Halal’ bagi meyakinkan orang ramai bahawa premis mereka menjual makanan halal.
Pengusaha juga bijak mengelirukan pelanggan dengan menggaji pekerja asing Indonesia dan Bangladesh, kemudian meminta mereka memakai tudung dan songkok supaya lebih nampak Islam. Justeru, tanpa syak atau ragu, orang Islam pun menikmati makanan di premis berkenaan kerana yakin restoran itu halal tanpa mempersoalkan benarkah makanan yang dihidangkan disediakan secara halal dari semua sudut.
Selain itu, makan, minum dan ‘melepak’ di kopitiam serta restoran 24 jam yang kebanyakan menyediakan ‘wi-fi’ percuma mampu menarik pelanggan sehingga menjadi trend kepada generasi sekarang tidak mengira bangsa. Sekali lagi status halal makanan di premis itu dipersoalkan. Tetapi sejauh mana keprihatinan umat Islam terhadap status halal itu? Apa yang dikesali, fenomena ini tidak begitu mendapat perhatian pihak berkuasa. Penguat kuasa seolah-olah ‘menutup mata’ dengan membiarkan premis beroperasi tanpa membuat pemeriksaan secara menyeluruh. Kelonggaran penguatkuasaan terhadap status halal dan kedangkalan orang ramai terhadap perundangan Islam menjadikan isu itu semakin berleluasa.
Sebenarnya penguatkuasaan berhubung status halal termaktub dalam Akta Perihal Dagangan 1972/Perintah Perihal Dagangan Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975/ Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975. Namun sejauh mana akta itu dikuatkuasakan? Apakah ada kerjasama pelbagai agensi untuk menyerbu premis yang disyaki tidak mematuhi akta itu?
Akta itu boleh dijadikan asas sebagai perlindungan kepada peniaga atau pengguna daripada amalan perdagangan tidak sihat. Ia merangkumi penggunaan perihal dagangan palsu atau mengelirukan berhubung harga dan barang serta pernyataan palsu yang mengelirukan berhubung perkhidmatan, tempat tinggal dan kemudahan. Perbahasaan ‘Halal’ adalah antara perihal dagangan bagi maksud akta ini.
Penggunaan perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’, ‘Makanan Islam’ dan sebagainya termasuk dalam bentuk logo oleh premis perniagaan tidak diwajibkan mengikut undang-undang sedia ada. Bagaimanapun apabila perbahasaan ‘Halal’ atau seumpamanya itu digunakan terhadap makanan, ia hendaklah dimaksudkan bahawa makanan itu boleh dimakan orang Islam termasuk tidak mengandungi apa-apa bahagian binatang dilarang atau tidak disembelih mengikut hukum syarak; tidak disediakan, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas daripada sebarang najis mengikut hukum syarak.
Selain itu, penggunaan perbahasaan itu tidak seharusnya digunakan sewenang-wenangnya melainkan mematuhi perkara digariskan, sebaliknya menggunakan logo persijilan halal yang keluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) dan pihak badan Islam diiktiraf.
Sesiapa yang menjual makanan dengan perbahasaan ‘Halal’ sedangkan ia berlawanan dengan kehendak itu adalah melakukan kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972, dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu.
Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda boleh dikenakan sehingga RM200,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. Penalti untuk syarikat atau pertubuhan perbadanan ialah denda sehingga RM250,000 bagi kesalahan kali pertama dan kesalahan kedua dendanya RM500,000. Justeru, dengan kuasa yang ada, sepatutnya anggota penguat kuasa bertindak tegas dalam setiap operasi.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berpendapat tindakan sebilangan pengusaha restoran yang memperdagangkan ‘Halal’ bukan saja mempersendakan Islam malah tidak menghormati umat Islam. Taktik itu juga dilihat amat kotor untuk mengelirukan masyarakat.
(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelayanbersongkok_tudungbukantandarestoranhalal/Article/index_html)
Saturday, March 27, 2010
HALAL: Pengguna Muslim perlu bijak guna hak
Pengguna Muslim perlu bijak guna hak
Oleh Rejal Arbee
rejal@mcoba.org
Label halal jadi umpan kedai makan pancing umat Islam
BEBERAPA perlakuan dan peristiwa bersangkutan dengan tanda halal untuk pelbagai produk dan di kedai makan dalam tempoh beberapa minggu ini menimbulkan kembali kesangsian terhadap keberkesanan penggunaan tanda itu dalam negara.
Negara gah mengisytiharkan sebagai sebuah negara Islam di mana majoriti rakyatnya yang mencecah lebih daripada 60 peratus adalah orang Islam. Ia juga dilaungkan sebagai hab pengeluaran barangan halal untuk edaran kepada umat Islam di seluruh dunia. Tetapi apakah pengiktirafan demikian sudah mencukupi untuk menjamin bahawa semua keluaran makanannya serta kedai makanan yang mempamerkan tanda halal benar-benar halal?
Lihat saja perlakuan berikut:
# Sijil halal kepada sebuah kilang memproses ayam, Global Abattoir (Malaysia) Sdn Bhd (GA) di Pedas digantung sementara berikutan rampasan satu tan metrik ayam yang diragui cara penyembelihannya. Dalam serbuan minggu lalu itu, pengurusan kilang bertindak melampau apabila mengurung sepasukan penguat kuasa Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) termasuk wartawan dan jurugambar.
# Seorang pelajar disajikan mi goreng mengandungi kaki katak di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang dua minggu lalu.
# Kedai makan yang mempamerkan tanda ‘no pork served’ seolah-olah halal itu hanya bila tidak disediakan makanan mengandungi babi saja.
# Penggunaan tanda halal tidak sahih oleh kebanyakan kedai kopitiam untuk mengabui orang Islam. Dikhabarkan hanya dua kopitiam saja dalam negara, ia itu Pak Hailam Kopitiam serta cawangannya dan Jonker Walk Kopitiam mempunyai sijil halal sah daripada Jakim.
Kebanyakan yang lain pula ada yang menggunakan sijil keluaran pihak swasta selain tidak menggunakan apa-apa label pun.
# Selangor mengarahkan enam syarikat swasta yang pernah mengeluarkan sijil halal menghentikan kegiatan memberi sijil dan logo halal kepada peniaga serta premis makanan. Syarikat itu ialah Bahtera Lagenda Sdn Bhd, Islamic Food and Research Council, SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council SEA dan IFANCA International.
Sehingga kini Pulau Pinang dan Sarawak juga sudah mengeluarkan arahan sama.
Sebenarnya orang Islam sendiri sebagai pengguna harus bijak membeli barang makanan yang dipastikan sahih saja atau makan hanya di restoran yang tidak disangsikan boleh menyediakan makanan yang benar-benar halal. Pengguna Islam mempunyai kuasa beli yang besar dan mereka perlu memainkan peranan untuk memastikan sijil halal ini tidak dipandang remeh oleh pengusaha restoran dan pembekal makanan.
Restoran yang mengambil pekerja asing juga sangat meragukan. Memang ada pekerja bertudung tetapi amalan agamanya boleh diragui. Malangnya restoran inilah yang menjadi pilihan umat Islam dan sentiasa dipenuhi sehingga awal pagi. Umat Islam sepatutnya tidak menjamu selera di kedai makan yang berdegil enggan mendapatkan sijil halal. Jadi kenapa kita berlagak seperti “hidung tak mancung pipi tersorong-sorong?”
Pengguna yang berasa tertipu dengan tanda atau logo halal untuk pelbagai barang makanan boleh membuat laporan polis terhadap syarikat yang cuba menipu pengguna Islam dan juga kedai yang menjualnya. Selain itu, mereka boleh melaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna.
Sebenarnya pembuat dan penjual barang makanan yang tidak halal tetapi dilabelkan sebagai halal boleh dihadapkan kepada kedua-dua tribunal dan mahkamah jenayah kerana penipuan. Pengadilan di Tribunal Tuntutan Pengguna boleh dibawa oleh pengguna sendiri manakala pengadilan di mahkamah dibawa oleh pendakwa raya.
Matlamat tuntutan ini ialah supaya pembuat dan penjual berasa perit dengan denda yang mereka harus bayar. Tauke-tauke ini akan lebih sedar akibat penipuan mereka kalau kocek mereka terjejas. Denda yang tidak seberapa yang dikenakan oleh mahkamah tidak mereka hiraukan tetapi kiranya koceknya dilopongkan kerana tuntutan ribuan pengguna, mereka tentunya akan lebih serik.
Tindakan menyenaraihitamkan juga boleh di kenakan ke atas syarikat berserta peribadi tauke syarikat itu untuk menjamin tauke-tauke itu tidak akan dapat menubuhkan syarikat baru. Penjual juga harus dikenakan tindakan sebab mereka juga bertanggung jawab untuk memastikan barangan berlabel halal yang mereka jual semestinya halal. Jadi mereka harus menanggung risiko menipu pelanggan.
Kedudukan menyalahgunakan label haram ini terlalu berleluasa untuk dibiarkan atau dikenakan tindakan yang tidak setimpal. Penipuan oleh pengusaha/pengilang boleh mensabotaj usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluar makanan halal untuk pasaran dunia.
Kiranya pengguna di Malaysia sendiri was-was terhadap kesahihan label halal, bagaimana kita hendak mendapat kepercayaan terhadap barang makanan yang halal dari Malaysia. Apakah ini tidak boleh dianggap sebagai suatu perbuatan mensabotaj hasrat menjadikan negara pusat itu?
Tindakan tegas tidak harus ditumpukan kepada syarikat pembuat dan penjual saja tetapi juga tauke syarikat terbabit termasuk menghalang kedua-dua pihak syarikat dan pemilik daripada berkecimpung dalam pembuatan dan penjualan makanan halal. Tindakan terhadap syarikat saja tidak mencukupi kerana syarikat boleh bergulung tikar. Pemiliknya mungkin akan terus bergiat melalui syarikat lain yang ditubuhkannya baik secara sendirian mahupun secara perkongsian.
Diharapkan kedudukan mengenai pembuatan dan penjualan barang halal ini akan lebih terpelihara apabila Akta Halal dikemukakan di Parlimen pertengahan tahun ini.
(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenggunaMuslimperlubijakgunahak/Article/index_html)

Friday, March 26, 2010
Pemimpin Melayu mesti bersatu pertahankan Perkara 153

Oleh Imlan Adabi
2010/03/19
PERLUKAH sembah derhaka semata-mata kerana hasrat peribadi tercabar? Perlukah Melayu mempertikaikan dasar yang bertujuan menjaga dan memelihara kedudukan ekonomi Bumiputera di buminya sendiri? Perlukah pihak lain mempertikaikan institusi beraja, kedaulatan undang-undang dan kontrak sosial yang dipersetujui menjelang 1957?
Hari ini, selepas 53 tahun merdeka, apakah Melayu boleh berbangga dengan pencapaian ekonomi mereka? Tidakkah mereka gusar menatap statistik pemilikan ekuiti mengikut kaum ketika ini, Melayu adalah paling rendah. Mereka juga kecundang di Pulau Pinang walaupun kerajaan bertukar tangan dan jawatan Ketua Menteri silih berganti yang membabitkan pimpinan kaum lain. Melayu terus terpinggir di Pulau Mutiara. Pembinaan bangunan komersial mahupun kediaman, bukan jangkauan Melayu memilikinya. Harganya terlalu tinggi, dan dasar kerajaan negeri sejak 1957 sentiasa tidak memihak kepada Melayu. Akhirnya mereka terpinggir atau tercampak ke Tanah Besar. Kawasan pembangunan pesat di Pulau Mutiara bukan milik mereka lagi.
Perkembangan terkini mendorong beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu mengadakan pertemuan baru-baru ini semata-mata membincangkan nasib bangsa. Mereka bersuara dan mendebatkan beberapa isu kerana merasakan Umno dan Pas masih terlalu ideal untuk berpolitik, bukannya mempertahankan hak sepatutnya. Terlalu banyak lompang yang perlu diperjuangkan untuk kepentingan bangsa. Keadaan ini juga mendorong berlangsungnya majlis Wacana 153 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 15 Mac lalu anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Gabungan Penulis Nasional (Gapena). Mereka bersuara mengenai wujudnya golongan Melayu yang sanggup menentang undang-undang termasuk Perkara 153 iaitu hak dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Ketua II Gapena, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata mereka adalah golongan Melayu yang lupa daratan, mudah terpengaruh dengan idealisme Barat yang tidak realistik dan mempunyai kepentingan politik sempit.
“Walaupun sebahagian besar mereka menikmati hasil dan kebaikan daripada kewujudan Perkara 153 ini, tetapi apabila berjaya, mereka jadi ‘kacang lupakan kulit’. Mereka lupa tanggungjawab mempertahankan warisan itu kepada generasi akan datang,” katanya dalam kertas kerja: Sejarah dan Cabaran Terhadap Perkara 153.
Katanya, pemikiran dan gagasan pemimpin Melayu sama ada dalam parti politik, NGO dan perkhidmatan awam yang tidak bersatu juga menyukarkan usaha memelihara Perkara 153. Lebih malang, ada yang sanggup menggunakan Perkara 153 bagi mewujudkan propaganda yang tidak perlu dan mereka harus menghentikan perkara yang boleh menghancurkan hak bangsa sendiri.
“Lahirnya pelbagai media alternatif yang memberi kebebasan tanpa sempadan kepada sesiapa juga bersuara termasuk isu sensitif berkenaan keistimewaan Melayu tanpa memikirkan implikasinya juga menyukarkan usaha melindungi Perkara 153,” katanya.
Hari ini ledakan teknologi maklumat sudah menjadi tradisi baru yang amat menggerunkan. Pelbagai isu dipaparkan menerusi pelbagai medium dalam internet. Pelbagai berita, pendedahan, maklumat dan sebaran am terdedah hanya melalui paparan skrin komputer riba. Bagi mereka yang mahu merayakan kebebasan media kerana kononnya akhbar dan majalah tempatan terkongkong, inilah masanya untuk berpesta untuk kebebasan maklumat. Keadaan ini mendorong penyebaran dakyah yang mempertikaikan institusi beraja, merendahkan martabat mufti dan menafikan hak Melayu di tanahnya sendiri.
“Sepatutnya ruang media ini dimanfaatkan untuk menyampaikan maklumat yang tepat dalam mendidik generasi muda berfikir secara matang dan rasional. Semua pihak terbabit perlu bertanggungjawab dalam mengawal diri sendiri dan melengkapkan akal dengan ilmu dan fakta secukupnya sebelum melontar atau menulis pendapat di ruang siber,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Gapena, Prof Tan Sri Dr Ismail Hussein menyelar mereka yang mempertikaikan peruntukan Perlembagaan terutama membabitkan hak istimewa Melayu, institusi Raja, agama Islam serta bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan golongan itu tidak layak menggelarkan diri mereka sebagai warganegara.
Katanya, semua perkara itu termaktub dalam asas Perlembagaan yang tidak sewajarnya dipersoalkan. Sebagai warga negara yang baik, sepatutnya mereka menghormati setiap perkara yang menjadi asas pembentukan negara dan keharmonian kaum di negara ini.
“Perlembagaan berada pada kedudukan tertinggi negara ini dan tindakan mempersoalkan apa yang termaktub tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang warga negara,” katanya.
Ahli sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, mengingatkan generasi muda membuang perasaan malu untuk mengakui serta mempertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia diwujudkan berasaskan fakta serta sejarah penubuhan negara sejak zaman kesultanan Melayu sehingga pembentukan Malaysia yang mengiktiraf Melayu sebagai penduduk asal di negara ini selain mewujudkan keharmonian kaum lain
(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PemimpinMelayumestibersatupertahankanPerkara153/Article/index_html)

Kunta Kinte: Tongkat emas bukan Melayu
Kunta Kinte: Tongkat emas bukan Melayu
2010/03/26
1.0 MINGGU ini Kunta Kinte nak sambung cerita pasal usahawan bukan Bumiputera yang dapat tongkat emas daripada kerajaan.
2.0 Kalau orang Melayu dan kaum Bumiputera selalu kena marah dan kena leter pasal kononnya bergantung sangat kepada tongkat dan subsidi, orang bukan Bumiputera tidak pula kena marah dan kena leter bila dapat emas sebungkal daripada kerajaan.
Antara usahawan bukan Bumiputera yang Kunta Kinte kata terima emas sebungkal daripada kerajaan itu adalah T Ananda Krishnan, orang nombor dua terkaya di negara kita. Ikut congak yang dibuat oleh majalah Malaysian Business, nilai harta korporat dia adalah RM27 bilion. Dia ni mula-mula muncul dalam arena korporat pada 1980-an bila dilantik jadi Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara dan Petronas.
3.0 Kemudian dia dapat lesen satelit di bawah Measat Global, lesen judi lumba kuda (Tanjung PLC), lesen telekomunikasi (Maxis), lesen televisyen dan radio satelit (Astro All Asia PLC), lesen penjana bebas elektrik (Powertek), perkapalan (Bumi Armada) dan banyak lagi.
4.0 Bukan itu saja, boleh kata semua lesen yang dia dapat yang bukan judi disokong pula dengan suntikan modal oleh agensi pelaburan kerajaan macam Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
5.0 Contoh klasik tongkat emas yang dibagi kepada Ananda adalah penswastaan tanah padang lumba kuda Jalan Ampang yang sekarang ini jadi tapak KLCC.
Walaupun hidupnya penuh glamor – ada jet peribadi, kapal layar mewah dan rumah di luar negara – Ananda adalah seorang yang sangat tidak suka publisiti.
6.0 Gerak-geri dan modus operandi perniagaannya penuh rahsia. Ananda tidak pernah di hadapan. Perniagaannya diurus oleh pengurus profesional daripada pelbagai bangsa.
7.0 Daripada urus niaga tanah padang lumba kuda itu saja, dia dianggar sudah dapat hasil lebih RM1 bilion. Hari ini KLCC adalah milik penuh Petronas.
8.0 Usahawan mega dari Brickfields ini sangat pintar dalam urusan jual beli korporat. Dia jual beli syarikat dengan keuntungan berbilion-bilion ringgit melalui kaedah ‘penswastaan’ macam dibuat dengan Maxis beberapa tahun lalu dan sekarang dengan Astro pula.
9.0 Jadi tak betullah tuduhan yang hanya usahawan Bumiputera dapat tongkat. Tongkat yang usahawan bukan Bumiputera dapat lagi hebat. Tapi tak ramai orang Melayu dan Bumiputera tahu atau ambil peduli hal ini.
10.0 Bila Melayu berjaya sikit, dia dituduh kroni dan ramailah yang dengki dan iri hati. Tapi bila usahawan atau konglomerat bukan Melayu macam Ananda, Robert Kuok, YTL, Vincent Tan dan Tan & Tan dapat tongkat sakti, kita kata itu hak mereka dan mereka pandai berniaga.
11.0 Baru-baru ini, Kunta Kinte tersinggung sungguh bila penasihat pelaburan Kunta Kinte, seorang wanita Melayu, kata yang sama.
12.0 Jadi Kunta Kinte tanya dia, apa salahnya kerajaan bagi tongkat kepada orang Melayu? Kalau tidak pasal peluang Dasar Ekonomi Baru (DEB), dia pun mungkin tidak boleh belajar di luar negara.
13.0 Kunta Kinte pun agaknya masih jadi penanam padi. Nak tolong ibu bapa, adik kakak pun tak mampu. Tapi kerana tongkat itu kita boleh berdiri lepas itu berjalan dan akhir sekali berlari.
14.0 Alhamdulillah kerana tongkat DEB itu Kunta Kinte mampu tambah ilmu dan tambah rezeki. Yang lebih tu kita kongsi sikit sebanyak.
15.0 Jadi semua anak Kunta Kinte yang dah lepas sekolah Kunta Kinte taja sendiri, walaupun mereka ditawar sekolah asrama penuh dan biasiswa. Hanya seorang saja masuk MRSM. Lain mengaji sekolah biasa macam Seri Aman, Bukit Bintang Boys’ School dan Sekolah Menengah Seri Hartamas dan sambung pelajaran di luar negara atas belanja sendiri.
16.0 Tapi sekarang pasal kerajaan cakap nak utamakan meritokrasi, jadi Kunta Kinte pun benarkan anak Kunta Kinte minta biasiswa kerajaan atas dasar dia dapat keputusan cemerlang.
17.0 Mana yang lebih, Kunta Kinte buat tabung biasiswa peribadi. Bukan banyak pun, bagi seorang RM50 hingga RM250 sebulan. Adalah dalam 18 orang. Duit yang pengarang kita bayar untuk kolum ini pun masuk tabung itu.
18.0 Jadi Kunta Kinte sangat sedihlah bila penasihat pelaburan Kunta Kinte sendiri kata dia dan geng dia cemburu dan iri hati tengok orang Melayu yang berjaya dalam sampai jadi jutawan.
19.0 Tapi Kunta Kinte setujulah dengan dia bila dia kata ada usahawan payung terjun yang kerjaya pasal ada kabel besar. Tapi bukan semua macam itu. Ramai yang tekun dan gigih.
20.0 Satu perkara lagi, Kunta Kinte setuju bila dia kata bukan mudah orang Melayu hendak berniaga dan berjaya kalau bergantung sangat kepada kerajaan pasal tabiat dan amalan pilih bulu.
21.0 Jadi kita haraplah bawah Model Ekonomi Baru dan Pelan Transformasi kerajaan, tabiat dan amalan pilih bulu ini boleh dibanteras. Tapi tongkat dan bantuan tetap kena bagi kepada yang layak dan berhak sebab itu adalah tanggungjawab wajib kerajaan.
(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KuntaKinte_TongkatemasbukanMelayu/Article)
PRK Hulu Selangor Merakyatkan KPI Najib dan Kerajaan PR
MerdekaReview: PRK Hulu Selangor Merakyatkan KPI Najib dan Kerajaan PR
Lim Hong Siang, Chan Wei See |
Seminggu lagi maka genaplah setahun pemerintahan Mohd. Najib Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia keenam. Sementara al-Fatihah dilafazkan kepada Zainal Abidin Ahmad, kita dipertemukan dengan pilihan raya kecil (PRK) ke-10 selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008.
Tiada maknanya jikalau KPI (Indeks Prestasi Utama) sesebuah kerajaan dinilai oleh Menteri yang dilantik oleh PM sendiri. Malah kita perlu mengakui bahawa KPI yang paling jitu untuk sesebuah kerajaan, sebenarnya dinilai melalui undi rakyat. Maka PRK Hulu Selangor datang pada waktunya, membuka peluang kepada rakyat untuk menilai pentadbiran kerajaan Najib, malah juga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Ujian buat model "PR"
Majoriti tipis, iaitu 198 undi pada PRU ke-12, menyediakan gelanggang yang agak rata untuk kedua-dua BN dan PR. Lebih-lebih lagi, dari nisbah kaum pengundinya, Hulu Selangor dengan jumlah pengundi 63,593 orang pada PRU ke-12, adalah "kawasan campuran", dengan Melayu 53.94%, Cina 26.67%, India 18.98% dan lain-lain 0.41%.
Sementara calon BN turun gelanggang berbekalkan sumber kerajaan persekutuan, calon PR pula disokong oleh kerajaan negeri. Walaupun kerusi parlimen yang dipertandingkan, namun PRK ini semestinya memberi makna yang besar kepada kerajaan negeri Selangor, khususnya model "Pakatan Rakyat".
Sekali imbas, sembilan PRK yang lalu selepas PRU-12, membawa makna tersendiri. PRK Permatang Pauh menguji sejauh manakah Anwar Ibrahim "relevan" dalam gelanggang politik tempatan; malah PRK pada 7 April 2009 pula mencerminkan reaksi rakyat terhadap rampasan dan cubaan rampasan kuasa di Perak dan Kedah.
Tidak keterlaluan seandainya dikatakan PRK yang berlangsung di Pulau Pinang, lebih dilihat sebagai ujian terhadap kerajaan DAP; begitu juga PRK Manek Urai lebih dilihat sebagai ujian kepada kerajaan PAS Kelantan. Ini kerana kerajaan negeri tersebut didominasi oleh parti tertentu.
Situasinya berbeza di Selangor. Selepas PRU ke-12, kerusi DUN yang dimenangi PKR (15), DAP (13) dan PAS (8) menuntut agar ketiga-tiga parti ini bekerjasama. Ketidakterlibatan mana-mana parti akan menggagalkan pembentukan kerajaan negeri di Selangor.
Malah, PKR, DAP dan PAS sebenarnya lebih bersedia untuk mentadbir di Selangor, apabila membariskan tokoh-tokohnya untuk bertanding di kawasan DUN, malah nama Khalid Ibrahim telah dijulang sebagai Menteri Besar ketika kempen PRU.
Ujian buat Khalid Ibrahim
Dua tahun pentadbiran kerajaan PR Selangor dihujani pelbagai serangan. Hampir kesemua EXCO kerajaannya terjerat dengan berita negatif. Pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi "tetamu khas" yang paling kerap mengunjungi pejabat kerajaan negeri; malah silat politik ini melewati ruang peribadi, sehingga Elizabeth Wong menjadi mangsanya.
Selain serangan dari luar seperti isu pembinaan ladang khinzir, penangkapan Teresa Kok di bawah ISA, pemindahan kuil Hindu dan sebagainya, PR Selangor juga dilanda kemelut dalaman sepanjang dua tahun ini. Isu penjualan minuman alkohol dicungkil oleh PAS sendiri, ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar parti dan sebagainya, memberi tamparan kepada pimpinan Khalid Ibrahim .
Walau bagaimanapun, bekas tokoh korporat ini sempat menarik nafas apabila menerima pujian Ketua Audit kerana kecekapan kerajaannya menguruskan ekonomi negeri. Malah, dasar "merakyatkan ekonomi"-nya telah memperkenalkan konsep baru kepada anak watan Selangor yang selama ini ditadbir UMNO-BN, memperlihatkan bagaimana kekayaan negeri boleh diagihkan kepada rakyatnya.
Persoalannya, apakah dasar-dasar sedemikian berjaya menterjemahkan "sambutan positif" rakyat kepada "undi'?
Perebutan Undi
Sekiranya dilihat dari segi taburan undi, Allahyarham Zainal Abidin Ahmad memenangi kawasan parlimen ini dengan majoriti tipis, iaitu 198 undi pada PRU ke-12. Namun, seandainya dilihat kepada tiga DUN di bawah Parlimen ini, PR sebenarnya tewas dengan jumlah majoriti 6,176 undi, iaitu Hulu Bernam (-3,549), Kuala Kubu Baharu (-448) dan Batang Kali (-2,179).
Ini bukannya sesuatu yang pelik, memandangkan pada tahun 2004, calon MIC-BN G. Palanivel menang dengan majoriti 14,483 undi. Sebaliknya, kemenangan Zainal Abidin pada tahun 2008 membeliakkan mata semua orang pada ketika itu.
Berbalik kepada perhitungan undi, PRU ke-12 menyaksikan bagaimana pengundi berketurunan India beralih kepada PR, menjurus kepada tsunami politik. Kebangkitan Hindraf dan penahanan tokoh Hindraf di bawah ISA telah menyemarakkan kemarahan komuniti tersebut kepada BN.
Namun demikian, tokoh Hindraf yang ditahan di bawah ISA telah pun dilepaskan, malah menubuhkan parti politik sendiri, seperti Parti Makkal Sakthi Malaysia dan Parti Hak Asasi Manusia (PAHAM). Apa yang menarik, sesetengah tokoh Hindraf ini tidak menunjukkan sikap yang "mesra" terhadap PR, misalnya P. Uthayakumar yang beberapa kali menyelar PR secara terbuka. Persoalan yang menyusul adalah, apa yang akan berlaku seandainya mana-mana pemimpin Hindraf bertanding dalam PRK Hulu Selangor?
Seandainya Hindraf masuk gelanggang...
Seandainya Hindraf mahupun PAHAM tegas untuk bertanding dalam PRK Hulu Selangor, menjurus kepada perang tiga penjuru antara BN, PR dan Hindraf, apakah PR akan kecundang berikutan pemecahan undi dalam komuniti India?
P.Uthayakumar ketika dihubungi MerdekaReview memaklumkan bahawa jawatankuasa PAHAM akan membuat keputusuan sama ada partinya, mahupun dirinya akan bertanding dalam PRK Hulu Selangor atau tidak pada Ahad yang akan datang.
Bagaimanapun, Pengarah Strategi PKR, Tian Chua melihat bahawa penyertaan Hindraf bakal menghakis undi MIC-BN, dan bukannya undi PR. Logiknya, seandainya pengundi India memangkah mengikut warna kulit, maka mereka yang tidak berpuas hati terhadap calon MIC akan mengundi calon Hindraf. Menurut Tian, jikalau PKR meletakkan calon India, maka undi tersebut akan mengalih kepada PKR.
Tian Chua menjelaskan kepada MerdekaReview, jika dilihat secara umumnya, undi India hanya memainkan peranan "penentu" apabila lebih daripada 70% komuniti tersebut mempunyai kecenderungan yang sama. Seandainya undi dalam komuniti India berpecah belah, maka ia gagal memberi pengaruh yang besar. Tian Chua bertanggapan bahawa Najib tidak bersedia untuk berkompromi dengan PAHAM, sebaliknya akan cuba untuk meleraikan situasi di mana undi India menjadi "King Maker".
Dalam keadaan undi India berpecah dua, maka 26.67% undi Cina memainkan peranan yang penting. Menurut Tian Chua, memandangkan calon MCA, Wong Koon Mun memenangi DUN Kuala Kubu Baharu pada PRU ke-12, beliau percaya masih ada ruang bagi PR untuk melonjakkan undi Cinanya di PRK Hulu Selangor.
Isu kempen: Pembangunan?
Apa yang tidak memihak kepada PR dalam PRK ini adalah, kawasan parlimen Hulu Selangor adalah kawasan luar bandar, yang mana saluran informasinya masih terhad kepada media tradisional seperti media cetak dan elektronik.
Namun sedemikian, apakah pula isu yang bakal memikat hati pengundi?
Sebagaimana yang diramalkan, "pembangunan" bakal dijadikan tawaran BN kepada pengundi, kerana ianya amat mujarab terutamanya untuk penduduk kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, seorang penduduk tempatan mengingatkan bahawa kerajaan negeri adalah PR, dan PRK ini adalah perebutan kerusi parlimen. Untuknya, isu pembangunan mungkin tidak memberi kesan seperti mana yang diinginkan.
Apapun yang berlaku, PRK yang bakal berlangsung dalam tempoh 60 hari ini semestinya menyaksikan pertarungan sengit antara BN dan PR. Apakah keputusannya bakal melegakan PKR yang kini diserang bertalu-talu oleh mereka yang keluar parti; ataupun mengukir senyuman pada wajah Najib yang menteriakkan "1Malaysia"?
(sumber;http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10680)

Pilihanraya kecil Hulu Selangor…jangan sampai pisang berbuah dua kali

Oleh: ROSLI ISMAIL
Ini memang kes gigit jari.Semasa pilihanraya umum Mac 2008 Barisan Nasional menang kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Hulu Selangor.Anihnya PKR menang kerusi Parlimen menerusi Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia Khamis malam.
Jika dihitung majoriti kemenangan calon BN di tiga DUN iaitu Hulu Bernam,Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali jumlah terkumpul ialah 6,179 undi.
Sedangkan Dr Zainal menang kerusi Parlimen dengan majoriti hanya 198 undi.
Soalnya kemana hilangnya 5,981 undi mereka yang menyokong tiga calon BN di tiga DUN berkenaan?
Di Hulu Bernam,Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Isris Abu Bakar menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi.
Idris mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi.Di situ ada seramai 17,549 pengundi.
Di DUN Kuala Kubu Bharu calon MCA ,Wong Kun Moon menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Beliau dapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555.Pengundi di situ ialah seramai 18,212 orang.
Di DUN Batang kali calon UMNO Mohd Isa Abu Kasim menewaskan calon Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi .
Mohd Isa dapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Pengundi ialah seramai 27,832 orang.
Calon kerusi Parlimen BN ialah Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel.Beliau dapat 22,979 undi manakala Allahyarham Dr Zainal 23,177.Pengundi untuk kerusi Parlimen ialah seramai 63,593 orang.
Ikut ceritanya yang bertiup di Hulu Selangor ialah ini semata-mata kerana orang di situ mahukan calon Melayu sebagai Ahli Parlimen mereka.
Betul kah begitu?
Nampaknya apa analisa sekalipun petunjuknya nampak macam begitu kerana jika tidak …tidak mungkin keputusannya boleh songsang sampai begitu sekali.
Perbezaan undi pula bukan sedikit tetapi sampai 5,981.
Kalau sekadar 200 atau 300 undi mungkin berbagai andaian lain boleh diberi.
Makanya menjelang pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang bakal berlangsung dalam masa 60 hari dari sekarang ada kalanganpemerhati politik yang bertanya apakah BN sangguh berjudi nasib sekali lagi dengan seorang calon MIC di situ.
Jika mengikut ikatan persefahaman pembahagian kerusi antara komponen BN menang ada satu ikatan ia tidak boleh diubah.
Namun pilihanraya kecil kali ini dikira sangat strategik.
Ini mengenangkan senario politik semasa kebelakangan ini pastinya membuatkan BN kata ia mesti menang dan PKR pun kata ia mesti menang.
Semua orang hendak lihat apakah kesan empat orang Ahli Parlimen PKR bertindak keluar baru-baru ini dan berbagai pendedahan yang mereka buat.Begitu juga kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
takdirnya penentu on the ground yang tiba-tiba muncul untuk membuat perhitungan itu ialah menerusi pilihanraya kecil Hulu Selangor.
Tolak sebelah apa faktor sekalipun jika PKR mengekalkan kerusi itu ia dengan mudah akan berkata ‘ tengok tak ada apa-apa kesan pun’….
Keadaan itu pasti akan mencetuskan tekanan yang berat pada BN untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.
Dilihat dari mata kasar berdasarkan keputusan songsang di Hulu Selangor masa pilihanraya umum 2008 ,BN akan terus meletakan dirinya sebagai underdog jika kekal dengan Palanivel atau mana-mana calon MIC dalam pilihanraya kecil itu.
Menurut para pemerhati jika MIC sebagai rakan setia dalam BN dan hendak melihat BN dapat mengibarkan balik bendera di Hulu Selangor maka ia harus berkorban dan bertolak ansur dari ikatan perjanjian dan membuka jalan bagi seorang calon UMNO bertanding.
Ramai yang merasa BN boleh berlapang dada dan merasa beban berkurangan dengan sendirinya jika seorang calon Melayu bertanding.
Ini bukan kerana soal perkauman atau apa tetapi realiti dan hakikat politik serta kehendak orang Hulu Selangor sendiri.
Ada juga yang melihat kemungkinan itu mungkin tipis kerana MIC tentu berkeras hendak membuktikan MIC BOLEH….bagi mengembalikan balik imejnya yang hampir punah ranah masa pilihanraya umum 2008.
Soalan yang paling menarik….wajarkah BN berjudi nasib di Hulu Selangor ?- 26/3/2010
(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)
P94 : PAS DAN PKR LAMBUNG DUIT SYILING. BN CAMANA
P94 : PAS DAN PKR LAMBUNG DUIT SYILING
Pas akan merebut kerusi P94 dengan alasan PKR sedang menghadapi masalah.
BN juga tidak terlepas dari tuntutan oleh MIC.
Jika denyut nadi rakyat didahulukan sudah tentu kerusi tersebut akan kembali kepada Umno. Setuju?
Dicatat oleh TAIPINGMALI (TM) di 3/25/2010 11:30:00 PM
(sumber;http://taipingmali.blogspot.com/2010/03/p94-pas-dan-pkr-lambung-duit-syiling.html)
P94 HULU SELANGOR
P94 HULU SELANGOR
Jumlah Pengundi: 63,593
Peratusan Kaum: M:53.94% C: 26.67% I: 18.98% L:0.41%
1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (23,177)
2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979)
Majoriti: 198
Jumlah undi: 47,622
Peratus mengundi: 74.89%
Undi rosak: 1,466
Penyandang PRU11: Datuk G. Palanivel (BN)
(Majoriti: 14,483 undi)
zmsegamat kata: semoga BN jangan "SALAH" pilih calun dan pengundi jangan "SALAH" pilih wakil rakyat

Wan Zulkifli Wan Yusof: Adakah Kehidupan Anda Memuaskan?
Memang sudah menjadi resmi manusia untuk mencari kebahagiaan dan kepuasan adalah hidup mereka. Tetapi kebahagiaan yang diidamkan itu kadangkala seolah-oleh lebih suka mempermainkan diri kita. Tidak banyak daripada kita yang tahu cara-cara yang pasti untuk mendapatkan kebahagiaan. Manusia biasanya melalui hidup ini dengan mengikut corak yang telah menjadi kebiasaan mereka. Mereka akan berhenti untuk mengkaji semula matlamat hidup mereka hanya apabila sesuatu yang dahsyat dan serius melanda ketenteraman hidup mereka.
Namun, ada juga manusia yang sudah berjaya mengubah kehidupan mereka dan telah dapat melepaskan diri mereka daripada belenggu ikatan yang menjerat kehidupan seharian mereka. Mereka lebih bahagia dan kehidupan mereka menjadi lebih teratur dan memuaskan. Jika anda juga inginkan kebahagiaan, sudah tiba masanya untuk anda mengambil tindakan. Apakah yang anda tunggu lagi? Teruskan dengan niat anda untuk membuat perubahan dalam hidup anda.
(sumber:Wan Zulkifli Wan Yusof)
Wednesday, March 24, 2010
Dewan Rakyat: Zulkifli Dedah Tawaran "Menggoyahkan Iman" Untuk Fitnah Najib, Rosmah
(gambar:malaysiakini)
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Bebas Zulkifli Noordin Rabu mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Zulkifli (Kulim-Bandar Baharu) semasa memberitahu Dewan Rakyat demikian bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang membuat tawaran itu tetapi menyifatkannya sebagai tawaran yang "boleh menggoyahkan iman" daripada pihak yang terbabit dengan "pakatan fitnah" tersebut.
Zulkifli yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini berkata beliau bersyukur kepada Allah kerana melindunginya daripada terbabit dengan pakatan fitnah tersebut.
Pada pertengahan tahun lalu, Zulkifli menarik diri sebagai peguam bela tertuduh dalam kes pembunuhan itu, Cif Inspektor Azilah Hadri, kerana mendakwa terdapat campurtangan serius pihak ketiga dalam persediaannya membuat pembelaan.
"Sebab itulah saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil untuk saya terus bertindak secara profesional sebagai peguam bela kes tersebut," katanya ketika membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.
Zulkifli berkata beliau pernah diminta mendapatkan pengakuan bersumpah mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan itu.
"Sebagai seorang Islam, kita patut ambil sikap bersangka baik...setahu saya YAB Perdana Menteri telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini, tidak ada di antara kita yang berani bersumpah menafikan (apa-apa tuduhan terhadap pihak berkenaan).
"Oleh itu, bersangka baiklah kita sesama Islam dan berpeganglah kepada al-Quran sebagai petunjuk kita, bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain," katanya lagi.
Zulkifli juga berkata fitnah yang tidak berkesudahan juga dilemparkan terhadap Perdana Menteri tanpa sebarang bukti dan keterangan, serta sekadar bersandarkan surat akuan sumpah daripada bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Sedangkan, katanya, apa yang difitnah dan ditohmah dalam akuan sumpah tersebut tidak pernah dinyatakan oleh penyiasat persendirian itu semasa dia memberi keterangan di mahkamah.
Zulkifli turut menyifatkan Balasubramaniam sebagai seorang "opportunist yang mengambil kesempatan daripada kerakusan syaitan yang bertopengkan manusia."
Katanya, beliau juga tidak lupa pada sekitar tahun 2004, apabila diminta mengaibkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) dengan mengaitkan anak beliau (Nazri), Nadim dengan kes pembunuhan Darren Kang hanya kerana Nadim secara kebetulan berada di lokasi pembunuhan di Sri Hartamas.
Dalam kes itu, katanya, lima orang warga Thai pekerja restoran Uncle Don di Sri Hartamas telah didakwa dan dibicarakan serta membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah, sekali lagi Allah telah menyelamatkan saya daripada terlibat dengan fitnah," katanya.
"Saya berharap tidak ada pihak yang meletakkan saya dalam keadaan terpaksa mendedahkan semua perkara mungkar yang berlaku...kalau saya berbuat demikian, letupan besar yang dibuat oleh YB Bayan Baru (rancangan pengambilalihan kuasa 16 Sept oleh pihak pembangkang) akan hanya menjadi sekadar 'kentut yang sepi'," kata beliau.
Minggu lepas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang menjadi wakil Bebas selepas keluar daripada PKR membuat pendedahan yang mendakwa Anwar berbohong kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera merestui rancangan 16 Sept 2008 untuk Anwar mengambil alih kuasa pemerintahan negara.
Zulkifli berkata terlalu banyak perkara yang tidak betul yang beliau telah diminta melakukan.
"Begitulah kotornya mainan politik negara masa kini...ada antaranya yang telah saya laksanakan dan ada antaranya tidak saya laksanakan. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepada mereka yang telah menjadi mangsa kepada percaturan politik kotor ini, dan saya berjanji akan berjumpa dengan mereka secara peribadi untuk perbetulkan keadaan," katanya.
Zulkifli berkata tujuan beliau membuat pendedahan itu kerana bersetuju dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang melahirkan kekhuatiran tentang gejala fitnah yang sampai ke peringkat yang membimbangkan semasa merasmikan mesyuarat Parlimen Isnin lepas.
"Saya sendiri khuatir dengan cara berpolitik bangsa Melayu beragama Islam yang jauh daripada perintah Allah dan sunnah Rasulullah. Saya juga takut jika kita mengambil sikap mendiamkan diri, laknat Allah akan menimpa kita," katanya.
-- BERNAMA
Wednesday, March 17, 2010
Adu, Jika Anggota Polis Enggan Terima Laporan - Ismail Omar
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Orang ramai diminta supaya mengadu kepada Ketua Polis Daerah atau mana-mana pegawai polis sekiranya terdapat anggota polis yang enggan menerima laporan yang mahu diuat, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Aduan juga boleh dibuat terus kepada Urus Setia Ketua Polis Negara Bahagian Tatatertib di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menerusi talian 03-22626150 atau 03-22626151, katanya.
Beliau berkata butiran seperti nama anggota yang terbabit, tarikh, masa dan balai polis berkenaan harus disertakan semasa membuat aduan.
"Masih terdapat rungutan daripada orang ramai yang mendakwa terdapat balai-balai polis yang masih enggan menerima pengaduan daripada masyarakat," Ismail berkata dalam satu kenyataan.
"Justeru jika berlaku keadaan ini, orang ramai dinasihatkan supaya mengadu kepada Ketua Polis Daerah atau mana-mana pegawai polis sekiranya terdapat anggota polis yang enggan menerima laporan," tambah beliau.
Ismail menegaskan tidak ada balai polis yang dikecualikan dari menerima aduan orang ramai, terutama sekali yang melibatkan kes jenayah, kemalangan jalan raya atau sebarang musibah.

Menghargai dan membalas toleransi pribumi
Sunday, March 07, 2010
Ridhuan Tee: Menghargai toleransi peribumi
Mingguan Malaysia 7 Februari 2010
Menghargai dan membalas toleransi pribumi
1.0 Sekali lagi isu bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri (PM) dibangkitkan oleh beberapa sarjana Melayu Islam. Kesempatan dan peluang ini disebar luaskan oleh laman-laman web ultra kiasu dan mereka anti Islam. Saya tidak pasti apakah muslihat serta maksud tersurat dan tersirat di sebalik membangkitkan perkara ini. Kalaupun benar bukan Melayu boleh menjadi PM, tidak perlu dibangkitkan kerana ia sukar menjadi realiti, apatah lagi ia menyentuh sensitiviti bangsa pribumi ini. Lagipun pada saya, orang kanan selepas Melayu adalah bumiputera Sabah dan Sarawak, bukannya orang lain. Kalaupun mereka layak, tidak seharusnya mereka menerima jawatan PM. Ini kerana masih ramai majoriti orang Islam yang layak dan lebih berhak di buminya sendiri. Jangan pula bandingkan dengan Thailand, kerana bukan Siam di sana lebih Siam dari Siam. Saya tidak bertujuan untuk membela Melayu, tetapi saya cuba memahami psiki bangsa Melayu berbanding bangsa lain, setelah memahami psiki bangsa saya sendiri. Tidakkah itu lebih baik kerana kita semua berada dalam komuniti majoriti masyarakat Melayu?
2.0 Sebagai bukan Melayu, saya amat bersyukur berada di bumi bertuah ini. Walaupun saya lahir selepas merdeka, tidak dapat melihat bagaimana kontrak sosial dipersetujui, namun saya amat bersyukur kerana nenek moyang saya diterima menjadi warganegara di bumi ini. Nenek moyang saya diterima secara pukal tanpa sebarang syarat. Nenek moyang saya tidak dikenakan syarat sehingga boleh mengubah dan mengganggu-gugat cara hidup dan jati diri mereka. Mereka seperti seadanya sebagaimana asal, tanpa ada ubah suai walaupun sedikit. Mereka bebas berbahasa sendiri, hidup dalam kelompok sendiri, bersekolah sendiri, malah dapat mengaut kekayaan tanpa sekatan dan halangan, sehingga kekayaan melimpah ruah. Sejarah sebegini tidak pernah berlaku di dunia negara lain. Di negara lain, bukan sahaja mereka ditolak, malah akan dikenakan syarat-syarat yang ketat sebelum diterima menjadi warganegara. Paling ketara mereka akan diasimilasikan. Beruntung sungguh kita di sini. Inilah nikmat yang mesti disyukuri bukan dikufuri.
3.0 Tidak perlu saya kemukakan bukti, jeling-jelinglah negara-negara jiran seperti Thailand, Burma, Indonesia dan Filipina. Bilangan mereka yang diterima hanya di sekitar tiga – sepuluh peratus, selebihnya ditolak. Berbanding negara kita, bukan pribumi melebihi 40 peratus. Pada masa sama, kekayaan yang dikuasai dan diperolehi melebihi 70 peratus sehingga menimbul keresahan kepada pribumi. Inilah bentuk toleransi yang tidak ada tolok bandingnya yang perlu disampaikan kepada generasi akan datang. Menurut Amy Chua, seorang Profesor Cina berasal dari Filipina yang telah berhijrah ke Amerika Syarikat, toleransi bukan bermakna persamaan atau penghormatan, tetapi toleransi adalah memberikan peluang kepada orang yang berlainan cara hidup, bekerja, berpartisipasi dan berjaya dalam masyarakat tanpa melihat latar belakang etnik atau agama. Walaupun Amy Chua ini telah berhijrah ke Amerika, pendapat beliau agak berpijak di bumi nyata, tidak ultra kiasu. Kita perlu ramai orang seperti ini. Toleransi bukan sama rata atau sama rasa. Apa yang berlaku dahulu dan kini di negara kita bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh Amy Chua. Orang Islam tidak pernah menghalang bukan Islam untuk hidup lebih berjaya dalam apa jua sektor pekerjaan dan berpartisipasi. Apatah lagi untuk campurtangan dalam hal-ehwal agama mereka, kecuali jika agama kita dicabar.
4.0 Selaku warga yang memahami sejarah, saya dapat merasakan betapa bertuahnya kita pada hari ini. Jika ditakdirkan, tidak berlaku penerimaan pribumi, apakah saya masih hidup hari ini? Sepanjang pembacaan saya, mereka yang telah keluar berhijrah, tidak akan diterima kembali, kecuali mempunyai bakat dan kebolehan yang luar biasa ataupun mungkin mereka yang belot dengan menjual rahsia kedaulatan negara atau menjual harta negara seperti membawa wang keluar negara atau menjual pasir ke negara jiran.
5.0 Justeru, adalah tidak menghairankan jika orang seperti Tan Siew Sin dan Sambanthan pernah mengeluarkan ucapan di sekitar tahun-tahun 1950an, yang amat menghargai toleransi yang telah ditunjukkan oleh pribumi. Mereka benar-benar merasa bersyukur kerana diberi peluang dan diterima seadanya. Sejarah ini mesti difahami oleh setiap rakyat Malaysia tanpa ketinggalan. Jika tidak, mereka akan menjadi ultra kiasu. Menuntut sesuatu yang tidak seharusnya dituntut. Mengungkit sesuatu yang tidak perlu diungkit.
6.0 Ramai yang tertanya-tanya kenapa tidak ramai pribumi yang berjaya atau menguasai kekayaan di bumi sendiri? Fenomena pribumi tidak berjaya di bumi sendiri bukan fenomena baru. Ia berlaku di mana-mana, terutama di negara Asia Tenggara dan juga dunia lain yang sudi menerima kedatangan mereka yang berhijrah. Kenyataan ini diakui oleh semua sarjana, kejayaan dan harta yang dimiliki oleh mereka yang berhijrah menenggelamkan kekayaan pribumi di bumi mereka sendiri, sehingga menimbulkan keresahan atau iri hati pribumi kepada mereka. Namun, ramai sarjana tidak mengatakan punca-punca yang menyebabkan ia berlaku sedemikian rupa. Saya mempunyai jawapan mengenai perkara yang masih belum dijawab oleh sarjana-sarjana ini termasuk Amy Chua.
7.0 Pada saya, pribumi merasa selamat dan selesa di bumi mereka sendiri. Mereka bersangka baik terhadap rakan mereka yang datang berhijrah. Mereka tidak dengki dengan kekayaan yang dimiliki walaupun hidup terpisah dalam kelompok sendiri mengikut cara hidup yang agak ekstrim. Pribumi sudah bahagia dengan kehidupan ala kadar atau cukup makan, walaupun sikap ini tidak sepatutnya berlaku. Inilah sifat pribumi yang saya kenali. Tidak tamak, bersyukur dengan apa yang ada. Jika kayapun, sekadar boleh hidup mewah bukannya untuk membina empayar. Sikap rendah diri, lembut, sopan santun menguasai diri. Itulah Melayu menurut sajak-sajak Lim Swee Tin, Usman Awang dan Muhammad Haji Salleh yang saya teliti.
8.0 Kefahaman dan latar belakang inilah menjadikan saya amat terharu dengan majlis perasmian pelancaran buku terbaru professor tersohor Syed Naguib Al-attas oleh Raja Nazrin Shah baru-baru ini. Penghormatan Raja Nazrin terhadap ilmuan amat tinggi di luar jangkauan saya dengan sifat baginda sebagai anak raja. Teks ucapannya yang begitu menyanjung tinggi ilmuan begitu mengkagumkan dan baginda hampir sebak membacanya. Ini tidak termasuk aksi penghormatan baginda terhadap ilmuan Syed Naguib ketika berada di pentas. Syed Naguib dipimpin dan diminta duduk ketika bangun untuk memberikan penghormatan kepada baginda. Inilah sifat orang Melayu yang amat saya puji. Tidak bongkak, tetapi amat merendah diri, tanpa melihat darjat keturunan. Tetapi janganlah pula diambil kesempatan oleh orang lain pula.
9.0 Hari ini kita lihat seolah-olah kita mengambil kesempatan. Sikap pribumi yang sedemikian diambil peluang untuk menangguh di air yang keruh. Benar, mereka tidak berapa pentingkan kekayaan kerana kekayaan tidak boleh dibawa ke mati. Hanya iman dan takwa nilaian Allah SWT. Tetapi janganlah pula kita mengambil kesempatan dengan merosakkan mereka melalui rasuah, wanita, riba, wang dan sogokan lain terbentang di depan mata.
10.0 Janganlah kita ikuti atau meniru perangai Yahudi. Kenapa Yahudi begitu berjaya dan dapat membina empayar walaupun bukan di bumi sendiri? Jawapannya mudah, Yahudi mengambil kesempatan di atas kelemahan atau sikap tolak ansur orang lain, terutama orang Islam. Ketika merempat, Yahudi berbuat baik dengan umat Islam di Palestin. Namun, sedikit demi sedikit mereka khianat, untuk menguasai pribumi dan kekayaan buminya. Antaranya ialah dengan memberikan pinjaman melalui sistem riba dan merasuah mereka. Bila pinjaman tidak berbayar, ditambah dengan faedah yang tinggi, maka tanah sebagai galang gantinya. Tanah milik pribumi diambil seinci demi seinci. Lama-kelamaman, kini hampir seluruh bumi pribumi Palestin terlepas ke tangan Yahudi. Bangsa yang dahulunya sehelai sepinggang, berjaya menjadikan pribumi berdagang atau merempat di bumi sendiri.
11.0 Perkara yang sama berlaku di Singapura. Singapura perlu membesar untuk membina kekuatan. Cara paling mudah untuk membesar ialah dengan membeli pasir daripada negara kita berbanding dengan Indonesia yang terlalu jauh dan kosnya amat tinggi. Bagi memenuhi keperluan itu, mereka akan mencari orang Melayu melalui pengantara sekutu ultra kiasunya, di pejabat tanah yang mudah dirasuah dan mereka yang mudah belot, untuk mendapatkan dan membeli pasir. Hasrat mereka sudah tercapai. Negara ini bukan sahaja sudah membesar berkali ganda, malah hari ini mereka mahu negara ini terus membesar berganda-ganda. Tidak hairan nanti akan bercantum dengan Pulau Batu Putih yang telah terlepas ke negara ultra kiasu ini. Masihkah kita mahu duduk diam melihat maruah dan kedaulatan negara tergadai dan dipersenda? Rela menjual kedaulatan negara semata-mata untuk mendapatkan kekayaan yang sedikit. Manakala orang tengahnya mendapat kekayaan melimpah ruah. Semakin membesar Singapura, semakin kuat ancamannya terhadap negara kita. Tidak hairan suatu hari nanti mereka akan menguasai kita, jika kita terus leka dan lena dengan tipu daya mereka yang licik ini. Apatah tanah-tanah berharga di negara kita sudah terlepas ke tangan mereka, termasuk sebuah pulau lagi yang masih tinggal kepada sekutu mereka. Masihkah kita mahu berdiam diri?
12.0 Terbaru, pihak gereja katholik mahukan majalah Al-Islam meminta maaf secara terbuka di atas, artikel berjudul “Masuk Gereja Cari Gadis Bertudung Murtad” melalui tinjauan mereka di dalam gereja. Saya tidak nampak keperluan untuk meminta maaf terhadap mereka yang ada niat tersembunyi kepada kita yang terlalu bertoleransi. Kenapa kita mesti tunduk kepada ugutan mereka? Cukuplah dengan kita gagal untuk mempertahankan penggunaan kalimah Allah. Pihak gereja janganlah bertindak seperti kaduk naik junjung. Mereka ini tidak ubah seperti kumpulan ultra kiasu yang mana asyik mahu menang sahaja.
13.0 Apakah tindakan mereka melarikan dan memurtadkan orang Melayu seperti Azlina Jailani dan orang Islam yang lain itu tidak salah? Tidakkah mereka sedar bahawa orang Melayu tidak boleh dimurtadkan mengikut perlembagaan perkara 11 dan 160 (2) yang berbunyi “Melayu adalah seseorang yang menganut Islam, lazim bercakap Melayu dan menurut adat Melayu”. Pernah pihak gereja meminta maaf terhadap orang Melayu yang telah dimurtadkan yang amat nyata bertentangan dengan perlembagaan? Kenapa toleransi ini tidak dihargai?
14.0 Justeru, saya meminta mereka supaya menghargai toleransi ini. Janganlah mengambil kesempatan ketika orang lain lemah. Saya cukup bimbang jika kita terlalu mendesak, kesabaran Melayu akan tergugat. Bila kesabaran telah hilang, saya bimbang bangsa yang saya kenali ini akan hilang pertimbangan. Hargai mereka. Kita tidak akan menyerang jika tidak diserang, tetapi kita tidak menyerang tanpa tentangan.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
Posted by RIDHUAN TEE at 12:21 PM
(sumber;http://ridhuantee.blogspot.com/2010/03/menghargai-toleransi-peribumi.html)

TAN SRI SANUSI JUNID: TEORI 18 TAHUN MENGIMBAS KEMBALI ANGKA 18
Monday, February 15, 2010
TEORI 18 TAHUN
MENGIMBAS KEMBALI ANGKA 18
GPMS - SINGA PERJUANGAN BANGSA
1. Pada hari Sabtu 13 Februari, 2010 saya telah dijemput ke satu kursus untuk pemimpin-pemimpin baru GPMS, dari seluruh negara, di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras. Perjumpaan bermula pada pukul 2.45 petang. Walau pun tahun ini dinamakan tahun baru harimau untuk orang-orang China tetapi GPMS telah memilih gelaran 'Singa Perjuangan Bangsa' untuk pemimpin dan ahli organisasi mereka.
MELAYU DIGUGAT DAN DIGIGIT
2. Setelah selesai menyanyi lagu GPMS Presiden GPMS telah menyampaikan ucapan aluan dan selepasnya saya dijemput untuk berucap atas tajuk 'Melayu Digugat dan Digigit'. Persoalan yang harus saya huraikan ialah mengenai bagaimanakah singa perjuangan bangsa ini harus bertindak bila bangsanya telah digugat dan digigit.
MAYC TIDAK DAPAT MEMBANTU
3. Keadaan majlis ini berbeza dengan majlis MAYC Wilayah Persekutuan yang saya hadiri pada petang 6 Februari, 2010 di Pusat Kecemerlangan Rakan Muda, Komplek Belia, Kg. Pandan. Majlis ini diberi tajuk 'Bicara Tokoh'. Pemimpin-pemimpin muda MAYC ini ingin mengetahui sejarah gemilang perjuangan MAYC di masa silam kerana MAYC yang baru kini masih di peringkat penubuhan sementara MAYC lama pula mengikut undang-undang, tidak ada lagi, kerana lima tahun berturut-turut MAYC tidak mengadakan mesyuarat agungnya; dan mereka yang masih mengaku sebagai pemimpin-pemimpinnya, walau pun sebenarnya sudah tidak sah lagi, sedang sibuk memikirkan cara memfaraidkan harta pusaka persatuan sementara persatuan mati tanpa kubur. Begitulah gambarannya. Oleh itu, MAYC sebagai sebuah pertubuhan kini tidak mungkin boleh turut membantu GPMS jika bangsa Melayu sudah tergugat dan digigit.
JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN
4. Sebenarnya tidak ada orang yang berani menggugat dan menggigit bangsa Melayu kecualilah orang-orang Melayu sendiri memaksa dirinya supaya digugat dan digigit.
DUA PEMIMPIN BELIA JADI PERDANA MENTERI
5. Allah s.w.t. telah mentakdirkan dua tokoh belia menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia, seorang dari MAYC, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menjadi Naib Presiden MAYC, dan seorang lagi lagi dari GPMS iaitu Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Hampir ada yang ketiga dari ABIM.
6. Saya perhatikan perbezaan yang ketara antara kedua orang tokoh ini. Tun Dr. Mahathir kekal dengan kawan-kawannya yang seangkatan dalam belia dan sedarjah dengannya di sekolah menengah dan di universiti. Beliau terus berkawan dengan Presiden MAYC ke 2 Allahyarham Tunku Abdullah, iaitu kawannya di waktu dalam MAYC, malahan yang memecat beliau dari MAYC pun beliau kekalkan sebagai kawan. Tun Dr. Mahathir juga rapat dengan kawan-kawan dalam SAHOCA dan setiap tahun ada pertemuan dengan doktor-doktor yang belajar dengannya di Universiti Malaya, Singapura. Malahan kawan-kawan lama Tun Dr. Mahathir lebih mempengaruhinya dari anggota keluarganya sendiri. Jika ada anggota keluarga yang mempengaruhi beliau itu adalah pengaruh kerana ilmu yang ada pada mereka dan jawatan yang mereka perolehi sendiri, seperti Tun Dr. Ismail Mohd Ali, Gabenor Bank Negara dan Gen (B) Hashim Mohd Ali yang naik dalam tentera atas kemampuannya sendiri.
7. Tun Abdullah sebaliknya lebih dipengaruhi oleh anggota keluarga, khususnya anak dan menantu, dan lebih dipengaruhi oleh kawan-kawan menantunya yang hanya rapat dengannya setelah beliau naik menjadi Perdana Menteri. Ramai kawan-kawannya, termasuk dari kalangan GPMS, yang kecewa kerana tidak dapat menegurnya atau mendekatinya bila dia di atas. Memanglah ada orang-orang GPMS yang naik di zamannya dan mujurlah ada mereka kerana mereka inilah yang telah menunjukkan ketinggian budi mereka dengan memberi anugerah-anugerah doktor kehormat, dari universiti yang mereka pimpin, kepadanya, apabila beliau sudah turun dari jawatan. Anuegerah-anugerah ini walau bagaimana pun sukar untuk mengimbangi kegagalan kepimpinannya.
KAWAN BARU ANWAR IBRAHIM
8. Dato' Seri Anwar Ibrahim juga saya kira akan selamat jika dia terus mendekati kawan-kawan lama beliau, di dalam ABIM, bila dia hampir sampai ke peringkat atas sekali. Malangnya dia ada kawan-kawan baru seperti Nallakaruppan, Azmin. Azizan, Saiful dan Wolfowitz yang tidak pernah menjadi ahli ABIM.
SIKAP TERHADAP UGAMA
9. Seperkara lagi saya perhatikan ialah hubungan 3 tokoh ini dengan ugama. Tun Dr. Mahathir tidak berpendidikan ugama tetapi bertambah mendekati ugama dengan bertambah tinggi kedudukannya. Tun Abdullah berpendidikan ugama tetapi tidak memperjuangkan ugama dalam hidupnya dan terlalu berani memperkenalkan pendekatan baru Islam Hadhari hanya untuk menawan hati Barat. Dato' Seri Anwar tidak berpendidikan ugama, tetapi memperjuangkan ugama di masa mudanya, tetapi terus berubah menjadi bertambah sekular dengan bertambah tinggi pangkat yang dinaikinya.
ARISTOTLE DIBUKTIKAN SALAH
10. Saya telah ceritakan kepada pemimpin-pemimpin GPMS sejarah pergolakan dalam negara dari segi demografi dan isu-isu perpecahan berikutnya yang membawa kepada kelemahan politik orang-orang Melayu. Mengikut Aristotle, 'It is impossible to have political power without economic power' ( adalah mustahil memiliki kuasa politik tanpa kuasa ekonomi ). Orang Melayu telah membuktikan bahawa Aristotle itu boleh salah dalam pendapatnya, kerana Melayu ada kuasa politik tanpa kuasa ekonomi.
TEORI 18 TAHUN
11. Dalam Mesyuarat Agung MAYC ke 34 pada tahun 1988, iaitu 22 tahun yang lalu saya telah memperkenalkan kepada sekitar 2,000 orang ahli perwakilan MAYC teori 18 tahun. Teori ini saya sedari setelah saya membuat perkiraan melihat tarikh-tarikh peristiwa penting dalam negara dan sekitar Tenggara Asia setelah UMNO diharamkan pada tahun 1987, iaitu pada tahun sebelum ucapan ini disampaikan. Ketepatan anggaran tahun ini berbeza 1 atau 2 tahun dari tahun yang dipilih.
1897
12. Dari sebelum tahun 1897 saya dapati ada pergolakan berlaku di Selatan Thailand. Pihak British mengetahui bahawa pergolakan ini berlaku kerana penduduk Weng, Yala, Narathiwat dan Pattani di Selatan Thailand sebenarnya dari rumpun Melayu dan tidak selesa di bawah pemerintahan Thai. Walau bagaimana pun raja Melayu di Utara Semenanjung Malaysia tidak merasa bimbang jika wilayah di Selatan Thailand ini menjadi sebahagian dari negerinya maka kedudukan raja akan terancam. Oleh itu pada tahun 1897 ke empat wilayah di Selatan Thailand menjadi sebahagian dari Thailand. Ini bererti peluang untuk menambahkan penduduk Melayu di Semenanjung Malaya telah terkendala buat selama-lamanya.
13. Dari 1897 pihak British sibuk mempengaruhi raja-raja Melayu untuk menerima penasihat bagai pemerintahan negeri. Johore adalah negeri terakhir menerima seorang penasihat pada tahun 1914. Dengan penerimaan ini maka pada tahun 1915 genaplah 18 tahun dari tahun 1897 proses penaklukan negeri-negeri Melayu dilakukan dengan cara terhormat tanpa disedari.
1915
14. Mulai tahun 1915 pihak penasihat British telah memperkenalkan bendera berasingan bagi setiap negeri, lagu negeri yang berlainan, menamakan rakyat bagi setiap negeri berkaitan dengan nama negeri masing-masing. Orang Melayu pada waktu itu memanggil diri mereka bukan lagi sebagai orang Melayu tetapi sebagai orang Perlis, orang Penang, orang Perak, orang Kelantan, orang Johor, orang Selangor, orang Melaka dan lain-lain.
15. Mulai tahun 1915 negeri-negeri Melayu telah mula menerima pendatang atau imigran dari China dan India kerana masalah politik dan desakan ekonomi di negara masing-masing. Walau bagaimana pun pendatang China dan India ini tidak datang dengan cara yang dirancang oleh British. Oleh kerana pendatang dari India dan China di waktu ini ialah sebagai imigran ekonomi atau 'economics immigrant' maka apabila dunia dilanda oleh krisis ekonomi pada tahun 1929 maka majoriti dari mereka telah kembali ke negara masing-masing.
1933
16. 18 tahun dari tahun 1915 iaitu pada tahun 1933 pihak British telah mengizinkan imigran dari China dan India datang kembali ke Malaysia dengan cara yang terancang. Orang-orang China telah dipelihara oleh British, antara lain, sebagai pemborong kecil dan pekedai-pekedai runcit untuk menyalurkan hasil keluaran industri pengguna di Britain melalui pemborong-pembekal yang besar-besar sebagai 'trading houses' milik penjajah British. Orang-orang India pula, antara lain, dibawa ke Malaya sebagai buruh di estet-estet milik British; dan The Chartered Bank yang pada waktu itu menghadapi masalah meminjamkan wang kepada pengguna dan peniaga kecil Melayu telah membawa ceti ke Malaya sebagai orang tengah dalam urusan pinjaman wang.
KESEDARAN BARU KERANA KEMARAAN JEPUN
17. Sejarah berlalu dan dalam Perang Dunia Kedua pihak Jepun telah mengalahkan British di Malaya dan Belanda di Indonesia. Satu kesedaran baru telah timbul di kalangan pemimpin dan ulama Melayu atas kemungkinan penjajah British dan Belanda dikalahkan oleh satu kuasa negara bukan Eropah iaitu negara Jepun dari Asia. Pelajar-pelajar Melayu yang pulang dari Timur Tengah juga begitu bersemangat kerana kebangkitan gerakan kemerdekaan di negara-negara Islam lebih-lebih melihat kejayaan Jerman yang turut disokong oleh Turki.
18. Bila Jerman dan Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua pertubuhan-pertubuhan politik Melayu telah pun siap tumbuh seperti cendawan di dunia Melayu. Pihak Soekarno dan Hatta memimpin usaha memerdekakan Indonesia. Mereka berhasrat menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya. Wadah yang mulanya hampir gagal kerana hasrat Belanda untuk memerdekakan Aceh akhirnya telah terbendung kerana penerimaan Aceh ke atas konsep Melayu Raya yang dijanjikan oleh Soekarno dan Hatta akan berlandaskan syari'at Islam.
19. Kerana keghairahan menang dalam Perang Dunia Kedua pihak British berhasrat untuk menjadikan Malaya sebuah koloni British yang lebih mantap seperti New Zealand, Australia dan Canada. Wadah Malayan Union telah diperkenalkan. Di bawah Malayan Union taraf raja-raja Melayu diperhinakan ke taraf yang hampir sama dengan penghulu mukim. Penghinaan ini tidak dapat diterima oleh orang-orang Melayu.
MENENTANG GAGASAN MALAYAN UNION
20. Dari 1 hingga 4 Mac, 1946 satu Kongres Melayu telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Keputusan dibuat untuk menentang Malayan Union. Pada 1 April, 1946 Malayan Union telah ditubuhkan dengan perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Union of Malaya yang pertama. Sebuah komiti telah ditubuhkan untuk merancang tentangan terhadap Malayan Union yang terdiri dari wakil-wakil berikut:
Johor - Dato' Onn Jaafar - Pengerusi
Tuan Syed Alwi Al Hadi
Selangor - Encik Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaaba )
Dato' Hamzah bin Abdullah
Perak - Dato' Panglima Bukit Gantang
Kedah - Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
Perlis - Encik Salleh bin Othman
Kelantan - Dato' Nik Ahmad Kamil
P. Pinang - Dato' Ibrahim bin Mahmud
Pahang - Encik Yope Muhiddin
Singapura - Encik Rahim Ibrahim
PKMM - Encik Ibrahim Kasim
PENUBUHAN UMNO
21. Dari 11 hingga 12 Mei, 1946 satu lagi perjumpaan telah diadakan di Istana Johore di Johor Bharu yang telah memutuskan supaya UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan dan bukan setakat menentang Malayan Union sebagaimana keputusan Kongres Melayu pertama di Sultan Sulaiman Kelab. Semua pertubuhan dan persatuan Melayu telah mengambil keputusan untuk dibubarkan kecuali Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang terikat kepada janji dengan Soekarno-Hatta supaya Malaya hanya akan menerima kemerdekaan melalui Melayu Raya. PKMM telah keluar dari pakatan menubuhkan UMNO.
1951
22. 18 tahun dari tahun 1933 iaitu pada tahun 1951 berlaku lagi perpecahan di dalam UMNO dengan berhentinya Dato' Onn Jaafar dan berlaku perebutan kuasa untuk jawatan Ketua UMNO. Yang bertanding untuk jawatan ini ialah:
Tunku Abdul Rahman Putra
(Cadangan oleh Encik Bahaman bin Shamsudin) 57 undi
Haji Ahmad Fuad Hassan
(Cadangan oleh Dato' Onn Jaafar) 11 undi
23. Haji Ahmad Fuad telah dikalahkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan 46 undi. Calon-calon lain yang kalah ialah C. M. Yusof yang dicadangkan oleh Raja Ayob bin Raja Bot dan Encik Tajuddin bin Uda Isa. Encik Mustapha Hussein dari PKMM, yang telah memasuki UMNO walau pun PKMM menarik diri, telah menarik diri dari bertanding.
PKMM DIHARAMKAN
24. Apabila PKMM diharamkan tiga buah parti tunjangan baru telah ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin PKMM, iaitu (1) Parti Melayu Semenanjung ( PMS ) dipimpin oleh Bung Kahar sebagai Ketua dan Bung Isa sebagai Setiausaha Agungnya; (2) Parti Islam Se Malaya ( Pa - Alif - Sin = PAS ) di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al Helmi dan (3) Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) pimpinan Ahmad Boestamam. Bung Kahar, Dr. Buhanuddin dan Ahmad Boestamam ketiga-tiganya berketurunan dari Indonesia. PMS membantah pemberian kerakyatan yang berleluasa kepada bukan Melayu, PAS menentang kemerdekaan kerana tidak mewujudkan negara Islam dan PSRM menentang kemerdekaan kerana ianya ciptaan kapitalis. Gabungan idea PMS, PAS dan PSRM merupakan NASAKOM ala Malaya.
25. Agak aneh juga kerana yang mengusahakan penubuhan PAS ialah Haji Ahmad Fuad setelah beliau dikalahkan oleh Tunku Abdul Rahman, dalam pertandingan untuk menjadi ketua UMNO, tetapi beliau sendiri tidak pernah menjadi ahli PAS, sebaliknya dilantik oleh pihak British untuk menjadi Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
KEMERDEKAAN
26. Umno dan sekutunya, MCA dan MIC, dalam Parti Perikatan telah berjaya memimpin Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. Bersekali dengan perjanjian kemerdekaan telah ditandatangani juga Perjanjian Keselamatan di mana penjajah British berjanji untuk kembali mentadbir Malaya seandainya berlaku huru-hara antara kaum dalam masa 10 tahun sehingga 31 Ogos, 1967.
27. British mengetahui bahawa pemerintahan Malaya boleh aman, dan tidak akan berlaku huru-hara, jika UMNO kuat kerana didukung oleh orang-orang Melayu. Jika UMNO lemah dan kurang mendapat sokongan orang-orang Melayu maka keamanan negara boleh terancam. Keadaan yang melemahkan politik orang-orang Melayu telah muncul pada tahun 1962 apabila PAS mengkafirkan UMNO.
28. Tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963 tidak menambah kekuatan politik orang-orang Melayu. Malahan fokas terhadap masalah orang-orang Melayu bertambah kurang apabila Malaysia yang baru ditubuhkan mula menghadapi konfrontasi dari Indonesia. Dalam Pilihanraya Umum 1964 kekuatan UMNO telah jelas menurun. Kesan dari perpecahan bangsa Melayu dengan isu pengkafiran ini memakan masa untuk dirasai. Malahan Majlis Raja-Raja Melayu telah mengharamkan fatwa Dewan Ulama PAS yang mengkafirkan UMNO itu kerana sudah meramalkan kesannya sebaik sahaja fatwa dibuat pada tahun 1962.
1969
29. Rupa-rupanya kesan fatwa PAS pada tahun 1962 itu telah memberi kesan dalam Pilihanraya Umum 1969 iaitu 18 tahun setelah tahun 1951. Tingkah laku DAP setelah mengetahui keputusan pilihanraya ini sungguh menghina orang-orang Melayu. Mereka merasakan negara Malaya ini sudah menjadi milik mereka sahaja. Rusuhan kaum telah berlaku lantaran keputusan ini. Adalah jelas bahawa kelemahan politik orang-orang Melayu, sebagaimana diketahui oleh penjajah British, menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Malangnya bagi penjajah British kerana rusuhan kaum ini berlaku dua tahun setelah tamat perjanjian keselamatan yang ditandatangani di waktu Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.
BARISAN NASIONAL DITUBUHKAN
30. Apabila maruah Melayu terancam barulah pemimpin-pemimpin politik Melayu bersatu semula di dalam Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdul Razak. Tetapi lambat laun pemimpin-pemimpin Melayu menjadi selesa semula. Akibatnya PAS terkeluar dari Barisan Nasional di zaman Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri.
31. Bila Tun Dr. Mahathir mengambil alih kepimpinan negara, menggantikan Tun Hussein Onn yang bersara setelah menjalani pembedahan jantung, berlakulah pertandingan antara Tun Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO yang secara otomatik memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tun Musa menang kerana jentera Tun Dr. Mahathir memihak kepadanya.
ANWAR MENJADI AHLI UMNO
32. Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi ahli UMNO apabila Tun Dr. Mahathir mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Walaupun usaha untuk melemahkan kedudukan Anwar di dalam ABIM, untuk dia mahu menjadi ahli UMNO, telah diusahakan oleh jentera Tun Dr. Mahathir tetapi yang mempercepatkan Anwar masuk ke dalam UMNO ialah dengan usaha Tengku Razaleigh Hamzah, Dato' Harun Idris, Dato' Ibrahim Ali dan Ustaz Osman Bakar Kampung Gajah. Dayausaha Tengku Razaleigh ini adalah dengan harapan Anwar akan menyokongnya dalam pusingan kedua beliau menentang Tun Musa untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ternyata, sebagaimana yang diramalkan oleh Tun Dr. Mahathir, Dato' Seri Anwar menyokong Tun Musa dalam pusingan kedua bertanding dengan Tengku Razaleigh.
MUSA MENENTANG MAHATHIR
33. Kerana cemburunya terhadap Dato' Seri Anwar lantaran merasakan, jika terlalu lama menunggu, kepimpinan negara akan diserah oleh Tun Mahathir kepada Anwar, maka Tun Musa telah meletak jawatan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Tun Mahathir menerima perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menyerahkan kepada Majlis Tertinggi untuk menentukan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Majlis tertinggi menolak rancangan mengadakan Mesyuarat Agung Khas untuk meminta Tun Musa menarik balik perletakan jawatannya tetapi bersetuju dengan permintaan wakil UMNO Johor, dalam Majlis Tertinggi, supaya satu rombongan dihantar ke London untuk merayu Tun Musa menarik balik perletakan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO.
34. Penarikan balik perletakan jawatan Timbalan Presiden UMNO oleh Tun Musa tidak bererti beliau juga menjadi Timbalan Perdana Menteri semula. Perletakan jawatan dari menjadi Timbalan Perdana Menteri telah diterima oleh Perdana Menteri kerana perlantikan Timbalan Perdana Menteri adalah atas budi bicara Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir telah melantik Tun Ghafar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tun Musa Hitam.
1987
TENGKU RAZALEIGH MENENTANG TUN DR. MAHATHIR
35. Dalam Perhimpunan Agung UMNO berikutnya pada tahun 1987 (18 tahun dari 1969) Tengku Razaleigh telah menentang Tun Dr. Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO. Beliau beregu, dalam Team B, dengan Tun Musa yang bertanding mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden yang masih disandangnya. Tun Ghafar telah mengalahkan Tun Musa dengan 40 undi dan Tengku Razaleigh telah dikalahkan oleh Tun Dr. Mahathir. Berikutnya UMNO telah diheret ke mahkamah oleh 11 orang ahli dengan sokongan Team B. UMNO telah diharamkan dan UMNO Baru telah ditubuhkan.
36. Tengku Razaleigh telah menajakan parti Semangat 46 yang telah didaftarkan pada 3 Jun, 1989. Dalam Pilihanraya Umum 1990 Parti Semangat 46 telah berkerjasama dengan DAP dan Parti Rakyat dalam Gagasan Rakyat dan berkerjasama dalam Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ) dengan parti-parti Islam PAS, BERJASA dan HAMIM. APU berjaya 100% di Kelantan ( 24 ADUN PAS dan 15 ADUN S46 ).
ANWAR MENENTANG GHAFAR
37. Di waktu Dato' Seri Anwar Ibrahim memasuki UMNO pada awal 80an beliau direstui oleh beberapa tokoh sahaja di dalam ABIM tetapi difahamkan beliau telah memberi bayangan kepada kawan-kawannya dalam WAMY bahawa beliau akan mengambil alih kuasa sebagai Perdana Menteri dalam masa 10 tahun.
Antara yang mengungkit janji ini setelah 10 tahun berlalu pada tahun 1992 ialah seorang ulama dari Sudan bernama Hasan Thurabi. Tidak hairanlah jika pada tahun 1993 Dato' Seri Anwar telah mengorak langkah untuk menentang Tun Ghafar Baba dan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO darinya.
38. Setelah melihat arus pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO tidak memihak kepadanya Tun Ghafar Baba telah menarik diri dari mempertahankan jawatannya dan Dato' Seri Anwar telah menang tanpa bertanding dan menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993.
SEMANGAT 46 DIBUBARKAN
39. Sejak Pilihanraya Umum 1990 sehingga Pilihanraya Umum 1995 hubungan S46 dengan DAP menjadi renggang dan pakatan di dalam APU menjadi retak. Prestasi S46 dalam Pilihanraya Umum 1995 sungguh mengecewakan sehingga Dato' Rais Yatim, Timbalan Presiden S46 telah menerima kekalahan. Pada bulan May, 1996 Parti S46 telah dibubarkan dan ahli-ahlinya kembali kepada UMNO.
ANWAR DIPECAT
40. Dato' Seri Anwar telah memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1993 hingga 1998 apabila belia dipecat dari kedua jawatan itu kerana kesalahan rasuah dan liwat.
41. Waktu Dato' Seri Anwar di dalam penjara Parti Keadilan Rakyat telah ditubuh dan didaftarkan pada 4 April, 1999. Dalam Pilihanraya Umum 1999 Parti Keadilan Rakyat, sebagai anggota dalam pakatan Barisan Alternatif bersama PAS dan DAP, telah menang satu kerusi sahaja di Permatang Pauh yang ditandingi oleh Dati Seri Wan Azizah Presiden Parti. Pada 5 Julai, 2002 satu Perjanjian Persefahaman telah ditandatangani untuk menyatukan PSRM dengan Parti Keadilan Rakyat.
42. Memandang semua kepada perkembangan ini saya meramalkan 18 tahun dari tahun 1987 iaitu pada tahun 2005 kedudukan politik orang Melayu akan sesungguhnya menjadi terancam.
HARAPAN CERAH MENJADI GELAP
43. Pada tahun 2003 Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengambil alih kepimpinan negara. Dalam satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin GPMS saya dengan sinisnya telah dicabar sama ada saya akan gembira jika ramalan saya atas punahnya kuasa Melayu betul berlaku sebagaimana yang saya ramalkan. Saya menjawab, 'tidak ada dalam saluran darah saya setitik pun darah yang mendurhaka kepada UMNO atau kepada Melayu'. Saya menegaskan teori 18 tahun ini hanya satu amaran untuk semua cuba menghindarkan berlaku apa yang mungkin berlaku.
2005
44. Alhamdulillah pada tahun 2004 Barisan Nasional mendapat keputusan yang cukup meyakinkan. Dengan keputusan cemerlang Pilihanraya Umum 2004 ini terbuktilah teori 18 tahun yang seharusnya memberi gambaran buruk pada tahun 2005 kerana 1987 + 18 = 2005 terbuktilah sudah dapat dibantutkan. Malangnya, dengan keputusan durjana Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008, akibat dari peranan anak dan menantu, teori 18 menghantui semula. Tahun berikutnya bagi Teori 18 tahun ialah 2005 + 18 = 2023. Tahun ini ialah 10 tahun selepas pilihanraya yang akan datang yang wajib diadakan pada atau sebelum tahun 2013. Bagaimanakah prestasi BN dalam Pilihanraya Umum ke 13 pada tahun 2013.
DI MANAKAH SILAPNYA KITA?
45. Kini saya berdepan sekali lagi dengan pemimpin-pemimpin GPMS. Sudah tentu soalannya ialah 'Di manakah silapnya kita?'
46. Kesilapan kita ialah kerana kita sudah menyimpang jauh dari nilai-nilai murni seperti amanah, berani, disiplin, rajin dan setia iaitu sifat-sifat terpuji yang sepatutnya ada pada orang-orang yang berugama Islam. Sifat-sifat inilah yang diketengahkan dalam semangat Bushido orang-orang Jepun, semangat Hwarang orang-orang Korea, semangat Jin Qing orang-orang China, dan semangat Muru'ah orang-orang Arab. Bila British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946 dan raja-raja kita diturunkan taraf ke tahap penghulu mukim, kita merasa terhina kerana maruah kita dijatuhkan. Bila kita kalah banyak kerusi dalam Pilihanraya Umum 1969 sehingga kita merasa terhina apabila diminta menyerahkan pemerintahan Negeri Selangor kepada DAP, maka tanpa UMNO menjadi lebih Islam perjuangannya, dan tanpa bertambah semangat nasionalisma pada PAS, UMNO dan PAS dapat duduk bersama di dalam Barisan Nasional walaupun selama 7 tahun sebelumnya UMNO tersinggung kerana dikafirkan oleh PAS. Tetapi pemimpin UMNO tidak merasa terhina walaupun lebih banyak kekalahan kerusi dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 daripada yang diterima pada tahun 1969. Kerana kita sudah menjadi penakut maka kita terima kekalahan tanpa merasa malu dan terhina. Kita bersalah kerana sudah menjadi bangsa penakut.
Posted by Sanusi Junid at 9:04 PM
Labels: SEJARAH
(sumber;http://sanusijunid.blogspot.com/2010/02/teori-18-tahun.html)

Tuesday, March 16, 2010
YB Zulkifli Noordin: PARLIMEN BARU..POLITIK BARU..
PARLIMEN BARU..POLITIK BARU..
14 March 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 9:27 PM
Salam 2 all.
Esok Isnin 29 Rabi'ul Awal 1431/ 15 Mac 2010 Parlimen akan mula bersidang. Sidang kali ini secara rasminya dipanggil Sidang Dewan Rakyat ke 12, Penggal Ketiga Mesyuarat Pertama yang dijadualkan bersidang daripada esok sehingga Khamis 15 April 2010.
Sejak sidang Parlimen ditangguhy Disember 2009 lepas sehingga sekarang, banyak perubahan telah berlaku khusunya dari segi senario politik negara. Pertama kes liwat terhadap DSAI telah bermula setelah hampir dua tahun tertangguh, itu pun hanya Saiful Bukhari (pengadu) sahaja yang sempat memberi keterangan dalam pemeriksaan utama. Tak sempat pun pemeriksaan balas kes tertangguh kerana DSAI memohon Hakim menarik diri kerana enggan menghukum akhbar Utusan Malaysia yang didakwa menyiar gambar bilik tempat kejadian. Patut-patut kalau itu jadi alasan untuk Hakim menarik diri, apatah lagi kalau nak banding dengan permohonan saya memohon panel disiplin bukan Islam menarik diri kerana nak bicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH; patut panel dah tarik diri pun. Tapi itulah namanya politik yop; orang lain semua tak boleh yop!!
Perkembangan lebih memeranjatkan apabila tiga Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti menjadi MP Bebas. Mereka ialah YB Dato' Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), YB Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan YB Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai). Dan mutakhirnya saya sendiri dipecat kerana enggan mengiktiraf panel kafir yang nak bicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH, bermakna PKR kini hanya tinggal 26 kerusi sahaja. Jangan lupa YB Jeyakumar (Sg. Siput) mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) bukannya PKR.
Ini bermakna dipihak bukan kerajaan, DAP mendahului dengan 28 kerusi, PKR 26, PAS 23, PSM 1 dan Bebas 7. Menurut konvensyen berparlimen yang di 'amal dan nilai-nilai demokrasi, maka jawatan Ketua Pembangkang seharusnya dipegang oleh ketua DAP, iaitu YB Lim Kit Siang (Ipoh Barat) kerana DAP mempunyai kerusi terbanyak. YB Tan Sri Speaker tidak boleh mengiktiraf Pakatan Rakyat kerana PR bukan sebuah badan berdaftar, ia sekadar kerjasama politik yang tidak mempunyai entiti perundangan, tidak saperti BN yang berdaftar.
Jadi kalau mengikut konvensyen berparlimen dan nilai demokrasi, seharusnya YB DSAI mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang dan menyerahkannya kepada YB Lim Kit Siang. Sebenarnya itulah cara terbaik dan paling demokratik yang patut dilakukan oleh YB DSAI. Kalau saya menjadi penasihat strategi dan politik DSAI, saya akan menasihatkan beliau supaya mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang. Saya cukup pasti kalau itu dilakukan, rakyat akan lebih menghormati YB DSAI kerana akan dilihat tidak memmentingkan jawatan, dan bersikap menghormati nilai demokrasi yang dilaungkan oleh PKR. Dan saya cukup pastikan DAP & PAS membawa usul dalam Parlimen supaya YB DSAI dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang. Dan semasa usul serta bahas, saya akan nasihatkan YB DSAI supaya jangan berada didalam Dewan. Dan saya cukup pasti BN tidak akan membantah usul itu kerana ianya tiada kena mengena dengan BN, walaupunmungkin satu dua MP BN akan dipasang untuk membantah, adatlah tu. Dan apabila usul diluluskan, saya akan minta YB Tan Sri Speaker menjemput semula YB DSAI memasuki Dewan dan mengambil semula kerusi Ketua Pembangkang. Sikit punya cantik strategi sebegitu. YB DSAI tidak akan dilihat terlalu mahukan jawatan, DAP & PAS akan dilihat sebagai penyokong setia PKR, dan rakyat akan bersimpati dengan YB DSAI.
Tetapi malang kerana saya percaya YB DSAI telah diberi nasihat yang salah. Saya cukup yakin Fir'aun-Fir'aun Kecil yang mengelilingi YB DSAI telah mempengaruhi beliau dengan menyatakan bahawa dari segi undang-undang tidak jadi masalah untuk YB DSAI terus berpaut kepada jawatan Ketua Pembangkang walaupun PKR sudah hilang majoriti. Dan saya cukup yakin Fir'aun-Fir'aun Kecil tersebtu meyakinkan YB DSAI bahawa DAP & PAS akan menyokong.
Memanglah dari segi undang-undang tiada salahnya, tapi kita bercakap dari segi menghormati konvensyen 'amalan berparlimen dan nilai demokrasi yang kononnya dipertuhankan sangat. Ni cakap tak serupa bikin. Apa yang terjadi sekarang, atas nasihat Fir'aun-Fir'aun Kecil ini, YB DSAI kelihatan dimata rakyat terlalu ghairah dengan jawatan Ketua Pembangkang sehingga mengenepikan kenvensyen 'amalan berparlimen dan nilai demokrasi. Dan inilah maksud saya apabila saya menyatakan Fir'aun-Fir'aun Kecil inilah yang akan menyebabkan nama baik dan integriti YB DSAI tercemar, dan mungkin akan membawa kepada kejatuhan beliau. Saya sedih memikirkannya kerana YB DSAI sebenarnya seorang yang hebat, hanya kalau beliau mahu kembali kepada perjuangan Islam dan mendapatkan penasihat-penasihat yang tiada berkepentingan dan mempunyai agenda sendiri, saya yakin beliau akan menajdi pemimpin yang hebat. Tapi apakan daya..nasi dah jadi bubor!
Berdasarkan kedudukan jumlah kerusi parti-parti bukan kerajaan, maka menurut Peraturan 2 Peraturan mesyuarat Parlimen Malaysia, dan berdasarkan prinsip 'amaln berparlimen sejagat serta nilai demokrasi yang diterima pakai, susunan kerusi sepatutnya kini berubah. Bermakna semua Ahli Parlimen DAP sepatutnya kini duduk di blok paling depan sebelah kiri Speaker, iaitu Blok I. Kemudian diikuti oleh Ahli-Ahli Parlimen PKR dan kemudiannya PAS dan PSM. Jadi saya nak tengok esok apakah susunan tersebut dilaksanakan oleh YB Tan Sri Speaker. Sekiranya tidak, kemungkinan akan ada usul Peraturan Mesyuarat dibawa untuk susunan kerusi dibuat mengikut apa yang saya sebut tadi. Kalau itu berlaku, bermakna walaupun YB DSAI akan menduduki kerusi Ketua Pembangkang, namun beliau akan dikelilingi oleh Ahli Parlimen DAP. Ini mungkin satu keadaan yang tidak selesa bagi YB DSAI sebagai Ketua Umum PKR; sebab itulah konvensyen 'amalan berparlimen dan nilai demokrasi menghendaki Ketua Pembangkang adalah daripada parti bukan kerajaan yang memiliki kerusi yang paling banyak!
Bagi sidang ini, buat pertama kalinya saya akan bertindak sebagai wakil bebas. Dan insyallah saya akan memainkan peranan saya untuk mewakili suara umatb Islam dan kepentingan Islam. Ini tidak bermakna saya akan mengenepikan kepentingan dan kebajikan rakyat bukan Islam. Malahan berada dalam status wakil bebas ini akan memberi ruang yang selesa untuk saya memainkan pernan lebih efektif dan berkesan untuk umat Islam dan institusi Islam khasnya dankebajikan dan kepentingan rakyat umumnya.
Tapi saya percaya peringkat awal sidang kali ini akan berlaku satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara. Apa dia? Tunggu dan lihat! Jangan kemana-mana, dan jangan betulkan antenna telinga anda..apa yang bakal terjadi pasti akan menyebabkan anda semua memerlukan pampers..hehehe !!!
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
28 Rab'ul Awal 1431
14 Mac 2010
(sumber;http://zul4kulim.blogspot.com/2010/03/parlimen-barupolitik-baru.html)

EDISI PENIPU !!! Suara Keldaian salahkan mangsa kemalangan, bukannya Tian Chua. Posted by che_wan
EDISI PENIPU !!! Suara Keldaian salahkan mangsa kemalangan, bukannya Tian Chua.
Posted by che_wan
Mac 13
KOTA TINGGI 13 Mac – Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan kereta yang dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Mohd. Salleh Hamdan, 22, koma akibat kecederaan parah sebelum meninggal dunia dua jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.
Ketua Polis Kota Tinggi, Supritendan Osman Mohammad Sebot berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan ke sini dari arah Mersing, manakala Tian Chua menuju ke Mersing untuk menyampaikan ceramah selepas menghadiri satu majlis ramah mesra di sini.
‘‘Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal dan Mercedes Benz bertembung selepas kereta Mercedez dinaiki Tian Chua itu dipercayai masuk ke laluan bertentangan,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.
Utusan
Diatas adalah petikan berita dari Utusan yang disertakan dengan kenyataan dari Ketua Polis Kota Tinggi mengenai hal kejadian sebenar kes kemalangan yang membabitkan Tian Chua.
Jelas dinyatakan oleh Superintendan Osman Mohamad bahawa kereta yang membawa Tian Chua telah MASUK KELALUAN BERTENTANGAN dan bertembung dengan Arwah Mohd Salleh Hamdan.
Tetapi cuba baca pula kenyataan yang dikeluarkan didalam Suara Keldaian hari ini tentang kes kemalangan ini...,
MERSING 13 Mac - Ahli Parlimen Batu Tian Chia mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke Mersing dari Kota Tinggi kira-kira 9:15 malam tadi.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motorsikal dipercayai seorang anggota tentera memotong sebuah bas yang menghala ke Kota Tinggi lalu bertembung dengan kereta Tian Chua.
Anggota tentera tersebut dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital disebabkan kehilangan banyak darah akibat tanganbya yang putus dalam kejadian tersebut yang berlaku di jalan persekutuan yang gelap.
Tian bersama seorang rakan ketika itu dalam perjalanan menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Mersing, Johor yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tian dan pemandu kereta kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing.
Kereta Mercedes Benz yang naiki Ahli Parlimen itu mengalami kerosakan teruk dibahagian depan dengan lampu dan cermin pecah.
Walau bagaimanapun beliau serta pemandu kereta selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Suara Keldaian
Lidah rasmi PKR ini seolah-olah menyatakan bahawa Arwah Mohd Salleh Hamdan yang bersalah kerana memotong sebuah bas dan memasuki laluan kereta Tian Chua.
Dari manakah sumber Suara Keldaian yang mengeluarkan kenyataan sebegini bagi mebela Ahli Parlimen mereka?
Jika Utusan telah mendapatkan kenyataan Ketua Polis bagi menjelaskan cerita sebenar, kenyataan siapa pula yang digunakan oleh Suara Keldaian bagi menguatkan dakwaan mereka bahawa Arwah Mohd Salleh Hamdan yang bersalah???
Apakah kerana Tian Chua merupakan Ahli parti PKR, maka dia akan dibela habis-habisan tanpa memperdulikan setiap kesalahan yang dilakukannya???
Apakah dengan menjadi ahli parti pembangkang, semua kesalahan hinggakan yang melibatkan nyawa pun boleh dipermainkan dan dianggap ringan oleh media dan juga penyokong mereka??
Inikah parti yang dikatakan mahu membela hak dan kepentingan rakyat? Inikah kebebasan media yang Anwar serta seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat war-warkan?
Jika yang dilanggar dan meninggal dunia ini dari kaum cina atau india, sudah pastinya terkinja-kinja dan meroyan para penyokong Pakatan Rakyat meminta untuk ditubuhkan SuruhanJaya Diraja.
Dan jika yang mati ini bukan dari bangsa melayu dan dilanggar oleh pemimpin dari Barisan Nasional, pasti terjerit-jerit dan melalak-lalak seluruh pemimpin Pakatan Rakyat mengatakan suatu kezaliman telah dilakukan oleh pihak kerajaan.
Sekarang ini memang jelas nyata bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyatlah yang sebenarnya AMAT RASIS dan MENGAMALKAN SIKAP PERKAUMAN MELAMPAU dengan membiarkan media mereka bersikap pilih kasih menyelewengankan fakta sebenar !!!!!
(sumber;http://pusakaayahnda.blogspot.com/2010/03/edisi-penipu-suara-keldaian-salahkan.html)
Keadaan kereta yang dinaiki YB Tian Chua:
Keadaan motor askar Melayu (lesen Pahang) yang dilanggar:
(sumber;http://theunspinners.blogspot.com/2010/03/kemalangan-tian-chua-pandangan-di.html)

Subscribe to:
Posts (Atom)