Friday, August 27, 2010
Namewee Maki Siti Inshah dan Menghina Ibadah Puasa
Ini video klip yang baru dibuat oleh Namewee pada 25 Ogos 2010. Video ini bertajuk "Namewee FxxK Racism Malaysia NAH!!! SxxK Banana". Puan Hajah Siti Inshah Mansor (Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman) dihina oleh Namewee dengan perkataan kesat dan maki hamun. Ini bukan kali pertama Namewee berkelakuan biadap sebegini. Minta maaf kemudian dia buat lagi dan lagi. Tidak pernah serik sebab tidak dikenakan tindakan. Kalau tindakan mahu dikenakan ada pihak yang membelanya mengatakan ianya adalah zalim.
Dalam video ini juga Namewee mempertikai juga mempertikai ibadah puasa orang Islam. Mengapa perlu kurang ajar sampai begini? Inilah rasis sebenar. Sebelum ini Namewee pertikai azan seperti kokokan ayam, hari ini dia pertikai ibadah puasa pula. Apa yang Namewee mahu sebenarnya? Mungkin ada dalang yang mempertahankannya. Sebab itu dia berani sangat. Pada 17 Ogos 2007, dalam forum "Love the country; Defend Meng Chee" di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall, Lim Kit Siang dan Tony Pua hadir sama menjadi panel untuk membela Namewee habis habisan. DAP cakap pihak lain sebagai rasis, tetapi mereka terus melindungi dan mempertahankan Namewee yang rasis ini. Sama ratakah ini?
Kementerian Pelajaran juga dikecam dengan bahasa dan isyarat lucah oleh Namewee. Memang jelas Namewee adalah penghasut terbesar untuk memecahkan perpaduan kaum di negara ini. Jika orang Melayu yang berkelakuan begini sudah tentu riuh besar DAP. Namun jika Namewee buat, pasti akan ada pembelaan habis habisan untuk Namewee nanti. Orang Islam di negara ini perlu ingat, perkara ini bukan lagi soal politik tetapi perkara ini sudah ke tahap mencerca kesucian agama. Namewee mengecam amalan puasa di kalangan umat Islam di bulan Ramadhan ini. Cukup rasis. Namewee perlu dikenakan tindakan yang lebih keras. Jika tidak dia akan ulangi lagi perbuatan biadap ini. Buat orang Islam dalam PAS dan PKR, cubalah melihat isu ini dari sudut lain selain politik.
Posted by Azrinizam Ibrahim at 9:13 PM 0 comments
(sumber;http://anginperubahan.blogspot.com/2010/08/namewee-maki-siti-inshah-dan-menghina.html)
5 comments:
My dear,
He was making fun of the headmistress in Kedah who asked her pupils to go back to China because they ate in front of their Muslim schoolmates who were fasting.
He was NOT insulting the practice of fasting.
Seek to understand first , before posting seditious remarks.
then I guess that its ok for me finger u like he did..?
Anonymous:
Tak perlu untuk mempertahankan Namewee. Sila jelaskan "Seek to understand first , before posting seditious remarks." berbanding dengan posting posting Namewee yang sangat kasar dan lebih menghina.
Saya rasa tak salah kalau pengetua tersebuh menegur pelajar bukan Islam supaya bertimbang rasa terhadap majoriti' kawan-kawan'nya yang berpuasa.
Nur Aurora
u see... if i ask, do everyone have to be a buddhist? thn i am insulting buddha? = = its juz a simple question same like namewee asking = = he is juz asking do everyone in malaysia have to practice fasting? from which the hell way u c he menghina puasa? = =open mind plz
Hi bloggers/webmasters submit your blog/websites into www.ellameytamil.com and to get more traffic and share this site to your friends....
www.ellameytamil.com
Post a Comment