Thursday, August 19, 2010

Adakah selama ini bangsa mereka dianiaya oleh kerajaan?

Sunday, August 15, 2010
Adakah selama ini bangsa mereka dianiaya oleh kerajaan?


Kongres Ekonomi Cina Malaysia hari ini menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat. Kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.


Aku fikir apa yang dituntut oleh Kongers Ekonomi Cina amatlah tidak wajar. Ia memberi gambaran seolah-olah bangsa Cina tidak dilayan secara adil oleh kerajaan. Seperti teraniaya begitu. Walhal, kalau kita tengok sekarang ini bangsa mereka dapat menikmati persekitaran ekonomi yang baik, dilayan dengan adil oleh kerajaan, walaupun dasar kerajaan lebih kepada membantu Bumiputera.


Fakta

Secara statistik majalah Forbes menunjukkan masyarakat Cina-Malaysia telah boleh berjaya sepanjang 30 tahun lalu. Menurut Forbes syarikat-syarikat dikuasai Cina mewakili 37 peratus pasaran modal di antara 100 syarikat Malaysia yang disenaraikan berbanding tujuh peratus kalangan orang Melayu. Individu kaum Cina juga menguasai 73 peratus kekayaan yang dimiliki 40 orang terkaya di Malaysia dan lapan dari setiap 10 orang kaya adalah Cina.


Berdasarkan fakta, aku ingin bertanya kepada bangsa Cina. Adakah selama ini bangsa anda dilayan dengan begitu buruk oleh kerajaan? Adakah sejak merdeka tahun 1957, anda merasakan diri anda dianiaya oleh kerajaan?

Sekarang anda sudah berani mengungkit. Malah sudah berani menuntut macam-macam.Terserah kepada DS Najib. Anda adalah Perdana Menteri kami. Buatlah keputusan sewajarnya. Pesan aku di sini, orang-orang Melayu masih bimbang jika tiada dasar yang pro-bumiputera.

Nasionalis1982 : Orang melayu tidak ‘terbunuh’ tapi perniagaan orang Melayu yang mungkin ‘terbunuh’.


Posted by Nasionalis1982 at 2:30 PM
(sumber;http://nasionalis1982.blogspot.com/2010/08/adakah-selama-bangsa-mereka-dianiaya.html)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Presiden SP Setia: ‘Adakah Cina dilayan dengan buruk?’
TERKINI @ 09:09:48 PM 14-08-2010
Oleh Yow Hong Chieh
August 14, 2010

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Pemaju hartanah utama Tan Sri Liew Kee Sin mempersoalkan kewajaran rungutan masyarakat Cina bahawa mereka tidak dilayan adil oleh kerajaan, sambil menekankan kaum itu telah menikmati kedudukan baik di sebalik persekitaran dasar pro-Bumiputera.

Liew (gambar), yang syarikatnya SP Setia Bhd merupakan pemaju Putrajaya — projek pembangunan terbesar di Malaysia berkata, terdapat lebih banyak firma dikawal kaum Cina berbanding syarikat-syarikat milik Bumiputera di Bursa Malaysia.

“Secara statistik, majalah Forbes menunjukkan masyarakat Cina-Malaysia telah boleh berjaya sepanjang 30 tahun lalu,” kata beliau Presiden dan Ketua Eksekutif SP Setia ini.

Menurut Forbes, syarikat-syarikat dikuasai Cina mewakili 37 peratus pasaran modal di antara 100 syarikat Malaysia yang disenaraikan, berbanding tujuh peratus kalangan orang Melayu.

Individu kaum Cina juga menguasai 73 peratus kekayaan yang dimiliki 40 orang terkaya di Malaysia dan lapan dari setiap 10 orang kaya adalah Cina.

“Adakah kita dilayan dengan buruk?” kata Liew.

Beliau juga menekankan bahawa usahawan kecil dan sederhana juga merekodkan prestasi yang baik dan pemilik-pemiliknya mampu memiliki banglo berjuta ringgit yang dibina syarikatnya.

“Ada seorang Cina yang mahu membina banglo RM40 juta,” katanya.

“Itu adalah kekayaan. Dari mana kekayaan itu datang? Kekayaan ini datang dalam 30 tahun lalu ketika pelaksanaan DEB (Dasar Ekonomi Baru)

Beliau mengetengahkan hujah ini pada Kongres Ekonomi Cina yang bertemakan “Peranan Masyarakat Cina Dalam Mencapai Matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 di sini hari ini.

Liew juga berhujah bahawa kehadiran syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) dalam pasaran bermakna perniagaan kaum Cina juga tiada pilihan kecuali menggunakan kepakaran dan dana Melayu jika mahu meningkatkan pulangan mereka dalam jangka panjang.

“Hari ini, kerajaan mempunyai wang menerusi GLC... mereka boleh membeli bangunan anda, mereka boleh membeli pasar raya anda, memiliki pasar raya besar anda, pusat membeli-belah daripada anda. Yang ini akan memberikan sumber pendapatan yang besar,” katanya.

“Kini terpulang kepada kita. Adakah kita hendak menggunakan kepakaran, keupayaan kewangan mereka? Adakah kita hendak menggunakan rangkaian mereka?” soal beliau.

Bagaimanapun Liew menekankan bahawa kerjasama Melayu-Cina memerlukan semangat sedia memberi dan menerima.

Jelas beliau, sebelum meminta mereka memberikan lebih banyak dasar liberal, masyarakat Cina harus membenarkan mereka menyertai sektor yang dikuasai sekarang.

“Jika tidak, kerjasama ini tidak akan wujud. Mereka tidak akan membenarkan kita,” katanya.

Tegas beliau, jika masyarakat Cina mahu mengambil kek yang besar daripada MBE, masyarakat Cina mesti belajar untuk memberi.

“Kita mesti belajar untuk mengambil satu langkah ke belakang. Kita juga harus belajar untuk hidup bersama budaya, pemikiran mereka,” katanya lagi.

Jelas beliau, orang Melayu masih bimbang bahawa rakan niaga Cina akan membunuh perniagaan mereka jika tiada dasar pro-Bumiputera yang melindungi kaum tersebut.

(sumber;http://themalaysianinsider.com/bahasa/article/presiden-sp-setia-adakah-cina-dilayan-dengan-buruk/)

1 comment:

Anonymous said...

Knpe kita gagal orang Melayu gagal kuasai ekonomi? Sedangkan kuasa politik di tangan kita selama 50 Tahun usia kemerdekaan kita, ke mana pimpinan Melayu yang sehebat Tunku Abdul Rahman, Tunku Abdul Razak yang memperjuangkan nasib MELAYU...JANGAN HANYA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI....sanggup membiarkan anak bangsa kita hilang kesemuanya