Saturday, August 28, 2010

Isu Pengetua Puan Hajjah Inshah Mansor - Mainan kotor politik pembangkang

Isu Pengetua Puan Hajjah Inshah Mansor - Mainan kotor politik pembangkang

Presiden Perkasa menemui Pn Siti Hjh Di Kulaijaya

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa agar Kementerian Pelajaran bertindak profesional berhubung isu perkauman yang dikatakan cuba ditimbulkan Pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Siti Aishah Mansor, 53, baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihak kementerian diminta tidak bertindak berdasarkan kepentingan politik dan pada masa yang sama perlu terus mengekalkan kedudukan pengetua berkenaan di sekolah itu.

“Pengetua berkenaan pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang Gred 52, malah beliau juga mempunyai darah Cina kerana ibunya berketurunan Cina. Jadi bagi saya tidak timbul isu perkauman di sini.

“Sehubungan itu, saya berharap pihak kementerian dapat mengambil tindakan sewajarnya secara profesional dan tidak mengutamakan kepentingan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu dan menyatakan sokongannya terhadap pengetua berkenaan di rumahnya yang terletak di Kampung Melayu, di sini hari ini.

Pada 12 Ogos lalu, Siti Aishah dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada perhimpunan pagi menyentuh sensitiviti kaum.

Dipercayai kenyataan yang dibuat sempena pelancaran Hari Kemerdekaan di sekolah itu telah diputarbelitkan oleh pihak luar yang mempunyai kepentingan politik sehingga wujudnya isu perkauman berkenaan.

Ibrahim turut mempersoalkan sama ada kenyataan pelajar yang membuat laporan polis terhadap pengetua berkenaan boleh diambil kira tanpa mengetahui sejauh mana kebenaran laporan itu
.
Beliau berkata, mungkin pelajar berkenaan tidak memahami maksud sebenar yang cuba disampaikan pengetua mereka dan sekadar membuat laporan berdasarkan pemahaman mereka semata-mata.

“Sebagai pelajar adakah mereka cukup matang untuk menilai dan menterjemah ucapan pengetua sebagai mengandungi unsur-unsur perkauman.

“Daripada apa yang diberitahu, pelajar yang terawal membuat laporan polis berhubung isu tersebut merupakan antara pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Adakah kenyataan orang seperti ini boleh digunakan?” katanya.

Beliau juga menyifatkan tindakan pengetua berkenaan adalah bertujuan memulihkan masalah disiplin di sekolah tanpa sebarang niat perkauman dan lebih menjurus kepada tindakan seorang ibu dalam mendidik anak-anak ketika di rumah.

“Apabila berlaku masalah disiplin dan gejala sosial pelajar, semua menyalahkan pihak sekolah, namun apabila pelajar-pelajar ditegur dan tindakan diambil, masyarakat turut menyalahkan pihak sekolah,” katanya.

Lihatlah bertapa kotornya politik pembangkang memutarbelitkan isu sehingga orang melayu jadi mangsa. Apa jadi pada namewee, budak cina yang baling arak ke surau, ADUN Serdang yang masuk surau, Chua Soi Lek, semunya nama-nama yang sudah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman yang masih bebas.

(sumber;http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2010/08/isu-pengetua-puan-hajjah-inshah-mansor.html)

Biadab, kurang ajar!

Biadab, kurang ajar!

SEBAGAI rakyat Malaysia, saya berasa amat marah dan tersinggung dengan sikap biadab dan kurang ajar oleh sekumpulan rakyat Indonesia yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera). Mereka telah memijak-pijak bendera Malaysia dan melempar najis di Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Dan mengikut laporan terbaru, mereka juga ingin mengambil tindakan menghalau rakyat Malaysia yang berada di Jakarta. Ini pada pendapat saya betul-betul merupakan tindakan orang kurang siuman dan kebudak-budakkan.

Tidakkah mereka tahu jika sekiranya kita di Malaysia bertindak balas dan mengambil pendekatan yang serupa dengan menghalau rakyat Indonesia yang bekerja di sini.

Tutup semua premis perniagaan milik rakyat Indonesia dan hantar pulang semua pekerja rakyat Indonesia. Bolehkah mereka memberi pekerjaan untuk rakyat mereka?

Tidakkah mereka tahu bahawa di sini sebahagian besar perniagaan pasar malam, perniagaan kedai runcit dan perniagaan buah-buahan telah dibolot dan dikawal semua oleh peniaga Indonesia.

Ramai daripada mereka telah kaya raya dan memiliki rumah banglo serta kenderaan mewah seperti Mercedes dan BMW. Ini semua adalah hasil kemakmuran ekonomi Malaysia, tidak seperti Indonesia asyik kecoh, kecoh, kecoh tapi hasilnya tiada.

Sikap biadab dan melampau kumpulan Bendera ini tidak boleh dimaafkan sama sekali dan kita harus menunjukkan ketegasan kita sekeras-kerasnya.

Kita perlu mengambil langkah agresif supaya mereka sedar yang kita tidak perlu bergantung kepada rakyat mereka untuk kehidupan dan pembangunan negara kita.

Hentikan mengambil pembantu rumah Indonesia (sekarang pun mereka telah mula meletak bermacam syarat), ambil pembantu dari negara lain seperti Kemboja, Filipina, Thailand dan sebagainya. Hentikan melancong ke destinasi Indonesia, tiada apa sangat pun yang hendak dilawati selain dari tempat sesak dan penuh dengan orang yang suka minta tip dan desak-desak kita beli barang jualan mereka.

Hentikan menonton sinetron-sinetron yang kurang atau tidak langsung memberi faedah itu.

Kadangkala saya melihat kita terlalu berlembut dalam menghadapi masalah seperti ini. Memang betul kita lebih pentingkan hubungan kedua-dua negara tetapi pada pandangan saya kita perlu memberitahu kepada kumpulan berkenaan bahawa tindakan mereka itu amat biadab dan kita marah dengan tindakan tersebut.

Sampai bila kita harus bersabar dan terus bersabar? Pihak kerajaan juga perlu mengambil inisiatif bagi menerangkan perkara sebenar tentang penahanan tiga orang pegawai Indonesia berkenaan.

Seperti tulisan Mergawati Zulfakar dalam akhbar The Star 25 Ogos 2010 yang bertajuk Calming the waves of wrath bahawa pihak kerajaan harus mengambil langkah segera menerangkan perkara sebenar yang terjadi semasa penangkapan pegawai Indonesia dan penahanan nelayan kita yang didakwa mencuri ikan di perairan Indonesia, walhal perairan tersebut masih di kawasan Malaysia.

Kedua-dua pihak perlu dimaklumkan keadaan sebenar supaya tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain.

Selain dari itu, saya beranggapan bahawa rakyat Malaysia yang marah tentu akan memberi respons segera dan saya jangka di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur tentu akan diadakan demonstrasi untuk membantah tindakan kumpulan Bendera berkenaan.

Kita sedia maklum bahawa negara kita sejak kebelakangan ini selalu saja diadakan demonstrasi sehingga ke tahap ganas dan perlu dileraikan oleh pihak polis. Namun demikian, saya agak hampa semasa menonton Buletin Utama TV3 pada malam 24 Ogos 2010, hanya Pemuda UMNO saja yang tampil dan menyampaikan nota bantahan di Kedutaan Indonesia. Kemana pergi yang lain-lain?

Contohnya, mereka yang boleh baring di tengah jalan seperti demonstrasi di Ipoh satu ketika dulu. Orang yang hebat berdemonstrasi semuanya diam menyepi. Janganlah kita hanya berdemonstrasi tentang politik saja, tetapi apabila negara tanah tumpah darah kita dipijak, diasak dan diperlekeh oleh pihak lain, kita hanya berdiam diri tanpa membuat apa-apa.

Sehubungan itu, marilah kita bersatu, bersatu mempertahankan kedaulatan negara tanpa mengira fahaman politik masing-masing. Jika kita boleh bersungguh-sungguh memperjuangkan parti politik kita kenapa kita tidak boleh bersungguh-sungguh mempertahankan negara tanah air kita. Malaysia adalah tanah tumpah darah kita dan kita harus mempertahankannya walau apa cara sekalipun.

ARES SALIM

Kota Damansara, Selangor

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0826&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm)

Friday, August 27, 2010

Namewee Maki Siti Inshah dan Menghina Ibadah Puasa

Friday, August 27, 2010
Namewee Maki Siti Inshah dan Menghina Ibadah Puasa

Ini video klip yang baru dibuat oleh Namewee pada 25 Ogos 2010. Video ini bertajuk "Namewee FxxK Racism Malaysia NAH!!! SxxK Banana". Puan Hajah Siti Inshah Mansor (Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman) dihina oleh Namewee dengan perkataan kesat dan maki hamun. Ini bukan kali pertama Namewee berkelakuan biadap sebegini. Minta maaf kemudian dia buat lagi dan lagi. Tidak pernah serik sebab tidak dikenakan tindakan. Kalau tindakan mahu dikenakan ada pihak yang membelanya mengatakan ianya adalah zalim.


Dalam video ini juga Namewee mempertikai juga mempertikai ibadah puasa orang Islam. Mengapa perlu kurang ajar sampai begini? Inilah rasis sebenar. Sebelum ini Namewee pertikai azan seperti kokokan ayam, hari ini dia pertikai ibadah puasa pula. Apa yang Namewee mahu sebenarnya? Mungkin ada dalang yang mempertahankannya. Sebab itu dia berani sangat. Pada 17 Ogos 2007, dalam forum "Love the country; Defend Meng Chee" di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall, Lim Kit Siang dan Tony Pua hadir sama menjadi panel untuk membela Namewee habis habisan. DAP cakap pihak lain sebagai rasis, tetapi mereka terus melindungi dan mempertahankan Namewee yang rasis ini. Sama ratakah ini?

Kementerian Pelajaran juga dikecam dengan bahasa dan isyarat lucah oleh Namewee. Memang jelas Namewee adalah penghasut terbesar untuk memecahkan perpaduan kaum di negara ini. Jika orang Melayu yang berkelakuan begini sudah tentu riuh besar DAP. Namun jika Namewee buat, pasti akan ada pembelaan habis habisan untuk Namewee nanti. Orang Islam di negara ini perlu ingat, perkara ini bukan lagi soal politik tetapi perkara ini sudah ke tahap mencerca kesucian agama. Namewee mengecam amalan puasa di kalangan umat Islam di bulan Ramadhan ini. Cukup rasis. Namewee perlu dikenakan tindakan yang lebih keras. Jika tidak dia akan ulangi lagi perbuatan biadap ini. Buat orang Islam dalam PAS dan PKR, cubalah melihat isu ini dari sudut lain selain politik.

Posted by Azrinizam Ibrahim at 9:13 PM 0 comments

(sumber;http://anginperubahan.blogspot.com/2010/08/namewee-maki-siti-inshah-dan-menghina.html)

Namewee Melampau, Patut Dilucut Kerakyatan -Puteri UMNO

Namewee Melampau, Patut Dilucut Kerakyatan -Puteri UMNO



KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Pergerakan Puteri UMNO mahu kerajaan bertindak tegas termasuk melucutkan kerakyatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee berikutan penerbitan klip video terbarunya bertajuk ‘Namewee Fuck Racism Malaysia NAH!!!’

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, video klip yang merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan memarahi pelajar-pelajarnya dengan perkataan berbaur perkauman itu amat tidak wajar malah melampaui tatasusila warganegara Malaysia.

“Pergerakan Puteri UMNO mendapati klip video yang dilengkapi sarikata berbahasa Melayu itu amat keterlaluan dan boleh menyemarakkan api perkauman di negara ini.

“Di dalam klip video itu, Namewee antara lain menyebut `ada satu orang cacat namanya… (sambil menyebut nama guru berkenaan) serta menyatakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai kurang ajar.

“Lebih dikesali apabila anak muda itu membangkitkan persoalan siapa yang membuat Malaysia kaya. Katanya, walaupun perkara tersebut tidak dinyatakan dalam sejarah namun ia boleh didapati menerusi Internet. Selain itu, Namewee dalam klip video yang disiarkan menerusi laman itu berulang kali menunjukkan isyarat lucah serta baris perkataan `Nah … (nama guru tersebut) Nah f… banana’,” katanya di dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini.

Rosnah menegaskan, Pergerakan Puteri UMNO mendesak kerajaan supaya bertindak tegas kerana anak muda itu ternyata tidak serik mengulangi perbuatan kurang ajar yang jelas menunjukkan dia tidak mempunyai rasa hormat jauh sekali mempunyai tanggungjawab terhadap tanah air sendiri.

” Jika dalam penerbitan klip video lagu Negaraku dan F… TNB, tiada sebarang tindakan diambil terhadap Namewee, maka kali ini dia tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

“Pergerakan Puteri UMNO kesal kerana setiap kali orang Melayu bercakap tentang hak mereka akan disifatkan sebagai perkauman tetapi pada masa yang sama orang bukan Melayu bebas untuk bercakap apa sahaja,” tambahnya.

Rosnah berkata, Namewee adalah lambang generasi muda yang tidak tahu menghargai erti kemerdekaan dan perpaduan kaum yang dinikmati rakyat negara selama ini.

“Oleh itu adalah wajar tindakan tegas dikenakan terhadapnya supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa isu perkauman bukanlah bahan mainan yang boleh dicarut dan disebarluaskan menerusi Internet.

“Apatah lagi isu guru yang dikatakan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman itu telah pun diserahkan kepada pihak berkenaan untuk disiasat dan menunggu hukuman dilaksanakan. Adalah tidak wajar jika guru itu dihukum tetapi Namewee yang secara terang-terangan perkauman dengan disaksikan seluruh dunia dibiarkan bebas begitu saja,” katanya. -MediaUMNO

Anwar Oh Anwar…masih ‘pusing keliling’ tentang hudud


Anwar Oh Anwar…masih ‘pusing keliling’ tentang hudud

Mereka yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup masak dengan stailnya.Bila nampak macam nak jem Penasihat PKR itu beliau mulalah ‘pusing keliling’ dan cepat-cepat alih perhatian ke isu lain.

Inilah halnya semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di Petaling Jaya Khamis bila beliau ditanya mengenai pertikaian isu undang-undang hudud antara DAP dan PAS yang sedang hangat.

Para wartawan yang hadir memang bertekad nak dapat jawapannya setelah DAP tetap menolaknya manakala PAS mempertahankan impian nak laksanakan undang-undang itu jika berkuasa.

Ini dilihat satu suasana no go bagi pakatan pembangkang itu.

Apa yang semua nak dengar tentulah pendirian rasmi pakatan rakyat dan bagaimana pendirian Anwar sendiri samada memihak pada DAP atau PAS dalam isu berkenaan.

Namun Anwar tidak bodoh hendak menempa nahas politik menyokong pendirian mana-mana satu antara dua parti itu yang sangat diperlukan untuk menunjang impiannya menjangkau Putrajaya.

Maka beliau pun memberi jawapan yang secara umum ‘ selamat’ dengan berkata pakatan rakyat itu tetap berpegang kepada rangka dasar bersama (CPF) - yang dipersetujui oleh pakatan itu Disember lalu – dimana masing-masing parti tidak mempromosi pendirian yang diluar rangka berkenaan.

Katanya masih terdapat ruang untuk berbincang dan tiada siapa dinafikan hak untuk mengemukakan pendirian mereka.

Beliau sebaliknya mendakwa UMNO yang membangkitkan isu hudud dan bertanya apakah pendirian parti itu mengenainya.

Anwar kemudiannya mendakwa perang mulut antara DAP dan PAS mengenai hudud cuma salah faham hasil mainan media yang dikuasai kerajaan untuk alih perhatian pada isu yang lebih besar iaitu mengenai kehilangan ekuiti bumiputra sebanyak RM52 billion.

Beliau berkata fokus harus diberikan pada salahgunakuasa dan penyelewengan kerajaan pusat dari isu seliseh faham antara parti-parti dalam pakatan rakyat.

Anwar semacam lupa isu terbaru polimek undang-undang hudud ialah antara Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Karpal Singh bukan ciptaan UMNO atau sesiapa.

Sebaliknya ia meletus bila Menteri Besar Kelantan menyatakan undang-undang hudud ialah jalan terbaik menyelesaikan masalah sosial di negara ini manakala Pengerusi DAP itu yang sudah diketahui pendiriannya tentang itu tetap menolak.

Apakah UMNO atau BN yang mencipta kenyataan Nik Aziz mendakwa Karpal Singh saja pemimpin DAP yang bising tolak hajat PAS nak laksanakan undang-undang hudud jika berkuasa?

Apakah UMNO dan BN yang cipta jawapan balas Karpal Singh kata bukan beliau seorang saja dalam DAP yang tidak setuju.

Apakah UMNO dan BN yang cipta kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang kemudiannya menyokong Karpal Singh dengan menegaskan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.- 26/8/2010
(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

PANAS BERAPI! ASYIK-ASYIK MELAYU SAHAJA DISALAHKAN!




Wednesday, August 25, 2010
PANAS BERAPI! ASYIK-ASYIK MELAYU SAHAJA DISALAHKAN!


Anda yang mengikuti retreat PKR dan PAS pasti hairan. Kalau mereka perakui undi Melayu itu perlu bagi mereka, kenapa pula taktik menghina Melayu terus dilakukan. Perkara ini bukan baru. Boleh diungkit dari Merdeka atau semasa Lee Kuan Yew dalam Malaysia lagi.

Sejarah nak diputarbelit

Penulisan Michael Chick pun sudah lama iatu sebelum PRU12. Asal usul dirancang Lee Kuan Yew dari ucapan di parlimen pada tahun 1965 lagi. Hari ini macam lagi dongeng tokok tambah mereka sampai katanya Tanah Melayu ini Tanah Cina.

Serangan penghinaan siber tersusun

Peristiwa Namewee menghina lagu Negara Ku berlaku sebelum PRU12. Namewee masih lagi dengan mulut haram jadahnya. Klik imej untuk baca berita berikut.



Ada cybertrooper yang dibiayai Singapura sudah bertahun2 beroperasi mengeluarkan kata nesta terhadap orang Melayu dan Islam di ruang komen Malaysia Today. Dulu boleh dimasuk dan lawan, kini MT di kawal dari Singapura. Komentar akan ditapis dahulu. Sebarang komen yang tidak digemari dibuang.

Komentar Singapura sama tapi membawa nama2 cooloc, winner, reek, memasuki blog2 Melayu untuk menyebarkan komen rasis yang sama bertahun2. Komen sama itu boleh dijumpai terkini di blog Husin Lempoyang sini.(http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2010/08/ketua-wira-perkasa-ke-as-buat-laporan.html)

Bahasa mereka ... Ya Rabbi punya sopan, penuh pembohongan, putarbelit, penghinaan, maki hamun, bahasa sgt kesat, ... yang jelas tidak mencerminkan tamadun China yang sudah 2,000 tahun.

Bahasa Melayu diturun taraf

Sin Chew Daily bertarikh Ogos 23hb, 2010, melaporkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr Ramasamy mencadangkan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa rasmi Jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat. Mana cerita bahasa orang Asli dan Bumi Sabah/Sarawak?

Dia berjanji akan berusaha membantu golongan miskin berbangsa India untuk menyelesaikan masalah seperti SJK(T), tanah perkuburan dan peluang pekerjaan semasa merasmikan pejabat baru Persatuan Pembangunan Kaum India di Nibong Tebal.

Kg Buah Pala, Rumah Hijau, dll apa cerita? Kata samarata semua bangsa, tapi kenapa masih cerita India2 lagi?

Tolak Guru Melayu di Sekolah Cina

Terbaru, Dong Jiao Zhong tidak mahu langsung guru2 Melayu berada di Sekolah Cina untuk mengajar bahasa Melayu. Klik pada imej keratan akhbar berikut.


Sudahlah tentang bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar tak mahu tapi terima sebagai mata pelajaran untuk dapat duit gomen.

Kemudian mahu sukatan lebih rendah dan masa lebih kurang untuk BM. Maknya kualiti BM standard penjual VCD haram. Sekarang tak mahu diajar BM dengan baik oleh guru Melayu. Akhir sekali nanti tak mahu langsung BM.

Pengetua Hajah Siti difitnah

Ini hanya mencari alasan dari peristiwa Pengetua Hajah Siti. Sebenarnya tiada disebut guru itu seperti dituduh. Yang disebut seperti analogi berikut:

"SAYA BAWA KERETA PROTON SAGA. AH CHONG & MUTHU MENUMPANG DALAM KERETA SAYA. KAMI SAMA-SAMA MENUJU KE SATU DESTINASI.TETAPI ITU TIDAK MENJADIKAN AH CHONG & MUTHU MEMILIKI KERETA PROTON SAGA TERSEBUT KERANA SAYA TETAP PEMANDU".

Menurut blog Keris Putra, seorang guru bernama Maneswaran, yang tidak puas hati dengan Puan Hajah telah menghasut seorang pelajar tingkatan 6 bernama Asrivani - bapanya peguam Hindraf - membuat laporan polis dengan menokok ayat-ayat "Cina & India penumpang boleh balik ke negara asal", "India memakai kalung seperti anjing", dsb yang turut di tambah-tambah lagi oleh DAP, PKR, MCA & MIC dan Khairy.

Baca detail di blog Keris Putra sini.( http://kerisputera.blogspot.com/2010/08/kisah-sebenar-pengetua-rasis.html )

Pihak berkuasa serba salah?

Adakah ini permainan psyop yang mahu pihak berkuasa bertindak dan kemudian dituduh kejam, zalim dan mencabul hak asasi manusia? Baca sekali lagi pasal psyop musuh ( http://theunspinners.blogspot.com/2010/08/perang-psyop-musuh-untuk-ambilalih-msia.html ).

Perkasa pun kecewa tiada tindakan terhadap laporan2 polis berkenaan Namewee, Helen Ang, Chua Soi Lek, dan macam2 lagi laporan yang tidak henti diketengahkan untuk perhatian pihak berkuasa dan berwajib.

Dua kes kepala babi dibuang dalam masjid, apa jadi?

Reaksi begitu cepat apabila melibatkan Dato Ahmad Ismail, Dato Nasir Safar dan Pengetua Siti Inshah Mansor. kepala lembu cepat didakwa dan cepat didenda.

Budak Melayu bakar gereja cepat bicara, cepat penjara. Bukan Melayu simbah cat ke surau hanya "impulsive act."

Karpal Singh hina raja, buang kes.


Dalam Parpukari dan Perkasa ( http://parpukari.blogspot.com/2010/08/panas-berapi-koh-tsu-koon-yang-tak.html ), Menteri Perpaduan Koh Tsu Koon boleh biar saja ....

Hasil Kajian oleh The Unspinners
(sumber;http://theunspinners.blogspot.com/2010/08/tak-habis2-hati-melayu-disakitkan.html)

Siapakah anak muda yang berani itu ?


Sewaktu kemuncak konfrontasi Malaysia-Indonesia, sekumpulan anak muda pada 17 September 1963 telah pergi ke bangunan Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang dan menurunkan simbol Pancasila negara Indonesia lalu menggantikannya dengan bendera Malaysia.

Siapakah anak muda yang berani itu ? mereka ialah Samy Vellu dan Khalid Yunus.

Gambar diatas menunjukkan Samy Vellu dan Khalid Yunus berjaya 'menawan' Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang KL.

Tetapi hari ini jangan kata nak turunkan bendera Indonesia, nak bakar sekeping bendera pun tak berani.

Orang pijak bendera kita, baker bendera kita dan baling najis ke kedutaan kita, tetapi pemuda kita pergi bawa kertas dan hulur di pagar sahaja.

Sekarang terbukti sudahlah yang Samy Vellu lebih sayangkan negara ini berbanding dengan Pemuda Umno yang ada pada hari ini.

Keberanian dan semangat cintakan negara mu tetap ku kenang wahai Datuk Seri Samy Vellu dan Datuk Khalid Yunus.

(sumber;ruang bicara faisal)

DISEBALIK KEJADIAN PENAHANAN NELAYAN MALAYSIA OLEH INDON !



DISEBALIK KEJADIAN PENAHANAN NELAYAN MALAYSIA OLEH INDON !

Pada masa kejadian, kelima-lima bot tersebut sedang menangkap ikan di perairan yang telah menjadi kawasan menangkap ikan sejak sekian lama. Pasukan Gerakan Marin (PGM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan insiden tersebut pada 9.35 malam.

Susulan dari itu, bot ronda laju PC 9 dan PSC 26 PGM diketuai oleh Asisten Supritendan Ahmad Amri Abdul Rahman yang sedang membuat rondaan rutin di perairan tersebut telah diarahkan mengesan bot nelayan tersebut. Pada 10.45 malam, lima bot nelayan dan bot Dolphin 015 dikesan di lokasi 010 18.9’ Utara, 1040 24.4’ Timur iaitu kira-kira 0.4 batu nautika dari Batuan Tengah (Middle Rocks) yang sedang dalam pelayaran menuju ke Batam, Indonesia.

Lokasi ini masih di dalam perairan laut wilayah Malaysia. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 telah memutuskan Batuan Tengah milik Malaysia. Bot PC 9 telah mengarahkan bot Dolphin 015 untuk berhenti namun tidak diendahkan dan dua das tembakan flare ke udara menggunakan light pistol dilepaskan.

Bot Dolphin 015 masih enggan berhenti dan terus memecut laju memasuki perairan Indonesia. Bot PGM berhenti mengejar setelah Bot Dolphin 015 didapati memasuki perairan Indonesia.

Tindakan PGM ini adalah selaras dengan prosedur yang ditetapkan di bawah Arahan Ketua Polis Negara, tembakan amaran ke udara tidak dilepaskan kearah bot Dolphin 015 dan bot PGM berhenti mengejar setelah bot tersebut memasuki perairan Indonesia.

Semasa PGM membuat pemeriksaan ke atas lima bot nelayan tersebut, didapati tiga pegawai penguat kuasa KKP menyorok di dalam bilik enjin dua bot nelayan dan salah seorang darinya telah menanggalkan pakaian seragam KKP.

Tindakan itu dipercayai bagi untuk mengelak dari ditangkap oleh PGM. Sistem Penentu kedudukan Global (Global Positioning System) bot juga telah dirosakkan.

Salah seorang penguat kuasa KKP telah dihubungi oleh Ketua Bot Ronda KKP yang dikenali sebagai Hammanto dan telah menawarkan pertukaran pegawai penguatkuasa KKP yang ditahan dengan tujuh nelayan Malaysia.

Namun demikian, tawaran tersebut ditolak kerana ia berlaku dalam perairan Malaysia dan PGM bertegas tindakan undang-undang akan diambil sewajarnya. Kesemua lapan nelayan dan lima bot serta tiga penguat kuasa KKP telah dibawa ke Jeti Jabatan Laut Tanjung Pengelih untuk siasatan lanjut.

Ketiga-tiga pegawai penguatkuasa ini telah disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan (Penculikan).

Mereka telah ditahan di lokap IPD Kota Tinggi dan direman selama empat hari oleh Mahkamah sehingga 18 Ogos 2010 bagi siasatan lanjut. Pihak PDRM telah memberikan layanan yang sama sebagaimana yang digunapakai ke atas warga Malaysia yang ditahan dalam lokap berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

Pada 14 Ogos 2010, satu laporan Polis telah dibuat oleh adik salah seorang nelayan yang ditahan menyatakan bahawa beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon +6281270228267 yang tertulis “Tolong kirim RM1,000 Untuk taikong Melayu untuk tiga orang Cina RM 2,500, jadi semua RM 3,500. Kirim lewat western union atas nama Harun No KTP 2171071708659006, Alamat: Tanjung Piayu sei Beduk, Batam. Ok?.

Siasatan awal PDRM mendapati nombor telefon tersebut juga turut disimpan dalam telefon bimbit milik tiga pegawai penguat kuasa KKP. Pada 16 Ogos 2010, lima pegawai dari Konsulat Jenderal Republik Indonesia telah datang ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi membincangkan urusan pembebasan tiga pegawai penguatkuasa KKP.

Pegawai tersebut juga dibenarkan menemui tiga penguat kuasa tersebut di lokap IPD Kota Tinggi. Pada 17 Ogos 2010, pukul 9.20 pagi, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi telah menyerahkan tiga pegawai penguat kuasa KKP kepada Jonas L. Tobing, wakil Konsulat Republik Indonesia.

Pembebasan ini dibuat setelah beberapa siri rundingan diplomasi, siasatan kes telah selesai dijalankan dan bagi menjaga hubungan baik Malaysia dan Indonesia.

Malaysia telah mengemukakan Nota Bantahan Diplomatik ke atas tindakan pencerobohan dan penahanan 7 nelayan Malaysia oleh bot Dolphin 015 milik KKP.

Tindakan ini merupakan satu pencabulan ke atas integriti dan kedaulatan wilayah Malaysia.

Sejak 2005 hingga Ogos 2010, terdapat 12 kes pencerobohan bot dan kapal Pihak Berkuasa Indonesia dalam perairan Johor sahaja.

Nelayan tempatan yang menangkap ikan dalam perairan Malaysia kerap menjadi mangsa peras ugut dan diminta membayar sejumlah wang bagi membebaskan nelayan yang ditahan.

Insiden seumpama ini akan berulang di masa hadapan khususnya dalam musim perayaan yang akan disambut tidak lama lagi.

Pihak Berkuasa Malaysia komited dan akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dalam kawasan perairan Malaysia berdasarkan Peta Baru 1979 ke atas sebarang pencerobohan dalam perairan negara.

Pihak nelayan hendaklah memberikan kerjasama dengan terus membuat laporan kepada Pihak Berkuasa mengenai insiden yang berlaku supaya tindakan yang cepat dan berkesan dapat diambil sewajarnya.

Di samping itu, tindakan-tindakan yang diambil oleh pegawai penguatkuasa KKP Indonesia semasa berada di dalam bot nelayan telah menimbulkan keraguan dan mengukuhkan lagi pandangan bahawa insiden ini adalah angkara pihak dan individu daripada agensi berkenaan menggunakan kedudukan mereka demi kepentingan masing-masing.

Keberadaan mereka di atas bot nelayan dan tindakan menanggalkan pakaian seragam serta menyorok di dalam bilik enjin jelas menunjukkan bahawa mereka telah melakukan pelbagai kesalahan dan berusaha untuk menggelak daripada dikesan oleh pihak PDRM.

Usaha untuk membuat pertukaran tujuh nelayan dan tiga pegawai KKP oleh ketua bot Dolphin 015 dalam tempoh beberapa jam setelah kejadian dilihat sebagai inisiatif persendirian beliau untuk menutup insiden berkenaan.

Posted by GAP KEMBALI at 12:00 PM

(sumber;http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/08/disebalik-kejadian-penahanan-nelayan.html)

Thursday, August 26, 2010

Chua Soi Lek, MCA dan negara


Chua Soi Lek, MCA dan negara

Posted on Tuesday, August 24 @ 19:35:35 PDT by paktam

Oleh - A. Aziz Deraman

Umat Islam dan orang Melayu perlu bermuhasabah tentang banyak perkara. Cuba renungkan masa lalu dan fikirkan masa depan dengan sedar dan insaf. Kuasa politik itu kuasa penentu arah tuju negara. Umat Islam masih ketinggalan hampir dalam semua segi khususnya ekonomi, pendidikan dan kerjaya. Apakah konflik dan geger kacau suasana politik sekarang boleh menjamin kesejahteraan umat dan kemakmuran negara.


Penulis masih ingat sewaktu berkhidmat di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) tahun 1971-1979 dan 1981-1989. Banyak isu politik dan pertelagahan pemikiran tentang dasar-dasar negara ditimbulkan. Oleh kerana istilah kebudayaan itu luas, Pak-Pak Menteri sepanjang tempoh berkenaan menjawab dengan bijaksana hatta tentang isu-isu ‘kecinaan’.

Di KKBS itu penulis mengenali tokoh-tokoh politik MCA, seperti Dr Neo Yee Pan, Rosmary Chong dan satu dua lagi yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen di situ (penulis lupa nama mereka). Neo Yee Pan, seorang yang agak keras pendiriannya, tetapi tidak pernah menyentuh Perlembagaan dan tonggak-tonggak kenegaraan.

Setahu penulis, pemimpin MCA yang lain pun seperti Tan Koon Swan dan Ling Liong Sik mengambil sikap sama. Mereka tahu di mana tempat berunding dan kenapa forum BN itu menjadi penting. Kini MCA juga sudah tiada lagi seorang tokoh sehebat Tan Siew Sin seperti mana MIC kehilangan Tun Sambanthan. Sebaliknya dari suara MCA sekarang, Dr Chua Soi Lek tidak pun rasa malu. Tanpa segan silu dan keterlaluan beliau mencabar kedudukan ekuiti Melayu dan Bumiputera.

Penulis ada ramai kawan terdiri daripada orang Cina. Penulis kenal baik beberapa pemimpin Cina MCA antaranya Chan Kong Choy, Ong Tee Kiat, Wee Khoon Hock (Kelantan), Ting Chew Peh (sejak di universiti), Chew Hock Thye, David Chua dan Koh Tsu Koon (Gerakan). Penulis kenal sangat beberapa tokoh sarjana dan penulis Cina Malaysia seperti Dr Teo Kok Seong, Ding Choo Ming, mendiang Lee Siow Mong, Dr Lim Swee Tin, Siow Siew Sing, Chong Seong Huat, atau beberapa penulis lain. Mereka itu seperti sangat memahami tuntutan kenegaraan di bumi Malaysia ini.

Dr Chua, tidak penulis kenali secara peribadi, melainkan pernah ternampak dari jauh. MCA akhir-akhir ini kadang-kadang bagaikan bermain gelombang mengikut puncak rentak politik orang. Pendirian terbaru beliau itu sangat tersasul dan tidak kena pada tempatnya. Sekali gus menentang aspirasi Perlembagaan dan menafikan struktur asas Malaysia.

Menelusuri sedikit ke belakang, tahun 1986, tahun kemarahan besar orang Melayu apabila Lee Kim Sai membuat kenyataan bahawa bangsa Melayu adalah kaum pendatang sama seperti orang Cina dan India di Malaysia. Jika dilihat kembali sebelumnya ada lagi kes-kes lain yang ditimbulkan parti politik Cina. Ada perang pendapat yang hebat tahun 1986. Lalu pada tahun 1986 tadi, KKBS mengambil inisiatif menganjurkan satu persidangan antarabangsa Tamadun Melayu di Kuala Lumpur. Tujuannya bagi menjelaskan secara ilmu akan citra tamadun Melayu itu dalam banyak bidang.

Tsunami politik 2008, membawa perpecahan Melayu dan Bumiputera. Pertelagahan sesama Islam, mengakibatkan fenomenanya siapa hendak malu kepada siapa? Akibat buta sejarah, dua tiga tahun kebelakangan ini pun masih ada orang menamakan pendatang kepada rakyat asal Malaysia ini. Kronologi sejarah sejak ribuan tahun tidak mereka fahami. Ertinya juga salah siapakah apabila subjek Sejarah tidak menjadi kurikulum wajib dalam sistem pendidikan?

Aneh sungguh di Malaysia. Sekian lama merdeka, sekian lama juga politik perkauman tidak pernah surut, malah paras air politiknya semakin pasang. Rakyat dikelirukan sehingga maksud hak-hak kenegaraan dalam Perlembagaan diperlekeh. Semangat Perkara 153 Perlembagaan diganggu gugat tanpa peduli kiri kanan.

Seseorang yang menentang aspirasi Perlembagaan, bermakna dia mencabul Persekutuan Malaysia dan mencabul kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu yang melindungi segala kepentingan tersebut.

Hak asas Melayu dan Bumiputera itu dilindungi undang-undang sejak dahulu. Sesungguhnya tuntutan mengurangkan ekuiti ekonomi Bumiputera dari 30 peratus itu menjadi tanda penentangan terhadap Perlembagaan, undang-undang tertinggi negara yang bukan mudah bagi sesiapa menukar atau mengubahnya.

Seingat penulis sudah beberapa kali Dr Chua Soi Lek ‘menghiris’. Pertama, semasa berjawatan menteri, pada Januari 2006 beliau bersama beberapa menteri bukan Islam mengemukakan memorandum pindaan Perlembagaan tentang status Islam di negara ini. Kedua, menyelar UMNO kerana menggunakan cara kecenderungan Pas menggunakan agama dalam meraih sokongan rakyat. Ketiga, mempertikaikan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera melalui pengurangan kuota ekuiti secara bertahap seperti disebut di atas tadi.

Cuba insafi bahawa sentimen politik parti yang melampaui batas, lambat laun akan hanya membawa kepada perpecahan dan kemusnahan. Orang politik ada tempoh masa 5 tahun sekali, tetapi perpaduan jauh merentasi had masanya. Jadi jangan sekali-kali ada cita-cita merobah sesuatu yang baik dengan mudah, kerana harganya terlalu mahal, tidak terbayar oleh kita.

Sekali imbas, sekiranya diteliti gagasan 1Malaysia dengan aspirasi perpaduan dengan prinsip-prinsip penerimaan, Perlembagaan dan Rukun Negara serta keadilan sosial, maka semuanya itu seperti tidak dipandang penting oleh Kongres Ekonomi Cina Malaysia (KEC). Resolusi 13 perkara itu kena disemak secara cermat, jika terbabit dengan kerajaan dan kepentingan nusa.

Kalau kedamaian dan keharmonian hidup ada di kepala kita, maka sikap merendahkan keupayaan kaum lain dan kritikan melulu, tidak akan dilontarkan sehingga menimbulkan ‘kebencian’ kepada orang lain. Sifat orang bijaksana akan sentiasa jaga perpaduan dan hargai hubungan masyarakat.

Nada suara terbaru MCA itu mengingatkan kita akan satu laungan DAP. Bezanya tidak jauh apabila DAP menyarankan agar diskaun untuk Bumiputera dihapuskan. Ada semacam kenyit mata antara DAP dan MCA. Mereka bukan tidak faham bahawa hak dan keistimewaan itu perlu dikekalkan kerana rakyat yang miskin, majoritinya terdiri orang Melayu dan Bumiputera.

Kedua-dua tuntutan ini berlaku dalam bulan yang sama, yakni Ogos, bulan kemerdekaan. Di Malaysia, kedudukan kaum lain tidak pernah diabaikan atau dizalimi. Prinsip keadilan sosial ini sangat Islamik dan diamalkan sejak awal. Di negara-negara lain, hal sedemikian belum tentu dapat dilakukan jika kuasa tidak di tangan orang Islam. Ada peraturan Islam untuk menjaga kesejahteraan rakyat yang bukan Islam. Jadi jangan dibiarkan ‘tikus membaiki labu’.

Kadang-kadang pemimpin berbicara sesuka hati. MCA tidak harus terperangkap dengan jerat DAP atau PR. BN ada cara sendiri menyelesaikan masalah berasaskan kesepakatan dan persefahaman. PR mengambil pendekatan mudah, demi untuk berkuasa, apa sahaja mereka mahu ‘lelongkan’, bahkan bersedia menggantikan Malaysia dengan sebuah Perlembagaan baru.

Kenangi budi Melayu yang sudah terlalu besar itu buat MCA dan orang Cina. Perbalahan besar MCA didamaikan kembali ke jalan politik atas usaha UMNO. Orang Cina di Malaysia sudah menguasai hampir 50 peratus ekonomi. Kehidupan di bandar dengan segala kemudahan, termasuk pendidikan dan infrastruktur dinikmati sepenuhnya. Apa lagi?

Akibat tsunami politik 2008, maka ada orang berani ‘menangguk di air keruh’. Ya sebab kayu Melayu sudah bongkok kerana perpecahan mereka. Penulis pernah nyanyikan satu lagu kanak-kanak Kelantan semasa kecil “cak gol cok, ambik cok gali ubi, temu kayu bongkok, tempat kegho meniti”.

Sewaktu Melayu berikan betis, mereka tidak fikir suatu masa orang mahukan paha. Jika apa-apa terjadi pada masa depan politik Malaysia menjelang PRU 13 atau mungkin MCA meninggalkan BN, maka UMNO mesti membuat persediaan dari sekarang. Bukannya suatu hal mustahil DAP dan PKR menawarkan sesuatu yang lumayan untuk MCA, “orang mengantuk disorongkan bantal”.

Soalnya dalam pertarungan politik perkauman cara baru ini, apakah persediaan orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam seMalaysia? Wallahualam. S/H

(sumber;http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=9264)

KISAH SEBENAR PENGETUA RASIS!!!


Tuesday, August 24, 2010
KISAH SEBENAR PENGETUA RASIS!!!

by Stingrays VII on Sunday, August 22, 2010 at 3:13am

Sekarang jam 2.22 pagi, hari Ahad, 22 Ogos 2010. Saya melaporkan dari tempat penginapan saya di Pandan City JB. Saya baru pulang dari bertemu rakan fb saya dari Kulai. Beliau ketika pertemuan tersebut menghubungi "seseorang" melalui telefon. Saya di fahamkan, Puan Hajah Siti tidak mahu bertemu dengan sesiapa demi untuk... membantu siasatan pihak polis. Beliau hanya mahu bertemu dengan 3 orang dan saya berpeluang bercakap dengan salah seorang dari 3 tersebut. Saya akan melaporkan kejadian ini mengikut kronologinya agar anda semua memahami asal usul isu ini.

1. Puan Hajah Siti adalah salah seorang dari penerima anugerah PENGETUA CEMERLANG negeri Johor gred 52.

2. Beliau baru beberapa bulan berpindah ke SMKTAR Kulai.

3. Sesuai dgn status Pengetua Cemerlang, beliau cuba untuk membuat beberapa pembaharuan untuk meningkatkan kualiti P&P di sekolah tersebut.

4. Sebilangan guru lama di SMKTAR tersebut TIDAK BERPUAS HATI dengan beberapa arahan terbaru beliau sebagai Pengetua. (MOTIF)

5. Dalam Perhimpunan Pagi sekolah pada minggu lepas, bersempena dengan bulan kemerdekaan, beliau berucap tentang Konsep 1Malaysia.

6. Beliau memberikan analogi seperti berikut :- "SAYA BAWA KERETA PROTON SAGA. AH CHONG & MUTHU MENUMPANG DALAM KERETA SAYA. KAMI SAMA-SAMA MENUJU KE SATU DESTINASI.TETAPI ITU TIDAK MENJADIKAN AH CHONG & MUTHU MEMILIKI KERETA PROTON SAGA TERSEBUT KERANA SAYA TETAP PEMANDU".

7. Seorang guru KELINGPARIA bernama Maneswaran, yang sememangnya tidak puas hati dengan Puan Hajah (krn perkara 4 di atas), telah menghasut seorang pelajar KELINGPARIA juga dari tingkatan 6 bernama Asrivani. Bapak Asrivani (juga seorang KELING) adalah seorang Peguam Hindraf. Pakatan 3 ekor KELINGPARIA inilah yang telah membuat laporan polis yang bukan-bukan, menokok tambah statement Puan Hajah Siti dengan lauk-lauk tambah seperti :-

"Cina & India penumpang boleh balik ke negara asal""India memakai kalung seperti anjing""dsb seperti yang turut di tambah-tambah lagi oleh parti rasis DAP,PKR,MCA &MIC & KJ"

8. Inilah sebenarnya yang berlaku dalam kes ini. Bak cerita "Enemy of the states" lakonan Will Smith, Puan Hajah Siti menjadi mangsa atas sesuatu tuduhan yang tidak beliau lakukan.

9.Saya telah berjanji kepada "seseorang" tersebut bahawa saya dan rakan2 pimpinan NGO BAWAH TANAH MELAYU berdiri teguh di keliling Puan Hajah Siti dan kami akan melakukan segalanya demi untuk mempertahankan Puan Hajah sebagai seorang MELAYU.

10. Sumpah saya dan kawan2 TAK PERNAH KENAL/ATAU TAK ADA HUBUNG KAIT DGN Puan Hajah Siti sebagai seorang Individu, tetapi sebagai MELAYU, Cubit peha kiri, kaki kanan naik ke muka kamu!!!

11. Kepada orang Politik, kamu bolehlah berlakon, memberikan statement playsafe tetapi aku dan kawan2 aku (+geng 13 pijak kepala lembu kuil Shah Alam) takkan playsafe lagi.

12. Biarkan UMNO/BN hilang kuasa PRU-13 (kerana nak jaga hati PENDATANG) nanti asalkan BANGSA PENDATANG ni sedar diri mereka. Bila Melayu dah hilang kuasa PRU-13 nanti, baru Melayu mudah bersatu.

Posted by KERIS PUTERA at 11:49 AM

(sumber;http://kerisputera.blogspot.com/2010/08/kisah-sebenar-pengetua-rasis.html)

Tuesday, August 24, 2010

Penghinaan Namewee lebih dahsyat tapi tiada tindakan diambil


Penghinaan Namewee lebih dahsyat tapi tiada tindakan diambil

SATU laporan polis telah dibuat terhadap Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor iaitu yang dikatakan memarahi pelajar-pelajarnya dengan perkataan berbaur perkauman. Ahli Parlimen Ipoh Timur dari DAP, Lim Kit Siang awal-awal lagi mendesak pihak Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan keras terhadap pengetua sekolah ini yang disifatkannya amat rasis.

Terbaru, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua mendakwa Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menghayati konsep 1Malaysia apabila gagal bertindak terhadap pengetua itu.

Sebagai seorang guru, apa yang diluahkan oleh pengetua itu adalah satu teguran dan nasihat kepada pelajar-pelajarnya yang pasti seringkali ingkar arahan dan peraturan-peraturan di sekolah. Namun ahli politik pembangkang sering mensensasikan sesuatu isu terutama apabila ia melibatkan kaum bukan Melayu.

Ahli politik pembangkang seperti Lim Kit Siang akan segera mendesak kerajaan kerana insiden tersebut kononnya telah menghina dan menghiris hati kaum bukan Melayu.

Mengapa Lim Kit Siang mensensasikan isu ini sedangkan ia boleh diselesaikan secara dalaman oleh pihak Jabatan Pelajaran Johor.

Inilah petunjuk betapa kiasunya Lim Kit Siang dan DAP. Apabila orang Melayu menyentuh kaum dan keturunan bukan Melayu, itu adalah perkauman. Sebaliknya apabila ahli politik pembangkang bukan Melayu mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan agama Islam itu dinamakan pandangan hak asasi dan kesamaan!

Politikus pembangkang sengaja memperlihatkan seolah-olah pemikiran mereka dangkal iaitu tidak pernah terlintas memikirkan hati dan perasaan orang Melayu terhadap segala tindakan mereka mempersoalkan hak orang Melayu termasuk menyentuh agama Islam.

Siapa yang tahan apabila setiap kali bangun dari tidur, lantang kedengaran bangsa dan agamanya asyik dikecam dan dihina! Inilah bukti bahawa politik mainan pembangkang terutama DAP telah membunuh rasa kasih sesama rakyat Malaysia. Sebaliknya hanya membarakan lagi perasaan marah dan geram antara sesama rakyat berbilang kaum.

Namun sebelum tindakan diambil ke atas pengetua itu, kita perlu rujuk kembali kes seorang pelajar Cina, Namewee yang telah melakukan penghinaan yang menyeluruh melibatkan agama, bangsa Melayu, organisasi kerajaan dan negara menerusi klip video nyanyian lagu kebangsaan Negaraku yang di beri 'nafas baru' iaitu Negarakuku!

Pun begitu tiada sebarang tindakan yang diambil ke atas Namewee sedangkan penghinaan yang dilakukan oleh Namewee 900 peratus lebih dahsyat dari apa yang dilakukan oleh pengetua terbabit.

Mungkin sebab Namewee adalah berbangsa Cina justeru perbuatan biadap itu dianggap tidak apa-apa, sekadar luahan kemarahan seorang anak muda iaitu ayat yang sering diguna pakai oleh pemimpin-pemimpin pembangkang apabila mempertikaikan hak-hak istimewa bumiputera dan agama Islam!

Sebaliknya nasib pengetua itu agak malang kerana beliau berbangsa Melayu dan beragama Islam, justeru semua pemimpin politik Cina terus mendesak agar beliau dikenakan hukuman.

Justeru elok rasanya jika syor Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin agar parti politik jahat seperti DAP dipertimbangkan oleh kerajaan untuk diharamkan kerana membahayakan rakyat dan negara ini.

NORHISYAM BIN MOHAMAD

Kuala Kedah

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm)

Friday, August 20, 2010

Kunta Kinte original: Bahaya persoal kuota Bumiputera

Kunta Kinte original: Bahaya persoal kuota Bumiputera


2010/08/20
MINGGU ini Kunta Kinte nak ulas sikit mengenai bahas kuota Bumiputera dalam Dasar Ekonomi Baru yang dicetus oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA).

Sedikit sebanyak, bahas ini kena mengena dengan dakwaan Mufti Perak, Tan Sri Harrussani Zakaria, berkenaan adanya pihak politik yang hendak pinda Perlembagaan untuk hapus hak istimewa orang Melayu dan kedudukan agama Islam.
Click Here
Nampaknya, dalam keadaan politik negara kita yang bergelora ini, kedua-dua perkara itu saling kait mengait dan ada kena mengena dengan pendapat kononnya politik orang Melayu lemah.
Tapi mula-mula sekali Kunta Kinte nak kata, kalau lepas 20 tahun DEB tamat kita masih bahas, ertinya DEB dah jadi darah daging dan sebahagian daripada minda kita. Baguslah kalau macam tu sebab kita pun tak mahu rakyat jelata kita lupa sejarah dan yang muda-muda pula tak tahu sejarah.

Kunta Kinte tak ada masalah dengan bahas ini. Kalau MCA, DAP atau PKR kata orang bukan Bumiputera tak suka dengan kuota DEB, Kunta Kinte boleh faham pasal orang Bumiputera pun ramai yang tak puas hati dengan kuota DEB.

Mereka tanya pasal apa 30 peratus bukan 60 peratus mengikut nisbah penduduk negara kita ini?

Bukan itu saja. Lepas 40 tahun kuota DEB diperkenal, hasil yang Bumiputera dapat tak sampai banyak itu, sebaliknya apa yang bukan Bumiputera capai lebih besar. Malah lebih daripada kuota yang dibagi kepada mereka.
Kepada Kunta Kintelah, kita buatlah apa pun dasar, model atau transformasi, kalau masalah berat sebelah antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera ini tak diatasi, keadilan tidak tercapai.

Kalau diikut cakap orang yang tamak haloba, tak kiralah bangsa atau kaum apa, sudah-sudahnya nanti kaum majoriti Bumiputera akan lebih jauh tercicir dalam arus pembangunan negara.

Sekiranya keadaan macam ini terjadi, lama kelamaan kesabaran dan toleransi mereka akan luntur. Yang ini semua bangsa kena ingat.

Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata, bahas Melayu-Cina, Melayu-bukan Melayu dan Bumiputera-bukan Bumiputera sekarang ni dah mula nampak macam masa kempen Pilihan Raya Umum 1969.

Kunta Kinte tahulah pasal masa tu Kunta Kinte dah berumur 22 tahun dan dah terbabit dengan politik di kampung Kunta Kinte.

Tapi masa tu, PAS lawan UMNO. Sakan punya lawan. PAS kata siapa sokong UMNO kafir sebab UMNO kerjasama dengan orang kafir.
MCA pula dihentam oleh DAP dan Gerakan kononnya tak bela nasib orang Cina. Masa tu, Gerakan parti pembangkang.

Tapi lepas pertumpahan darah 13 Mei, PAS dan Gerakan sertai UMNO, MCA, MIC dan parti-parti kerajaan di Sarawak dan Sabah tubuh Barisan Nasional (BN). Kemudian pada 1977, Allahyarham Tun Hussein Onn pecat PAS daripada BN.

Sekarang, PAS dah berubah. Kerjasama dengan bukan Islam tak jadi kafir lagi. Bukan apa, tapi sebab PAS sendiri dah kerjasama dengan orang bukan Islam dalam DAP dan PKR. Sebaliknya yang dok pertikai kuota Bumiputera sekarang adalah MCA, parti BN sendiri.

Malah, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilaporkan berkata, partinya tak takut berkongsi pandangan dengan DAP dalam perkara yang boleh bawa keuntungan kepada masyarakat Cina.

Kunta Kinte faham. Memang dari dulu pun macam tu. Parti-parti Cina, tak kira parti kerajaan atau pembangkang, mereka fikir cara yang sama dan dengan tujuan yang sama mengenai kepentingan kaum mereka. Mereka berbeza ideologi, tapi tujuan mereka sama.

Pasal itulah Kunta Kinte kata orang Melayu dan orang Islam jangan taksub sangat dengan politik parti sampai pecah-belah, jadi lemah dan diperalatkan.

Kunta Kinte rasa tak ada salahnya orang Melayu, Orang Asli dan kaum-kaum Bumiputera Sarawak dan Sabah tuntut kuota ekonomi dinaikkan sebab bilangan mereka semakin ramai sedangkan nisbah kaum lain makin kurang pasal mereka tak mahu banyak anak dan ramai pula berhijrah ke negara lain.

Mengenai dakwaan Mufti Perak, Kunta Kinte tak hairan langsung. Ia masuk akal. Cuma boleh atau tak boleh berlaku saja. Itu saja.

Mana-mana pihak atau parti yang ada majoriti dua pertiga dalam Parlimen boleh pinda Perlembagaan. Jadi, kalau ada mana-mana pihak atau parti yang ada majoriti dua pertiga dalam Parlimen pada masa depan dan hendak pinda Perlembagaan untuk buang hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hapuskan Islam sebagai agama rasmi, mereka boleh buat.

Perang besar atau gaduh besar, itu cerita lain. Ikut dasar dan prinsip demokrasi yang kita amalkan melalui pilihan raya, siapa yang ada sokongan boleh pinda Perlembagaan dan apa-apa saja.

Kita pilih wakil kita ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Ertinya kita bagi kuasa kepada mereka buat undang-undang. Jadi, kalau mereka nak pinda Perlembagaan, itu hak mereka.

Kalau pada masa itu kita tak setuju, ternganga sajalah. Kena tunggu pilihan raya baru boleh buang mereka. Tapi pada masa itu, nasi mungkin dah tumpah ke tanah. Kalau setakat jadi bubur, boleh makan lagi. Fikir-fikirkanlah.

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KuntaKinteoriginal_BahayapersoalkuotaBumiputera/Article)

Sejarawan kecewa kenyataan Soi Lek


Sejarawan kecewa kenyataan Soi Lek
Oleh Faiza Zainudin

2010/08/20
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diminta menghentikan kenyataan atau serangan ke atas segala perkara yang membabitkan kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang buat kali ketiga.

Sejarawan negara, Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata kaum Cina terutama golongan seusianya bimbang dengan tindakan Dr Soi Lek itu dan pemimpin lain yang seolah-olah tidak faham sejarah penubuhan negara dan sanggup memberi kenyataan menghiris hati kaum lain atas alasan untuk keadilan semua pihak.
Sebagai pemimpin parti, tegas beliau, Dr Soi Lek perlu menghormati perlembagaan sedia ada dan memberi penjelasan sebenar kepada kaumnya bagi mengelak sebarang kekeliruan bukan bertindak menjadi wira demi kepentingan peribadi sendiri.
Katanya, serangan ke atas orang Melayu walaupun membabitkan isu kecil seperti pemberian ekuiti 30 peratus adalah sesuatu yang sensitif dan tidak menjamin sokongan dan kemenangan berpihak padanya pada masa akan datang.

Hentikan serangan itu, ia tidak bawa hasil positif, kalau duduk berbincang dan bertolak ansur seperti mana yang diamalkan Barisan Nasional (BN), mustahil ada konfrantasi, sebab itu BN ditubuhkan supaya parti komponen boleh duduk bersama berbincang masalah rakyat.

BN ditubuhkan selepas 13 Mei, tapi semua sudah lupa, pemimpin terus bergaduh, kalau sentiasa tumpu kepada hubungan kaum, langkah tidak diambil untuk rapatkan kaum, saya takut, bimbang berlaku rusuhan 13 Mei lagi, selepas kejadian pada 1945 dan 1969.

Oleh itu, dia kena jawab apa yang MCA mahu, supaya rakyat tidak keliru, benda ini (ekuiti 30 peratus) tidak perlu dipersoalkan lagi, kalau kita perhatikan banyak orang miskin di negara ini masih orang Melayu, mereka perlu dibantu, tak perlu menjerit-jerit untuk kurangkan hak mereka, tak guna... apa yang penting pujuk mereka (Melayu) untuk dapat sokongan, bukan cari gaduh dengan mereka, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap Dr Soi Lek yang masih mempertahankan pendiriannya terhadap cadangan untuk mengurangkan ekuiti Bumiputera 30 peratus dalam semua sektor ekonomi secara berperingkat selain kenyataannya yang melahirkan perasaan kecewa terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkannya supaya tidak membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan dan prasangka terhadap kaum lain.

Sementara itu, Pengerusi Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS), Aqil Faisal Ahmad Fadzil, melahirkan perasaan kecewa terhadap tindak tanduk Dr Soi Lek itu yang tidak mencerminkan semangat kerjasama yang diamalkan golongan usahawan pelbagai kaum di negara ini.

Kami usahawan tulen babitkan Melayu, Cina dan India memang bekerjasama, tapi bila timbul isu ini buat kami keliru. Pada pandangan kami, dasar ini (ekuiti) tidak merugikan mana-mana pihak, malah menguntungkan semua terutama kaum Cina, katanya.

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SejarawankecewakenyataanSoiLek/Article)

MCA-DAP BERSATU ; BATALKAN KERAKYATAN JUS SOLI

MCA-DAP BERSATU ; BATALKAN KERAKYATAN JUS SOLI



1.0 Hari ini tercipta sejarah baru bagi Kaum Pendatang Cina di Malaysia , sempena 7 Ramadhan , bersamaan 17 Ogos 2010, selepas 7 hari penganut Islam berpuasa,
dengan kebesaran Allah telah menzahirkan hipokrasi dan pembohongan kaum Cina di negara ini, yg selama ini kononnya berpegang kepada pantang menyentuh atau pantang menyinggung sensitiviti dan perasaan Org Melayu (sebagai tuan di Tanah Melayu ini) sejak mereka tiba di negara ini sebelum merdeka di bawa masuk oleh Britsh, sejak Tanah Melayu (yang diperbesarkan lagi menjadi Malaysia atau Melayu Raya) menjadi tempat mereka mencari makan, rupa-rupanya mereka terbukti kini , mereka tidak lagi boleh berselindung , tanpa sengaja mereka mendedahkan siapa sebenarnya kaum Cina yang ada di bumi Tanah Melayu ini…!!!

2.0 Laporan media hari ini (yang tidak dinafikan sehingga malam ini, semasa saya menulis artikel ini) menjelaskan dengan terang dan nyata, isihati mereka yang menentang hak istimewa orang-orang Melayu di negara ini.

3.0 Bukti pertama; di Kongres Ekonomi Cina Malaysia kelmarin MCA menuntut supaya Kerajaan mengurangkan pemilikan 30% ekuiti Bumiputera , tanpa segan silu terhadap UMNO yang selama ini berkongsi kuasa dalam Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara ini.

4.0 Bukti kedua, saya yakin semua media arus perdana , samada dalam bahasa Melayu, Inggeris, China dan Tamil, dan yang sempat saya baca ialah Utusan Melaysia, The Star , New Straits Times, semuanya melaporkan kenyataan Presiden MCA , Dato’ Dr.Chua Soi Lek yg menegaskan, MCA tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam hal yang boleh memberi keuntungan kepada masyarakat Cina. (mungkin kah Soi Lek tak takut kerana Melayu berpecah?)
(gambar hiasan)
5.0 Laporan itu memetik kata-kata Dr.Chua Soi Lek yang berkata: “MCA tidak akan sekali-kali lari daripada tanggungjawab menyuarakan pandangan dan keinginan masyarakat Cina (di Malaysia) jika tidak parti ini akan kehilangan sokongan rakyat”
Nah sudah terang lagi bersuluh pemimpin utama MCA mengeluarkan rahsia sebenar pendiriannya. Sebelum ini orang yang pendek akal mempersoalkan hak-hak orang Melayu di Tanah Melayu ini ialah para pemimpin DAP sahaja...dimana bila pemimpin DAP persoalkan hak-hak orang Melayu, pemimpin-pemimpin MCA konon marah-marah kepada DAP, lakonan sedemikian adalah demi menjaga hati pemimpin UMNO dan orang Melayu yang terpaksa mengundi calon mereka yang bertanding atas BN di kawasan majoriti pengundi Melayu. (di kawasan majoriti Cina jangan mimpilah MCA nak menang!)

6.0 Kata orang tua-tua, “Bangkai gajah tak boleh ditutup” dan pekong MCA telah terbongkar sudah…dibongkarkan oleh Presiden MCA yang memberikan isyarat jelas bahawa mereka telah bersatu dengan DAP, yang membawa kepada kesimpulan, bahawa kaum Cina di negara ini telah bersatu dalam menentang hak-hak orang Melayu, yang memberikan mereka menumpang di Bumi Tanah Melayu ini.

7.0 Tahukah DAP dan MCA akibat dari mulut lancang mereka yang menyakiti hati orang Melayu ini ?Apakah kamu ingat orang Melayu tidak faham sandiwara yang dipertontonkan kepada orang Melayu selama ini…yang sedari awal lagi bermain mata atau mengenyit mata bila berpandangan antara satu sama lain…bila kami terpandang, kamu berdua pura-pura sapu mata , kononnya masuk habuk dan sebagainya…dasar munafik…dan ular kepala dua, sifat kamu ’pepat di luar ,rencong di dalam’ ! ..dulu orang Melayu, termasuk saya, menamakan MCA dalam ceramah-ceramah pilihanraya , kononnya ‘Kafir Zimmi’ iaitu sejenis kaum kafir yang tidak menentang orang Islam, tidak menentang undang-undang Islam, tidak menentang Raja-raja Melayu, tidak menentang pemimpin Melayu atau kerajaan pimpinan orang Melayu ; yang kononnya amat jauh berbeza dengan DAP yang dikategorikan sebagai ‘Kafir Harbi’ anti Melayu, anti Islam, anti Raja-raja Melayu, anti pemimpin Melayu, anti hak-hak orang Melayu dan macam-macam lagi…!

8.0 Oleh yang demikian , ternyata kaum Cina seluruhnya di negara ini telah dengan sengaja merongkai persefahaman sosial antara kaum pendatang Cina ke Tanah Melayu (Malaysia) ini, Tunku Abdul Rahman dan Lord Reid (bagi pihak penjajah British) yang memberikan Kerakyatan Jus Soli (bunyinya Jus Solai) kepada kaum pendatang Cina dan India. Kerakyatan Jus Soli ini adalah merupakan ‘Hak Istimewa Orang-orang Cina dan India’ yang berada di Malaysia waktu itu. Dalam apa keadaan pun adalah tidak sah disebut ‘Hak Istimewa Orang-orang Melayu’ sebab yang istimewa itu adalah Kerakyatan yg diberikan kepada kaum pendatang….manakala masyarakat Melayu adalah merupakan ‘HAK ASASI BANGSA MELAYU’ yang tidak boleh dipersoalkan langsung oleh kaum pendatang ini..!!!

9.0 Oleh kerana kaum pendatang ini terutamanya kaum Cina dan India (Hindraf) telah mempersoalkan ‘HAK ASASI BANGSA MELAYU’ yang menjadi tuan kepada negara ini, maka dari segi peraturannya, secara automatik terbatal lah Kerakyatan Jus Soli..dan kesemua mereka yang menerima kerakyatan Jus Soli ini tidak layak mengundi…kerana mereka bukan lagi rakyat sah negara ini, kerana mempersoalkan Hak Asasi Bangsa Melayu. Jadi, semua kaum pendatang yang menerima Kerayatan Jus Soli ini secara automatik pula menjadi Pendatang Haram atau Pendatang Tanpa Izin…yang seharusnya disuruh meninggalkan negara ini…kerana mereka bukan lagi rakyat patriotik negara ini, sebaliknya menjadi ‘parasite yang berbahaya kepada negara ini..!

10.0 Ada sesetengah kaum China dan India keturunan Kerakyatan Jus Soli ini, pernah membuat pernyataan ,kononnya Orang-orang Asli yg tinggal di hutan rimba, tepi-tepi pantai tertentu di pendalaman negara ini sahaja yang merupakan rakyat asal negara ini, dan bukan Org Melayu. itu tidak benar…itu pernyataan orang yang dangkal fikirannya, tidak matang dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup dalam bidang sejarah dan sosiologi..!

11.0 Orang Melayu yang telah berada di negara ini sejak ribuan tahun lalu telah membina tamadun sendiri, dengan mewujudkan kelompok-kelompok premis tempat tinggal yang kompleks, membina negara bangsa, mewujudkan sistem pemerintahan yang teratur dengan penggunaan , mempunyai ‘Law Of The Land’ berasaskan Syariah, sistem kawalan keselamatan negeri yang teratur, memilih Raja-raja atau Ketua mereka sendiri, mengusahakan ternakan, pertanian, malah mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang pertanian, khususnya pokok-pokok herba dan tanaman pilihan yang menjadi kegemaran dunia seperti Bunga Cengkih, Kayu Manis, buah Pelaga dan ribuah jenis lagi.Mereka juga mempunyai segala sistem pengangkutan air dan darat yang teratur, peralatan nelayan dan sebagainya…

12.0 Sedangkan kaum Orang Asli, tidak membina tamadun. ..mereka hidup dalam hutan belantara atau di tepi-tepi laut dengan cara hidup yang amat mudah…mereka sering berpindah randah , apabila berlaku kematian misalnya, atau sebab2 lain . Kerakyatan Orang Asli memang dijamin.

13.0 Punca masalah sebenar ialah perangka perlembagaan ini ialah Lord Reid, seorang penduduk British berbangsa Yahudi, telah dengan sengaja mewujudkan klosa jenis Kerakyatan Jus Soli, yang ditiru dari kerangka yg dibuatnya untuk menyelamatkan Kaum Yahudi yang tidak mempunyai kerakyatan yang sah di serata dunia…dengan cara ini, mana-mana orang Yahudi yg ada dimana-mana saja negara pun bila tiba masa atau tempoh tertentu seperti lapan tahun dan sebagainya, secara automatik mereka menjadi rakayat negara berkenaan.

14.0 Malangnya wakil Queen dari Britain, Lord Mc Gallivray yang datang membawa Perlembagaan Persekutuan sempena keputusan untuk mengisytiharkan Kemerdekaan pada 31 Ogos itu, yang ditulis dalam Bahasa Inggeris oleh Lord Reid itu, tidak dibentangkan terlebih dahulu oleh Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman, kepada cerdik pandai di Tanah Melayu, padahal negara kita mempunyai cerdik pandai yang cukup untuk menghujahkan bagi menolak kerakyatan Jus Soli itu.

15.0 Saya difahamkan dari ilmuan yg mengkaji hal ini, Tunku yang sememangnya mempunyai cara hidup British, amat mengagumi Bahasa Inggeris yang ditulis oleh Lord Reid, apa lagi yg membawanya kepada Tunku Lord Mc Gallivray yang sangat petah berbicara, telah berjaya memperdayakan Tunku untuk tidak membentangkan kepada para cerdik pandai Melayu, termasuk Pendita Zaaba yg bijaksana itu..!

16.0 Tunku yang terus menandatangani sebagai menerima perlembagaan yang dirangka oleh Lord Reid itu ,dari segi peraturannya, hanya Tunku seorang sahaja yang terikat dengan perlembagaan tersebut…kerana seluruh orang Melayu sebagai tuan kepada negeri ini tidak dibawa berunding dan tidak tahu menahu isi kandungan perlembagaan tersebut…Cuma orang Melayu masih boleh bersabar, pada waktu itu apabila cadangan Lord Reid itu memberikan Kerakyatan Jus Soli kepada kaum pendatang itu , mungkin orang Melayu sebagai tuan negeri ini dihormati…dan hak-hak mereka tidak diperrsoalkan.

17.0 Tetapi bila kaum Cina telah bersatu membela diri mereka sendiri sambil mempersoalkan hak-hak tuan asal negara ini, maka wajarlah Kerakyatan Jus Soli itu digugurkan secara automatik sekarang…wallahu a’lam bissawab..

(sumber;http://yazidothman.com/content/view/197/1/)

Isu Ekuiti Bumiputera - Soi Lek Menentang Perlembagaan, Kata Rais


20 Ogos, 2010 10:50 AM

Isu Ekuiti Bumiputera - Soi Lek Menentang Perlembagaan, Kata Rais

JELEBU, 20 Ogos (Bernama) -- Kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya ekuiti Bumiputera dikurangkan adalah bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ini kerana Perkara 153 memberi hak yang terasas kepada orang Melayu dan juga penduduk asal Sabah dan Sarawak dan pihak-pihak yang dilindungi oleh semua peruntukan undang-undang.

"Apabila beliau menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat-peringkat, sekali gus beliau menentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

"Mungkin beliau tidak sedar perkara ini tetapi saya ingin mengingatkan iaitu Perkara 153 bukan merupakan satu peruntukan yang mudah, malah ia tidak boleh dipinda oleh mana-mana pihak kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja dan juga sesuai dengan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Masjid Felda Pasoh 1 dekat sini malam tadi.

Rais berkata bahawa semasa Chua menyuarakan hal itu, beliau mungkin menyesuaikan dengan sentimen politik partinya tetapi orang Melayu khasnya, sebagai pejuang menegakkan perlembagaan, tidak boleh menerima itu.

"Jika itu dilaksanakan dalam bentuk tindakan maka pertama, kita mencabul Persekutuan Malaysia menerusi Perkara 153 dan kedua, kita mencabul kedudukan Raja-Raja Melayu khususnya Yang di-Pertuan Agong yang berhak menentukan kepentingan- kepentingan tersebut.

"Kita maklum hal ini bukanlah perkara yang diamalkan begitu saja, tetapi ini sudah diterima oleh semua yang menjadi pihak kepada kontrak sosial pada tahun 1956, 1957 semasa Suruhanjaya Reid ditubuhkan sehinggalah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan sehinggalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dimaktubkan," katanya.

Rais berharap pada masa depan pemimpin parti politik tidak hanya menyatakan sesuatu mengikut sesuka hati mereka, tetapi memberi pengiktirafan kepada perkara yang sudah menjadi pokok kepada negara ini.

Katanya hal ini harus diterima dan tidak boleh lagi dipinda mengikut sentimen politik sekarang.

"Misalnya, jika Umno sendiri pun nak pinda Perkara 153, tidak boleh. Ia mempunyai lapisan kuasa-kuasa tertentu, apatah lagi kalau Datuk Seri Dr Chua Soi Lek nak memindanya atau pun nak menidakkan bahagian yang hak kepada orang Melayu dan juga penduduk asal di Sabah dan Sarawak," katanya.

Rais berkata bahawa dalam Perkara 153 juga, hak kaum juga juga disebut, dan dalam soal ini, Chua boleh berjuang dan meminta ehsan kerajaan untuk membantu, tetapi tidak boleh menidakkan hak yang ada pada orang Melayu dan juga penduduk asal di Sabah dan Sarawak.

"Jika Chua hendak menuntut yang lain, ini terserah kepada tenaga sekutu politik yang ada dan saya percaya orang Melayu mempunyai fahaman dan juga pendirian yang tegas, dan jika dikira kekayaan dan perolehan bukan Melayu seperti rakan-rakan Tionghua kita, mereka sudah mendapati agihan yang lebih daripada 47 peratus.

"Jadi hal ini harus ditimbang dalam kontek sebenar dan kita berjuang sebagai satu sekutu dan sebagai seorang juara," katanya.

Ditanya kenyataan Chua bahawa MCA sanggup berkongsi pandangan sama dengan DAP untuk kepentingan masyarakat Cina, Rais berkata perbuatan Chua sekali gus menonjolkan beliau tidak lagi menghormati gagasan Barisan Nasional (BN) di mana pengerusinya adalah Perdana Menteri dan membelakangkan realiti ini.

"Ekoran itu orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi perkara seperti ini. Jadi bila kita kuat, orang lain tidak boleh cuit...samalah seperti yang saya katakan apabila tiang condong, kura-kura pun nak naik.

"Orang Melayu harus bersatu dan ketepikan perkara remeh dan menyuarakan apa yang hak. Jika ini tidak dilakukan orang seperti Chua akan terus menggugat perjuangan asas," katanya.

Pada majlis itu, Rais yang juga anggota Parlimen Jelebu menerima zakat perniagaan Amanah Raya Bhd (ARB) berjumlah RM10,000 daripada Ketua Pegawai Pemasaran ARB Ahmad Saruji Abdul Aziz, untuk diagihkan kepada 50 orang kurang bernasib baik.

Rais turut menyampaikan sumbangan peruntukan kawasan Parlimen beliau kepada 46 penerima.

-- BERNAMA

(sumber;http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=522609)

Isu surat sokongan Selangor: Bila cakap tak serupa bikin…

Isu surat sokongan Selangor: Bila cakap tak serupa bikin…

Ingat dulu kalau ada saja dakwaan pasal berlakunya penyelewengan dan salahguna kuasa,pemimpin Barisan Nasional…pembangkang tidak tunggu seminit untuk desak bercuti atau letak jawatan segera sementara nak siasat.

Sebab tu seronok pasang teropong ke Selangor sekarang.Tan Sri Khalid Ibrahim mungkin baru sedar bagaimana susahnya jadi pihak yang memerintah dan lebih senangnya jadi pembangkang.

Kuasa sudah ada ditangan tetapi masih terkial-kial.

Isu surat kenduri surat sokongan oleh DAP yang membawa kepada pemecatan bekas pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu yakni Tee Boon Hock sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) masih ribut dan belum selesai.

Fakta di depan mata sekarang ialah sekalipun kerajaan pakatan rakyat Selangor tak sudah-sudah bercakap berdegar mengenai ketelusan segala macam sebilangan kontrak sudah diluluskan hasil ‘air tangan’ dari surat sokongan DAP.

Juga apa yang di depan mata sekarang ialah sandiwara bagaimana kerajaan negeri Selangor nak buat damage control keatas episod cakap tak serupa bikin ini.

Khalid nampaknya gelabah berdepan dengan isu ini.Soalnya bagaimana beliau hendak menghadapi hu ha dikalangan DAP sendiri yang mendesak Ronnie Liu yang dulu lantang sangat bersuara mengenai dakwaan rasuah,penyewengan dan salahgunakuasa kerajaan BN supaya undur diri.

Beliau sendiri tahu bagaimana impaknya...dalam keadaan nak tunjuk imej bersih kerajaan pakatan rakyat – sekarang Exco Kerajaan Negeri itu sendiri didakwa sudah buat hal.

Imej DAP sudah masuk longkang gara-gara isu surat sokongan.

Ronnie Liu sudah dibebaskan oleh Lembaga Disiplin DAP dalam isu surat sokongan baru-baru ini …tapi dengan peringatan keras kerana tidak urus pejabatnya dengan betul.

Tee yang dulu berkerja dengannya dipecat sebagai ahli DAP dan ahli MPK kerana mengeluarkan beberapa surat sokongan bagi dapatkan kontrak termasuk syarikat dimana anaknya ada kepentingan.

Tee mendakwa surat sokongan yang dikeluarkannya adalah atas arahannya Ronnie Liu.

Sehingga ke hari ini Khalid masih mempertahankan Ronnie Liu kerana katanya tidak ada bukti yang boleh mengaitkan Exconya dengan surat sokongan yang dikeluarkan Tee itu.

Bukti adakalanya memang susah.Ada yang berkata dalam politik bukan semua arahan dibuat secara bertulis.Jadi bagaimana nak buktikan satu arahan cakap mulut.

Tee mungkin bersalah kerana tidak memberitahu salah satu syarikat itu anaknya ada kepentingan.Soalnya beranikah beliau keluarkan surat sokongan begitu saja tanpa ‘ arahan’ dari bosnya?

Kini yang kuat mendesak agar Ronnie Liu lepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri bukan sebarangan orang.Ia datang dari Speaker Kerajaan Negeri Selangor orang DAP sendiri – Teng Chang Khim.

Ini bukan isu dengan BN.Ini isu antara pakatan dengan pakatan.

Khalid cuba menutup pekong ini dengan memberitahu sidang akhbar Rabu satu aduit akan dibuat keatas semua Ahli Majlis Perbandaran dan surat sokongan yang dikeluarkan tanpa pengetahuan kerajaan negeri.

Menariknya selepas lebih dua tahun memerintah baru tersedar adanya amalan kenduri surat sokongan dan kontrak sudah diberi.Ini pun setelah ia didedah oleh media.

Pada ketika yang sama kontroversi dalam DAP Selangor berterusan mengenai hal ini bila kumpulan puak penyokong Ronnie Liu pula mendakwa Teng sendiri ada mengeluarkan sebilangan surat sokongan bagi mendapatkan kontrak.

Khalid juga sampai hari ini tidak berani memberi komitmen surat sokongan tidak lagi boleh dikeluarkan.

Seperti semua orang dengar Rabu,Menteri Besar itu kata Ahli Majlis Perbandaran boleh mengeluarkan surat sokongan asalkan ia ikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Peraturan.Siapapun boleh tetapkan peraturan.Semua kerajaan ada peraturan.

Politik selalunya melibatkan kepentingan baik secara tersurat maupun secara tersirat.Baik DAP,PKR maupun PAS sendiri tahu.

Sembang boleh sembang.Soalnya bagaimana Khalid nak tentukan semua ikut peraturan?

Episod surat sokongan ini mungkin kecil dikaca mata setengah pihak…tapi yang membuatkan ramai ketawa ia berlaku ketika pakatan rakyat hebat bercakap tentang tender terbuka dan ketelusan.

Inipun mungkin ada banyak lagi yang belum terdedah.- 19/8/2010

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_8c09a339-7f000010-1d956ad0-453061f3)

Lembaga Disiplin DAP ‘kena main’ ?

Lembaga Disiplin DAP ‘kena main’ ?

OLEH ROSLI ISMAIL

Ini adalah mesej twitter dari Speaker Dewan Undangan Negeri Teng Chang Kim: To those who are not happy with my answer: when you jump into conclusion, don't complain when truth does not fit into your fiction.

Terserah pada tafsiran masing-masing.Ia merujuk kepada pembebasan beliau oleh Lembaga Disiplin DAP petang Khamis ekoran mesej twitternya "OMG! The Real culprit freed" (Oh Tuhanku! Dalang dilepas) – yang mula disangka mempertikaikan keputusan lembaga itu memecat Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock dari parti pada 31 Julai lalu.

Beliau dibebaskan setelah menjelaskan kepada lembaga itu sebenarnya mesej twitter itu merujuk kepada sebuah filem Hong Kong 14 Blades dan bukan mempertikaikan Lembaga Disiplin itu.

Bayangkan seorang bertaraf Speaker Dewan Undangan Negeri boleh main diam hal berkenaan begitu selama ini sehinggalah dipanggil mengadap lembaga itu.

Keadaan awalnya selepas diminta mengadap lembaga itu nampak amat serius.Malah Teng memberi kata dua tidak akan mengadap jika dipanggil atas kedudukannya sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri.Katanya beliau cuma akan hadir jika dipanggil sebagai ahli biasa DAP.

Ini menyebabkan semua orang menyangka beliau ada simpan sesuatu untuk mempertahankan Tee dengan berkata ‘dalang sebenar dilepas’.

Menurut Teng beliau menghantar mesej twitter itu selepas menonton filem berkenaan dalam kereta semasa dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Yong Peng pada malam 31 Julai.

Itulah penjelasannya semasa dipanggil mengadap lembaga itu di ibupejabat DAP di Petaling Jaya selama 45 minit.

Pengerusi Lembaga Disiplin DAP Tan Kok Wai berkata Teng dibebaskan dengan ‘ nasihat keras’ agar beliau berhati-hati membuat kenyataan sebarang kenyataan kepada media atau menerusi laman social seperti twitter.

Isu salahguna surat sokongan untuk dapatkan kontrak yang melibatkan Tee dan terbaru dakwaan seorang lagi ahli MPK turut terlibat telah merobek imej DAP yang selama ini kerap menghentam isu rasuah dan salahgunakuasa.

Selain dipecat dari parti Tee juga dipecat sebagai ahli MPK.

Namun semasa dipanggil memberi keterangan dan sebelum dipecat pada 31 Julai lalu,Tee mendakwa beliau mengeluarkan sokongan itu atas arahan Exco Kerajaan Negeri Selangor juga dari DAP,Ronnie Liu.

Tee pernah bertugas sebagai pembantu Ronnie Liu.

Exco Kerajaan Negeri Selangor itu turut dipanggil mengadap Lembaga Disiplin DAP sama dengan Teng untuk memberi keterangan mengenai dakwaan Tee.

Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan ‘ peringkatan keras’ kerana tidak mengurus pejabatnya secara profesional seperti yang diharapkan oleh orangramai.

Ironinya dalam soal ini Ronnie Liu adalah antara pemimpin DAP yang cukup vokal menghentam apa saja yang didakwanya tidak betul pada Barisan Nasional.

Kata Tan mereka membebaskan Ronnie Liu kerana tidak temui cukup bukti untuk menyokong dakwaan Tee.

Apapun mereka tetap anggap beliau bertanggongjawab keatas isu surat sokongan yang dikeluarkan oleh Tee itu.

Beliau memberitahu Ronnie Liu tidak tahu yang Tee telah mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat yang anak Tee ada kepentingan.

Maka mereka tidak mengesyorkan beliau dipecat atau digantung.

Bunyinya macam happy ending.

Namun Tan mengakui episod ini telah menjejaskan imej DAP.- 12/7/2010

Tee dipecat sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang

Kerajaan Negeri Selangor telah memecat Tee Boon Hock dari DAP sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang.Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim beritahu Rabu siasatan dapati Tee telah salahguna surat sokongan untuk dapatkan kontrak kerajaan.

Baru-baru ini Lembaga Disiplin DAP pecatnya dari parti itu.Sementara itu Khamis Exco kerajaan negeri dari DAP Ronnie Liu akan mengadap lembaga disiplin DAP.Turut sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Teng Chang Kim -11/8/2010

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_8c09a339-7f000010-1d956ad0-453061f3)

Surat Sokongan: Ronnie Liu mesti memohon maaf kepada Tee Boon Hock

Ronnie Liu mesti memohon maaf kepada Tee Boon Hock

Ronnie Liu ( Exco Kerajaan Negeri Selangor dari parti DAP ) telah membuat laporan polis pada 2 Ogos 2010 terhadap Tee Boon Hock ( Ahli Majlis Perbandaran Klang dari parti DAP yang dipecat dari parti itu baru-baru ini) kerana mendakwanya menyalahgunakan surat sokongan EXCO tanpa sebarang pengetahuan dan kebenarannya daripadanya.

Persoalan mudah kepada saudara Ronnie Liu ialah bagaimana Tee Boon Hock boleh menyalahgunakan Surat Exco seperti didakwanya sekirannya dia sendiri telah lebih awal menandatangani surat sokongan kepada anak Tee Boon Hock ?

Peliknya Ronnie Liu sudah mula mengikuti cara penafian VK Lingam iaitu “ It looks like me in the video but is not me “. Kenyataan Ronnie pula seperti “It looked like my signature but I am not sure if I had issued the letter,”.

Sekurang – kurangnya VK Lingam berani untuk mengatakan bukan dia. Berbanding dengan Ronnie sendiri tidak berani menafikan sepenuhnya dan sendiri juga tidak pasti sama ada dia yang menandatangani atau tidak.

Seolah – olah Ronnie memberi gambaran mangsa yang mati itu nampak macam saya yang bunuh tetapi saya tidak pasti sama ada saya yang membunuhnya atau tidak.

Jika dia sendiri pun mengatakan bahawa dia tidak tahu anak Tee Boon Hock merupakan pengarah dalam syarikat yang disokong olehnya maka Tee Boon Hock juga mengatakan dia sendiri tidak tahu anaknya berada dalam syarikat tersebut.

Jika alasan Tee Boon Hock dianggap tetap bersalah maka alasan anda yang sama juga tidak sepatutnya anda tidak bersalah. Lagipun Tee Boon Hock pasti dia tidak tahu.Ronnie pula tidak pasti dia tahu atau tidak.

Menurut Ronnie “meskipun surat-surat itu dikeluarkan, tidak ada elemen konflik kepentingan kerana ia dikeluarkan sejurus selepas PR menawan”.

Kenyataan ini masih tidak membuktikkan Ronnie tidak bersalah malahan lebih membuktikkan Ronnie bersalah kerana jika surat sokongan kepada anak syarikat Tee Boon Hock telah disokong lebih awal berbanding surat sokongan Tee Boon Hock maka surat Tee Boon Hock bukan lagi surat sokongan kepada anaknya.

Itu adalah surat sokongan kepada surat sokongan Ronnie sebelum ini bagi pihak Ronnie Liu. Tee Boon Hock hanya meneruskan kerja yang telah dilakukan oleh Ronnie sebelum ini.

Keadaan ini hanya menandakan anda tidak bersalah dalam isu memberi surat sokongan secara perundangan tetapi anda bersalah terhadap Tee Boon Hock dalam laporan polis yang telah dilakukan oleh anda. Membuat laporan palsu adalah satu jenayah yang besar.

Kembali kepada analogi pembunuhan sebentar tadi. Jika Ronnie Liu telah membunuh seseorang dan seseorang itu sudah meninggal dunia dan selepas beberapa bulan selepas itu Tee Boon Hock mengambil pisau dan menikam mayat tersebut maka dari segi perundangan Tee Boon Hock sudah tidak boleh disabitkan atas kesalahan membunuh.

Jika benar sekalipun Tee Boon Hock silap dan bersalah dalam isu ini maka sebagai seorang pemimpin dan EXCO Ronnie Liu juga seharusnya bertanggungjawab kerana leka untuk mengambil tindakan awal terhadap pembantunya yang menyalahgunakan kuasa.

Selepas 2 tahun baharu mengetahui perkara ini. Keadaan ini juga mungkin menandakan Ronnie Liu tidak membuat kerja dengan baik kerana cuai dalam memeriksa setiap syarikat yang diluluskan dibawah portforlio dan apatah lagi projek yang melibatkan kawasan kekuasaannya sendiri.

Jika sekalipun anda berkata anda sebenarnya peka dan tahu isu ini anda juga bersalah kerana selepas mengetahui isu ini begitu lama baharu anda membuat laporan polis.

Anda kata anda tidak melaporkan kepada pihak media mengenai isu Tee Boon Hock. Maknanya ada orang lain yang menggunakan dokumen dan surat sulit dalam pejabat anda kepada media. Jika ada orang lain mencuri dokumen anda kepada media mengapa anda tidak membuat laporan polis bahawa berlaku kecurian dokumen sulit kerajaan dalam pejabat anda ?

Dipercayai juga ada orang dalam pejabat anda yang menggunakan dokumen dan surat tersebut menggunakan nama samaran Pakatan Insider dan menghantar kepada Malaysia Today sebelum tindakan disiplin dilakukan terhadap Tee Boon Hock. Jika tidak siapa lagi ada surat tersebut ? Polis? Lembaga Disiplin DAP ? Hantu ? atau sekali lagi berlaku kecurian surat tersebut ?

Ronnie Liu baharu mengambil tindakan dengan memecat 3 pembantu khas di pejabatnya. Adakah jika Ronnie kata dia tidak berdosa dan orang lain yang menandatangani surat tersebut dan kebetulan dia memecat ketiga – tiga pembantunya maka adakah disebabkan pembantunya melakukan kesilapan?

Jika ya mengapa tidak melaporkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap pembantunya ? Jika pembantunya tidak bersalah maka Ronnie bersalah untuk memecat dengan sesuka hati tanpa melakukan kesilapan.

Siapa Tee Boon Hock ?

Sesiapa sahaja boleh turun ke Klang dan terutamanya Pandamaran untuk mengetahui lebih lanjut siapa Tee Boon Hock. Sudah lebih daripada 26 tahun berjuang untuk DAP dan berkhidmat untuk masyarakat di Pandamaran dan Klang serta DAP hampir 16 jam sehari.

Saya tidak mereka cerita untuk menunjukkan betapa rajinnya perjuangan Tee Boon Hock dalam membantu DAP dan masyarakat di Klang. Baik sebelum atas selepas MAC 2008 hampir setiap orang di Pandamaran tahu Tee mula bekerja seawal jam 8 pagi dan sampai ke rumah selepas jam 12 pagi.

Pernah juga beliau sendiri keluarkan wang sendiri dahulu untuk membantu masyarakat di Klang. Contoh apabila kerajaan Selangor memperuntukkan wang untuk mereka yang sudah meninggal dunia dan pada awal peruntukkan ini diberi wang itu lambat disalurkan kepada setiap kawasan. Oleh itu , Tee Boon Hock satu – satunya individu di seluruh Selangor yang mengeluarkan wangnya sendiri dahulu untuk membantu masyarakat di Klang.

Beliau tidak gilakan kuasa. Hal ini disebabkan beliau sendiri yang ke Petaling Jaya untuk menjemput Ronnie Liu turun bertanding di Pandamaran apabila beliau sendiri tahu peluang kemenangan adalah sangat tinggi kerana penduduk di Pandamaran benci kepada Teh Kim Poo.

Beliau bukan sahaja menjemput malahan membekalkan rumah / tempat , peralatan , tenaga kerja , wang dan sebagainya untuk memastikan Ronnie Liu menang di Pandamaran.

Mengapa Ronnie Liu perlu memohon maaf kepada Tee Boon Hock ?

Sesiapa sahaja boleh turun ke Klang dan terutamanya Pandamaran untuk mengetahui lebih lanjut siapa Tee Boon Hock. Sudah lebih daripada 26 tahun berjuang untuk DAP dan berkhidmat untuk masyarakat di Pandamaran dan Klang serta DAP hampir 16 jam sehari.

Saya tidak mereka cerita untuk menunjukkan betapa rajinnya perjuangan Tee Boon Hock dalam membantu DAP dan masyarakat di Klang. Baik sebelum atas selepas MAC 2008 hampir setiap orang di Pandamaran tahu Tee mula bekerja seawal jam 8 pagi dan sampai ke rumah selepas jam 12 pagi.

Pernah juga beliau sendiri keluarkan wang sendiri dahulu untuk membantu masyarakat di Klang. Contoh apabila kerajaan Selangor memperuntukkan wang untuk mereka yang sudah meninggal dunia dan pada awal peruntukkan ini diberi wang itu lambat disalurkan kepada setiap kawasan. Oleh itu , Tee Boon Hock satu – satunya individu di seluruh Selangor yang mengeluarkan wangnya sendiri dahulu untuk membantu masyarakat di Klang.

Beliau tidak gilakan kuasa. Hal ini disebabkan beliau sendiri yang ke Petaling Jaya untuk menjemput Ronnie Liu turun bertanding di Pandamaran apabila beliau sendiri tahu peluang kemenangan adalah sangat tinggi kerana penduduk di Pandamaran benci kepada Teh Kim Poo.

Siapa Ronnie Liu di Pandamaran jika tiada seorang insan bergelar Tee Boon Hock ? Ronnie bukan sahaja kacang melupakan kulit bahkan kulit itu dibakar olehnya.

Persoalannya kini bukan isu penyalahgunaan surat sokongan EXCO tetapi mengapa isu ini baharu timbul? Adakah kerana disebabkan isu ketidakpuasan perlantikan Ahli Majlis baru – baru ini? Adakah DAP Selangor akan mengalami pilihan raya dalaman tidak lama lagi ? Adakah kedua – dua persoalan tersebut begitu kebetulan atau pun sebenarnya dirancang ?

Mengapa pengaruh Tee Boon Hock ditakut oleh sesetengah pihak ? Hal ini disebabkan DAP dearah Klang merupakan delegasi yang paling banyak dan besar berbanding dearah lain di Selangor.

Sebagai seorang veteran yang mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada penduduk dan ahli DAP di Klang boleh dikatakan lebih daripada 90% cawangan berpihak kepada Tee Boon Hock. Kedengaran juga pemilihan cawangan baru – baru jelas menunjukkan hampir kesemua penyokong Tee Boon Hock menang semua jawatan di cawangan masing – masing.

Petik jari dengan mudah Tee Boon Hock dengan senang boleh menjual minima 50 meja untuk jamuan majlis makan malam DAP. Petik jari sahaja 1000 orang boleh didapatkan oleh beberapa demonstrasi kenaikan harga minyak dan beberapa lagi isu nasional yang dianjurkan di Klang.

Adakan disebabkan pengaruh sebesar ini dirasai menjadi ancaman kepada kem – kem tertentu dalam pemilihan DAP akan datang ?

Siapa lagi yang ada bukti surat sokongan tersebut jika bukan orang dalaman yang memiliki setiap dokumen dan rekod tersebut ?

Tee Boon Hock boleh sahaja menjadi mangsa politik sesetengah pihak apabila semasa beliau menjadi pembantu khas Ronnie Liu pernah diberi mandat dan kebenaran untuk memberi surat sokongan atas kapasiti EXCO oleh Ronnie Liu sendiri. Sesiapa sahaja boleh dicaturkan untuk mendapatkan surat sokongan daripada Tee Boon Hock.

Jika kita pinjam wang daripada bank mesti ada penjaminnya. Jika sebarang masalah berlaku penjamin juga mesti memikul tanggungjawab tersebut.

Jika surat itu benar sekalipun disokong oleh Tee Boon Hock. Ahli Jawatankuasa juga perlu disabitkan kerana yang meluluskan kontrak tersebut bukan Tee Boon Hock. Dalam isu ini Tee Boon Hock hanya sekadar mencadangkan.

Jika syarikat itu tidak memenuhi kriteria tender maka 8 orang dalam ahli jawatankuasa tidak boleh meluluskan projek tersebut. Jika kesemua syarikat tersebut memenuhi syarat maka apa silapnya Tee Boon Hock untuk menyokong syarikat yang sudah memenuhi kriteria tender ?

Isu anaknya menjadi rakan kongsi dalam salah satu daripada 20 syarikat yang disokong sudah pun dijelaskan oleh Tee Boon Hock apabila beliau menjadi Ahli Majlis anaknya sudah dikeluarkan daripada syarikat tersebut.

19 syarikat lagi tiada isu conflict of interest dengan Tee Boon Hock kerana pihak yang mendakwa gagal menunjukkan kaitannya.

Kita sedih apa yang berlaku kepada Tee Boon Hock. Rakan kongsinya berkata perniagaan Tee Boon Hock merosot selepas Mac 2008. Tee Boon Hock semakin sibuk berkhidmat untuk rakyat dan DAP sehingga melepaskan kesemua kerja syarikat kepada dirinya seorang untuk menanganinya.

Tee Boon Hock boleh sahaja guna kapasitinya untuk meningkatkan perniagaannya jika benar beliau hendak menjadi kaya. Realitinya tidak. Sebab itu perniagaan mereka mengalami naik dan turun bagaikan ombak yang surut dan pasang.

Juga pernah kedengaran Tee Boon Hock hampir beberapa kali bercerai dengan isterinya kerana sibuk berjuang untuk DAP dan rakyat sehingga tiada masa bersama keluarga. Bukan niat saya hendak menghebohkan masalah peribadi Tee Boon Hock tetapi hanya sekadar ini menunjukkan perjuangannya selama 26 bukan demi apa – apa.

Selama 26 tahun ini sudah banyak Tee Boon Hock menderma kepada DAP. Angka keseluruhan ini sudah mencecah puluhan ribu baik sebelum atas selepas MAC 2008.Masih tinggal di rumah usang di kawasan kampong Pandamaran. Masih lagi memandu kereta Vios yang dibeli sebelum Mac 2008. Syarikatnya sendiri masih seperti biasa dan tidak berubah.

Jika demi wang dan harta pihak lawannya boleh membekalkannya lebih daripada nilai 20 syarikat yang ditandatangani. Sudah beberapa kali pihak lawannya cuba membeli Tee Boon Hock baik sebelum atau selepas Mac 208.

Mereka yang memasang dan menjerat Tee Boon Hock sila minta maaf kepadanya secara peribadi.

Sesiapa dalam DAP sahaja termasuk Ronnie Liu boleh mendakwa artikel saya ini ke mahkamah , membuat laporan polis , tindakan dan tatatertib parti atau apa – apa sahaja. Saya tidak takut dan gentar serta sanggup berdepan dengan apa – apa sahaja demi Kebenaran dan Keadilan.

Saya sedar pembongkaran dan serangan ini menjejaskan imej DAP secara tidak langsung tetapi saya hanya berpaksi kepada perjuangan DAP selama ini yang berpegang kepada Kebenaran dan Keadilan serta Kebebasan Bersuara dan Media yang diperjuangkan.

Saya secara peribadi percaya dalam dunia ini erti , nilai dan harga Kebenaran dan Keadilan jauh lebih bernilai berbanding sebuah Roket.

Shen Yee Aun

Bekas Setiausaha DAP Cawangan Taman Gembira Klang

Bekas Pemangku Pemuda DAP Bahagian Klang

Bekas Setiausaha Eksekutif Kebangsaan DAP

Bekas Kolumis Surat Khabar Roket

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_8c09a339-7f000010-1d956ad0-453061f3)