Saturday, September 5, 2009
Tarbiyah Melayu PAS, PKR dan DAP Kepada Anak-Anak Mereka!!!
Dalam duduk termenung ni terfikir pulak macam mana agaknya kuda-kuda belang PAS, PKR dan DAP yang berbangsa Melayu dan Beragama Islam mentarbiyah anak-anak mereka.
Nak memberitahu anak-anak mereka akan asas perjuangan politik sempit, rosak, sanggup menggadai maruah dan menjual agama dan mengkhianati bangsa.
Susah tu..Nak menukar kebenaran kepada pembohongan! Menukar yang hak menjadi bathil! Mau tak susah...puas penulis nak 'berlakun' tapi tak dapat la...mungkin sebab ianya tidak datang dari hati, jiwa, perasaan dan minda murni penyokong UMNO dan pendokong BN!
Macam mana mereka boleh bergambar sekeluarga sambil tersenyum gembira di Dataran Putrajaya setelah menjelir lidah dan air liur menyokong untuk menjual dan melelongnya dahulu?
Macam mana mereka mampu berdepan dengan anak-anak yang diajar di sekolah untuk menghormati Institusi Raja-Raja sedangkan mereka sanggup berbaring mengherdik dan menghina Raja-Raja?
Macam mana mereka boleh tersengih didepan anak-anak apabila mengisi borang bantuan pendidikan baik buku teks, biasiswa, permohonan melanjutkan pelajaran dll lagi sedangkan dalam waktu yang lain menepuk meja menghentak kepala mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru yang mereka hirup itu perlu dihapuskan?
Macam mana mereka tergamak menyatakan bahawa ajaran tok guru sesat yang mengatakan tuhan mencarut dan boleh berkawan dengan setan itu baik dan betul sedangkan anak-anak tidak diajar sedemikian?
Macam mana agaknya mereka boleh selamba bodoh apabila mencekik lauk pauk yang dihantar oleh jiran tetangga sedangkan makan sembelihan orang bukan sealiran dengan nya hukumnya haram?
Macam mana mereka dengan tidak tahu malu menggunakan kereta nasional, lebuh raya dan jambatan Pulau Pinang dll sedangkan satu waktu dahulu mereka menjaja seluruh pelusuk kampung dan pekan bahawa itu semua pembaziran?
Banyak lagi kalau nak cerita, cuma penulis rasa hanya mereka yang 'ahli' atau 'pro' sahaja mempu berdepan dengan anak-anak mereka untuk mengatakan yang itu kan POLITIK..
Sebab penulis teringat kepada pertanyaan Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz kepada Ahli Parlimen Besut - YB Hassan 2 penggal yang lalu di parlimen apabila ditanya:
Apakah salah UMNO membela Agama?
Apakah salah UMNO membela Bangsa?
Apakah salah UMNO membela Negara?
Jawab YB Hassan - tidak,
Soalan YB Datuk Mohamad Aziz - jadi kenapa anda tentang apa yang UMNO buat?
Jawab YB hassan - itu kan POLITIK...
Apapun penulis berdoa agar penulis menjadi bapa yang mampu mentarbiyah anak-anak dengan betul, benar dan ikhlas tanpa mempolitik kan anak-anak penulis.
Penulis juga bersyukur kerana ibu bapa penulis tidak tergolong didalam golongan kuda-kuda belang Pembangkang yang menentang UMNO yang jelas membela Agama, Bangsa Dan Tanahair...Syukur Alhamdulilah.
Kesian dengan anak-anak dia orang yer...dan yang lebih sedih ialah ibu bapa mereka kerana melahir dan membesarkan anak yang begitu sifatnya...sedarlah!
fikir! fikirkan!
Dicatat oleh PUTRA MERDEKA di 00:25 12 ulasan
(sumber;http://politikputramerdeka.blogspot.com/2009/09/tarbiyah-melayu-pas-pkr-dan-dap-kepada.html)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment