Saturday, September 12, 2009

Kekecewaan pangundi MELAYU

Saturday, September 12, 2009

Ramai orang Melayu sebenarnya kecewa dengan UMNO. Mereka mensasarkan agar ketirisan dalam perbelanjaan negara melalui rasuah dapat dikurangkan. Mereka juga "naik angin" dengan kesombongan melampau sebahagian besar pemimpin2 UMNO samada diperingkat cawangan/bahagian Sbb itu, mereka memilih PR pada p/raya lalu dengan harapan keadaan bertambah baik. Namun, harapan hanya tinggal harapan.

Orang Melayu mengharapkan PAS akan menjadi tunjang dalam PR. Yang berlaku adalah PAS hanya menjadi "kuda belasahan dan tunggangan" DAP dan PKR. PAS hanya menurut titah perintah DAP dan PKR, tanpa mampu membangkang setiap keputusan yang telah ditetapkan kedua-dua parti tersebut.

Maka saya yakin majoriti pengundi atas pagar Melayu dalam dilema untuk memilih BN atau PR pada PRU-13. UMNO atau PAS perlu transform parti masing2 kalau ingin menarik sokongan pengundi atas pagar. UMNO dengan masalah "rasuah yang membarah". PAS dengan masalah "kepatuhan melampau kepada DAP dan PKR".

Namun, secara peribadi saya merasa masalah "kepatuhan melampau kepada DAP dan PKR" parti PAS adalah jauh lebih berat, kerana ia bakal menghancurkan sama sekali kedudukan Islam dan Melayu yang telah pun termaktub dalam perlembagaan negara.

Posted by Rahman,Ahchong,Muniandy at 3:03 AM

(sumber;http://rahmanahchongmuniandy.blogspot.com/2009/09/umno-masih-mengecewakan.html)

No comments: