Tuesday, September 15, 2009
Pada Sabtu Jun 25hb, 2005, Isa didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO di atas kesalahan melanggar etika parti. Pendik kata, kesalahan yang dilakukan adalah politik wang atau istilah yang dicadangkan Ungku Aziz adalah rasuah politik.
Berita utama yang diguna Mingguan Malaysia esok hari, Jun 26hb, 2005 cukup pelik. Mingguan memberi tajuk penafian Pak Lah kepada sebarang konspirasi. Dalam banyak-banyak respons Pak Lah, kenapa Mingguan memberi penekanan itu?
Semasa itu, akhbar dikongkong oleh Tingkat 4. Mereka bukan setakat menegur apa yang telah diterbit tetapi menentukan apa yang patut dilaporkan, tajuk berita dan gambar sekali. Satu kisah yang menjadi lagenda dikalangan wartawan semasa itu adalah peristiwa Khairy menalipon The Star memarahi Ketua Editor sebab salah eja nama ayahnya.
Penulis sendiri timbul syak semasa itu. Kenapa Utusan Malaysia perlu tekankan panafian konspirasi sebagai respons pertama Pak Lah kepada keputusan Jawatankuasa Disiplin untuk mengantung hak keahlian Isa Samad?
Sepatutnya ia memberi komen mengenai keputusan Jawatankuasa Disiplin itu sendiri. Bila dikaji kembali, banyak berlaku perkara dan kenyataan yang pelik-pelik sepanjang proses .
Kemenangan Isa dijangka perwakilan
Sebelum diceritakan mengenai perkara dan kenyataan pelik yang berlaku, pada pandangan ramai kemenangan Isa pun pelik.
Maklumlah seorang yang tiga kali gagal untuk jawatan-jawatan tinggi dalam UMNO, termasuk nombor lapan dari sembilan semasa mencuba jawatan Naib Presiden pada tahun 2000, boleh menang dengan undi tertinggi. Pada malam September 23hb, 2004 itu, Isa menang dengan 1,507 undi, muka baru Dato Ali Rustam dapat 1,329 dan favourite Tan Sri Muhyiddin Yassin 'terselamat' dengan 1,234 undi.
Bagi orang dalam dan pemerhati politik, ia bukan satu yang menakjubkan. Semasa nama-nama calun disebut pada hari pemilihan, tepukan para perwakilan paling gamat ketika nama Isa disebut. Menurut seorang rakan yang berada di dewan, perwakilan bangun memberikan Isa standing ovation.
Bila dilihat kembali, kemenangan Isa dan Ali merupakan petunjuk awal UMNO mahu kembali kepada suara akarumbi dan rakyat. Seolah-olah satu ledakan sedang bermula mahu kembalikan kuasa parti kepada kuasa rakyat.
Isa merupakan pemimpin akarumbi yang sejati dan 33 tahun berkecimpung baru capai jawatan Naib Presiden. Cara Isa cara orang biasa dan mudah diterima rakyat dan akarumbi.
Dia bertanding ADUN semasa Khairy pun belum wujud di dunia. Semasa itu dia guru, warden dan jurulatih sepak takraw di Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR), Seremban. Baru saja kahwin dengan arwah isterinya. Macam-macam pemimpin terpaksa pujuk dia supaya tanding ADUN.
Selepas jadi exco selama sepenggal, Isa dilantik Menteri Besar Negeri Sembilan dan kekal selama 22 tahun.
Timbul khabar angin
Selepas saja kemenangan, khabar angin segera kedengaran bagai dirancang meniup khabar Isa main duit. Siapa yang main duit semasa itu, penulis tidak mahu mengungkit lebih dari yang perlu buat masa ini.
Kebanyakkan orang tahu politik wang begitu meluas semasa pemilihan UMNO pertama bawah pentadbiran Pak Lah. Yang paling kuat main adalah orang-orang Pak Lah sendiri. Kalau dah bapak main taik, anak-anak ikut berlumuran sekali.
Penulis tidak berani nafi Isa tidak terlibat langsung tetapi penulis pernah bertemu dengan seorang ejen bagi seorang calun yang diingat ramai tidak main duit tapi memberi RM20,000 pada ejen tersebut.
Isu sini untuk seseorang itu dihukum, buktinya mesti cukup dan meyakinkan. Inikan pula untuk digantung hak keahlian selama enam tahun (bersamaan dua penggal jawatan dalam UMNO) dan terpencen dari pelbagai jawatan.
Yang menimbulkan syak adalah bila Pak Lah boleh cepat membuat kenyataan mudah pada esok hari September 24 2004 itu sendiri. Katanya, "Yang salah, salah la... kemenangan tidak menghalalkan yang salah. Mandat telah diberikan tetapi saya juga mesti pastikan kita tidak ambil tindakan berasaskan tuduhan, ia tidak adil. Tetapi jika ada laporan mengenainya (politik wang) dan ia bertentangan dengan peraturan kita, maka tindakan akan diambil walaupun pemilihan telah berakhir."
Itulah isyarat go head untuk kenakan Isa. Khabar angin mengenai Isa saja kedengaran dan tidak orang lain. Empat hari selepas keputusan pemilihan, Isa terpaksa membuiat kenyataan supaya spekulasi mengenai penglibatannya dalam politik wang dihentikan. Beliau meminta ahli-ahli tumpukan usaha melaksanakan tugas masing-masing.
Isa memang nak dikenakan
Ura-ura Isa akan dikenakan sudah diketahui dari sumber orang-orang Pak Lah sendiri pada malam Isa monang bosa.
Isa dikenakan bukan kerana politik wang. Kalau diikutkan, hampir semua terlibat dalam politik wang. Yang boleh dikata tidak terlibat, hanya yang sudah selamat dengan jawatan seperti Dato Seri Najib dan yang kalah dan tak mahu beri wang seperti Dato Shafie Salleh, Dato Aziz Shamsuddin, Dato Kadir Sheih Fadzir, dan beberapa kerat saja yang lain.
Sebagai persediaan untuk menikan keris untuk mengakhiri kerjaya Isa, maklumat telah dibocorkan ke Mingguan Malaysia tarikh Jun 20hb, 2005. Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Zaki Tun Azmi membayangkan ada pemimpin kanan UMNO akan dipanggil menghadap lembaga atas dakwaan melanggar tataetika pemilihan parti.
Besoknya Utusan mula membuat spekulasi mengenai siapa yang bakal dipanggil. Laporan dibuat seolah-olah pemimpik kanan tersebut adalah antara Isa atau Ali.
Pak Lah pun sambut permainan media Tingkat 4 kemudian hari pada Jun 22hb. Dia memberi peringatan agar pemimpin kanan itu perlu sedia membela diri sendiri. UMNO tidak akan melindungi "hatta saya sendiri pun". Lain macam sekali intonasi Pak Lah.
Bila ditanya wartawan kenapa keputusan Lembaga Disiplin begitu lewat, alasan yang diberi adalah Lembaga Dispilin perlu teliti. Katanya, "Ketidakadilan boleh berlaku kalau mereka gopoh dalam membuat keputusan."
Tetapi ketidakadilan boleh juga berlaku bila terlalu lama kerana saksi dan bukti boleh diatur.
Ini yang berkait dengan cadangan Setiausaha Agung, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dua bulan sebelum itu agar Lembaga Disiplin tidak umumkan kepada media nama ahli parti yang didapati bersalah.
Dia ingin menangani persepsi buruk terhadap parti. Disamping itu, dia sudah bau ada permainan jahat sedang berlaku dan cuba mengurangkan pergeseran dalaman parti dengan mendiamkan perkara ini.
Dato Seri Syed Hamid Albar pun turut menyentuh mengenai masalah anggota UMNO yang melanggar tataetika parti sepatutnya telah lama diselesaikan iaitu sebaik berakhir pemilihan. Dari September 23hb 2004 ke Jun 2005, Lembaga Disiplin memakan masa 9 bulan untuk siasat.
MT tidak setuju pada cadangan Radzi. Pada April 28hb, 2005, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO membenarkan Lembaga Disiplin boleh umumkan keputusan kepada umum. Nama Isa akan diburuk dan dimalukan.
Pengadilan yang penuh misteri
Utusan Malaysia bertarikh Jun 22hb, 2005 melaporkan Lembaga Disiplin mempunyai 40 saksi terhadap pemimpin kanan tersebut. Orang ramai sudah mula di prep up atau dikondisikan untuk bersedia menerima Isa di hukum.
Isa dipanggil menghadap Lembaga Disiplin pada esoknya Jun 23hb, 2005 untuk memberi keterangan.
Beliau memberi keterangan selama 1 jam 40 minit di hadapan panel Lembaga Disiplin yang dilaporakn akhbar terdiri daripada Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen (Pengerusi), Tan Sri Zaki Tun Azmi (Timbalan Pengerusi), Datuk Seri Khalid Ahmad Sulaiman, Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas, dan Datuk Rosnah Abu Bakar.
Turut kelihatan berada di Ibu Pejabat UMNO ialah Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Shairuddin Ab. Moin.
Keesokkan hari pada Jun 24hb, 2005, Lembaga Disiplin mengumumkan keputusan yang mendapati Isa salah atas lima dari sembilan pertuduhan dan hak keahlian digantung selama 6 tahun. Kenapa tidak disebut sahaja salah atas lima tuduhan?
Lembaga Disiplin bermesyuarat selama dua jam dari pukul 11 dan surat penggantungan diserahkan ke pejabat Isa di Kementerian Wilayah Persekutuan pada pukul empat petang. Salim, Setiausaha Politik Isa semasa itu memberitahu wartawan bahawa Isa agak terkejut dengan keputusan tersebut.
"Terkejut, memang terkejut kerana beberapa sebab yang antaranya baru semalam beliau dipanggil, hari ini terus keluar keputusan dan kemudiannya pertuduhan berkenaan sangat longgar yang bersandarkan kepada bukti di pihak lembaga semata-mata.
"Ini bukan bicara ketua cawangan tetapi orang nombor tiga dalam parti, takkan dalam masa dua hari sudah selesai. Ini pun jelas timbul tanda tanya seolah-olah sudah ada keputusan baru panggil untuk lengkapkan syarat," tegas Salim.
Reaksi Radzi bila ditanya kenapa cepat sangat keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin, dia hanya melenting, "Habis, nak lambat."
Menguakkan kuasa
Semasa proses pengadilan ini, Datuk S Sothinathan yang merupakan ahli Parlimen Teluk Kemang digantung jawatan selama tiga bulan kerana kesalahan mengkritik kerajaan dalam Parlimen.
Ketika itu, Pak Lah sedang menguakkan kuasanya. Sana sini cerita mengenai Pak Lah, menantu Khairy dan keluarganya sudah mula kedengaran di kedai teh dan coffeehouses dan khususnya di pasaraya politik, The Mall.
Isa diberikan peluang untuk membuat rayuan dan dilaporkan akan menghantar surat rayuan pada Jun 25 atau 26 Jun sebelum mesyuarat MT pada Jun 30hb. Itu semua tidak penting. Dia memang mahu dimatikan.
Semasa itu kedudukkan Isa dalam kerajaan belum ditentukan lagi dan sepatutnya dibincangkan dalam MT. Belum pun mesyuarat, Pak Lah sudah minta Isa berundur dengan terbuka pada Jun 28hb.
Dato Shaharuddin Moin yang turut sama berada di PWTC bersama Isa semasa dipanggil mengadap dihukum tetapi Tan Sri Adnan Yaacob masih mengekalkannya sebagai exco. Kenduri rumah Shairuddin tidak ada elemen politik atau syarahan. Ramai tahu saksi kenduri rumah Shairuddin diatur.
Walaupun Lembaga Disiplin menerangkan proses keputusan, syak wasangka pemerhati masih berkekalan.
Radzi terpaksa menafikan Isa bukan 'korban politik'. Walaupun dimangsa, sebagai orang parti yang setia, Isa turut membantu menafikan laporan Reuters yang mengatakan Isa dikambinghitamkan untuk Pak Lah kelihatan mahu membersihkan parti.
Dalam pada itu, Ali Rustam yang baru-baru ini disahkan terlibat dengan politik wang tidak diapa-apakan langsung. Orang setia Pak Lah ini tidak terima surat memanggilnya menghadap. Tidak ada langsung laporan terhadapnya. Jauh sekali 40 orang saksi bertulis. Namanya begitu tersebar sebagai begitu 'pemurah'.
Semasa itu, sebarang laporan tidak semesti diberi perhatian. Beberapa tahun kemudian, laporan penggunaan wang untuk memastikan Dr Mahathir dikalahkan dari jadi perwakilan Kubang Pasu ditolah oleh Setiausaha kerja UMNO General Husainey.
Ini adalah era UMNO sedang angkuh sekali. Era Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan menantu Khairy yang hanya boleh tunjukkan Universiti Oxford dari apa-apa pencapaian peribadi untuk ditunjukkan. The era the Government knows everything but the PM knows nothing.
Apa yang berlaku disebalik pengadilan Isa yang begitu mencurigakan?
Bersambung besuk.
at 9/15/2009 03:18:00 PM
(sumber;http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/09/konspirasi-terhadap-isa-samad-sandiwara.html)
No comments:
Post a Comment