Monday, September 14, 2009

Realiti kerajaan NS






Jika kita ingin melihat sebuah lagi kerajaan Islam runtuh, maka Bagan Pinang boleh menjadi permulaan yang baik. Maka sesiapa yang ingin bersekongkol melakukannya, jadikanlah medan di Bagan Pinang untuk menjunjung pemerintahan baru dengan paksi utamanya pemimpin DAP.

Demang sebutkan pemimpin DAP dan bukannya pemimpin Cina kerana kaum Cina yang bersetuju menetap di Tanah Melayu apabila negara mencapai kemerdekaan hanyalah mereka yang daripada MCA sahaja. Manakala yang tidak bersetuju dengan pendirian MCA mengambil keputusan untuk keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu, pulang ke negara asal atau berpindah ke Singapura.

Masyarakat Cina yang kekal di Persekutuan bernaung dalam satu organisasi sosial-politik iaitu MCA. Melalui parti tersebut mereka bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan bersama, tetapi bukan kerajaan campuran. Meskipun belum ada satupun kawasan yang layak dikatakan ‘kawasan Cina’ mengikut tafsiran pilihanraya, namun UMNO meletakkan beberapa pemimpin MCA sebagai calon dan akhirnya menang dengan undi orang Melayu.

Kenapa UMNO melakukannya? Benarkah kerana UMNO belot pada perjuangan Melayu?

Jika UMNO hendak membelot pada negara, lebih baik UMNO tidak perlu bersusah payah merebut kemerdekaan daripada Inggeris. Bukankah raja-raja Melayu sudah menyerahkan tanah pusaka ini kepada Raja Britain?

DAP bukan mewakili masyarakat Cina yang ingin menjadi rakyat Tanah Melayu. DAP ditubuhkan bagi menggantikan atau mewakili PAP apabila Singapura keluar daripada Malaysia. Justeru impian mereka amat berbeza berbanding pemimpin MCA. Malah DAP ditubuhkan bagi mengambil alih kepimpinan Malaysia dan menyatukannya dengan rejim di Singapura suatu hari nanti. Dan, ’hari itu’ nampaknya sudah tidak beberapa hari lagi. (lihat fakta wikipedia)

Demang bukan sekadar menggertak tetapi lihatlah realiti ini:

Kedudukan kerusi DUN NS
Barisan Nasional (BN): 21
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 19
Persatuan Cina Malaysia (MCA) 1
Kongres India Se-Malaysia (MIC) 1
Parti Tindakan Demokratik (DAP) 10
Parti Islam SeMalaysia (PAS) 1
Parti Keadilan Rakyat (PKR) 4 (I:1, C:1, M:2)

Jumlah kerusi DUN NS: 36

Dengan kematian ADUN Bagan Pinang, maka UMNO kini memiliki 18 kerusi sekaligus bermakna BN tinggal 20 kerusi. Jika Anwar Ibrahim berjaya memujuk kedua-dua ADUN MCA dan MIC tersebut, maka BN (UMNO) akan tinggal 16 kerusi. Masih ingat tekad Anwar dalam kempen 16 September?

Secara automatik pakatan pembangkang mempunyai 18 kerusi, sama seperti UMNO.

Justeru kerusi Bagan Pinang menjadi penentu. Jika undi diberi kepada PAS, ertinya UMNO dan pembangkang akan seri dengan kedudukan 18-18 dalam kerajaan Negeri Sembilan.

Mari kita lihat kedudukan ini baik-baik:

UMNO: 18 kerusi

DAP: 10 kerusi
PKR: 4 kerusi (2 Melayu, 1 Cina, 1 India)
PAS: 2 kerusi
ADUN dibeli: 2 kerusi (1 Cina, 1 India)

Sementara itu sesuatu perlu dilakukan bagi menarik kembali sokongan kaum Cina dan India untuk kembali menyokong MCA dan MIC. Mereka perlu disedarkan bahawa pakatan pembangkang akan membawa kemusnahan pada negara kerana mereka sekadar terpedaya denga fatamorgana.

Demang Lebar Daun

(sumber;http://dun31baganpinang.blogspot.com/2009/09/realiti-kerajaan-ns.html)

No comments: