Monday, September 28, 2009

PRK Bagan Pinang...Rakyat Di Dahulukan...?



PRK Bagan Pinang...Rakyat Di Dahulukan...?

Semalam kawan berkesempatan turun ke Bagan Pinang bersama teman-teman bloggers. Mengikuti program sambutan hari raya UMNO Cawangan Bagan Pinang. Kehadiran lebih 1000 orang di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang jelas menampakkan muafakat dan silaturahim yang terjalin cukup akrab dan mesra.

Tetamu kehormat malam tadi ialah Tan Sri Isa Samad, Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang serta 'calon pujaan' yang di mahukan oleh rata-rata orang ramai yang penulis temui di dalam majlis tersebut.

Lebih 2 minggu ni banyak sangat komen-komen yang sebenarnya mendedahkan keburukkan dan kelemahan parti. Apabila penduduk Bangan Pinang menyatakan sokongan kepada Tan Sri Isa sebagai calon maka timbul pula penolakan secara terang dan terbuka yang dipelopori oleh bekas PM yang mahukan calon lain diketengahkan. Apapun dilihat UMNO lebih gemar bersengketa sesama sendiri berbanding parti lawan yang diberitakan masih lagi 'kalut' untuk mencari calon yang mampu menggugat UMNO dan BN pada 11 November depan.

Pemimpin UMNO perlu fokus! PRK Bagan Pinang ini merupakan titik tolak kepada jatuh bangunnya UMNO dan BN dalam persada politik tanahair. Jangan dijadikan perkara titik bengik menjadi duri yang sentiasa mencucuk semangat dan perpaduan parti.

Benar bahawa faktor calon merupakan kayu ukur dalam setiap Pilihan raya seperti mana yang berlaku didalam PRk Permatang Pasir bulan lalu, namun isu yang lebih luas menjadikan UMNO dan BN ditolak dalam setiap PRK yang lepas juga perlu diberikan perhatian.

UMNO dan BN perlu 'cerdik dan pantas' menjawab dan memainkan isu...bukannya memberikan pembangkang modal untuk terus melacur isu yang UMNO dan BN sendiri cipta.
Apakah dengan mengenepikan Isa akan menambah peluang dan ruang untuk mempertahankan kerusi DUN Bangan Pinang? Kalau benar silakan...kerana diberitakan Mohamad Hassan sendiri mempertaruhkan jawatan nya sebagai MB jika BN kalah dalam PRK ini.

Tapi kalau benar bahawa Isa merupakan calon yang mampu untuk mempastikan UMNO dan BN mempertahankan kerusi tersebut, maka kepimpinan UMNO perlu berlaku adil dan berlapang dada menerimanya...Yang penting ialah Kemenangan UMNO dan BN!

Apapun dan siapapun calon UMNO dan BN nanti...yang jelas Pembangkang PAS, DAP dan PKR tetap akan menaburkan dakyah dan fitnah untuk menarik sokongan pengundi agar mengundi mereka. Itu kerja mereka dan UMNO dan BN tidak perlu terperangkap dengan slogan calon bersih yang dicanagkan oleh mereka sedangkan hakikatnya pemimpin pembangkang lah yang jelas ramai dan terbukti bahawa ada antara mereka yang pernah didakwa, dipenjara dan bergelar penjenayah. Apa nak heran!!!

Dalam pengamatan penulis semalam apabila berbual dengan pemandu-pemandu teksi yang begitu bersemangat mahukan Tan Sri Isa ditambah pula dengan laporan dari pegawai Kemas dan Penerangan jelas bahawa Isa antara calon yang bukan mudah untuk ditumbangkan oleh pembangkang. Kelebihannya ialah beliau bukan sahaja dikenali malah beliau mengenali pengundi-pengundi di Bagan Pinang...

Kepada kepimpinan UMNO dan BN, ada desakan dari pengundi-pengundi Marhaien yang mahukan agar Isa dicalonkan kerana bagi mereka ini ialah kehendak penyokong akar umbi parti dan majoriti rakyat dan pengundi...itu pun kalau benar-benar rakyat di dahulukan....!!!


Dicatat oleh PUTRA MERDEKA di 15:16

(sumber;http://politikputramerdeka.blogspot.com/2009/09/prk-bagan-pinangrakyat-di-dahulukan.html)

No comments: