Wednesday, September 9, 2009

IKLAN VISIT MALAYSIA – kemarahan rakyat Indonesia, mendakwa mencilok budaya masyarakat Bali (CENDOL DAN WAYANG KULIT)

CENDOL Malaysia,

Kawan sebenarnya tidak tahu dari mana asal usul CENDOL ni, yang kawan tahu MAMAK keturunan India yang sering menjual ‘cendol’ dengan kereta sorong di pecan atau di Bandar-bandar.


WAYANG KULIT


Diriwayatkan ‘wayang kulit’ pernah dipersembahkan di perkarangan Istana Raja Melayu yang pertama memerintah negeri Kelantan 200 tahun dahulu.

Ada juga berpendapat bahawa ‘wayang kulit’ ini berasal dari india. Katanya wayang kulit ini di bawa masuk ke Tanah Melayu dan Asia Tenggara amnya melalui pengaruh ‘HINDU’ pada masa itu. Pengaruh tersebut dapat kita lihat sampai sekarang di dalam wayang kulit yang membawa cerita-cerita agama Hindu seperti Ramayana dan Mahabharata.

Persembahan ‘wayang kulit’ juga dikatakan satu persembahan seni untuk menghibur Raja Khmer di Angkor pada abad ke 10 dan 11 selepas masehi.

Sesungguhnya, budaya yang ada di Malaysia terlalu banyak kesamaannya dengan budaya Indonesia seperti yang kita lihat, dan adalah tidak adil kalau rakyat Indonesia membuta tuli mengecam Malaysia oleh kerana budaya yang lebih kurang sama.

MALAYSIA DAN INDONESIA BERASAL DARI SATU RUMPUN KEPULAUAN-KEPULAUAN MELAYU.


Persoalannya, dari manakah iklan VISIT MALAYSIA ini dibuat ?

(SUMBER;http://yanggambi.blogspot.com/2009/08/iklan-visit-malaysia-kemarahan-rakyat.html)

2 comments:

Anonymous said...

Budaya ni kadang2 lebihkurang sama sebab asal usul penduduk serumpun.

Tapi kalau orang Indonesia dah keluar buluh nak tikam orang Malaysia,senang aje,kita batalkan percutian ke Indonesia dan apa2 yang patut.

Kerajaan Indonesia patut mengambil tindakan untuk meredakan kemarahan tak logik orang Indonesia,sebelum rakyat Malaysia dianiayakan disana.

Anonymous said...

Setahu aku majoriti orang Indon tanam beras, tapi tak mampu nak makan sendiri, kerana hasil semua terpaksa dijual untuk mendapatkan ongkos! Sendiri sekadar makan semasa hari perayaan, hari biasa, makan jagung saja.

Masakan mereka mampu nak buat cendul, kan guna tepung beras?

Wayang kulit? Nak beli makan pun banyak tak mampu, bila masa depa ada time nak berwayang kulit pulak nih!

Eh karut ler orang Indon ni. Yang student duk mengamok sangat itu apahal? Mak bapa depa mai Malaysia, tinggal mereka suruh baca buku, hantaq duit bulan2 dari Malaysia.. si anak tak pi kuliah, duk pi berdemonstrasi pulak!

Selesai belajar, gok mudik sampan merintasi lautan tersorok2 seludup masuk Negara ini juga terpaksa cari kerja nak hidup!

Kat sana? Graduate nak dapat kerja kat Bank pun kena bayar pendahuluan RM6,000 baru guarantee dapat kerja RM200 sebulan kat sana.. Nah..

Jangan terlalu sombong!

Bota