Friday, May 15, 2009
Cina di China begitu mempertahankan tanah-tanah yang KONONnya hak mereka sedangkan kita pulak bermurah hati pajak 999 tahun?
Wednesday, May 13, 2009
Cina di China begitu mempertahankan tanah-tanah yang KONONnya hak mereka sedangkan kita pulak bermurah hati pajak 999 tahun?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Pemilikan tanah merupakan masalah atau isu yang sangat-sangat BERAT kat mana-mana pun tempat dalam DUNIA ini.. Semakin ramai manusia, keperluan untuk memilik tanah semakin mendesak.. Palestin dijajah kerana tanah, Sudan berperang pun kerana tanah, Tamil Eelam pun berperang kerana tanah, pendek kata, isu tanah merupakan punca utama manusia berPERANG atas muka bumi ini..
Sekarang ni kita tengok kat Perak.. Adalah KONONnnya ura-ura kerajaan sebelum ini nak bagi PAJAKkan tanah selama 999 tahun sebagai menghargai SOKONGan satu puak RACIST yang ingin menDOMINASI orang Melayu.. Satu kerja yang tak pernah dibuat dek orang di sebuah negeri yang berDAULAT! Cuba korang tengok kat NEGARA di mana puak-puak RACIST nih berasal! TENGOK BAGAIMANA KIASUNYA DIORANG MEMPERTAHANKAN TANAH ATAU WILAYAH walaupun kawasan tu masih lagi dipertikaikan..
Kepulauan Spratly: Malaysia tetap guna pendekatan diplomatik
KUALA LUMPUR 12 Mei – Malaysia menghormati pendirian China yang memberi amaran kepada semua negara jiran supaya menjauhi pulau-pulau di Laut China Selatan, termasuk Kepulauan Spratly yang turut dituntut oleh negara ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menjelaskan bahawa kenyataan keras itu tidak akan menjejaskan dasar penyelesaian secara diplomatik yang diguna pakai oleh Malaysia apabila berhadapan dengan sebarang kes pertikaian tuntutan wilayah atau kepulauan.
“Dasar kita adalah jelas sejak dahulu lagi tidak akan memilih pendekatan kekerasan sebaliknya mengutamakan perundingan diplomatik dan ia secara dasarnya dipersetujui oleh negara sahabat lain seperti Taiwan, Vietnam dan Filipina yang membuat tuntutan sama.
“Dalam kes China ini, mungkin mereka mempunyai pandangan berbeza berbanding negara lain dan kita menghormatinya tetapi pada masa yang sama Malaysia mempunyai pendirian sendiri iaitu ia perlu diselesaikan melalui perundingan diplomatik,” katanya ketika mengulas kenyataan jurucakap Kementerian Luar China, Ma Zhaoxu yang memberi amaran kepada semua negara jiran supaya menjauhi pulau-pulau di Laut China Selatan, termasuk Kepulauan Spratly.
Katanya, China telah memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa Beijing memiliki ‘kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan’ dan tidak akan bertolak-ansur terhadap negara-negara lain yang turut menuntut pulau-pulau berkenaan.
Kepulauan Spratly yang kaya dengan minyak dan gas serta kedudukannya yang strategik, selain dituntut oleh China juga dituntut seluruhnya atau sebahagiannya oleh Malaysia, Taiwan, Vietnam, Filipina dan Brunei.
Anda baca sendiri bagaimana mereka begitu BERKIRA dengan wilayah yang belum pun pasti milik mereka.. Bagaimana mereka begitu GILA-GILA mempertahankan tanah atau wilayah sedangkan hak-miliknya belum lagi ada kata putus.. Hinggakan sanggup gunakan kuasa ketenteraan untuk tujuan ini..
Bayangkan pula sekiranya anda memajak tanah selama 999 tahun seperti yang diimpikan oleh sesetengah golongan di Perak? 999 tahun bukannya tempoh sekejap.. 7 Keturunanan anda dah PUPUS pun belum tentu lagi tamat tempoh tuh.. Malah jika ditakdirkan Malaysia dah tak wujud pun selepas 999 tahun, mereka tetap boleh wujud atau 'survive'.. Adakah ini yang anda mahu untuk nasab keturunan anda? Inikah yang anda mahu tinggalkan untuk anak cucu anda walaupun anda sendiri akan kembali kepada TANAH jugak?
Inilah keBODOHan sesetengah Melayu yang amat-amat kita KESALkan..
Wallahualam..
Posted by Tukang Dok Peghati at 8:40 PM 0 comments
(SUMBER;http://sensecredaccountability.blogspot.com/2009/05/cina-di-china-begitu-mempertahankan.html)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
orang pas boleh kate baguslah bagi, kan adil.
kalau adil kenapa bukan semua orang dapat? kenapa cina saje yang dapat? sape yang racist?
Kalau nak kata China gila2 mempertahankan haknya sama la jugak dengan negara lain.
Pasal pajakan 999 tahun aku sebenarnya malas nak citer panjang2. Tapi bila ada orang bangkitkan benda ni tapi tak tengok keadaan sebenar tergerak jugak aku nak bagi tahu pasal isu tanah ni.
Kampung Baru Cina tu dah wujud sejak zaman komunis. Kerajaan British letak diaoranag kat tanah baru tu. Jadi apa masalahnya bagi hakmilik. Tanah tu bukan tanah kosong kerajaan yang diberi pada orang2 cina tu. Diaorang dah duduk kat situ berapa keturunan aku pun tak tahu. Jadi apa masalahnya nak bagi hakmilik. Kalau tak bagi hakmilk pun apa yang kita boleh buat pada tanah tu. Nak rampas balik dan roboh rumah cina2 tu ke? Masalahnya bukan cina je dapat. Satu lagi bukan cina je yang dapat tapi melayu pun dapat jugak dan melayu lagi ramai dapat hakmilik tu. Tanah-tanah tu bukan tanah baru yang diberi pada semua cina dan melayu tu, tapi tanah yang dibukak oleh kerajaan berpuluh tahun dulu untuk penempatan baru tapi tak diberi hak milik. Itu sahaja isunya.
Aku dah bagi fakta dan maklumat kat kau, nak terima atau tak terpulang pada kau. Tak payah nak bangkitkan atas sebab politik dan perkauman banyak lagi isu lain yang penting.
Post a Comment