Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13














KUALA LUMPUR - Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) hari ini mendedahkan bahawa pengundi Cina mendominasi empat kategori pengundi atas pagar.
Pengarah Umcedel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, berdasarkan 1,049 responden yang ditemu bual, seramai 53 peratus pengundi Cina tidak pasti sama ada mahu memilih Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Sementara itu, kategori kedua pengundi atas pagar ini terdiri daripada golongan belia yang berusia 20 hingga 30 tahun yang menyumbang kepada 51 peratus.
"Manakala golongan yang berpendidikan hingga tahap ijazah menyumbang 45 peratus undi atas pagar di mana kebanyakan mereka terdiri daripada kakitangan awam dan guru," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau menambah, kategori terakhir pengundi atas pagar ialah pengundi kali pertama iaitu sebanyak 48 peratus.
Kajian ini dijalankan bermula 26 Disember 2012 hingga 11 Januari lalu.
Kajian pertama dibuat pada 2010 manakala kedua dan ketiga pada 2012.
Mengulas mengenai pandangan pengundi Cina mengenai isu-isu yang boleh menjejaskan sokongan mereka terhadap BN, Redzuan berkata, isu integriti dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin BN menjadi faktor utama.
"Hasil kajian mendapati, 95 peratus pengundi Cina memilih isu tersebut dalam menentukan sokongan mereka terhadap parti itu," katanya lagi.

(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/politik/umcedel-orang-cina-lebih-ramai-pengundi-atas-pagar-1.124541)