sambut harilahir di rumah Karpal Singh
Harakahdaily, | 27 Jan 2013 |
JELUTONG: Bagi menyatakan kesatuan dan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.
(Karpal menyambut kedatangan TG Nik Aziz di rumahnya - foto Malaysiakini)
TG Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland, lapor wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang, Sosan Loone.
Tuan Guru Nik Aziz dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran PAS di negeri itu.
Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.
Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.
"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.
"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya.

(terima kasih sumber:http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16345-tg-nik-aziz-sambut-harilahir-di-rumah-karpal-singh)
Foto TG Nik Aziz kunjungi rumah Karpal Singh
Harakahdaily, | 28 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Foto-foto di bawah dipetik daripada Facebook Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertajuk ‘Memenuhi undangan ke rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh’.
(terima kasih sumber:http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16358-foto-tg-nik-aziz-kunjungi-rumah-karpal-singh)
TG Nik Aziz terharu terima kek harijadi dari Karpal
Salmah Mat Husain, | 28 Jan 2013 |
(TG Nik Aziz memotong kek harijadinya yang ke 82 yang disediakan Karpal Singh)
PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui beliau begitu teruja apabila dihadiahkan sebiji kek yang tertera tiga parti di bawah Pakatan Rakyat sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-82.
Hadiah kek berkenaan diberikan Pengerusi DAP Karpal Singh, semalam ketika bertandan ke rumah pemimpin parti itu di Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang semalam.
Kek yang tertera hiasan logo tiga parti di bawah Pakatan Rakyat itu, tertera tulisan di atasnya, Selamat Hari Ulang Tahun Tuan Guru ke-82.
Dengan perpaduan yang harmoni itu sekaligus membuktikan pakatan kerjasama parti itu tidak pernah goyah walaupun sering disensasikan oleh media terhadap dua orang pemimpin tertinggi dua-dua parti itu.
Menteri Besar Kelantan itu ketika mengenang kembali saat-saat gembira itu berkata, kunjungan pertama kali ke kediaman Karpal Singh memberikan pengertian yang cukup bermakna.
“Saya begitu terkejut di atas penghormatan yang diberikan kepada saya yang langsung tidak saya duga selama ini.
“Saya rasa gembira kerana perasaan Islam fobia langsung tidak wujud khususnya sejak kita sering mengadakan pendekatan yang harmoni bersama mereka,”ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada Harakah dan Harakahdaily di Putik pagi tadi sekembalinya dari Kedah dan Pulau Pinang.
Menurutnya, walaupun beliau dalam keadaan letih kerana mempunyai jadual padat di sebelah utara itu, namun beliau cukup gembira di atas sambutan pimpinan bukan Islam khususnya dari rakan Pakatan Rakyat terutamanya DAP.
Menurutnya, kecaman hubungan baik dengan bukan Islam bukan hanya diterima zaman ini, sebaliknya sejak Rasulullah lagi.
“Andainya bukan jemaah Islam memberikan gambaran baik tentang agama Islam, siapa lagi, nak harapkan Umno?”soalnya.
Katanya, sekarang ini tugas jemaah Islam memperkenalkan kesucian agama itu pada pihak luar disamping akhlak yang ada padanya (Islam).
Katanya, dakwah Islam sering disampaikan pada DAP dan PKR dalam ucapan dan perbincangan, untuk menerima terpulang pada mereka.

(terima kasih sumber:http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16365-tg-nik-aziz-terharu-terima-kek-harijadi-dari-karpal)
No comments:
Post a Comment