ISU-ISU AKHBAR CINA
TIADA PEGAWAI DAERAH CINA
1.0 AKHBAR China Press bertarikh 11 Januari 2013 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Lai Shao Kuang berkenaan DAP tidak melantik Pegawai Daerah dalam kalangan orang Cina. Pegawai Daerah Cina, seperti jenama baru. Dikhabarkan sebelum merdeka, di Melaka pernah mempunyai Penolong Pegawai Daerah Cina yang dilantik secara rasmi. Dalam kerajaan Perikatan dahulu Namanadhan, pernah menjadi Datuk Bandar George Town.
2.0 Ada juga orang Cina yang menyandang jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran tetapi selepas UMNO memerintah secara rasis, orang Cina telah berputus arang dengan jawatan-jawatan itu.
3.0 Sudah menjadi perkara biasa dan lumrah kepada orang Cina bertanggapanbahawa orang Melayu menjadi Pegawai Daerah itu sudah menjadi peraturan kekal dan tidak boleh diubah, satu realiti dalam politik.
4.0 Tetapi baru-baru ini, Pulau Pinang ada melakukan rombakan jawatan Pegawai Daerah, menunjukkan Ketua Menteri memegang kuasa penuh penentu dan nasib Pegawai Daerah di mana semua mahu melihat dan menunggu Lim Guan Eng melantik Pegawai Daerah Cina yang pertama di negara ini.
5.0 Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik seorang wanita menjadi Pegawai Daerah, sudah tentu juga boleh melantik mana-mana wanita kaum lain sebagai Pegawai Daerah, kecuali DAP khuatir PKR dan Pas rasa tidak puas hati pula.
6.0 Sebelum ini, Guan Eng melantik Datuk Patahiyah Ismail menjadi YDP Perbandaran Pulau Pinang, dan Maimunah Mohammad Sharif sebagai YDP Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Selepas itu, tambah lagi dua Pegawai Daerah wanita, ini bukan secara kebetulan. Sebenarnya, ini kerana Guan Eng berselindung yang dia sendiri tidak berani melantik Pegawai Daerah dan YDP Majlis Perbandaran dalam kalangan orang Cina.
7.0 Beliau cuba mengambil kesempatan menonjolkan kaum wanita, menunjukkan seperti tidak mengabaikan cara pemilihan itu berlatarbelakangkan kaum. Ini adalah taktik one stone two birds, yang pertama boleh dianggap prihatin dengan kaum wanita dan dapatkan sokongan kaum wanita, kemudian boleh menutup bahawa kerajaan negeri sebenarnya tidak berani berdepan isu perkauman.
8.0 Sejak pakatan pembangkang memerintah selama 4 tahun, Pulau Pinang yang bilangan penduduk Cinanya lebih ramai, masih belum ada orang Cina yang menyandang jawatan Pegawai Daerah. Ini tidak menepati konsep Malaysian Malaysia. Benarkah dalam DAP langsung tiada cerdik pandai (Cina) yang layak menjadi Pegawai Daerah ataupun YDP Majlis Perbandaran?
9.0 Kerajaan Negeri Selangor juga mengikut rentak sama, melantik Alina Ahmad sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya. Selangor dan Pulau Pinang berturut-turut melantik wanita menggantikan jawatan Pegawai-Pegawai Daerah, YDP dan Datuk Bandar, adakah ini secara kebetulan?
10.0 Jika benar kedua-dua negeri ini mahu berebut-rebut siapa yang melantik lebih ramai wanita, pilihlah seorang YDP dalam kalangan kaum Cina, sekurang-kurangnya lantik seorang Cina jadi pegawai daerah pun boleh!
11.0 Sedangkan DAP sendiri berpantang melantik Pegawai Daerah dan YDP Majlis Perbandaran dalam kalangan kaum Cina, adakah selepas ini nanti apabila laksanakan sistem mengundi untuk melantik jawatan di kerajaan tempatan, DAP risau dalam sekelip mata jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Bandar Petaling Jaya, Klang, Selayang, Melaka, Ipoh dan Seremban orang-orang Cina yang menang?
12.0 Adakah jawatan ketua-ketua dalam kerajaan tempatan giliran DAP yang menyandangnya? Bukankah DAP sendiri tiada sumber tiket undi dalam kalangan orang Melayu? Sebab itu selepas tsunami politik 2008, pilihan raya undi kerajaan tempatan tidak lagi menjadi agenda utama politik DAP.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130117/re_06/ISU-ISU-AKHBAR-CINA#ixzz2IF5WYiO0
© Utusan Melayu (M) Bhd
(terimakasih sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130117/re_06/ISU-ISU-AKHBAR-CINA)
1 comment:
Salamm Boss... Hebat Blog Boss... Mohon dapat dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com ke blog boss.. Terima Kasehhh Boss...
Post a Comment