20 Januari 2013
(gambar dari sumber:google)
*PATRICK Teoh, juruhebah suara hebat dan pelakon yang sinonim dengan watak komedi itu, memang tidak sensitif, sekali gus tidak pandai. Saya tidak perlu meminta maaf kerana menuduh dia begitu.
Sekiranya dia sensitif tentu dia tidak menyatakan sesuatu yang menyinggung perasaan orang lain. Sekiranya dia pandai tentu tidak mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati orang Islam.
Dia ingat oleh sebab dia hebat dan terkenal, dia boleh menyatakan sesuatu – menerusi laman sosial– mengikut suka hati. Mentangmentang dia pelakon yang diminati, dia ingat semua boleh dijadikan bahan seperti dalam lakonan. Maka menerusi Facebook dia berani menyatakan penghinaan terhadap Islam.
Seperti yang dilaporkan media, dia memperlekeh amalan solat dan menutup aurat wanita Islam sebagai reaksi terhadap tindakan kerajaan Pas Kedah meletakkan syarat kepada peserta yang terlibat dengan persembahan pentas majlis sambutan 1Malaysia Tahun Baharu Cina 2013 di negeri Kedah.
Setelah ditentang keras dan dihentam habis-habisan, Teoh memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat menerusi laman sosial.
*MUDAH sangat dia meminta maaf! Setelah menyentuh, mengguris dan mencabar perasaan dan kesabaran orang Islam, dia meminta maaf. Dia boleh sujud dan mencium kaki memohon maaf. Kalau dia hendak berlakon menangis pun dia boleh.
Tetapi saya tidak fikir keterlanjurannya – sebenarnya bukan terlanjur, tetapi kurang ajar! – itu boleh dengan mudah dimaafkan. Saya percaya kalau ada orang Islam menghina agama lain ke tahap itu, pasti dia orang kata “tiada maaf bagi mu!”
Maka, saya tidak akan memaafkan Teoh. Saya setuju dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa tindakan tegas patut dikenakan terhadap Patrick Teoh yang menghina Islam dalam laman Facebooknya baru-baru ini.
Minta maaf tidak cukup kerana kecederaan telah dilakukan dengan parah terhadap orang Islam. Ini bukan lakonan, tetapi yang dinyatakan adalah dalam kenyataan umum. Maka fikirkan apa-apa tindakan wajar untuk mengajarnya.
*MEMETIK kata-kata Khairy, seperti yang dilaporkan Bernama: “(Teoh) dah sampai tahap terlalu kesat, kita tak mahu lepas ini sesiapa sahaja menghina Islam kemudian minta maaf begitu sahaja. Dia patut dipanggil pihak berkaitan dan disoal siasat.”
Pada hemat saya amaran Ketua Pemuda itu bukan sahaja kepada pelakon berkenaan, tetapi kepada mana-mana orang bukan Islam – tidak kira kedudukan dan pangkat – supaya jangan celupar dan menghina Islam sesuka hati.
Sebenarnya bukan Teoh seorang, ramai lagi pemimpin bukan Islam termasuk dari parti komponen BN dan PR, semakin berani mengeluarkan kenyataan yang menghujah dan seperti mencabar Islam.
Kita ambil isu hudud sebagai contoh, begitu ramai pemimpin bukan Islam berani menghujah hukum tersebut, macamlah mereka pandai sangat dalam hal-hal yang dinyatakan oleh al-Quran dan hadis.
Mereka menghujah kewajaran hukum ALLAH itu, pada hal mereka tidak tahu secara terperinci mengenai hudud. Mereka mencemuh dan memperlekeh peraturan-peraturan Islam seolah-olah mereka lebih bijak dari ulama. Apa hak orang kafir untuk menghujah hukum ALLAH?
*MALANGNYA, kita masih terlalu bertolak ansur, selalu malu alah. Kita terasa disinggung dan tersedu diperlekeh, tetapi masih boleh tersenyum dan tidak berani berbuat apa-apa. Agama kita, bahasa kita, budaya kita dicemuh pagi petang siang malam, kita masih kelu.
Orang bukan Melayu hina bendera kita dalam internet, kita tidak ambil tindakan. Kalau orang Melayu hina bendera cepat-cepat kita tangkap, dan tuduh penderhaka. Kalau Melayu buat kita kata penderhaka, kalau bukan Melayu buat kita tidak berani bertindak.
Kalau orang Melayu (Islam) tegur mengenai agama lain, cepatcepat kita dituduh dan dicap tidak sensitif agama. Kalau usik agama lain itu sensitif, tetapi orang lain bebas menegur dan menghina agama Islam, dan kita tidak berbuat apa-apa.
Apa sebenarnya yang kita takut sangat? Islam agama rasmi kita, kenapa biarkan orang lain memberi komen-komen negatif terhadap agama suci itu? Kita terus menghormati agama-agama lain, tetapi mereka semakin berani mengusik kesucian Islam.
Kenapa mereka terlalu berani dan kurang ajar? Sebab kita terlalu memberi muka kepada mereka. Jangan tunduk lagi!
TOK PERAK

(terima kasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/tok-perak/kita-jangan-terus-tunduk-lentuk-1.123275)
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
1 comment:
Salam 1 Malaysia.Kita rakyat marhean ni hanya boleh meminta tidakan dikenakan ke atas orang orang yang kurang ajar macam si Patrick tu. Yang akan melaksanakan atau bertindak adalah kerajaan jua.Jika pihak kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan,tak mustahil berulang lagi.Semoga mereka yang ada hubungan yang rapat dengan pimpinan negara boleh melakukan sesuatu.Semoga kita dipelihara dari fitnah dunia.
Post a Comment