Thursday, November 22, 2012

Wanita kerugian RM60,000 gara-gara ditipu rakan Facebook


TAMBAT HATI GUNA FOTO DUIT,


Wanita kerugian RM60,000 gara-gara ditipu rakan Facebook

Lelaki dipercayai terlibat memperdayakan Kavita untuk mendapatkan wang.


IPOH – Terpesona gambar longgokan wang dan kereta mewah selain wajah kacak kenalan Facebook, seorang wanita berputih mata kerugian lebih RM60,000.

Semuanya, gara-gara termakan kata-kata manis lelaki tempatan berusia 26 tahun itu yang menyamar sebagai ahli perniagaan berjaya dan kerap menang tawaran tender kerajaan untuk kerja-kerja pemasangan paip.

Difahamkan lelaki berkenaan menggunakan pelbagai nama samaran dan mempunyai lebih lima akaun Facebook meletakkan gambar-gambar mewah untuk menarik minat mangsa.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Kavita, 25, berkata, lelaki itu mula meminta wang secara berperingkat sehingga berjumlah RM47,000 dengan alasan menghadapi masalah untuk meneruskan projek selepas tiga bulan berkenalan.

“Ia bermula apabila dia mendakwa salah seorang pekerjanya melarikan wang syarikat sebanyak RM8,000 yang digunakan untuk menjalankan projek pelaburan kerajaan dan ia berterusan selama beberapa bulan.

“Saya bertambah yakin apabila pernah bertemunya di sebuah bank,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak di sini, semalam.

Menurutnya, dia mula curiga apabila lelaki itu tiba-tiba menghilangkan diri dan pendedahan seorang saudara lelaki itu kepadanya mengesahkan lelaki itu cuba menipunya.

“Saya terkejut apabila seorang wanita tidak dikenali menghubungi dan memperkenalkan dirinya sebagai isteri kepada lelaki itu.

“Wanita itu berjanji memujuk suaminya untuk memulangkan wang milik saya tapi pada masa sama, dia pula mahu meminjam wang dengan alasan sebagai deposit pembedahan bapanya pula,” katanya.

Kavita berkata, lelaki itu ada menghubungi dan berjanji akan memulangkan semula wang dipinjam setelah wang RM61,500 hasil projek yang dijalankan sebelum itu.

“Bagaimanapun, dia meminta saya membayar RM12,500 terlebih dahulu agar pembayaran sekali gus dilakukan. Saya terdesak mahu wang berkenaan dikembalikan untuk rawatan ibu saya.

“Sekali lagi saya ditipu apabila dia menghilang diri. Usaha untuk menghubungi juga gagal malah, wanita yang mendakwa isteri lelaki itu juga memaki hamun saya,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di sini.

Sementara itu, Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah meminta wanita yang mempunyai masalah sama tampil membuat laporan polis.

“Penemuan mengejutkan apabila ramai lagi gadis lain pernah terpedaya dengan taktik sama seperti yang dilakukan lelaki ini dilaporkan,” katanya.

Sinar Harian 21 Nov 2012

(TERIMAKASIH SUMBER:http://duniaitu.blogspot.com/2012/11/tambat-hati-guna-foto-duit.html)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tambat hati guna foto duit

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmerto.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LAPOR...Kuar menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
LAPOR...Kuar menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
IPOH: Gambar longgokan wang dan kereta mewah yang dipaparkan dalam laman sosial facebook (fb) sudah cukup menjadi ‘modal’ bagi seorang lelaki bagi mencairkan hati wanita kononnya untuk menjalin hubungan cinta sebelum menipu mangsa lebih RM60,000.
Mangsa kasanova fb itu yang hanya mahu dikenali sebagai I Kuar, 24, berkata, lelaki berusia lewat 20-an terbabit dikenalinya awal tahun ini dan hanya berhubungan melalui Internet serta telefon tanpa berjumpa.
“Dia mendakwa menjalankan perniagaan dan banyak mendapat tawaran tender kerajaan. Perbualannya dalam fb menambat hati saya dan kami bertukar nombor telefon.

“Sejak itu kami saling menghantar SMS bagi bertanya khabar sehingga pada tengah malam 14 Mac lalu dia menghubungi saya dalam keadaan tergesa-gesa dan mendakwa ditimpa musibah,” katanya yang ditemui di Biro Aduan Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.


Menurutnya, suspek mendakwa seorang pekerjanya melarikan wang syarikat RM8,000 yang sepatutnya digunakan untuk menjalankan projek perniagaan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21

1 comment:

Anonymous said...

yang ko percaya psal ape.
ko tutp je la fesbook ko.abih cerita.