Perhimpunan 1125 yang diadakan oleh Dong Zong untuk membantah Pelan Pendidikan Kebangsaan disertai lebih kurang 7,000 peserta. Akhbar-akhbar Cina melaporkan jumlah seramai 10,000.
Apapun jumlah sebenar, yang pastinya Dong Zong akhir-akhir ini semakin giat menuntut berbagai keistimewaan yang kononnya bertujuan untuk mempertahan dan meningkatkan pendidikan Cina bagi kaum Cina. .
Walaupun terbukti yang kerajaan tidak pernah meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, namun Dong Zong masih tidak berpuas hati apabila pelan pendidikan baru menekankan usaha menyemai semangat jatidiri negara melalui Bahasa Kebangsaan.
Bagi Dong Zong penambahan masa bagi subjek Bahasa Malaysia mengancam Bahasa Mandarin. Nampaknya, Dong Zong ingin memastikan anak-anak kaum Cina kekal tidak fasih berbahasa kebangsaan dan kekal terasing dari pergaulan dalam masyarakat majmuk di negara ini. Malah, dari tuntutan-tuntutan sebelum ini, jelas terlihat bahawa Dong Zong bertekad untuk memisahkan kaum Cina dari aspirasi nasional dengan memperjuangkan peperiksaan yang tidak bersandarkan syarat-syarat yang digariskan oleh kementerian pendidikan.
Jelas, bahawa Dong Zong enggan tertakluk di bawah kawalan kerajaan.
Namun, sungguh biadab dan tidak bermaruah sekali Dong Zong apabila di masa yang sama menuntut layanan sama seperti Sekolah Kebangsaan. Apa jenis manusia yang sedia kaya, tetapi masih lagi asyik meminta-minta?
Seperti biasa, parti-parti pembangkang juga mencelah mencari ‘laba’ dari perhimpunan ini, seperti PKR, DAP dan termasuklah PAS. Namun, kehadiran Pengerusi Cawangan MCA Kota Kecil, Tai Foo Him menjelaskan lagi agenda perkauman dalam perhimpunan ini.
Menurut Dong Zong, pertubuhan itu bukan anti kerajaan. Ini mungkin separuh benar.
Dong Zong bukan anti kerajaan, tetapi anti jatidiri dan aspirasi Malaysia yang berteraskan identiti Melayu. Dong Zong tidak mahu anak-anak mereka menyerap ‘roh’ Malaysia sepertimana tokoh yang disegani semua bangsa iaitu Tan Sri Lee Lam Thye yang dianggap telah ‘diMelayukan’.
Bagi kaum Cina, ‘diMelayukan’ adalah satu penghinaan kerana bermakna telah tunduk kepada Melayu. Sikap kiasu yang angkuh dan bongkak tidak membenarkan mereka berada di bawah dari sesiapa. Memandangkan Melayu yang mereka pandang rendah dan hina itu adalah tunjang kerajaan negara ini, maka Dong Zong yang tidak dapat menerima hakikat ini menjadi amat anti dengan Melayu.
Justeru, Dong Zong ingin menunjukkan kepada Melayu, iatu kerajaan bahawa mereka lebih berkuasa dan merekalah tuan dalam negara ini. Dong Zong tidak berminat kepada semangat perpaduan, kerjasama, saling hormat-menghormati dan toleransi antara sesama kita kerana bagi mereka, kaum Cina jauh lebih mulia dari semua.
Dengan itu, Pilihanraya yang menjelang tiba ini digunakan sepenuhnya oleh Dong Zong untuk menunjuk kuasa dan menguji ketahanan kerajaan.
Namun, kita percaya, jika semua yang dituntut mereka juga ditunaikan kerajaan, Dong Zong tetap tidak akan berpuas hati, selagi tonggak pemerintahan berada di tangan Melayu.
(terima kasih sumber:http://ob21.net/?p=3815)
ARKIB : 26/11/2012
TPM tempelak Dong Zong
SERDANG 25 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kerana pertubuhan itu sering menuduh segala pembaharuan pendidikan oleh kerajaan seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bertujuan untuk merosakkan bahasa Cina dan masa depan sekolah Cina.Timbalan Perdana Menteri berkata, sejak negara merdeka 55 tahun yang lalu, kerajaan tidak pernah meminggirkan pendidikan sekolah Cina apatah lagi mahu merosakkan bahasa Cina sebaliknya segala kekurangan yang ada segera ditampung bagi memastikan pendidikan tersebut tidak terjejas.
Sehubungan itu beliau berkata, Dong Zong dalam isu tersebut lebih bersifat politik dan bukannya menjadi pejuang pendidikan seperti mana yang dilaung-laungkan oleh mereka.
''Begitu juga dengan pendidikan Tamil. Saya telah jelaskan sebelum ini bahawa pelan pendidikan yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak langsung menyebut untuk meminggirkan sekolah yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil, malah kedua-dua aliran ini akan terus kekal seperti mana dalam laporan itu.
''Jadi apa maknanya. Ini bermakna aliran sekolah Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah akan terus kekal diajar, kekal sampai bila-bila. Mungkin selagi ada bulan, bintang dan matahari," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian Antarabangsa (MAHA) 2012 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan terkini Dong Zong yang menganjurkan perhimpunan hari ini bagi membantah perlaksanaan PPPM yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini dengan kebimbangan sekolah vernakular akan diketepikan.
Menyentuh isu sama, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menegaskan kerajaaan tidak pernah ada niat jahat atau niat terselindung setiap kali pelan pembangunan pendidikan yang baru diperkenalkan apatah lagi bertujuan meminggirkan sekolah Cina dan Tamil.
''Tidak ada satu niat jahat atau tujuan terselindung yang sering dianggap oleh Dong Zong terutama apabila kerajaan mahu membuat pembaharuan pendidikan. Mereka merasa takut dengan beranggapan pelan untuk memajukan pendidikan negara dikatakan mahu merosakkan bahasa Cina. Ini tanggapan yang amat salah.
''Kenyataan Dong Zong ini tidak boleh dipertahankan. Mereka bercakap 'lentang-lentung' di sana sini dan kemudian membuat tohmahan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN). Ini adalah tujuan politik, bukan pendidikan. Mengenai PPPM, semua rakyat Malaysia sokong dan mengapa Dong Zong tidak sokong," ujarnya.
Beliau berkata, hanya beberapa sahaja pertubuhan yang menyokong Dong Zong sebaliknya lebih banyak pertubuhan tidak menyokongnya.
''Sebab apa, sebab mereka (pertubuhan) tahu Dong Zong ada muslihat politik. Saya tiada kepentingan politik tetapi saya melihat kepentingan pelajaran," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan BN mengiktiraf sistem pendidikan Cina dan Tamil dan sehingga kini kedua-dua aliran itu terus berjalan.
'Sekiranya kita hendak lakukan perkara ini sudah berpuluh tahun yang lalu kita buat. Namun, sehingga setakat ini, sejak 55 tahun kita merdeka sekolah aliran Cina tidak pernah ditutup dan bahasa Cina diajar seperti biasa. Bukan itu sahaja bahkan kerajaan menambah jumlah sekolah Cina dan meningkatkan jumlah guru sekolah Cina sedia ada," katanya lagi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121126/dn_02/TPM-tempelak-Dong-Zong#ixzz2DNOGreDR
© Utusan Melayu (M) Bhd
terimakasih sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121126/dn_02/TPM-tempelak-Dong-Zong
No comments:
Post a Comment