Monday, November 5, 2012

Nak Tanya Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Mat Maslan & Ketua Penerangan UMNO Selangor Yb Shukor Soalan CEPUMAS...!! (tq blog MEDAN INFO KITA)


MONDAY, NOVEMBER 5, 2012


PKR sudah melancarkan poster untuk kempen Pilihanraya Umum Ke 13 dengan cubaan sebaik mungkin untuk "mempengaruhi" pemikiran rakyat....

Lihatlah tagline yang mereka gunakan dan cuba gula-gulakan rakyat, "Harga Minyak Turun, Harga Kereta Turun, Pendidikan Percuma Hapuskan PTPTN dan bermacam lagi umpan yang digunakan.

Bijak juga akal hulubalang hulubalang Anwar dalam menggunakan psychological effect untuk merayu undi rakyat! Sudah pasti rakyat akan tergoda atau teruja dengan tawaran mereka kerana poster untuk Turunkan Harga Minyak, Pendidikan Percuma memang akan terkesan terus kepada "poket rakyat".

Menurut Presiden PKR, sejak 2008, mereka  membawa isu rakyat, antaranya kenaikan harga barangan, pendidikan percuma, pembelaan terhadap wanita....

“Inilah isu rakyat. Mereka letakkan harapan tinggi agar persoalan asas ini dapat dirungkai. Perjuangan Pakatan tidak boleh dipisahkan dari harapan rakyat.

“Keadilan akan terus memegang amanah sebagai parti tunjang dalam Pakatan,” katanya.


Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution pula, berkata 10 bilboard diperkenal bagi fasa pertama kempen manakala fasa seterusnya  diperkenal menjelang PRU-13.

“Segala urusan termasuk kelulusan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) diuruskan sebuah pasukan khas,” katanya yang menyatakan kempen itu turut diperluas melalui media sosial.

“Setakat ini, sebanyak 13 tajuk risalah disebar luas sejak empat bulan lalu,” katanya.

Cuba anda lihat dan perhatikan betul betul contoh billboard iaitu poster gergasi diatas sana, yang diletakkan dipejabat PKR...! Gambar Anwar bersama sama dengan anak anak kecil berbilang bangsa, melayu, cina dan india.

Perhatikan juga salah satu poster bertajuk Pakatan Demi Rakyat dimana Anwar hanya memakai t-shirt, dan berselipar mahu membawa dua anak kecil menaiki basikal... Kesemua poster gergasi berbentuk billboard ini akan berada di banyak simpang jalan dinegeri Selangor khususnya kerana mereka mahu pastikan UMNO dan BN tidak akan menang..!

Bagi diri kita yang sememangnya meluat dan yakin bahawa Anwar serta kuncu kuncunya PKR adalah pembohong dan tidak layak mentadbir kerajaan sudah pasti tidak akan teruja dengan apa sahaja bentuk pengiklanan mereka merayu undi....

TETAPI buat rakyat serta pengundi atas pagar..? Kata pujuk rayu Harga Minyak Turun..., Pendidikan Percuma...serta gambar yang berjaya menarik perhatian mereka tidak mustahil untuk PKR berjaya meraih sokongan para pengundi ini... 

Kita jangan over-confident...!! Maksudnya, kita jangan memandang rendah atas keupayaan PKR ini kerana poster mereka boleh menarik minat dan kecenderungan pengundi...

Oleh itu, Blog MIK ingin sangat mengetahui apakah tindakan susulan dari Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan dan juga Ketua Penerangan UMNO Selangor, Yb Shukor Idrus..??

Jawablah bro..

No comments: