Saturday, November 17, 2012

Pertahankan Tanah Perkuburan Cina Pengerang (isu-isu akhbar cina)


(gambar hiasan)



1.0 Akhbar Sinchew Daily pula dalam ruangan Sudut Pendapat yang ditulis oleh Mok Kah Hau bertarikh 9 November 2012 menyentuh mengenai tanah perkuburan Cina di Pengerang.

2.0 Tidak kira pada waktu siang ataupun malam, tidak kira di mana lokasinya, apabila menyentuh tentang tanah perkuburan Cina, pastinya ia sesuatu yang menyayat hati.

3.0 Tanah perkuburan bermakna satu pusara dan pantang-larang untuk di alam ghaib. Orang yang masih hidup jika boleh jangan menyentuhnya. Walaupun tempat itu bukan pusara orang kenamaan dan bukan juga tempat mencari keuntungan dalam sektor komersial, dalam perkataan Cina tanah perkuburan itu dinamakan “yishan", yi itu bermakna tolong-menolong, apabila sama-sama miskin dan sama-sama susah, kerana secara tidak sengaja para perantau mati di tempat lain (negara lain) dan ditanam di situ supaya rohnya berasa aman dan tenteram.

4.0 Setiap tahun ada aktiviti pembersihan tanah perkuburan, supaya anak cucu yang ditinggalkan itu ada tempat bergantung serta sebagai asas dan landasan hidup, mereka dapat mencari dari mana sebenarnya tempat asal usul mereka.

5.0 Apabila zaman berganti zaman, beribu lokasi tanah perkuburan Cina di seluruh negara telah menjadi kesinambungan kepada satu himpunan beberapa generasi dan keturunan yang tercatat dan dalam ingatan, seterusnya nilai tanah perkuburan Cina bukan sahaja terhenti di situ.

6.0 Setiap batu nisan yang tersergam itu, mahu keturunan mereka dapat menceritakan sejarah dan zaman hayat mereka (si mati), bilakah mereka datang ke selatan Nanyang (laut Cina Selatan), bilakah tarikh mereka kekal tidur selama-lamanya di sini, mereka datang dari provinsi mana, siapakah anak cucu keturunan mereka, semua tercatat di batu-batu nisan itu, supaya orang kemudian dapat menceritakan dan menjiwai sejarah yang mereka lalui serta bagaimana mereka yang terdahulu meneroka tempat ini.

7.0 Bagi masyarakat hari ini, mengekalkan tanah perkuburan itu bukan sahaja kerana mengekalkan lokasi hijau, malah walaupun lokasi berdekatannya dibangunkan dengan infrastruktur perbandaran, sebenarnya ia masih memberi nilai-nilai kepada masyarakat serta menjadi lokasi dan pendidikan kepada generasi seterusnya.
Sebab itu risiko kepada perpindahan tanah perkuburan Cina di Pengerang, bukan lagi masalah besar kepada penduduk di Pengerang, sebaliknya suara itu dilaungkan untuk memberi isyarat dan amaran kepada tanah perkuburan Cina yang lain di seluruh negara.

8.0 Di sini, memaksa perpindahan tanah perkuburan Cina lebih seribu liang kubur di Pengerang, salah satunya ada yang berusia lebih ratusan tahun, pastinya akan menghilangkan bahan sejarah dan jejak-jejak sejarah itu akan terhapus. Dan menyebabkan orang ramai lebih kesal apabila pihak berkenaan tanpa syarat serta tanpa mengikut peraturan mahu tanah perkuburan itu dipindahkan untuk memberi laluan pembangunan kawasan itu.

9.0 Jika perkara pertama ini menjadi contoh, tidak boleh dinafikan seperti apa yang berlaku kepada Akta Pendidikan 1961 B perenggan 21, menjadi satu pisau yang bermata tajam akan sama berlaku kepada tanah perkuburan Cina. Yang paling menakutkan, sama juga seperti ada logiknya jika kita bincangkan keadaan kuil jika diletakkan ke atas “kepentingan negara", di masa-masa akan datang apa yang kita mampu lakukannya lagi?

10.0 Sebab itu, pelancaran pertama piala larian dugong di tanah perkuburan Cina Pengerang dijalankan dengan kehadiran seramai 500 orang, aktiviti bersiar-siar di tanah perkuburan Cina juga diadakan, semasa dalam upacara di depan kuil lama ratusan tahun itu menyebut, hidup selamanya tanah perkuburan Cina, kami akan kembali pada tahun depan.

11.0 Selama ini Pengerang tidak dihiraukan oleh masyarakat Cina luar, hari ini nasib Pengerang menjadi buah mulut orang Cina di seluruh negara kerana isu tersebut melibatkan saudara mara mereka.

12.0 Kami bertekad selagi boleh, mempertahankan tanah perkuburan Pengerang. Ia memang sukar dan pahit. Kenapa tidak faham apa maksud dan makna-makna berputih mata?


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121115/re_06/ISU-ISU-AKHBAR-CINA#ixzz2CRQTwJld
© Utusan Melayu (M) Bhd 


terima kasih sumber dari:http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121115/re_06/ISU-ISU-AKHBAR-CINA

No comments: