Sunday, January 16, 2011
PRK DUN Tenang: Markom nafi arah guru
ARKIB : 15/01/2011
Tenang: Markom nafi arah guru
LABIS 14 Jan. - Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran (gambar) hari ini menafikan tuduhan pembangkang yang mengatakan beliau menyalahgunakan kedudukan tersebut untuk mengarahkan para guru di Tenang bekerja keras bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
"Ia bukan kempen tetapi nasihat saya kepada anak-anak buah agar menyokong kerajaan. Kerajaan hari ini adalah BN, kalau mereka jadi kerajaan, kita sokonglah mereka (pembangkang).
"Dalam kes ini saya tak kan buat apa-apa, Datuk Puad (Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi) dah kata saya tidak bersalah.
"Saya bercakap pada kaunselor-kaunselor, bukan orang ramai dan ia dibuat secara tertutup yang mana orang yang merakam itu tidak sepatutnya datang tetapi berbuat demikian untuk ambil kesempatan," jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu lawatan bersama Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abd. Ghafar Mahmud ke bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK (C)) Labis, di sini hari ini.
Lawatan yang disambut meriah oleh Guru Besar, Lee Hui Kim, para guru dan murid-murid sekolah tersebut dibuat dengan tujuan meninjau persiapan menjelang ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal merasmikan bangunan tambahan itu Selasa ini.
Markom diminta mengulas isu rakaman ucapannya kepada kaunselor-kaunselor di Sekolah Menengah Tenang Station pada 31 Disember 2010 yang dimuat naik ke dalam laman web video YouTube baru-baru ini dan tindakan Pas Johor yang membuat beberapa laporan polis berhubung isu tersebut.
Beliau pada masa sama mengingatkan para guru agar tidak hipokrit dan menempelak kerajaan setelah menikmati sumbangan dan biasiswa kerajaan sejak mereka masih di bangku sekolah lagi.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kena hati2 terlalu rmai penyokong pembangkang kakitgn kjaan...mensabotaj kjaan sbg pnyokong umno dlm kjaan x boleh secara tbuka krana pasti dihantar kesabah atau swak
sistem kenaikan pangkat tanpa temuduga PTK tlah menyebabkan ramai kakitangan pembangkang menduduki posisi tinggi dlm kjaan...ini tlah digunakan utk mensabotaj kjaan dari dalam
hanya kerana menjadi setiausaha umno cawangan kawan saya telah ditukarkan ke sarawak...inilah nasib penyokong umno dalam kjaan,,,kita diserang dari segenap sudut...perlukah kita menyokong pembangkang supaya tidak diperlakukan sedemikian rupa
"Ia bukan kempen tetapi nasihat saya kepada anak-anak buah agar menyokong kerajaan. Kerajaan hari ini adalah BN, kalau mereka jadi kerajaan, kita sokonglah mereka (pembangkang).
statement BODOH dari org BODOH yang fikirkan orang lain BODOH & orang BODOH jer yang setuju dengan statement BODOH ni.
Post a Comment