Sunday, January 16, 2011
Siapa sebenarnya pelacur agama untuk keuntungan politik?
Siapa sebenarnya pelacur agama untuk keuntungan politik?
Bukan main lagi para penyokong PAS menghentam Barisan Nasional didalam isu azan yang didakwa ditimbulkan oleh ahli seumur hidup MCA di Ibu Negara. Penyokong PAS dengan begitu gembira sekali melabelkan bahawa UMNO tak mampu mendakwahkan kafir didalam MCA untuk menghormati Islam didalam negara.
Sebenarnya PAS lupa bahawa puak-puak merekalah yang selama ini terlampau memberi muka kepada kafir yang menentang Islam. PAS telah memberi lesen besar kepada DAP untuk mencampuri urusan agama dan juga ibadat umat Islam demi kepentingan politik mereka.
Siapa yang menyebabkan orang kafir membaca ayat Quran untuk berceramah politik? Siapa yang terpekik-pekik bertakbir apabila orang kafir membaca tafsir Quran tak betul didalam perhimpunan politik? Dan siapa pula yang membenarkan orang kafir bertazkirah didalam ruang mimbar tempat orang Islam sujud kepada Allah?
Jangan lupa juga peristiwa orang kafir dengan mudahnya bersenamrobik didalam kawasan masjid. Begitu juga berdemonstrasi dan juga menjadikan masjid sebagai tempat perhimpunan haram. Siapa yang bertanggungjawab terhadap perlakuan biadap orang kafir kalau bukan para pemimpin munafik yang berserban dan berjubah labuh didalam PAS.
Dimana suara para penyokong PAS bila semua ini berlaku? Teressa Kok juga pernah menghina azan. Malah Teressa Kok ditahan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO kerana dakwaan cuba memperlahankan laungan azan. Tetapi apa yang PAS buat? Mereka sehingga kini terang-terangan masih menyokong Teressa Kok yang pernah menghina seruan untuk sujud menyembah Allah.
Pemimpin-pemimpin PAS juga sehingga hari ini masih lagi tak malu untuk memeluk Lim Kit Siang serta Karpal Singh yang langsung tak bersetuju dengan negara Islam. Jika kafir yang jelas menentang kewujudan negara Islam pun PAS boleh peluk, apakah ini menunjukkan bahawa PAS peduli terhadap kehormatan agama rasmi negara ini?
Sebab itulah dikatakan bahawa pemimpin PAS itu munafik. Mereka hanya pandai bermuka-muka untuk meraih sokongan bagi mengekalkan jawatan politik mereka sahaja. Dan mereka bernasib baik kerana mempunyai para penyokong yang berotak udang untuk mempercayai bulat-bulat apa yang disajikan oleh Tok Guru mereka.
Penyokong-penyokong PAS patutnya sedar, berdakwah kepada orang kafir bukannya dengan membenarkan mereka sewenang-wenangnya mempergunakan ayat Quran dan Hadis. Berdakwah kepada orang bukan Islam juga bukannya dengan cara mempelawa mereka untuk berceramah dipentas dengan berlambangkan bendera parti bulan.
Itu bukan berdakwah namanya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS. Itu sebenarnya dinamakan melacurkan agama demi sebuah politik sempit. Dan itulah yang sedang dan semakin ghairah dilakukan oleh para pemimpin parti bulan.
UMNO dan kerajaan dituduh bersekongkol dengan kafir untuk memerintah negara, tetapi bagaimana pula PAS yang sanggup berkhalwat bersama kafir harbi DAP yang jelas tak mahukan negara yang berpaksikan Islam? Jika benar UMNO itu sekular dan tak mengamalkan pemerintahan Islam, pasti DAP sudah lama berkerjasama dengan UMNO dan bukannya PAS.
Apakah ini pun masih susah untuk dibezakan oleh para penyokong PAS?
(sumber;http://www.mykmu.net/?p=6138)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salab bro,
Ada buat laporan life dari PRK Tenang???
Salam
Izinkan saya mencelah dan maaf kalau ada kesilapan. Biar tulisan saya ini menjadi dokumen untk dipersembahkan di hadapan Allah di Yaumul Mahsyar, bahawa saya pernah menyampaikan satu kebenaran.
1.Siapa yang menyebabkan orang kafir membaca ayat Quran untuk berceramah politik?
Rasullullah TIDAK pernah melarang puak kafir membaca ayat AlQuran;
(sila rujuk ceramah Ustaz Azhar)
2. Siapa yang terpekik-pekik bertakbir apabila orang kafir membaca tafsir Quran tak betul didalam perhimpunan politik?
Kita sebagai umat Islam akan memperbetulkannya. Ini dakwah
3. Dan siapa pula yang membenarkan orang kafir bertazkirah didalam ruang mimbar tempat orang Islam sujud kepada Allah?
a. Bukan tazkirah (ini kekeliruan media UMNO terhadap terma tazkirah dan ceramah) , tapi ceramah.
b. Orang Kafir TIDAK dilarang memasuki masjid. (YB Kamalnathan pun pernah masuk masjid kan di Hulu Selangor)
4. Jangan lupa juga peristiwa orang kafir dengan mudahnya bersenamrobik didalam kawasan masjid.
Tiada masalah sebab fungsi masjid adalah pusat pentadbiran. Ada juga UMAT ISLAM yang bersyahadah memasuki masjid dalam keadaan aurat terbuka.
5.Begitu juga berdemonstrasi dan juga menjadikan masjid sebagai tempat perhimpunan haram.
Jawapan sama seperti di atas
(sebahagian) -
Harap blog saudara ini tidak menjadi penyambung kepada lidah yang zalim.
Berlaku adillah kepada diri sendiri
Post a Comment