Monday, January 3, 2011

PRK DUN Tenang: Untung Ekspres, KPDNKK mana?

Monday, January 03, 2011
DUN Tenang: Untung Ekspres
Warga Labis yang duduk di dalam kawasan DUN Tenang kini mula merasai tempias PRK. Setelah merayau ke beberapa negeri sejak PRU 12, ini merupakan PRK pertama di negeri Johor.

Seperti biasa, serba-serbi sudah mula mahal di kawasan yang bakal menjadi tumpuan seluruh negara ini. Selain sewa rumah yang menjangkau sehingga RM8000, harga makanan dan minuman juga sudah mula tidak stabil.

Buat peniaga-peniaga di DUN Tenang yang mengejar untung ekspres, jangan pula lupakan risiko yang anda mungkin dipulaukan selepas PRK ini berakhir. Bukan sedikit pelanggan tetap yang mula merajuk dan pergi mencari barangan di pekan berdekatan.

KPDNKK perlu mula memantau terutamanya melibatkan barang mentah dan keperluan asas. Ini supaya tempias harga mahal ini akan menekan pengundi-pengundi di DUN ini. Seterusnya pengundi ini secara tidak langsung akan mula menyalahkan seolah kerajaan yang tidak membantu dalam kehidupan mereka.

Tanpa memerlukan kempen yang bukan-bukan, KPDNKK sudah dianggap memenuhi tanggungjawab mereka dalam PRK DUN Tenang jika prihatin terhadap permasalahan ini.

(sumber;http://umnojohor.blogspot.com/2011/01/dun-tenang-untung-ekspres.html)

No comments: