Saturday, January 8, 2011
KISAH SEORANG PEJUANG
Jumaat, Januari 07, 2011
KISAH SEORANG PEJUANG
Saya kenalinya sejak tahun 1987 lagi. Ketika itu saya bertugas dengan akhbar WATAN. Saya temuinya di kantin parlimen duduk semeja dengan Datuk Ishak seorang Ketua Pengarah sebuah jabatan kerajaan.
Saya tak kenali Datuk Ishak. Zaharin Mohd Yasin yang memperkenalkannya kepada saya. Sejak itu saya berkawan dengan Zaharin. Walaupun dia bukan lulusan universiti tetapi pengetahuannya tinggi mengalahkan graduate universiti. Dia banyak membaca. Kalau pergi ke rumahnya penuh dengan buku-buku terbaru termasuk buku dari Indonesia.
Semua menteri dia kenal kerana ramai menteri adalah rakan seperjuangannya. Dia konsisten. Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai UMNO pada tahun 1982, beliau konsisten menghentam Anwar sehinggalah Anwar dipecat dari UMN) pada tahun 1998.
Beliau kenal semua menteri tetapi beliau bukan seorang opportunis. Dia tidak ambil kesempatan lobi tender ini atau tender itu dengan mana-mana menteri yang menjadi sahabatnya.Baginya, cukuplah elaun yang diterima setiap bulan dari seorang tokoh korporat.
Beliau pernah dipecat dari UMNO di zaman Tun Dr Mahathir kerana menulis surat kepada semua ahli majlis tertinggi UMNO mendakwa Marina anak Dr Mahathir beromen dengan seorang lelaki di Shangrila Hotel.
Namun demikian, akhirnya beliau diterima semula menjadi ahli UMNO. Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Amil Salleh melantiknya sebagai Setiausaha UMNO Bahagian. Sebagai setiausaha UMNO dia amat popular dengan ahli-ahli UMNO. Surat sokongannya kepada Dewan Bandaraya amat laku. Ramai ahli UMNO di bahagian itu terhutang budi dengan Zaharin.
Dalam politik, tidak ada musuh yang kekal dan kawan yang kekal. Akhirnya beliau bersengketa dengan Datuk Amil. Datuk Amil tewas dalam pertandingan Ketua Bahagian pada tahun 2008. Pemenangnya ialah Datuk Mokhtar Samad. Tetapi Datuk Mokhtar digantung kerana terlibat dengan politik wang.
Kini timbalannya memangku jawatan ketua bahagian. Sekali lagi Zaharin diberi peranan sebagai setiausaha bahagian dan setiausaha BN Bandar Tun Razak. Kemuncak dari lantikan ini Zaharin dituduh bersuhabat dengan PKR, DAP dan PAS menentang terminal baru Tasik Selatan yang dimajukan oleh Maju Grup milik Tan Sri Abu Shahid Mohamad atau Abu Juling.
Setiap hari Zaharin menyerang Abu Juling dalam facebooknya. Akhirnya dia menerima surat tunjuk sebab dari ibupejabat UMNO yang mahu dia menjawab kenapa terlibat dalam demonstrasi aman bersama parti pembangkang.Demonstsai itu turut disertai oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak.
Zaharin sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dipecat semula jadi ahli UMNO buat kali ketiga. Itulah Zaharin pejuang rakyat yang menentang tanah rekreasi diambil oleh Abu juling untuk projek terminal itu. Zaharin adalah seorang pemurah. Dia tidak kedekut beri wangnya kepada orang yang memerlukan. Malah dia juga bagaikan Robin Hood yang menolong orang lain dapatkan wang.
Dia ramai kawan. Sebab itu dia mudah dapat wang dan bantu orang susah terutamanya kawan-kawannya. Kita tidak akan temui lagi seorang pejuang seperti Zaharin yang tidak ada kepentingan diri. Jika dia pentingkan diri, dia sudah jadi jutawan. Dia tidak mahu itu semua kerana dia percaya dengan hidup secara sederhana.
Dia sudah tengok ramai kawannya yang dulu susah bila jadi jutawan jadi bongkak dan akhirnya sakit kronik kerana di zaman melobi projek dulu dia sanggup tipu kawan sendiri. Zaharin tidak mahu jadi seperti itu.Biar dia hidup sederhana dengan keluarganya.
Disediakan oleh Zabidi Hj Saidi - @ 11:15 AM
Label: kisah, pejuang
(sumber;http://catatanzabidi.blogspot.com/index.html#8995346575906611765)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Betuluk ke semua itu atau ......
Post a Comment