Monday, January 3, 2011
PRK TENANG - Perebutan Menjadi Calon Kem PAS Merebak Ke Kedai Kopi
PRK Tenang ....nama nya sahaja Tenang namun tidak lah setenang mana pun waktu ini. Malah selepas Pemergian Adun Tenang Arwah Datuk Sulaiman Taha keadaan yang Tenang semakin tidak menjadi keruan. Emmm apa yang tidak Tenang?
Gomo telah mendapat pengesahan dari seorang Ahli Jawatankuasa PAS Labis sendiri dalam isu Perebutan untuk menjadi Calon bagi PRK Tenang ini. Perebutan yang begitu hebat namun berjaya di tutup oleh puak puak PAS. Namun setakat mana boleh Tutup kemelut yang berlaku jika orang dalaman sendiri bercakap cakap sampai membawa ke kedai Kopi?
Untuk makluman semua sebaik sahaja Arwah Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia, YDP PAS Sekijang yang mana seorang Peguam bernama Firdaus Masod yang mana merupakan anak tempatan telah menjalankan kempen sekitar Dun Tenang. Setiap hari Firdaus Masod ini berkempen sampaikan dah seakan CoMFORM lah si Lawyer ni akan menjadi Calon PAS bagi PRK Tenang.
Tapi sayang buat Firdaus Masod bila seorang Wanita iaitu seorang Guru telah melobi secara membuta Tuli akan Calon PRK Tenang sehingga sanggup Guru wanita itu meletakkan jawatan yang di sandangnya semata mata ingin bergelar Wakil rakyat.
Apa lagi waktu itu adalah lah di laporkan tercetusnya Perang di antara Kem Lawyer dan Kem Guru Wanita dalam perebutan menjadi Calon PAS.
Sampai sekarang ini pun masih dengan Mulut mulut di kedai kopi yang bengang dengan tindakan Guru Wanita itu kerana sewaktu kematian Arwah Datuk Sulaiman Taha Cikgu berkenaan berada di Pulau Pinang bercuti dan sebaik sahaja pulang ke Tenang maka terus di Lobinya jawatan Calon dari semua Jemaah PAS.
Emmm nampak gayanya memang Sah lah apa yang di sampaikan oleh AJK PAS Labis ni memandangkan sudah keluar di dada akhbar bahawa desas desus :
LABIS, 30 Dis – Seorang wanita adalah antara yang disenaraikan untuk dipertimbangkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari depan.
“Beliau adalah bekas seorang guru, anak tempatan, dan memegang jawatan di cabang tempatan parti itu,” kata satu sumber kepada media.
Sumber Bernama
Antara nama Lain yang di Sebut:
1) Md Saim Bin Siran, bekas calon PAS dua penggal yang lalu... seorang pemandu lori yang berjaya dan menetap di Desa Bertemu Jodoh, Chaah, Segamat....
2) Mazlan Aliman, Presiden ANAK, anak Felda di Felda Bukit Ramon, Kota Tinggi (parlimen Tenggara)... tak de pekerjaan tetap.. tapi tak tahu siapa bela dia ni... juga orang luar
3.) Md Zain Johar , bekas pengurus CIMB dan Bank Muamalat dan sekarang berniaga sendiri.. orang kata dia ni ego sikit.. dan suka tonjolkan diri
Nampaknya Lobi melobi masih terus berlaku di dalam Kem PAS bagi PRK Tenang ini, Namun Gomo sebenarnya masih mengharapkan sangat agar Mazlan Aliman Presiden ANAK yang akan mewakili PAS pada PRK Tenang ini.
Biarlah orang lain nak kata apa namun pada Gomo si Mazlan Aliman ini mempunyai aura yang tersendiri memandangkan selama ini pun kita lihat si Mazlan Aliman lah yang paling menonjol di kalangan Pembangkang dalam isu FELDA.
Jadi usahlah tunggu tunggu lagi dalam pemilihan Calon PAS Bagi PRK Tenang, Harap pemimpin PAS dapat memberikan laluan Kerusi berkenaan kepada Mazlan Aliman. Mazlan Aliman punya Kepakaran dalam isu ini dan ini lah peluang buatnya dalam membuktikan dirinya di TERIMA PENEROKA FELDA.
Psssttt...Ahli PAS berebut rebut nak jadi Calon, jaga kebajikan Rakyat taknak pulak..Khak Ptuih!
(sumber;http://www.papagomo.com/2011/01/prk-tenang-perebutan-menjadi-calon-kem.html)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment