Friday, January 21, 2011

PRK TENANG : CALON PAS ORANG LUAR?

Thursday, January 20, 2011
PRK TENANG : CALON PAS ORANG LUAR?
Thursday, January 20, 2011 Desperado

Semasa proses pemilihan calun, satu kriteria yang sering diulang-ulang dalam banci dan timbal balas yang dipinta ialah mereka mahukan orang tempatan. Perkara ini berulang-ulang baik oleh pengundi Melayu atau pun pengundi Cina mahupun pengundi India.

Oleh kerana itulah permintaan orang ramai sana sini, tidak kira kaum dan pangkat, maka beberapa pemegang jawatan utama dalam UMNO Bahagian Labis terpaksa diketepikan. Salah satu kriteria pemilihan Azhar ialah latarbelakang kelahiran Labis.

Rupanya pihak PAS tidak ambil peduli pandangan orang ramai. Normala adalah kelahiran Serom, Muar dan ibu bapanya berpindah ke Felcra Sekijang. Itu pun bukan dalam kawasan Tenang.

Baca laporan berita Harakahdaily berikut:

Normala Sudirman calon PAS di Tenang

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. - Harakahdaily

Macam mana pembangkang ini menjaja istilah rakyat tidak berhenti henti dan sana sini tetapi permintaan rakyat pun tidak dipenuhi?

Normala yang suami isteri adalah guru akan selalu berpindah kawasan. Macam mana dia nak mengaku dirinya orang Tenang atau Labis?

PRK Tenang

(sumber;http://pilihan-anda.blogspot.com/2011/01/prk-tenang-calon-pas-orang-luar.html)
Thursday, January 20, 2011
PENGUNDI DUN TENANG TANYA SOALAN INI KEPADA NORMALA


Salam.
Apa agaknya jawapan bakal YB pilihan Pakatan Pembohong Pn. Normala Sudirman bila soalan di bawah di ajukan semasa beliau giat berkempen, antara soalan panas untuk pengundi DUN Tenang ialah:-

1. Kenapa al-juburi tak nak bersumpah muhabalah, tak kan kat allah.s.w.t pun al- juburi tak percaya...waktu ini yang di katakan oleh juak -juak Penipu Rakyat waktu al-juburi di zalimi oleh kerajaan ,takkan tak percaya janji allah doa orang terinyaya cepat di makbulkan....buatlah solat hajat ramai-ramai minta allah tunjukkan kebenaran.
2. Tolong jelaskan kenapa PAS sanggup bersekongkol dengan DAP(kafir Harbi)
3. Tolong jelaskan juga kemana perginya perjuangan menegakkan negara Islam.
4. Kenapa benarkan agama lain guna kalimah Allah.
5. Tolong jelaskan kenapa wali keramat PAS Nik Najis tu tak mahu umat islam bersatu
6. Kenapa dah dapat Selangor arak dan maksiat masih berleluasa dan bertambah?.
7. Mana pergi duit tabung Memali,
8. Mana buktinya Felda bankrup.
9. Apa cite Dun Selinsing yang berzina.
10. Terangkan juga kenapa PAS tak larang bukan Islam dari berceramah di dalam masjid di mimbar tempat imam,
11. Jelaskan kenapa boleh bererobik dalam kawasan masjid dengan pakaian membuka aurat dan ketat...
12. Jangan lupa terangkan juga dasar liberal PAS sekarang.
13. Terangkan juga Hj.Hadi Awang kata keutamaan Negara Islam telah di lucutkan dalam perjuangan PAS
14. Apa Nizar dah buat kat Perak semasa 11 bulan jadi MB boneka
15. Cerita sikit peranan PAS kat Pulau Pinang di bawah Pemerintahan DAP
16. Apa PAS Selangor dah buat selama berkuasa nie

Ada banyak lagi soalan cepu emas buat Normala nie, aku tak tahan nak dengar.......cabutttttttt. kesian cikgu mala sorang-sorang.......

Posted by Melayu Pasir Gudang

(sumber;

PRK DUN Tenang: Calon BN Perlu Sokongan Padu

Friday, January 21, 2011
DUN Tenang: Calon BN Perlu Sokongan Padu
Pencalonan Mohd Azahar Ibrahim merupakan kejutan buat penyokong Umno di Bahagian Labis. Walaupun ayah beliau yang dikenali sebagai 'Tok Yim' merupakan seorang yang dihormati kerana pernah menjawat jawatan Ketua Bahagian, Adun dan Senator, namun Mohd Azahar bukanlah pemegang jawatan utama di Umno Bahagian ini.

Beliau berpengalaman sebagai Bendahari Pemuda Umno sebagai jawatan terakhirnya di dalam parti dan kini hanyalah ahli biasa di Bahagian Labis.

Megikut beberapa sumber, pemilihan beliau dianggap sebagai jalan terbaik untuk mengelakkan isu berkaitan serta mengurangkan impak perpecahan di dalam parti Umno pada PRK pertama yang berlangsung di Johor sejak PRU 2008.

Selain itu, ia merupakan medan terbaik untuk menguji formula DS Najib yang mahu memilih calon BN yang tidak semestinya pemimpin utama parti sebagai calon BN dalam pilihanraya akan datang.

Namun begitu, semua pimpinan Umno Bahagian khasnya terutama pengikut tokoh-tokoh yang tersenarai dalam pencalonan akhir perlu memberi sokongan padu demi memastikan kemenangan calon BN.

Perkara negatif seperti sabotaj dalaman perlu dielakkan demi menjaga maruah parti.

(sumber;http://umnojohor.blogspot.com/)

PRK Tenang: Tenang - Tidak berapa tenang, harap semua bertenang

Tenang - Tidak berapa tenang, harap semua bertenang
“BN bermasalah diPRK Tenang, betul ke?” tanya seorang sahabat saya semasa kami 3 empat orang rakan-rakan sedang minum the tarik mamak yang tidak jauh dari rumah saya. Saya kata yang saya tidak tahu kerana saya tidak pergi keTenang kerana sibuk dengan kerja lain yang perlu saya selesaikan.

Tetapi saya menjangkakan masalah memang akan timbul, kalau tidak besar sedikit-sedikit mesti timbul kerana sebab-sebab yang susah hendak dielakkan. Oleh kerana Tenang adalah kubu kuat UMNO dan BN maka ramai diantara kepimpinan diBahagian Labis berminat untuk menjadi calun didalan PRK ini. Perebutan untuk menjadi calun memang jelas kelihatan dan didengari dari awal-awal lagi.

Akhirnya semua dikalangan yang berebut itu tidak kesampaian hajat untuk menjadi calun, sebaliknya kesempatan itu diberikan kepada seorang bekas Penolong Pegawai Daerah Azhar Ibrahim untuk mewakili BN. Mereka dari pimpinan bahagian tidak diberikan kesempatan itu kerana UMNO kononya sedang mencari ‘winnable candidate’ seperti yang dijanjikan oleh DS Najib dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini.

Tetapi adakah Azhar benar-benar seorang yang ‘winnable”? Jika Azhar membuatkan barisan kepimpinan UMNO Labis terlopong-lopong bolehkah UMNO dan AJK Bahagian memberikan kerjasama yang secukupnya untuk memberikan tentangan kepada calun PAS Puan Normala Sudirman 38 tahun yang nampaknya boleh diterima dengan agak baik oleh masyarakat disitu.

Pendeknya permasalahan dikalangan UMNO diLabis memang wujud dan kelihatan permasalahan itu semakin hari semakin jelas kelihatan. Semasa pilihanraya inilah isu anak tempatan dan orang luar timbul kerana pemangku ketua bahagian Labis itu adalah dari Negeri Sembilan, sama seperti Arwah Sulaiman Taha dahulu. Memanglah Timbalan Ketua ini merasakan kecil hati kerana beliau diperguna untuk mengetuai bahagaian tetapi apabila memiih calun beliau sewenang-wenangnya diketepikan seolah-oleh beliau tidak pernah berguna kepada UMNO diLabis.

Pengundi Cina merangkumi 39 peratus dari keseluruhan pengundi diTenang tetapi masalah dalaman MCA yang melibatkan Chua Soi Lek dan anaknya yang merupakan Ahli Parlimen disitu bukan kecil masalahnya. Dikalangan ahli-ahli dan pemimpin MCA pepecahan belaku kerana Chua Soi Lek telah mengenepikan ramai pemimpin-pemimpin Cina kerana memberi peluang kepada anaknya sendiri dan ini masih menjadi buah mulut dikalangan orang-orang Cina diLabis itu. Jika tidak ada punmmasalah dikalangan orang Cina didalam MCA kecenderungan bagi orang Cina untuk mengundi parti alternatif, dalam kontek ini DAP adalah amat besar. Setiap penganalisis memberikan angka 80 peratus dari kaum Cina akan mengundi pihak pembangkang.

Usaha Najib untuk memberikan bantuan RM 5juta kepada sekolah-sekolah Cina diLabis itu dikatakan tidak akan mengalihkan minat kaum Cina kepada DAP. Kaum India pula sekarang ini masih terganggu dengan isu interlock dan segala usaha untuk memberikan penerangan jelas terhadap isu masih belum berjaya kerana ahli-ahli MIC sendiri mempunyai pendirian menentang buku interlock itu dijadikan sebagai buku teks untuk pelajar-pelajar tingkatan 5.

Dalam pilihanraya yang lalu undi untuk pembangkang yang diberikan oleh orang Melayu semakin hari semakin bertambah. Parti PAS merupakan pilihan orang Melayu yang tidak menyokong UMNO dan parti-parti dalam BN.

Jika keadaan ini benar maka adalah dikhuatiri imej Tenang sebagai kubu UMNO akan berakhir dan menjadi seperti kawasan-kawasan yang lain dinegeri-negeri yang lain.

Undi penting dalam PRK ini adalah undi-undi orang Melayu dan Cina Jika benar 80 peratus dari pengundi Cina memberikan sokongan kepada pembangkang dan 35 peratus pengundi Melayu memberikan sokongan kepada PAS maka peluang untuk parti pembangkang untuk memberikan tentangan kepada UMNO dan BN.

Walau bagaimana pun adalah terlalu awal untuk melihat keadaan yang sebenarnya kerana penamaan calun hanya akan diadakan pada 22 hb nanti. Apabila sudah selesai penamaan calun barulah mana-mana pihak akan dapat memberikan pandangan masing-masing dengan lebih hampir kepada yang sebenarnya.

Menang atau kalah bagi mana-mana pihak dalam pilihanraya ini akan mempengaruhi situasi dalam pilihanraya umum nanti. Sama-samalah kita tunggu. Bak kata perbilangan ‘tidak lari gunung dikejar’.

(sumber;http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/01/tenang-tidak-berapa-tenang-harap-semua.html)

zmsegamat kata: 'Air yang tenang jangan dikata tiada buaya'.dan sekilas ikan di air dah tau jantan ke betina.

Thursday, January 20, 2011

PRK: Tenang: Anak Tempatan Galas Cabaran PAS


Tenang: Anak Tempatan Galas Cabaran PAS
Disiarkan oleh Lord Garam ,

Selepas banyak sangat rungutan dan petisyen mahukan calon tempatan untuk kerusi DUN Tenang, akhirnya BN decide meletakkan calon yang benar-benar diterima rakyat bawahan.

Mula-mula mahukan calon ini selepas PAS buat kejutan tanding Normala Sudirman, bekas guru yang ambil keputusan untuk resign dengan rela hati.



hasrat Haslinda tak kesampaian....


calon bersama shortlist bukan anak tempatan, Cikgu Rushdin


Akhir sekali, kubu kuat UMNO jangan diterjah anasir pembangkang. Terjemahkan macam banner diatas untuk menangkan calon. Adzhar Ibrahim.

(sumber;http://garamanis.blogspot.com/2011/01/tenang-anak-tempatan-galas-cabaran-pas.html)

PRK Tenang : Siapa dia Mohd Azahar Bin Ibrahim? @ Tok Ai


PRK Tenang : Siapa dia Mohd Azahar Bin Ibrahim?Posted by Aspirasi
PROFIL: Calon BN DUN Tenang

# Nama : Mohd Azahar Ibrahim
# Umur : 39 Tahun

# Tarikh Lahir : 14 Mei 1972
# Tempat Lahir : Labis Segamat

# Isteri: Tuty Roshizana Tumin, 31 tahun
# Anak: Nur Aina Maisara, 6, Nur Arisha Najwa, 3, Muhammad Haikal, 8 bulan

# Kelulusan :
# Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) Melaka (sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) 1993
# Ijazah Sains Politik (Kepujian) Portsmouth, United Kingdom - 1996

# Pekerjaan:
# Penolong Pentadbir Tanah Kluang (1997-2000)
# Penolong Pentadbir Tanah Segamat (2000-2006)
# Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat (2006-2011)

# Jawatan dalam parti:
# Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Labis (2004-2008)
# Ketua UMNO Cawangan Kampung Paya Merah, Labis

# Pembabitan dalam pertubuhan dan kebajikan:
# Ahli Jawatankuasa Yayasan Tenang (2000-kini)
# Setiausaha Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit (2000-kini)
# Pengerusi Belia 4B Labis (2001-2005)
# Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Rengit (2006-kini).

(sumber;http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2011/01/prk-tenang-siapa-dia-mohd-azahar-bin.html)

PRK Tenang: Anak Tempatan menjadi Calon



PRK Tenang : Sah!!! anak tempatan menjadi calon BN
Posted by Aspirasi

BN telah mengumumkan calon muda dan berwibawa berumur 39 tahun, seorang profesional yang sebelum ini bertugas sebagai penolong pegawai daerah (ADO) di Rengit...

Mohd Azhar bin Ibrahim, orang muda, berpendidikan dengan lulusan luar negara dan tokoh disegani di sekitar Labis menjadi calon pilihan BN. Apatah lagi bukan mudah, walaupun sekarang selesa sebagai ADO, dengan jawatan dan gaji yang baik, namun sanggup letak jawatan demi untuk rakyat Tenang, perjuangan demi agama, bangsa dan negara tetap didahulukan. Inilah semangat yang orang muda patut tunjukkan.. sirih pulang ke ganggang!!!

Mungkin inilah yang diwarisi daripada bapanya, Beliau yang merupakan anak kepada tok penghulu Ibrahim seorang tokoh politik UMNO dan Barisan Nasional yang pernah menjadi wakil rakyat lewat 80an dulu. Bapa beliau merupakan seorang yang dihormati dan disegani.

Lawan beliau ialah bukan anak tempatan, berasal dari Ledang. Seorang bekas guru yang meletak jawatan 24 jam kerana kemaruk nak menjadi calon PAS. Dahlah bekas guru, tak reti bersyukur, makan gaji, dapat elaun itu dan ini.. kalau bonus dapat sikit.. siap maki hamun lagi...memang inilah dia perangai orang PAS...

BN memilih calon yang tepat untuk berhadapan calon PAS.. orang muda lawan orang muda dan anak tempatan lawan bukan anak tempatan..

(sumber;http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2011/01/prk-tenang-sah-anak-tempatan-menjadi.html)

PRK Tenang: Calon Umno-BN bukan 'orang parti'

January 20, 2011
PRK Tenang: Calon Umno-BN bukan 'orang parti'

Calon Umno-BN (gambar di bawah) yang diumumkan oleh Muhyidin Yasin di Labis. Sehubungan itu Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Hj Rusdin Mahamod (selaku calon rangking no.1), walaupun beliau tak terpilih (kerana anak kelahiran Negeri Sembilan), tetap menyifatkan pemilihan Mohd Azahar Ibrahim, sebagai calon yang tepat bagi pilihan raya kecil Tenang.


Sebelum itu, Haslinda (calon ranking n0.5) telah digegerkan oleh pelbagai media, terutamanya blogger pro-wanita Umno adalah bakal calon wanita yang bakal dipilih. Namun, disebabkan beliau belum berkahwin, meskipun sudah berumur, maka Haslinda diikira tidak layak.

Latar belakang calon Umno-BN:

Nama: MOHD AZAHAR BIN IBRAHIM

Kp: 720514015839

No. Lahir: A2175708

Tempat Mengundi:

No 19, Jalan Tenang Kampong, Bandar Labis Timor, Tenang.

Status kewarganegaraan: Malaysia, Johor, Labis, Tenang.

Alamat Pos:

PENOLONG PEGAWAI DAERAH / PENTADBIR TANAH , DAERAH KECIL RENGIT , 666 JALAN PEJABAT ,

RENGIT 83100, Batu Pahat

Hubungi phone: 0137233691, 0197557345

Hubungi e-mail: azahartokai@yahoo.com

Exclusive Report :

Glamour’s name: Tok Ai

Jawatan semasa: ADO Rengit

Hubungan dengan pemimpin tempatan: Anak Penghulu Labis (bekas Ketua Bahagian Labis)

Penglibatan politik: Tak berminat untuk bertanding, tetapi terpaksa demi Umno.

Rangking pilihan daripada 10 calon: No.6.

Kesemua nama calon:

1. HJ ROSDIN MAHMUD, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labis

2. HASHIM DAUD, Naib Ketua UMNO Bahagian Labis

3. MOHD SAHIR BIN ALI HUDDIN, Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labis

4. JAIM BIN YUNUS, mencabar Sulaiman jawatan ketua bahagian tetapi kalah 11 undi, penyokong TPM

5. HASLINDA BINTI SALLEH, Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis (belum kahwin, 38)

6. MOHD AZAHAR BIN IBRAHIM. ADO Rengit (pegawai awam, tidak pimpinan parti)

7. MASRAN BIN AHMAD SAYUTI, AJK Pemuda UMNO Bahagian Labis

8. HARUN BIN SALEH, Anak Peneroka Chempelak, bekas Setiausaha Politik

9. AZLAN HALIN, bekas guru, rapat dengan MB

10. SYED OSMAN SYED ABDULLAH, bekas Setiausaha bekas ADUN.
Umno-BN sudah guna formula ‘siapa sahaja calon, tidak semestinya penjawat parti, akan dipilih asalkan boleh menang’ telah diamalkan... Apakah makna perjuangan? Hanya Tuhan Yang Esa yang maha menilai.

(sumber;http://kerabubersuara.blogspot.com/2011/01/prk-tenang-calon-umno-bn-bukan-orang.html)

PRK Tenang: Azahar Bukan Calon Payung Terjun – Ahmad Maslan


Azahar Bukan Calon Payung Terjun – Ahmad Maslan

Oleh : Tg Azman Tg Abas

LABIS 19 JAN – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ahmad yang diumumkan untuk menggalas amanah parti pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bukanlah calon payung terjun sebaliknya merupakan seorang yang aktif di dalam parti.

Menurut beliau Mohd Azahar bukan sahaja pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari Pemuda Labis malah turut komited membantu parti selain berkhidmat dengan baik terhadap penduduk setempat.

“Sebenarnya beliau bukanlah calon payung terjun kerana beliau pernah berkhidmat dalam parti sebelum ini dan sehingga ke hari ini beliau begitu komited membantu parti.

“Justeru perkara itu tidak timbul dan kepimpinan bahagian mengalu-alukan keputusan terbabit dan tugas kita selepas ini adalah untuk membantu kemenangan BN pada pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online selepas majlis pengumuman calon yang diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Datuk Hj Muhyiddin Yassin, di perkarangan UMNO Labis di, sini, hari ini.

Ahmad Maslan seterusnya yakin dengan pengalaman serta kewibawaan yang ada pada Mohd Azahar, beliau mampu memberi khidmat yang terbaik kepada penduduk Tenang sekiranya diberikan peluang kelak. -MediaUMNO

(sumber;http://umno-online.com/?p=29534)

PRK Tenang: Pemilihan “Tok i” Tepat, Berkebolehan – Cikgu Rusdin


Pemilihan “Tok i” Tepat, Berkebolehan – Cikgu Rusdin

Oleh : Tg Azman Tg Abas.

LABIS 19 JAN – Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Hj Rusdin Mahamod menyifatkan pemilihan Mohd Azahar Ibrahim, 39 sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil dewan Undangan Negeri (DUN) Labis sebagai pemilihan yang tepat.

Menurut beliau, kepimpinan bahagian amat mengalu-alukan keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan parti dan akan berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk memastikan kemenangan BN dengan majoriti berganda.

“Beliau dikenali sebagai “Tok i”…dan kami yakin dan tidak ada syak serta ragu-ragu dengan kebolehan serta kewibawaan yang ada pada “Tok i” sebagai calon BN. Kami juga percaya, jika kepercayaan yang diberikan oleh pengundi kelak, beliau boleh melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“Lagi pun beliau bukanlah asing bagi kami kerana sebelum ini beliau adalah bendahari kepada Pemuda UMNO bahagian yang pada waktu itu dipimpin oleh saya sendiri dan kerjasama dengan beliau telah lama terjalin.

“Saya sendiri cukup baik dengan keluarga beliau. Malah sebelum ini, arwah ayah beliau meninggal dipangkuan saya. Jadi tidak ada masalah bagi saya dengan keputusan pucuk pimpinan memilih beliau sebagai calon BN,” katanya.

Tambah beliau lagi, “Tok i” cukup dikenali oleh penduduk di sekitar DUN Tenang kerana khidmat bakti beliau sebagai kakitangan kerajaan yang telah banyak membantu penduduk setempat.

Justeru tegas beliau, UMNO bahagian akan bekerjsama rapat dengan parti-parti komponen memastikan “Tok i” akan menang pada hari pengundian nanti.

“”Tok i” adalah batang tubuh yang dipinjamkan kepada BN dan adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita semua untuk memenangkan parti. Yang kita perlu utamakan hari ini adalah parti sepertimana yang ditekankan oleh pucuk pimpinan,” katanya. -MediaUMNO

(sumber;http://umno-online.com/?p=29500)

Saya Anak Tempatan, Janji Beri Khidmat Terbaik – Azhar


Saya Anak Tempatan, Janji Beri Khidmat Terbaik – Azhar

LABIS, 19 Jan – Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim meminta pengundi kawasan tersebut memberinya peluang untuk berkhidmat kepada mereka.

Beliau yang diumumkan sebagai calon BN hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada pengundi DUN Tenang tanpa mengira latar belakang kaum dan agama mereka.

“Berilah peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada penduduk. Saya akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan,” katanya pada majlis pengumuman calon BN di pejabat Umno Bahagian Labis di sini, hari ini.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau akan berusaha untuk memenangi pilihan raya kecil itu dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum di DUN Tenang.

Azhar yang dilahirkan di Labis itu berkahwin dengan Tuty Roshizana Tumin, seorang surirumah merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1993.

Beliau juga merupakan pemegang ijazah Sarjana Politik (Kepujian) daripada Porthmouth.

Mohd Azahar berkata jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN Tenang beliau akan turun padang meninjau keperluan rakyat bagi memastikan pembangunan yang pesat bagi kawasan itu.

Pengalamannya bertugas dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Johor memberikan pengetahuan meluas di dalam selok-belok tentang soal pembangunan masyarakat di sesuatu tempat.

Sejak 2006, beliau bertugas sebagai penolong pentadbir tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat dan sebelum itu sebagai penolong pentadbir tanah Segamat dan penolong pentadbir tanah Kluang.

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai anggota kakitangan Perkhidmatan Awam Johor.

“Pengalaman bertugas sebagai pegawai penolong pentadbir tanah di beberapa daerah memberikan saya pengetahuan luas tentang keperluan rakyat di dalam soal pembangunan,” katanya.

Pada 2004 hingga 2008, Azahar merupakan bendahari Pemuda Umno bahagian Labis dan bagi tempoh yang sama juga menjawat jawatan ketua Umno Cawangan Kampung Paya Merah, Labis.

Selain itu, beliau turut bergerak aktif di dalam pertubuhan kebajikan di DUN Tenang dan Rengit.

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Jan berikutan kematian penyandang kerusinya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Proses penamaan calon akan diadakan pada 22 Jan.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain.

(sumber:http://umno-online.com/?p=29505)

Wednesday, January 19, 2011

Azhar ADO Calon BN Tenang




LABIS 19 Jan. – Penolong Pegawai Daerah (ADO) Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.

Mohd Azhar, yang dilahirkan di Labis adalah anak bekas ADUN Tenang, allahyarham Ibrahim Daud.

Beliau bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan.

Sebelum ini, Pas menamakan Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 39, sebagai calonnya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN pada 17 Dis tahun lepas. Penamaan calon pula ialah pada Sabtu ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain.

(sumber:http://umno-online.com/?p=29479)

Sunday, January 16, 2011

SEJARAH 04.09.1995: Tenang Station: Ular Sawa Telan Manusia

SEJARAH 04.09.1995: Tenang Station: Ular Sawa Telan Manusia

KIRA-KIRA jam 8 malam pada 4 September 1995, seorang pemuda, E Heng Chuan, 29, berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya di pekan Tenang Stesen, dekat Segamat, Johor untuk menutup suis generator air kolam.

image ULAR sawa yang menelan E Heng Chuan berdekatan rumahnya di Pekan Tenang, Segamat pada 1995.

Itulah perjalanan terakhir Heng Chuan, sebelum beliau menemui ajal dengan cara yang cukup tragis, iaitu ditelan ular sawa seberat 140 kilogram. Cukup mengerikan dan kejadian itu menggemparkan seluruh negara bahkan dianggap peristiwa hitam paling mencemaskan sepanjang 1995.

image PEGAWAI Perhilitan memeriksa bangkai ular sawa yang membunuh E Heng Chuan.

Berdasarkan laporan, ketika ditemui kira-kira jam 10.30 malam, mangsa sudah mati dengan kepala hingga sebahagian badannya ditelan ular sawa berkenaan. Dipercayai ular itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu pemuda berkenaan.


image

Ular sawa itu dipercayai berada berhampiran bangsal berkenaan sebelum menyerang Heng Chuan dengan mematuk dan membelit badannya sebelum bertindak menelannya. Berdasarkan keadaan semak yang bertukar menjadi kawasan lapang, kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati.

Hakikat itu memang logik kerana kejadian berkenaan hanya disedari abang mangsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencarinya adiknya apabila tidak pulang ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator terbabit. Seng Guan mencari adiknya di kawasan itu pada jam 8.30 malam tetapi gagal menemuinya

Ketika sampai ke situ pada kali kedua, Seng Guan menemui seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut. Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya, Lim See Mek, 51.

Mereka kemudian melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen untuk meminta bantuan.

Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam, tetapi pada masa itu tidak mempunyai sebarang gambaran mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi. Polis pada mulanya beranggapan ia hanya kejadian ular sawa membelit mangsa dan tidak begitu yakin sebahagian badannya ditelan walaupun sudah dimaklumkan abang mangsa.

Dalam kegelapan malam itu, pasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka menggunakan lampu picit dan bersenjatakan M16.

Seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular itu bagi menyelamatkan mangsa, bagaimanapun Heng Chuan didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat terlalu lama dijerut dengan kuat.
ULAR sawa yang menelan E Heng Chuan berdekatan rumahnya di Pekan Tenang, Segamat pada 1995.

PEGAWAI Perhilitan memeriksa bangkai ular sawa yang membunuh E Heng Chuan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat manakala ular sawa itu dibawa ke pondok polis Tenang Stesen.

Seorang anggota polis yang menyertai operasi ketika itu, Lans Koperal Razib Ujang, 30, menggambarkan bunyi ular sawa itu ketika hendak menelan mangsa amat menggerunkan.

Ular itu berbunyi seperti menyedut, kemudian kedengaran bunyi seolah-olah ia menghembuskan nafasnya. Pada masa yang sama, ular itu menggeleng-geleng kepalanya seperti mahu memastikan kepala dan badan lelaki itu masuk ke dalam mulutnya.

Kejadian itu turut menakutkan penduduk di sekitar Tenang Stesen dan Redong terutama penoreh getah, yang risaukan keselamatan mereka kerana beranggapan pasangan ular yang mati dibunuh itu akan keluar mencari temannya, terutama di dalam paya dan semak berhampiran kebun getah tempat mereka menoreh.

Timbalan Pengarah Penguat kuasa, Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (Perhilitan) Ibu Pejabat, Celescoriano Razond ketika mengulas tindakan agresif ular sawa menyerang manusia menegaskan, ada beberapa faktor ular sawa akan bertindak terhadap manusia, terutama kerana lapar atau diganggu,

"Mangsa yang ternampak ular yang terlalu besar akan terkejut dan mungkin boleh pengsan. Jika pengsan atau terjatuh, ia akan memudahkan ular menyerang.

"Ular sawa biasanya mengambil masa untuk membelit mangsanya, ini bermakna seseorang itu masih mempunyai masa untuk melepaskan diri tetapi bergantung kepada kekuatan dan semangatnya," katanya.

Beliau berkata, kejadian ular sawa membelit manusia amat jarang dilaporkan tetapi pernah berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 1985 apabila mangsa ditemui mati dengan keadaan tulangnya patah dicerut reptilia itu tetapi ular berkenaan melarikan diri.

Info:
Ular sawa telan manusia

 Saiz ular sawa - ukur lilit 53.34 sentimeter, seberat 140 kilogram dan panjang tujuh meter.

 Kejadian berlaku kira-kira 200 meter dari rumah mangsa.

 Polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular.

“sumber”
(sumber:http://guanomanikurai.blogspot.com/2010/12/n5-tenang-ular-sawa-telan-manusia.html)

Siapa sebenarnya pelacur agama untuk keuntungan politik?


Siapa sebenarnya pelacur agama untuk keuntungan politik?

Bukan main lagi para penyokong PAS menghentam Barisan Nasional didalam isu azan yang didakwa ditimbulkan oleh ahli seumur hidup MCA di Ibu Negara. Penyokong PAS dengan begitu gembira sekali melabelkan bahawa UMNO tak mampu mendakwahkan kafir didalam MCA untuk menghormati Islam didalam negara.

Sebenarnya PAS lupa bahawa puak-puak merekalah yang selama ini terlampau memberi muka kepada kafir yang menentang Islam. PAS telah memberi lesen besar kepada DAP untuk mencampuri urusan agama dan juga ibadat umat Islam demi kepentingan politik mereka.

Siapa yang menyebabkan orang kafir membaca ayat Quran untuk berceramah politik? Siapa yang terpekik-pekik bertakbir apabila orang kafir membaca tafsir Quran tak betul didalam perhimpunan politik? Dan siapa pula yang membenarkan orang kafir bertazkirah didalam ruang mimbar tempat orang Islam sujud kepada Allah?

Jangan lupa juga peristiwa orang kafir dengan mudahnya bersenamrobik didalam kawasan masjid. Begitu juga berdemonstrasi dan juga menjadikan masjid sebagai tempat perhimpunan haram. Siapa yang bertanggungjawab terhadap perlakuan biadap orang kafir kalau bukan para pemimpin munafik yang berserban dan berjubah labuh didalam PAS.

Dimana suara para penyokong PAS bila semua ini berlaku? Teressa Kok juga pernah menghina azan. Malah Teressa Kok ditahan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO kerana dakwaan cuba memperlahankan laungan azan. Tetapi apa yang PAS buat? Mereka sehingga kini terang-terangan masih menyokong Teressa Kok yang pernah menghina seruan untuk sujud menyembah Allah.

Pemimpin-pemimpin PAS juga sehingga hari ini masih lagi tak malu untuk memeluk Lim Kit Siang serta Karpal Singh yang langsung tak bersetuju dengan negara Islam. Jika kafir yang jelas menentang kewujudan negara Islam pun PAS boleh peluk, apakah ini menunjukkan bahawa PAS peduli terhadap kehormatan agama rasmi negara ini?

Sebab itulah dikatakan bahawa pemimpin PAS itu munafik. Mereka hanya pandai bermuka-muka untuk meraih sokongan bagi mengekalkan jawatan politik mereka sahaja. Dan mereka bernasib baik kerana mempunyai para penyokong yang berotak udang untuk mempercayai bulat-bulat apa yang disajikan oleh Tok Guru mereka.

Penyokong-penyokong PAS patutnya sedar, berdakwah kepada orang kafir bukannya dengan membenarkan mereka sewenang-wenangnya mempergunakan ayat Quran dan Hadis. Berdakwah kepada orang bukan Islam juga bukannya dengan cara mempelawa mereka untuk berceramah dipentas dengan berlambangkan bendera parti bulan.

Itu bukan berdakwah namanya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS. Itu sebenarnya dinamakan melacurkan agama demi sebuah politik sempit. Dan itulah yang sedang dan semakin ghairah dilakukan oleh para pemimpin parti bulan.

UMNO dan kerajaan dituduh bersekongkol dengan kafir untuk memerintah negara, tetapi bagaimana pula PAS yang sanggup berkhalwat bersama kafir harbi DAP yang jelas tak mahukan negara yang berpaksikan Islam? Jika benar UMNO itu sekular dan tak mengamalkan pemerintahan Islam, pasti DAP sudah lama berkerjasama dengan UMNO dan bukannya PAS.

Apakah ini pun masih susah untuk dibezakan oleh para penyokong PAS?

(sumber;http://www.mykmu.net/?p=6138)

PRK DUN Tenang: Markom nafi arah guru


ARKIB : 15/01/2011
Tenang: Markom nafi arah guru

LABIS 14 Jan. - Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran (gambar) hari ini menafikan tuduhan pembangkang yang mengatakan beliau menyalahgunakan kedudukan tersebut untuk mengarahkan para guru di Tenang bekerja keras bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Ia bukan kempen tetapi nasihat saya kepada anak-anak buah agar menyokong kerajaan. Kerajaan hari ini adalah BN, kalau mereka jadi kerajaan, kita sokonglah mereka (pembangkang).

"Dalam kes ini saya tak kan buat apa-apa, Datuk Puad (Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi) dah kata saya tidak bersalah.

"Saya bercakap pada kaunselor-kaunselor, bukan orang ramai dan ia dibuat secara tertutup yang mana orang yang merakam itu tidak sepatutnya datang tetapi berbuat demikian untuk ambil kesempatan," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu lawatan bersama Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abd. Ghafar Mahmud ke bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK (C)) Labis, di sini hari ini.

Lawatan yang disambut meriah oleh Guru Besar, Lee Hui Kim, para guru dan murid-murid sekolah tersebut dibuat dengan tujuan meninjau persiapan menjelang ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal merasmikan bangunan tambahan itu Selasa ini.

Markom diminta mengulas isu rakaman ucapannya kepada kaunselor-kaunselor di Sekolah Menengah Tenang Station pada 31 Disember 2010 yang dimuat naik ke dalam laman web video YouTube baru-baru ini dan tindakan Pas Johor yang membuat beberapa laporan polis berhubung isu tersebut.

Beliau pada masa sama mengingatkan para guru agar tidak hipokrit dan menempelak kerajaan setelah menikmati sumbangan dan biasiswa kerajaan sejak mereka masih di bangku sekolah lagi.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm)

Friday, January 14, 2011

CIRI -CIRI CALON YANG BERHORMAT


Thursday, January 13, 2011

CIRI -CIRI CALON YANG BERHORMAT

1. Pemimpin yang hendak dipilih biarlah yang pandai berjanji perkara yang logik dan diterima akal yang waras agar tidak dikatakan pemimpin lidah bercabang di kemudian hari. Pemimpin yang waras adalah pemimpin yang tahu membezakan antara kepentingan diri dan kepentingan rakyat yang diwakili. Jika bercakap, jangan manis di mulut sehingga sanggup menyeleweng ajaran dan agama orang lain serta menggertak Perlembagaan Negara yang menjadi asas kewujudan Malaysia sebagai negara Islam paling membangun di dunia.

2.Wakil rakyat yang sesuai dipilih bukan hanya pandai berbicara isu mikro (setempat), malah isu makro seperti ekonomi dan Perlembagaan Negara juga perlu cair di mulut. Pemimpin yang dipilih sebaiknya biarlah pemimpin setempat yang tahu tali air mana ada ikan puyu dan di mana tempat napuh melintas. Pemimpin payung terjun yang tidak direstui UMNO Bahagian perlu dihindari daripada menjadi calon. Jangan pula memilih pemimpin yang menjadi burung kakak tua dan pandai bersalam kemas tetapi selepas pilihan raya, bayangan songkok dan gincu merah tinggal jadi kenangan semata-mata. Kelulusan tinggi sampai ke langit tidak perlu kerana ia hanya akan mewujudkan jurang antara wakil rakyat. Ini kerana rakyat hanya mahu tahu apa yang mereka boleh dapat dari Yang Berhormat dan bukan berapa Yang Berhormat hendak dari projek kelas F mereka.

3.Pemimpin yang berhak dipilih oleh pucuk pimpinan, pilihlah calon yang tahu mengenang budi orang yang membantu parti selama ini terutama 'gurkha-gurkha' parti yang bersengkang mata dan sanggup bertegang urat mempertahankan pemimpin mereka setiap kali kempen pilihan raya. Begitu juga dengan pengundi, mereka perlu diberi sumbangan dengan menunaikan janji pilihan raya yang dibuat, bukannya memberi pelbagai alasan untuk tidak mengotakan manifesto. BN perlu bersifat realistik dalam menarik sokongan rakyat dan jangan berjanji kepada rakyat berlebih-lebihan, kelak ia akan menjadi obesiti manifesto yang menyebabkan penyakit munafik dalam diri sepanjang menjadi Yang Berhormat, apabila berjanji tidak ditepati dan menyembunyikan fakta demi meraih undi.

4.Ciri keempat dan paling penting, pilihlah pemimpin yang berintergriti dan bersih dari skandal mikro dan makro kerana pemimpin sebegini akan menjadi liabiliti kepada parti apabila beliau dicalonkan semula. Masih ramai pemimpin muda yang boleh diberi peluang untuk menjadi calon dalam pilihan raya. Semangat Harimau Malaya perlu diterapkan dalam kerajaan kita.
Jangan takut memberi peluang kepada orang muda kerana karisma Perdana Menteri kita bukan dicipta sehari semalam. Beliau menjadi pemimpin besar dari usia muda sehingga kini.
Suara orang muda yang optimis perlu diberi ruang dan peluang kerana pihak parti pembangkang menggunakan formula ini dengan jayanya sehingga calon yang baru setahun jagung dalam politik mampu menewaskan pemimpin politik yang begitu berpengalaman.

5.Ciri ke lima dan paling penting, pilihlah calon yang mesra dengan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Pemimpin perlu menghormati raja mereka dengan ikhlas, kerana tanpa institusi raja maka perjuangan untuk agama dan bangsa hanyalah perjuangan sia-sia. Perjuangan untuk mendaulatkan institusi raja perlu ada agenda yang tersurat dan bukannya tersirat.

Namun bersandarkan punca berlakunya pilihan raya kecil sebanyak 14 kali yang berlangsung sejak berakhirnya PRU-12, mungkin ciri wakil rakyat yang mempunyai kesihatan yang baik perlu dipertimbangkan. Itulah cabaran paling utama.

Sumber: ABDUL RAZAK IDRIS

(sumber;http://melayupasirgudang.blogspot.com/2011/01/ciri-ciri-calon-yang-berhormat.html)

Tak Perlu Tunggu PRU 13, Tunaikan Janji Di Selangor Dahulu


Tak Perlu Tunggu PRU 13, Tunaikan Janji Di Selangor Dahulu

Oleh : Mohd Nasri Zakariah

KUALA LUMPUR 13 Jan – Penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menunggu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 untuk melaksanakan Program 100 yang dicadangkan itu malah mampu melakukannya sekarang tanpa menunggu pilihan raya akan datang jika mereka benar-benar berkemampuan.

Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed berkata, sebagai penasihat ekonomi Selangor, Anwar dan pakatan pembangkang mampu membuat perubahan seperti yang dicanangkan itu di Selangor kerana negeri itu dibawah pemerintahan pakatan pembangkang.

“Mengapa perlu menunggu sehingga PRU 13, dia boleh lakukan perubahan yang dikatakan itu di Selangor, dia adalah penasihat ekonomi Selangor, jangan hanya pandai bercakap sahaja tapi tidak mampu melakukannya.

“Ini adalah perangai Anwar dan pembangkang, mereka akan menabur pelbagai janji untuk menagih sokongan daripada rakyat, pembangkang sudah banyak membuat pelbagai janji tetapi sehingga kini perkara itu masih tidak terlaksana.

“Di Selangor ini, pelbagai janji yang dibuat oleh pembangkang ketika pilihan raya dahulu, tetapi apabila dah dapat, apa yang dianjikan itu hanya tinggal janji sahaja, hanya pemberian air percuma sahaja yang mampu dilakukan oleh mereka, itu pun bukan semua yang dapat,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perancangan pakatan pembangkang yang mengemukakan tawaran Program 100 hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan jika memenangi PRU Ke-13.

Antara tawaran yang dicadangkan untuk program 100 hari adalah imbuhan khas perguruan sebanyak RM500 sebulan, penstrukturan subsidi minyak, subsidi gas memasak serta sistem tol di bawah pengurusan Plus.

Md Zin berkata, memang mudah untuk pembangkang membuat pelbagai janji tetapi apabila ingin melaksanakannya pelbagai helah dan alasan diberi untuk menutup kegagalan menunaikan janji yang dibuat.

“Itulah pembangkang, mereka akan buat pelbagai janji, itu semua adalah untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama ketika menjelang pilihan raya, sama ada pilhan umum mah upun pelihan raya kecil.

“Rakyat kini sudah pandai menilai dan tidak akan terpedaya dengan apa yang mereka janjikan seperti pilihan raya umum lalu. Buktinya mereka gagal dalam melaksanakan apa yang diajanjikan walaupun mempunyai kuasa seperti di Selangor,” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu sedar dan tidak terpedaya dengan tipu helah pembangkang yang sememangnya terkenal dengan membuat pelbagai janji hanya sekadar untuk menutup kelemahan mereka. -MediaUMNO.


(sumber;http://umno-online.com/?p=29091)

Tuesday, January 11, 2011

PRK Tenang, pertembungan dua 'Chua'

ARKIB : 10/01/2011
PRK Tenang, pertembungan dua 'Chua'

Oleh Nadzir Awang Ahmad

Suasana politik negara dijangka kembali panas berikutan satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor akan diadakan pada akhir bulan ini. Hari pembuangan undi dijadualkan pada 30 Januari berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha dari parti UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN). PRK ini merupakan siri ke-14 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Berdasarkan rekod, kerusi DUN Tenang merupakan kubu kuat BN yang diwakili UMNO.

Sebarang keputusan PRK DUN Tenang tidak akan mengubah penguasaan kerajaan negeri yang diterajui BN kerana pada PRU 2008, BN memenangi 50 kerusi DUN manakala pembangkang menang enam kerusi DUN. Meskipun begitu, sekiranya BN menang pada PRK ini, ia pastinya akan mengekalkan momentum kemenangan BN dalam siri PRK bermula PRK Bagan Pinang, diikuti Hulu Selangor, Batu Sapi dan Galas.

Kemenangan selesa BN di Batu Sapi dan Galas menunjukkan tahap populariti BN di kalangan rakyat semakin meningkat selepas pelbagai program transformasi dilaksanakan. Ia satu perkembangan memberangsangkan bagi BN selaku parti pemerintah. Pemulihan sokongan pengundi Cina dan pertambahan sokongan pengundi Melayu (Bumiputera) dilihat semakin meningkat di kedua-dua kawasan tersebut jika dibandingkan dengan keputusan PRU 2008.

Menariknya, PRK DUN Tenang ini dilihat pada peratusan komposisi pengundi iaitu Melayu seramai 49.66 peratus (%), Cina (38.13 %), India (12.11 %) dan lain-lain kaum (0.10 %). Keputusan di PRK DUN Tenang ini mungkin menjadi topik analisis sebenar pihak kerajaan atau pembangkang menjelang PRU ke-13. Tambahan lagi, kedua-dua pihak iaitu BN dan pakatan pembangkang telah selesai mengadakan konvensyen masing-masing.


Lebih menarik apabila PRK DUN Tenang bakal menyaksikan pertembungan dua 'Chua' iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Pengerusi PKR, Datuk Chua Jui Meng yang bakal 'berentap' untuk meraih sokongan pengundi Cina. Justeru itu, MIC perlu bekerja keras meraih sokongan pengundi India untuk menjamin kemenangan calon BN sekiranya berlaku perpecahan undi Melayu (antara UMNO dan Pas), dan perpecahan undi Cina akibat pertembungan dua 'Chua' yang masing-masing mempunyai pengaruh tersendiri di kawasan tersebut.

Sekali lagi, faktor Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri dilihat amat signifikan dalam mempengaruhi pola pengundian pada PRK ini. Keyakinan rakyat yang semakin meningkat melalui Gagasan 1Malaysia, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang diperkenalkan Najib selepas mengambilalih tampuk pemerintahan negara diharap dapat membuka minda rakyat, khasnya pengundi di DUN Tenang tentang manfaat konsep tersebut.

Pengundi di DUN Tenang tentunya amat arif untuk memilih siapakah yang paling terbaik untuk diberi mandat mewakili mereka. Mereka harus menolak mana- mana kempen yang berbentuk provokasi, dan sewajarnya memberi peluang kepada parti yang telah terbukti dapat memerintah dan menjaga kepentingan rakyat.

Sekiranya momentum kemenangan BN berjaya diteruskan, ia merupakan satu indikator penting kepada kelangsungan kuasa pemerintahan negara yang diterajui UMNO dan penerimaan dasar-dasar yang dilaksanakan diterima baik oleh majoriti rakyat.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm)

DUN Tenang: Cabaran Besar MCA


DUN Tenang: Cabaran Besar MCA
Dun Tenang merupakan gambaran paling ideal untuk menggambarkan komposisi pengundi di Semenanjung jika berlakunya Pilihanraya Umum. Kerana itu ramai beranggapan keputusan di DUN ini akan memberi reaksi segera terhadap penetapan tarikh PRU 13.

Dengan komposisi hampir 48% pengundi dikuasai Melayu, 39% pengundi Cina, 12% pengundi India dan selebihnya lain-lain, ianya hampir menyerupai komposisi pengundi di Semenanjung Malaysia. Kerana itulah kedua-dua pihak samada BN mahupun PR terdesak untuk mencari suntikan moral buat parti masing-masing di PRK ini sebelum bermulanya kempen untuk PRU13.

DUN Tenang akan menjadi bahan kajian dan analisis terhadap kekuatan dan kelemahan parti dalam persediaan menghadapi PRU13. Selain itu pemilih di DUN ini akan mewakili reaksi terhadap dasar-dasar kerajaan mahupun manifesto pembangkang.

Dun Tenang yang memiliki seramai 14,753 pemilih berdaftar merupakan campuran penduduk semi-urban, peneroka felda dan penduduk luar bandar. Komposisi umur pula menunjukkan sekitar 35% daripada jumlah pemilih merupakan golongan di bawah usia 40 tahun.

Sebagai tambahan, ramai antara golongan muda di kawasan DUN ini bekerja di bandar-bandar besar yang boleh menjadi bahan kajian bagaimana penerimaan mereka terhadap dasar pemerintahan kerajaan BN.

Sama ada suka atau tidak, keputusan di DUN Tenang akan mula bergantung kepada ketokohan calon selain daripada isu-isu berbangkit yang akan sentiasa dikemukakan terhadap pengundi.

Melalui tinjauan semasa, BN dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk terus mengekalkan penguasaan undi di kawasan Felda dan di beberapa peti undi yang majoriti penduduk Melayu. Penduduk Melayu di DUN ini memiliki kuasa pengundian sebanyak 7014 orang pemilih.

Manakala daripada sejumlah 1780 pengundi India, BN dijangka akan memperoleh sekitar 50% hingga 60% daripada undi mereka.

Cuma yang masih menjadi masalah ialah undi daripada kaum Cina seramai 5766 orang pengundi. Berdasarkan maklumat semasa, jangkaan undi kaum Cina kepada BN di sekitar 25% hingga 35% sahaja. Malah sepanjang tinjauan dibuat, pernah pada satu-satu masa jumlah sokongan terhadap BN menurun sehingga ke bawah paras 20%.

Perkara ini amat membimbangkan kerana ianya boleh menjejaskan undi keseluruhan. Pada PRU12, calon PAS telah berjaya memperoleh sokongan sekitar 50% hingga 65% di peti-peti undi penduduk majoriti Cina iaitu di peti undi Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah dan Labis. Sebagai rekod, BN kalah di ketiga-tiga peti undi ini pada pRU12. Trend ini menunjukkan sekongan semasa semakin menurun berbanding PRU lepas.

Penolakan ini disebabkan beberapa isu tempatan dan juga kerana terpengaruh dengan isu nasional. Selain daripada faktor protes terhadap legasi pimpinan MCA, kaum Cina juga agak kurang berpuas hati dengan corak kepimpinan di peringkat tempatan dalam mendekati mereka.

Mereka juga terpengaruh dengan sentimen yang dimainkan pembangkang berkaitan isu di peringkat nasional. Malah pembangkang cuba mengabui mata pengundi Cina dengan menunjukkan kononnya kepimpinan di Pulau Pinang dan Selangor telah mencapai perubahan yang lebih baik berbanding BN.

Selain itu pembangkang cuba memainkan isu ekonomi kerana kaum Cina lebih sensitif tentang perkembangan dan kemakmuran ekonomi negara. Malah isu seperti kesamarataan hak juga mula didendangkan kembali.

Semua ini merupakan cabaran getir yang harus ditempuh oleh BN terutamanya parti komponen MCA untuk menarik semula sokongan pengundi. Sekiranya MCA gagal menambah semula undi kaum Cina, maka seharusnya mereka perlu membuat post mortem secara jujur dan mencari jalan terbaik untuk menarik semula sokongan kaum Cina terhadap BN.

Walau bagaimanapun, Chua Soi Lek merupakan seorang pemimpin yang dikenali sentiasa bekerja keras dan tahu bagaimana mahu mendekati pengundi. Tidak mustahil sekiranya beliau mengamalkan strategi dan pendekatan yang tepat, maka undi kaum Cina boleh melonjak kembali.

Akhirnya, selain undi kaum lain yang dijangka tidak akan berubah dengan banyak melainkan adanya tindakan agresif dan responsif daripada jentera BN, maka undi kaum Melayu yang akan menjadi penentu kepada kemenangan mana-mana calon di DUN Tenang.

(tqvm sumber;http://umnojohor.blogspot.com/2011/01/dun-tenang-cabaran-besar-mca.html)

PRK DUN TENANG: PAS Tidak Tenang di DUN Tenang

Monday, January 10, 2011
PAS Tidak Tenang di DUN Tenang

Mazlan Aliman (Ketua Penerangan PAS Johor, AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK) pada awalnya dikatakan menjadi calon popular PAS di DUN Tenang. Mazlan katanya adalah calon sesuai kerana anak jati Johor dan mampu untuk menarik undi daripada pengundi Felda di Tenang. Namun ketika hari penamaan calon makin hampir pada 22 Januari ini, nama Mazlan Aliman dilihat kurang popular di kalangan orang Felda.

Ini kerana tindakan Mazlan Aliman berbohong kepada 354 orang Felda Kemahang 3 untuk menyaman Felda sebanyak RM11 juta, sedangkan secara tidak sedar Mazlan dan kumpulan peguam akan cuba mengaut 30% untung daripada jumlah saman tersebut. Termasuklah tindakan Mazlan menipu letter head surat, isi kandungan surat palsu yang mengatakan ada projek naik taraf jalan bernilai RM185 juta di Felda serta menipu tandangan dan jawatan dalam surat yang dijadikan modal kempen Mazlan Aliman memburukkan Felda. Mazlan dilihat menjadi liabiliti kepada PAS disebabkan pembohongan tersebut telah diketahui oleh pengundi pengundi Melayu di Felda. Jika Mazlan diletakkan juga sebagai calon, PAS bakal hilang undi dari pengundi saluran satu di Felda serta golongan wanita yang menjadi pengundi penentu di Tenang.


Normala (berbaju hijau) bersama pemimpin wanita PKR dalam Konvensyen Keadilan Wanita Johor di Hotel Paragon, Johor Bharu. Normala mewakili Dewan Muslimah PAS Negeri Johor.

PAS mula mencari calon yang lebih ideal dan mampu menarik pengundi atas pagar, wanita muda, golongan pendidik dan golongan pengundi Cina. Calon yang dilihat sesuai oleh PAS adalah Normala Sudirman (Ketua Muslimat PAS Segamat, 38 tahun). Berasal dari Felcra Sekijang dan merupakan bekas guru di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Kemelah (SK LKTP). Normala dikatakan sudah berkempen sejak 6 bulan yang lepas di Tenang untuk PAS. Malah khabarnya meletak jawatan dalam masa 24 jam semata-mata untuk menjadi calon di Tenang. Berdasarkan background sebagai seorang ustazah, Normala dikatakan mampu pergi lebih jauh berbanding Mazlan Aliman.

Nasi ayam turut menjadi bahan kempen PAS di Tenang.

Kekuatan Normala terletak pada kawan baiknya dalam muslimat PAS iaitu Dr June yang mempunyai sebuah klinik keluarga di Pekan Labis. Pengaruh dari Dr June dan sokongan daripada 38% pengundi Cina di Labis dilihat mampu memenangkan PAS di Tenang. Mengapa PAS dilihat begitu teliti dalam soal calon di Tenang? PAS sebenarnya mahu jadikan Tenang sebagai platform mereka untuk menjaja isu di kawasan Felda seluruh negara serta Johor.



14 November 2010, Normala Sudirman menjadi pembentang dalam Program Munasaqah Ucaputama Ketua Dewan Muslimah PAS Pusat di di Kolej Inspens.

Jika Mazlan Aliman yang dipilih dan jadi ADUN suatu hari nanti, pastinya Mazlan Aliman tidak akan sempat duduk di kawasan kerana sibuk menjelajah Felda di seluruh negara bagi memburukan Felda. PAS sebenarnya tidak tenang dalam soal calon kerana bimbang kekalahan berterusan di Galas dan Tenang adalah petanda tidak baik untuk mereka dalam politik. Itu adalah petanda orang Melayu sudah tidak suka pada PAS bila berkawan baik sangat dengan DAP. Sementara di pihak DAP pula, mereka juga tidak tenang bila ada perjumpaan tertutup antara Presiden UMNO dan Murysidul Am PAS pada 25 Disember 2010 lepas. Isi kandungan perjumpaan itu yang membuatkan DAP jadi lebih tidak tenang. Pada 16 Januari 2011 ini, PAS akan umumkan calonnya di Tenang, kesilapan memilih calon seperti di Galas tentunya tidak mahu diulangi oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Posted by Azrinizam Ibrahim at 7:59 PM

(tqvm sumber;http://anginperubahan.blogspot.com/2011/01/pas-tidak-tenang-di-dun-tenang.html

TIMBALAN PRESIDEN PAS AKUI SELAMA INI PAS AGEN PENYEBAR FITNAH DAN TIDAK BERAKHLAK ?.


Sunday, January 9, 2011
TIMBALAN PRESIDEN PAS AKUI SELAMA INI PAS AGEN PENYEBAR FITNAH DAN TIDAK BERAKHLAK ?.
Jentera PAS diingatkan agar tidak menjadi agen penyebar fitnah sewaktu menyampaikan maklumat kepada masyarakat khususnya pengundi di Dun Tenang.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata,
"Jangan kita menjadi agen penyebaran fitnah, pastikan apa yang kita cakap itu berdasarkan fakta yang betul. Periksa dahulu fakta, fahami dahulu suasana dan keadaan, kenali masyarakat di hadapan kita sebelum kita menyampaikan sesuatu perkara.

Nasharudin juga berkata, sebagai peyokong dan pendokong parti yang memperjuangkan Islam, jentera parti harus menunjukkan akhlak yang baik sewaktu berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai latar belakang.

"Akhlak Islam menjadi teras perjuangan PAS. Kita dekati pengundi dengan akhlak yang baik, dengan budaya timur yang menghormati satu sama lain dan memahami kehendak satu sama lain. Tambahnya, jentera parti mesti memahami bahawa politik itu merupakan salah satu kaedah untuk mengajak masyarakat ke arah keabikan, bukan untuk mendapatkan kuasa memerintah semata-mata.

"Tugas kita ialah tugas politik tapi sebagai parti Islam kita juga merupakan gerakan dakwah yang bertanggungjawab menghimpun manusia untuk melakukan kebaikan. "Harus difahami, defiinasi politik PAS berteraskan Islam. "Jadi dalam pilihan raya kecil ini merupakan peluang yang paling baik untuk kita melakukan perubahan dalam masyarakat dan mengubah pentadbiran negeri dan seterusnya pusat yang sejak sekian lama berada di bawah Umno BN," katanya yang juga ahli Parlimen Bachok.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh jentera agar berdepan dengan masyarakat di Tenang dengan rasional dan bersiap sedia dengan segala fakta. "Tonjolkan peribadi yang baik untuk kita mengajak mereka ke arah kebaikan. Sekali lagi saya ingatkan, jangan menggunakan fitnah kerana salah satu unsur yang menafikan kemenangan ialah apabila kita melakukan maksiat termasuklah melakukan fitnah," katanya.

KOMEN MPG.
Buat juak -juak Penipu Rakyat, dengarlah nasihat Nasaruddin tu...dia ikhlas.
Semasa kempen tu tolonglah jelaskan.
1. Kenapa al-juburi tak nak bersumpah muhabalah, tak kan kat allah.s.w.t pun al- juburi tak percaya...waktu ini yang di katakan oleh juak -juak Penipu Rakyat waktu al-juburi di zalimi oleh kerajaan ,takkan tak percaya janji allah doa orang terinyaya cepat di makbulkan....buatlah solat hajat ramai-ramai minta allah tunjukkan kebenaran.

2. Tolong jelaskan kenapa PAS bersekongkol dengan DAP,
3. Tolong jelaskan juga kemana perginya perjuangan menegakkan negara Islam.
4. Kenapa benarkan agama lain guna kalimah Allah.
5. Tolong jelaskan kenapa wali keramat PAS Nik Najis tu tak mahu umat islam bersatu
6. Kenapa dah dapat Selangor arak dan maksiat masih berleluasa dan bertambah?. Tolong jelaskan pada pengundi melayu Islam Tenang.
7. Mana pergi duit tabung Memali,
8. Mana buktinya Felda bankrup.
9. Apa cite Dun Selinsing yang berzina.
10. Terangkan juga kenapa PAS tak larang bukan Islam dari berceramah di dalam masjid di mimbar tempat imam,
11. Jelaskan kenapa boleh bererobik dalam kawasan masjid dengan pakaian membuka aurat dan ketat...
12. Jangan lupa terangkan juga dasar liberal PAS sekarang.
13. Terangkan juga Hj.Hadi Awang kata keutamaan Negara Islam telah di lucutkan dalam perjuangan PAS
Tolong jelaskan kat Pengundi DUN Tenang
14. Apa Nizar dah buat kat Perak semasa 11 bulan jadi MB boneka
15. Cerita sikit peranan PAS kat Pulau Pinang di bawah Pemerintahan DAP
16. Apa PAS Selangor dah buat selama berkuasa nie

(sumber;http://melayupasirgudang.blogspot.com/2011/01/timbalan-presiden-pas-mengakui-selama.html)

PAS mahu perbodohkan pengundi Tenang



Selasa, Januari 11, 2011
PAS mahu perbodohkan pengundi Tenang
Posted by Aspirasi

Semalam PAS telah mengadakan kempen di DUN Tenang dengan lebih tepat lagi di rumah 105, Felda Chemplak Barat. Sebagaimana diketahui tarikh dibenarkan berkempen hanya bermula pada 22 Disember 2011 iaitu selepas hari penamaan calon.

Namun PAS nampaknya dah tak sabar sangat berkempen untuk Pilihanraya Kecil DUN Tenang.. persoalannya ialah di mana SPR? di mana penguatkuasaan undang-undang yang melarang berkempen sebelum penamaan calon?

Yang kedua ialah dikatakan tidak dapat permit polis... kemudian berkempen dan paling teruk banyak putar alam, putar belit, menipu, membohong oleh para pemimpin hamPAS ni.. berbulu telinga dengar!!!

Antara Tokoh yang hadir semalam ialah Hj Hadi Awang, Us Udris Ahmad, Dr Mahfodz mahmod dan panel yang lebih banyak bercakap dari penceramah... Mazlan Aliman..

Antara isu yang ditimbulkan ialah PAS perjuang negara Islam... sedangkan rakyat mengetahui PAS mana lagi perjuangkan negara Islam.. PAS sekarang perjuangkan negara kebajikan sama macam komunis!!!


Kalau tak percaya tanya si Nizar Pengkhianat tu.. dah jelas dia kata PAS tidak pernah dalam mana-mana yang termaktub dalam perlembagaannya nak tubuhkan negara Islam semasa sidang DUN Perak.. jadi apa yang nak bohong lagi ni...

Mana ada pemimpin PAS sekarang bercakap secara umum tentang nak tubuh negara Islam... kalau ada sekalipun.. mana dia konsep negara Islam yang PAS nak tubuh!!! setakat cakap dengan air liur boleh lah... teringat semasa PAS keluar buku tentang negara Islam namun masih tak menjelaskan apakah negara Islam yang mahu dibuat oleh PAS?

PAS juga menimbulkan isu hudud dan undang-undang Islam.. maka berkatalah si Hj Hadi, Us Idris dan semua pemimpin PAS.. UMNO tolak hudud.. UMNO tolak mendaulatkan Islam.. tapi sekaramh siapa yang tolak hudud.. Apa yang PAS kata depan DAP.. nak laksanakan hudud ke?

keduanya.. rasanya rakyat malaysia masih ingat lagi.. hudud PAS ni ada 2 versi.. Versi Hudud PAS Kelantan dan versi Hudud PAS terengganu.. ni macam ne pulak.. PAS sendiri masih tak de konsensus hukum Hudud yang nak diadakan...

Sekali lagi PAS nak tipu pengundi Tenang...

Kemudian Hadi Awang semalam.. bukan main menjilat bukan Islam.. katanya Islam adalah untuk semua kaum, bukan untuk Melayu sahaja... wah!!!

Siapa dia yang kafirkan orang UMNO atas alasan berkawan berkawan dengan kafir... siapa tak ingat dengan amanat Hj Hadi.. tapi semalam Hj Hadi bukan main jilat semalam.. terasa betul macam Hj Hadi jilat jubur Lim Kit Siang dan Karpal Singh!!!

Apalah perangai.. kalau dah terdesak sangat nak undi, biarlah buat secara bermaruah.. dahlah dia tu dulu dia yang hina sangat orang kafir kali ni dia pulak tunduk pada sikafir ni siapa dipuja dan dipuji tak cukup dengan tu siap jilat lagi... kalau ini standard presiden PAS, memang jahanam lah Islam...

Kemudia dia goreng pulak isu janji 100 hari Pakatan Penipu khasnya tentang nak bagi elaun kepada guru.. ingatkan semalam Idris Ahmad nak ishtiharkan bagi duit pada guru-guru sebanyak RM 500.. tapi semalam pun si Ketua Penerangan PAS pusat sebut nak bagi duit sebnyak RM 100 sampai ditegur dan dibetulkan oleh hadirin yang hadir..

Rupanya... dia pulak persalahkan kerajaan Persekutuan.. dia kata, janji dibuat jika PAS menang PRU-13.. la.. apa gunanya dengan kuasa pemerintahan di negeri yang tadbir Pakatan Sekarang... tak perlu nak cakap guna air liur.. buktikanlah dahulu, buatlah dinegeri pakatan.. berikanlah elaun RM 500 kepada semua pegawai awam di negeri Pakatan yang mereka ada kuasa... bukan hanaya guru.

Bilangan guru hanya ada lebih kurang 400 ribu sedangkan jumlah seluruh kakitangan awam ada lebih kyurang 1.2 juta atau 1,200,000.. jadi apahalnya dengan kakitangan awam yang lain yang berbaki lebih kurang 800,000 orang lagi !!! kenapa guru sahaja yang dapat??? Inilah dasar pilih kasih yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Penipu!!!

Rasanya cukup setakat ni... nanti akan didedahkan banyak lagi penipuan yang dibuat oleh PAS sepanjang PRK tenang ni... termasuklah isu kenaikan harga minyak, air percuma di Selangor, isu Felda dan sebagainya..


Ila Liqa'..

(sumber;http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2011/01/pas-mahu-perbodohkan-pengundi-tenang.html)

PRK Tenang : Tindakan UMNO "Slow" Nak Mampus?


Tuesday, January 11, 2011
PRK Tenang : Tindakan UMNO "Slow" Nak Mampus?

Poster di atas tersebar luas di sekitar Labis. Nampaknya pihak Pakatan Haram bukan main-main untuk cuba menawan kerusi DUN Tenang.

Saya sebenarnya malas nak kritik UMNO berlebihan, tapi suka atau tidak kita kena tulis demi kebaikkan parti yang saya sokong. Untuk pengetahuan pembaca, beberapa hari lepas pemimpin Pakatan sudah mula 'menyerbu' sekitar Labis dengan ceramah-ceramah mereka. Walaupun SPR sudah beri amaran tetapi amaran ini dilihat tidak diperdulikan mereka.

Hari ini pengundi sekitar Labis disajikan dengan ceramah oleh Mat Sabu, ini sebenarnya bukan program ramah mesra, tapi program ini sebenarnya untuk meraih undi daripada penduduk serta pengundi di sana.

Dan pagi ini saya difahamkan bahawa, 1000 bungkus pulut kuning di agihkan dari rumah ke rumah oleh orang PAS.Mereka fokus kepada rumah yang tiada bendera BN. Bila mereka dapati rumah tersebut tiada dikibar bendera BN atau UMNO. Mereka bertindak masuk dengan memberi pulut kuning serta disajikan dengan pelbagai janji jika mereka berjaya menawan kerusi DUN Tenang.

Nampaknya dalam hal ini, UMNO/BN terlalu 'slow' mungkin kerana tidak mahu melanggar arahan yang dikeluarkan oleh SPR. Saya difahamkan UMNO Labis sudah diagihkan bendera, tapi mereka tidak mahu pasang atau menaikkan di sekitar rumah-rumah penduduk. Mungkin mereka bimbang akan dikenakan tindakan oleh SPR.

Tetapi berbeza dengan PR, ada bendera mereka sudah dinaikkan di sekitar rumah penduduk terutama Kg.Tenang dan Kg. Segamat dua buah kampung ini saya difahamkan bahawa perkampungan orang asli.

Hello UMNO/BN.. Tidur lagi ke? Jangan tidur lagi!! Jangan Tidur lagi!!!
Dicatat oleh Double Y di 11:07:00 AM

Label: Dun Tenang

(sumber;http://networkedblogs.com/cQ22M)

Saturday, January 8, 2011

MELAYU MESTI BACA - kebenaran peristiwa 13 Mei




MELAYU MESTI BACA - kebenaran peristiwa 13 Mei

PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU
Petikan Hansard Dewan Rakyat


28 Oktober 2010, 3.53 ptg.

Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah...

[Membaca sepotong doa]

1.0 Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama dalam perbahasan Belanjawan atau Bajet Negara 2011 ini yang telah diberi dengan pelbagai label oleh beberapa orang yang sudah berucap. Ada yang memanggilnya ‘bajet seluar dalam’, ada yang panggil ‘bajet kelambu’. Jadi saya berharap, kegiatan, perbuatan suka melabel dengan menghina ini dapat dihentikan. Kerana tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun. Saya teringat beberapa tahun dahulu mereka ini suka melabel orang. Saya pernah ingat seorang pemimpin UMNO dilabel dengan gelaran ‘al–Juburi’. Hari ini sudah jadi kawan. Jadi kita perlu ingat hendak mengkritik jangan terlampau melampau, berpada-pada. Hendak memuji pun jangan melampau-lampau biar berpadapada. Itu yang Islam ajar kita. Senang sangat hendak melabel orang dengan pelbagai label yang menghina. Kita harap perkara ini dapat dihentikan untuk kebaikan Negara dan umat sendiri insya-Allah.

2.0 Dalam bajet kali ini Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia disebut beberapa kali. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua gagasan ini telah disalah tafsir apabila melihat iklan sinar lebaran Aidilfitri lepas terbitan TV3 dengan lebai pak santa bawa basikal macam Santa Claus menyalakan pelita di atas bunga lotus. Ini memberi gambaran bahawa Gagasan 1Malaysia ini memang disalahtafsirkan dan salah mengertikan. Ada cubaan untuk membawa konsep 1Malaysia ini ke satu konsep Malaysian Malaysia. Semua orang sama, semua agama sama macam iklan TV3. Sampai dia cacamerba habis semua agama. Hak sama, kedudukan sama.

3.0 Saya ingin menegaskan soal persamaan tidak timbul kerana tunggak negara iaitu Perlembagaan Malaysia sendiri yang menjadi undang-undang utama negara, Perlembagaan itu sendiri discriminatory. Ianya sendiri discriminatory tetapi discriminatory positive. Di mana Perlembagaan sendiri discriminate antara rakyat iaitu agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4) Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang jelas meletakkan yang discriminate agama dan kaum lain dengan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini hakikat dalam negara ini.

4.0 Contohnya bahasa Melayu, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, dia discriminate dari bahasa lain. Kita tidak boleh kata sama. Tidak boleh samakan bahasa Melayu dengan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris sebab bahasa Melayu bahasa Perlembagaan yang didaulatkan oleh Perlembagaan.

5.0 Akan tetapi malang setelah 50 tahun lebih, ada yang tidak faham lagi bahasa Melayu. Tengok Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Merujuk kepada kata-kata Perdana Menteri dia putarkannya ayat itu, tengok ini bahasa racist, bahasa yang hendak bawa kepada peperangan. Ini jenis yang tidak faham bahasa Melayu. Duduk Malaysia lama, peribahasa pun tidak faham. Ia hanya gambaran bahawa orang Melayu atau sesiapa yang sebut akan mempertahankan ke titisan darah terakhir, akan pertahankan sehingga bercerai badan, tangan dan kaki. Ini peribahasa, menunjukkan kita akan berjuang habis-habisan.

6.0 Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Ipoh Timur, apa parti dia sebut pada tahun 1969. Peristiwa berdarah 1969. Ini parti dia sebut sendiri dalam rekod negara.“Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the people is as heavy as the mountain of Tai”. Ini kenyataan yang dibuat.Ini kenyataan yang dibuat oleh parti Yang Berhormat Ipoh Timur tahun 1969, rekod dalam Arkib Negara, pergi baca. Mana lebih bahaya ayat seperti itu dengan peribahasa yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

7.0 Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan kenyataan bahawa Perlembagaan telah jelas memahat hak dan kedudukan istimewa agama Islam dan bangsa Melayu. Sudah jelas sudah. Tidak boleh dipersoalkan malahan benar tidak boleh dipinda pun kecuali dengan persetujuan kesembilan Raja-raja Melayu tapi yang penting

8.0 Tuan Yang di-Pertua, bukan soal pemahatan hak dan kedudukan istimewa itu tetapi adalah soal penterjemahan dan pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa itu. Hari ini kita tengok bagaimana serangan dibuat terhadap institusi Raja-raja Melayu secara terbuka. Institusi Mahkamah Syariah, institusi berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, SPRM, kehakiman diserang.

9.0 Kita lihat bagaimana kelihatan sekarang ini seperti satu amalan double standard apabila seorang belia Cina - Namewee, Wee Meng Chee, buat blog yang saya telah dedahkan dalam soalan tambahan saya baru-baru ini. Satu penghinaan kepada Islam, kepada bangsa Melayu, kepada pihak berkuasa tetapi Peguam Negara membuat keputusan, mengikut dalam jawapan Parlimen, tidak akan mengambil tindakan pendakwaan. Tak akan dakwa langsung, dilepaskan begitu sahaja tetapi seorang blogger Melayu - Irwan Abdul Rahman, baru sindir TNB, kena caj di mahkamah.

10.0 Apabila wartawan majalah - Al-Islam menyamar pergi ke sebuah gereja hendak tengok kegiatan murtad di kalangan orang Melayu, mereka dimaki hamun, dihina. Tindakan keras dituntut diambil terhadap mereka tetapi bila wartawan wanita Cina - Malaysian Insider menyamar masuk menyusup ke perhimpunan agung orang Melayu pakai tudung macam perempuan Islam, dia katakan itu cara yang beretika kewartawanan.

11.0 Apabila kes anak Melayu bakar gereja penjara bertahun. Anak Cina baling surau dengan arak, cat dengan warna merah, denda. Pegawai BTN bercakap tentang hak Melayu, kedudukan Islam dalam perhimpunan tertutup orang Melayu Islam dimaki hamun, disuruh ambil tindakan tegas tapi bila Presiden MCA mempertikaikan kedudukan orang Melayu, tidak ada apa tindakan.

12.0 Jadi bagaimana kita hendak menyatakan bahawa hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, betul terpahat di dalam Perlembagaan tetapi bagaimana dengan pelaksanaan? Bagaimana dengan penterjemahannya dalam dasar dan perancangan negara?

13.0 Hari ini, dalam negara ini seolah-olah umat Islam bangsa Melayu seperti warga kelas kedua, diketepikan. Hari ini, seolah-olah menjadi satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu orang Melayu, isu agama Islam, jadi dosa besar dalam negara ini. Sampai orang kata Pak Janggut pun ketar telur hendak bercakap pasal Islam. Takut.

14.0 Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah penting supaya rakyat diperingatkan semula apa yang berlaku pada sejarah yang lampau supaya menjadi sempadan kepada kita, menjadi pengajaran, iktibar dan saya cadangkan antara sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah Peristiwa 13 Mei. Bila cakap tentang 13 Mei mereka akan mengamuk. “Sudah jadi historical, tak boleh, mana boleh cakap ini cerita, sudah lama”. Pasal apa yang mereka takut sangat? Pasal apa?

15.0 Tuan Yang di-Pertua, saya cuba hendak buat research tentang peristiwa 13 Mei. Saya terkejut ada tiga buku sahaja. Pasal 13 Mei ada tiga buku sahaja. Laporan MAGERAN - Laporan Rasmi, buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman - Before and After May 13 dan terbaru tulisan Kua Kia Soong - 13 May. Ini tiga sahaja peristiwa besar macam itu.

16.0 Saya baca tentang 13 Mei yang ditulis oleh Kua Kia Soong. Saya tidak berapa setuju dengan tulisan beliau kerana tulisan beliau adalah analisa bukan melaporkan fakta. Dia analisa berdasarkan kepada analisa wartawan barat masa itu. Memanglah, macam sekarang. Dia analisa yang dibuat oleh reporter barat pada peristiwa itu dahulu. Memanglah akan prejudis tapi Laporan MAGERAN oleh pemerintah, bertarikh Oktober 1969, buku Almarhum Tunku Abdul Rahman - 13 May Before and After, buku ini fakta, siap dengan gambar. Kenapa ada golongan tertentu dalam negara ini takut peristiwa 13 Mei diajar sebagai mata pelajaran Sejarah?

17.0 Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang pada hari ini untuk menceritakan tentang peristiwa 13 Mei ini daripada laporan fakta yang ada supaya rakyat tahu kenapa peristiwa itu berlaku. Ia bukan satu peristiwa spontan yang berlaku pada 13 Mei. Hari itu sahaja, orang Melayu berkumpul dekat Kampung Baru, parang bakar – ada dengar cerita parang terbang dan tahu-tahu beberapa orang Cina mati tergolek. Bukan itu, peristiwa ini bermula jauh pada tahun 1957.

18.0 Ia bermula pada tahun 1957 lagi. Pada 2 Januari 1957 di Pulau Pinang, apabila perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang Melayu yang membantah, orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan Cina. Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan menembak perusuh Cina, maka tension sudah start. Itu tahun 1957.

19.0 Pada 1 Mei 1959 di Sungai Pinang, berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Ia kemudian merebak dan samseng Cina mula merusuh. Imam masjid Sungai Pinang panggil mesyuarat orang kampung untuk membuat kawalan. Kumpulan Cina bersenjata kepung masjid dan berlaku pergaduhan rumah dan kedai terbakar, pembunuhan berlaku di kedua belah pihak iaitu sepuluh tahun sebelum peristiwa itu.

20.0 Pada 11 Julai 1964 di pasar Bukit Mertajam, seorang pekerja Melayu diketuk dengan cangkul oleh seorang anak tauke Cina sayur berumur 15 tahun. Dia buat report, polis lambat ambil tindakan. Dia tidak puas hati, dia pergi lapor kepada Majlis Daerah, maka beberapa tindakan diambil. Berlaku pergaduhan dan seorang Melayu dibunuh. Gambar dia ada lagi dalam ini – gambar dia dibunuh. Encik Kasim bin Omar terlentang atas lantai pasar dibunuh oleh sekumpulan Cina – berlaku tension pada masa itu.

21.0 Kemudian, saya ingat lagi pada masa itu sudah mula perasaan tidak puas hati ini timbul. Baru-baru ini saya ada ceramah di kawasan Kampung Baru. Orang-orang tua di situ cerita bagaimana terhinanya orang Melayu pada masa itu pergi ke Chow Kit hendak beli barang daripada Cina. Minta cili, minta bawang, dia tunjuk dengan kaki sahaja – lu angkat ini. Ini perasaan orang Melayu pada masa itu.

22.0 Maka episod ketidakpercayaan sudah mula wujud, tension ketegangan sudah mula wujud sejak itu lagi.

23.0 Pada tahun 1969, pilihan raya berlaku. DAP dan GERAKAN main isu perkauman. Saya hendak sebut pada Tuan Yang di-Pertua, isu yang dimainkan itu supaya kita tengok balik. Dalam laporan yang dibuat, apa dia kempen atau isu perkauman yang dimainkan pada masa itu? Di muka surat 21 sehingga 24 Laporan MAGERAN – sebab saya hendak baca ini Tuan Yang di-Pertua, kerana patennya sama sahaja dengan hari ini, sebiji sama.

24.0 Apa yang berlaku pada tahun 1969? Laporan itu menyebut DAP dan GERAKAN mempertikai Artikel 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu), mempertikai status bangsa Melayu sebagai peribumi. Saya tidak lupa kenyataan Ketua Wanita Parti GERAKAN yang menyatakan orang Melayu pun pendatang, tohmahan orang Melayu mendapat keistimewaan dan Cina diketepikan terutama di sektor awam. Padahal, itu tidak betul. Kalau kita baca dalam Laporan MAGERAN, ia menyebut bagaimana sebenarnya fakta itu tidak betul.

25.0 Saya hendak baca fakta yang dikemukakan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, yang hendak menyatakan bahawa orang Melayu dapat kedudukan istimewa dalam perkhidmatan awam. Dalam laporan ini di muka surat 22 dan 23 disebut, “Figures relating to division one government officers by racial group as of 1st November 1968:


26.0 Maknanya, pada masa itu fakta yang kata orang yang bukan Melayu diketepikan dan Melayu dapat keistimewaan tidak betul pada masa itu. Kalau Tuan Yang di-Pertua tengok sekarang isu yang dikatakan Cina tidak dapat itu, tidak dapat ini, saya hendak baca kenyataan dalam Malaysian Business isu bulan September 2010. Kenyataan oleh seorang tokoh korporat Cina sendiri, Tan Sri Liew Kee Sin daripada syarikat SP Setia Berhad menyatakan bahawa sebenarnya masyarakat Cina di Malaysia mendapat kedudukan yang baik di bawah polisi pro bumiputera.

27.0 Dia beri contoh dalam majalah Forbes disebutkan bahawa di bawah dasar pro bumiputera ini, syarikat yang dikuasai oleh kaum Cina account for 37% of market capitalization among the top 300 listed companies compared to bumiputera equity of 7% dengan izin. “Chinese individuals also control 73% of the wealth owned by the top 40 richest Malaysians and make up eight of the top ten richest Malaysian” dengan izin. “He pointed out that Chinese small-to-medium enterprises (SMEs) had done very well too, and that their owners could even afford to buy the multi-million ringgit bungalows built by his company. “One Chinaman want to build a bungalow of RM40 million!” he said.”

28.0 Kenyataan Tan Sri Liew Kee Sin dari SP Setia.

29.0 Jadi di mana yang kata tidak dapat keistimewaan dan diketepikan?

30.0 Kemudian kalau Tuan Yang di-Pertua tengok kenyataan sekarang, ia sama. Pertikai Artikel 153, tohmah kata orang Melayu dapat keistimewaan lebih, selepas itu kata dia diketepikan. Sama, same patent by the same people. Oleh orang yang sama yang masih ada lagi di sini. Malahan Tuan Yang di-Pertua, pada 15 April 1969, Yang Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman yang mereka dewa-dewakan sekarang – dia kata apa? Dia bagi amaran dah masa itu. Tunku memberi amaran – ini dalam Laporan MAGERAN Oktober 1969. Tunku sebut apa? Tunku memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 jika DAP – di Kuala Pilah Tunku membuat kenyataan ini.

31.0 Dalam muka surat 24 Laporan MAGERAN, Tunku kata jika DAP berterusan mempertikai Artikel 153, kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur.

32.0 Exactly, sebiji apa yang berlaku sekarang – sama paten.

Tuan Yang di-Pertua...

33.0 Saya hendak sebut sahaja apa yang berlaku pada 13 Mei itu untuk menutup. Tuan Yang di-Pertua, cuba Tuan Yang di-Pertua bayang ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka pada masa itu.

34.0 Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei.


35.0 Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah.


36.0 Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN.


37.0 Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.


38.0 Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.


39.0 Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”.


40.0 Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.


41.0 Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”


42.0 Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”


43.0 Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”


44.0 Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”


45.0 Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”


46.0 Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung, MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.

47.0
Cadangan saya supaya diperbanyakkan bahan terbitan dan bacaan tentang peristiwa13 Mei ini. Kemudian selalu ulangkan di televisyen. Ketiga, kempen kesedaran di sekolah-sekolah berkenaan sejarah khususnya peristiwa 13 Mei ini. Adakan video klip, gambar-gambar yang disimpan di dalam Arkib Negara semua itu bawa keluar bagi orang tengok.

48.0 Kemudian saya cadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya siasat dalang-dalang 13 Mei ini. Buat satu kertas putih siasat kepimpinan DAP pada masa itu yang masih ada lagi pada hari ini. Ini kerana mereka ini orang kata parti chauvinist infested party. Dia tidak boleh sudah, orang lain semua berubah, dia sahaja tidak berubah.

49.0 Saya paling takut Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak dedahkan pada hari ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kalau Tuan Yang di-Pertua tengok rapatnya kepimpinan DAP dengan kepimpinan PKR ini...sebenarnya yang buat mereka rapat saya rasa kawan-kawan saya di PAS pun tidak tahu ada perjanjian sulit di antara mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang Kerajaan Persekutuan kuasa autonomi akan diberi kepada Pulau Pinang. Calon-calon Melayu akan diletakkan di Perak dan di Negeri Sembilan, kalau mereka menang Menteri Besarnya daripada DAP.



Mayat Cina di Arak



Mayat Tanpa Kepala

(sumber;http://celahgelegar.blogspot.com/2010/10/mesti-baca-kebenaran-peristiwa-13-mei.html)

(sumber;http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-28102010.pdf)