Monday, June 1, 2009

Melayu dikhianati?


ARKIB : 31/05/2009
Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.

Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm)

zmsegamat;

1.0 Mengapakah? Datuk, Nenek, Moyang kita dahulu menerima sahaja kedatangan rakyat China dan rakyat India secara besar-besaran ke Tanah Melayu di era PENJAJAH Inggeris. Hinggakan jumlah rakyat China dan rakyat India yang berdagang dan mencari rezeki di Tanah Melayu di era PENJAJAH Inggeris menjadi semakin ramai dari tahun ke setahun. Adakah mereka juga mengamalkan budaya rasuah dan penyalahan kuasa.

2.0 Mungkinkah? kerana data-data mengenai jumlah rakyat asing dari China dan India di Tanah MELAYU, sengaja dirahsiakan oleh pihak penjajah Inggeris supaya tidak mencetuskan reaksi dan kemarahan orang Melayu.

3.0 Mungkin juga kerana orang Melayu sendiri memang tidak mempedulikan implikasi serta masa depan mereka akibat daripada fenomena tersebut.

4.0 Adakah? kerana orang MELAYU memang merupakan bangsa yang paling bertoleransi di dunia ini. dan kebetulan terdapat peribahasa MELAYU : "monyet di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan". Sikap toleransi orang Melayu ini, walaupun mulia, telah mendatangkan kesan yang detrimental kepada mereka sendiri. hingga sewaktu masyarakat imigran datang ke Tanah Melayu, mereka diterima oleh orang Melayu tanpa sebarang pertanyaan dan tanpa sebarang bangkangan.

5.0 Betulkah? Orang mendatang ini menggerhanakan suasana kehidupan orang Melayu.

6.0 Mengapakah? PENJAJAH Inggeris TIDAK membawa buruh China dan India itu meninggalkan Malaya setelah merdeka 1957, buruh-buruh itu atau keturunan-keturunan China dan India itu, tidak dihantar pulang ke negeri-negeri asal mereka. Sebaliknya mereka ini tinggal menetap di negara ini dan seterusnya dari semasa ke semasa, menuntut hak-hak mereka tanpa berasa malu dan segan, bersikap begitu agresif sekali serta tidak kira apa orang lain kata.

7.0 Mengapakah? pada ketika INI kelompok-kelompok tertentu daripada sesetengah etnik bukan Melayu dan bukan Bumiputera di Malaysia seolah-olah enggan menghormati pelbagai peruntukan strategik mengenai Islam, Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana nenek moyang mereka menghomati serta memahaminya di era pra kemerdekaan tanah air ini?

8.0 Mengapakah? Pemerintah yang berkuasa dan Pegawai Kerajaan yang ada kuasa sejak dulu dan kini terlalu "lembut" dan "memberi muka"

9.0 Fikir, Fikirkan lah Wahai, Pemegang-Pemegang Kuasa dan yang memberi kuasa...

No comments: