Thursday, June 4, 2009
Stadium Runtuh : Ahli Politik yang disalahkan?
Wednesday, June 3, 2009
Stadium Runtuh : Ahli Politik yang disalahkan?
Negara masih lagi dikejutkan dengan kejadian runtuhan bangunan sepanjang dua minggu ini, belum selesai kerja pembersihan tapak runtuhan bagunan yang mengorbankan 3 nyawa di Petaling Jaya, Kini kita dikejutkan lagi dengan kejadian Runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Komplek Sukan Negeri di Gong Badak,Trengganu.
Dalam beberapa halaman blog dan web sejak semalam telah dapat dakwaan bahawa kejadian sebegini berpunca daripada ‘ketirisan’ atau ‘kebocoran’ oleh pemerintah negeri terbabit atau dengan lebih menarik lagi kejadian ini berpunca dari kesilapan ahli politik.
Menariknya hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, melalui Pengarahnya Ahmad Sabri Hussin turut meninjau kawasan kejadian untuk mengumpul maklumat ditempat kejadian. Seolah mengiakan bahawa berlaku penyelewengan dalam pembangunan stadium terbabit. Keputusan dan tindakan hari ini oleh penjawat awam juga banyak dipengaruhi oleh apa saja yang berlegar di media maya.
Ahli Politik
Apabila munculnya kejadian begini , seperti terdapat tangan hitam yang menuding kepada ahli politik semata-mata?. Bagaimana dengan penjawat awam yang diamanahkan melaksanakan tangungjawab dalam menguruskan sesuatu projek, bahagian dan jabatan yang dipertangungjawabkan.
Punca kejadian masih dalam siasatan , tetapi pembangkang telah berjaya meletakkan kesalahan kepada ahli politik, bahawa keruntuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Komplek Sukan Negeri di Gong Badak merupakan kegagalan parti politik yang memerintah di negeri terbabit. Persoalannya apakah setiap kejadian hari ini merupakan kesalahan politik?.
Sehinggakan suatu hari nanti jika kita terlibat dengan kemalangan jalan raya, kita akan menyalahkan ahli politik kerana gagal menyediakan jalan yang baik. Anak kita tercekik duit syiling juga akan kita salahkan kerajaan negeri terbabit kerana mengeluarkan duit syiling yang kecil.
Kejadian sebegini boleh terjadi dari pelbagai punca dan sebab:
1. Kelemahan Struktur Pembinaan.- sturuktur binaan yang menampung bumbung stadium tersebut sememengnya lemah disebabkan oleh bahan binaan atau beban yang ditangungnya.
2. Kesilapan Jurutera Menilai Beban yang Ditangung-Jurutera boleh melakukan kesilapan dalam menilai beban mati yang ditanggung oleh bumbung stadium tersebut menjadikan ianya lemah dan gagal berfungsi dengan baik.
3. Kelemahan Bahan Binaan- pemilihan bahan binaan yang salah yang dicadangkan oleh arkitek/jurutera atau konsultan yang dilantik boleh menjadikan bumbung tersebut gagal berfungsi dengan baik, dan akhirnya runtuh.
4. Pemantauan yang Lemah – Kurangnya pemantauan sewaktu proses pembinaan menjadi faktor kelemahan kepada rekabentuk bangunan tersebut. Bahan binaan yang digunakan mungkin tidak mengikut spesifikasi yang dikehendaki sewaktu cadangan pembinaan.
5. Tempoh Pembinaan yang Cepat dan Segera- boleh dijadikan faktor kelemahan struktur bangunan kerana stadium terbabit hendak digunakan untuk tujuan SUKMA 2008 dengan segera.
6. Pengesahan Pembinaan – Jabatan atau unit yang mengesahkan kerja akhir sebelum mendapat kelulusan tidak melakukan kerja dengan tepat atau mengikut prosedur operasi (SOP) sepatutnya, menjadikan bagunan tersebut mendapat kelulusan segera tanpa melalui proses yang sebenarnya.
7. Rekabentuk Stadium Keterlaluan – Mungkin kelemahan dan kejadian juga berpunca dari kegagalan arkitek yang merekabentuk mengunakan bentuk bulan sabit , ‘cantik dimata tetapi runtuh akhirnya’ menjadikan stadium tersebut tidak mampu menahan beban struktur yang keterlaluan.
Perlu diketahui bahawa kontraktor yang terlibat bukannya hanya melibatkan kontraktor dari Malaysia tetapi juga dari Korea. Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, TPM bahawa suatu badan bebas akan dilantik bagi mengenalpasti dan menyiasat memerlukan tindakan segera bagi menjawab pelbagai persoalan yang timbul dan menghilangkan persepsi bahawa inilah kesilapan ‘ahli politik’.
Kak Midah
Ipoh, Perak
Posted by Kak Midah at 1:04 PM
(sumber;http://hamidahosman.blogspot.com/2009/06/stadium-runtuh-ahli-politik-yang.html)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Orang politik buat tak sedar lbahawa setiap perojek kerajaan melibatkan orang POLITIK. Cuba lihat dalam penawaran kontrek.
1) adakah dengan bidding atau negotiation.
2) Adakah munasabah yang kontrektor yang akan melantik consultan untuk membuat design.
Ini baru satu projek roboh dan nanti akan banyak lagi yang roboh.Tunggulah.
Kontrektor tak bolih bayar ganti rugi kerana sebahagian harga kontrek dah masuk poket orang lain. Tahulah siapa dia yang dapat.
Macam MRR2 yang roboh jambatan dan heboh memperkatakn pembaikan akan di biayai olih kontrektor sepenuhnya. Tapi yang terjadi adalah sebaliknya. kontrektor kata. saya dapat sikitje. yang banyak dapat ialah....... Jadi wahai yang Berhormat. ITULAH SEBABNYA WAKIL RAKYAT BANYAK PAKAI KERETA MEWAH>>.
Kalau harap elaun, duit minyak pun tak cukup. UNTUK MENGABUI MATA RAKYAT MEREKA PAKAI PROTON SEBAGAI KERETA RASMI tapi kereta peribadi TUHAN SAHAJA YANG TAHU. SEDARLAH DAN INSAFLAH.
ITULAH UMNO DAN BN DITOLAK OLIH RAKYAT. RASUAH BERLELUASA.
Post a Comment