Friday, June 19, 2009
Sultan Johor tak setuju jambatan ketiga...UMNO Johor sifatkan itu suara rakyat
Sultan Johor dalam titahnya semasa merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Johor hari Khamis bertitah baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungkan Johor dengan Singapura.
Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor. "Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," titah baginda.
Cadangan pembinaan jambatan ketiga itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa melakukan lawatan ke Singapura bulan lalu.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad mengulas titah Sultan Johor itu berkata, apa yang dititahkan itu adalah suara rakyat negeri Johor.
“Titah baginda itu adalah aspirasi rakyat Johor keseluruhannya. Titah baginda adalah cerminan Raja berjiwa rakyat dan mewakili suara rakyat,” katanya. – 18/6/2009
(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp)
zmsegamat; Menyokong titah dan perintah Tuanku. Baginda lebih perkenan kepada perobohan tambak Johor dengan meneruskan cadangan asal di era Tun Mahathir iaitu sebuah jambatan baru sama ada bengkok atau lurus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment