Friday, June 12, 2009

Ong Tee Kiat Cari Pasal!



Contributed by dukeofmontecristo on Thursday, June 11 @ 23:17:37 MYT
Topic: KOMENTAR

Ong Tee Kiat dah mula tunjuk taring! Tapi taringnya kali ini bukan ditunjukkan pada pihak pembangkang. Tapi pada BN! Patutkan Ong Tee Kiat membuat satu "poll" di laman webnya yang berbaur negatif terhadap keharmonian BN?

Ong Tee Kiat di dalam lawan webnya telah bertanya kepada pelayar, "apakah patut MCA keluar dari BN?". Jelasnya, pertanyaan ini tidak sepatutnya keluar dari seorang Presiden parti komponen yang menyertai BN sejak ditubuhkan. Apakah motif Tee Kiat bertanyakan persoalan ini? Kenapa perlu dibuat "poll"?


Apa yang akan Ong Tee Kiat rasa jika UMNO membuat satu undian dilaman web rasminya bertanyakan "perlukan BN buang MCA dari BN?" Apa pula reaksinya? Tidak me"lompat"kah? Atau MIC membuat "poll" dilaman webnya, "perlukah MCA berada di dalam BN?". Tidakkah MCA tersinggung dengan undian dan pertanyaan sebegitu. Malah dibuat "undian" pula! Jika undiannya menyatakan "ya", apakah MCA setuju keluar dari BN?

Saya tertanya-tanya, apakah motif di sebalik undian sebegitu? Apakah Ong Tee Kiat sudah lupakan kawan sendiri dikala susah? Dimana janji taat setia Ong Tee Kiat kepada BN? Kenapa perlu soalan ini dibangkitkan setelah BN menerima arus "tsunami" pada Pilihanraya ke-12 yang lalu? Apakah Tee Kiat berniat "curang" kepada BN?

Apakah Tee Kiat cuba menangguk di air yang keruh? Apakah Tee Kiat cuba menjadi "hero" kepada masyarakat Tiong Hua di Malaysia? Apakah dia cuba mencarik keharmonian BN yang dilaungkan selama ini? Apakah Tee Kiat hanya mencari publisiti murahan disaat ini? Apa yang Ong Tee Kiat tidak puas hati pada BN? Semua persoaalan ini harus dijawab oleh Tee Kiat sejujur-jujurnya!

Sesungguhnya, ini adalah sesuatu yang amat dikesalkan oleh kita. Sesungguhnya, Tee Kiat harus menarik balik "poll" yang diutarakan di blognya itu. Disaat artikel ini ditulis, majoriti besar yang mengundi bersetuju untuk MCA keluar dari BN. Sangat menyedihkan bila natijahnya begitu. Walaupun itu bukanlah mewakili pandangan MCA dan boleh diperitkaikan kesahihan keputusan, hakikatnya saya tidak boleh terima "poll" tersebut lahir di blog Ong Tee Kiat! Saya boleh terima jika "poll" tersebut di laman web biasa atau laman web pembangkang, tapi kalau "poll" itu dikeluarkan oleh Presiden MCA, maka itu kurang ajar namanya!

(sumber:http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=7990)

4 comments:

TAAVEEKUN PERAK said...

Mmg betul.Cina yg seorang ini mmg berlagak dan sombong sikit dari yang lain.Lebih baik Chua Soi Lek.Nampaknya MCA kena tukar Presiden nya.Ganti dgn Cina yg ade pengetahuan tentang sejarah Malaysia.

Anonymous said...

Cina mana boleh percaya. Lee Kuan Yew melawat Malaysia nak jumpa semua politik buat apa. Melayu di Singapura dia marginalise sudah jadi kaum minority. Dia buat Melayu bodh dan tak bertamadun

cina kafir said...

Apa nak heran. pas dah masuk dalam genggaman dap. pkr jadi pak turut sahaja. asal dendam terhadap umno terbalas, pedulilah nasib orang melayu. biarlah pas pulak perjuangkan Islam dengan kerjasama dap dan pkr. sama-sama kita tengok.

Anonymous said...

Bro,

Poll itu terlekat semenjak Ong belum jadi MCA Presiden lagi lah. Mesti dia punya webmaster tertidur nyenyak dan lupa langsung tentang poll lama tu.

mykmu pun satu juga, tak ada buat kerjarumah langsung, menghasut tak habis-habis, buat ribut semua tak tentu pasal. Was-was sikit kat mykmu, ya.


BRO IKHLAS