Monday, January 9, 2012

Pembebasan Anwar Tak Bawa Erti, Rakyat Tahu Siapa Sebenarnya Bersalah

Oleh: Azlina Rosdy


KUALA LUMPUR, 9 Jan – “Saya kini ternanti-nanti apakah puak-puak Anwarinas ini akan bercakap selepas mahkamah mendapati Anwar Ibrahim tidak bersalah. Jika sebelum ini, selama bertahun-tahun mereka menjaja cerita sehingga ke luar menuduh sistem kehakiman negara ini tidak adil dan dikawal oleh UMNO dan BN.

“Tetapi selepas Anwar terbukti tidak bersalah, apakah mereka masih mahu menuduh UMNO dan BN yang mengawal sistem kehakiman negara ini,
” ujar Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebas Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya tiga tahun lepas.

Katanya, walaupun Anwar didapati tidak bersalah, namun harus diingat bahawa ini bukan membawa makna bahawa dia tidak bersalah kerana teman-teman rapat Anwar tahu cerita sebenar apa yang terjadi.

Keputusan mahkamah ini adalah kerana kelemahan teknikal. Bagi saya, dia bersalah atau tidak itu tidak penting kerana siapa Anwar yang mahu kita berikan tumpuan.

“Biarpun terlepas hukuman dunia, di akhirat dia tidak akan terlepas. Selain rakan-rakan rapatnya, dia sendiri tahu adakah dia bersalah atau tidak. Dengan manusia dia boleh berbohong tetapi adakah dia mampu berhujah dan berbohong dengan Allah yang maha mengetahui segalanya?”
, kata beliau.

Di sebalik keputusan ini juga tegasnya lagi terlerai dua perkara penting iaitu pertama, terbukti UMNO dan BN tidak terbabit dalam keputusan terhadap Anwar Ibrahim dan sistem kehakiman negara ini adalah telus dan adil.

Pembangkang jelas beliau lagi terbukti selama ini hanya menfitnah UMNO dan BN untuk menanam rasa benci rakyat.

“Kedua, rakyat tidak lagi percaya dan dan sudah jelak dengan tipu muslihat pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim. Sebelum ini mereka penuh yakin mencanangkan bahawa seramai 100 ribu orang akan hadir di perkarangan mahkamah Jalan Duta bagi mendengar keputusan Anwar Ibrahim tetapi ternyata, sasaran itu terlalu jauh tersasar.

Daripada 100 ribu, hanyalimaribu yang datang. Ini membawa signal bahawa rakyat sudah muak dengan kelakuan Anwar yang suka ‘mengrakyatkan’ hal peribadi,” ujar beliau.

Katanya, jumlah yang jauh daripada jangkauan sebenar ini seharusnya menyedarkan Anwar Ibrahim bahawa dia tidak boleh sewenangnya lagi mempergunakan rakyat demi kepentingan diri sendiri.

Sokongan yang diharapkan oleh Anwar untuk membina tembok ‘kebal’ melindungi segala keselahannya kini tidak lagi berdiri teguh, katanya.

Anwar seharusnya sedar, disebalik kemenangannya ini, dia juga harus menerima ‘kekalahan’ kerana rakyat tidak lagi boleh diperalatkan demi kepentingan peribadinya.

“Sudah-sudahlah bermegah diri. Terima kenyataan, kemenangannya ini tidak membawa sebarang erti kerana rakyat sedar dan tahu siapa yang bersalah sebenarnya,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

tq(sumber:http://umno-online.com/?p=53044)

3 comments:

Anonymous said...

Lepas tak bererti bebas..! anwar akan lebih sakit jiwa selepas ini..berjuang dari dalam penjara tidak sama berjuang di depan rakyat...pada penyokong PKR saya nak pesan...'DENGAR PIDATO ANWAR BOLEH PERCAYA JANGAN! Wasallam

Anonymous said...

saya rasa kini rakyat telah sedar siapakah sebenarnya kaki fitnah dan pembohong di Malaysia. Selaku pengundi di permatang pauh , insyaallah anwar akan tumbang dalam pilihanraya akan datang kerana telah jelas beliau telah melakukan perbuatan yang diharamkan dalam ISLAM. Peguam dia sendiri menyatakan berlaku kejadian dalam SUKA SAMA SUKA. jelas lagi tersuluh. so anwar sorry for u, no more vote from our own people to you.Ramai yang hadi diseberang jaya belum tentu beliau boleh memenagni hati orang ISLAM yang takut akan azab allah.very simple..tolak kemungkaran..tolak kemunafikan..tolak kaki penipu dan tolak kaik melixxxx

Anonymous said...

Hakim dah di bayar oleh Anwar. Mampos la kau Md Diah. Hakim di atas lebih berkuasa menanti mu kerna melepaskan pembohong, pemfitnah, penipu. pelowat jahanam itu. walaupun aku tidak berpuas hati dengan keputusan, tapi aku tetap redha, kerana setiap kejadian ada hikmahnya. just wait la ANWAR BABI. your time will come.