Sunday, January 15, 2012

Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi dan “melepaskan batok di tangga”

oleh bedaduz2.blogspot

Today I’m going to talk about a rather important issue in Malay language; which is lost in translation of words from Jawi to Rumi.

Sewaktu menelaah Bukumuka sekejap tadi (takdelah sekejap, adalah dalam 3 jam yang lepas), saya terbaca status kawan saya dari Brunei. Namanya Rashid Rahman Hassan. Nama panjang: Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Untuk yang tak tau, Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 dekat PICC awal tahun ni, dan dia mewakili negara Brunei.

Ini ialah status dia yang saya printscreen dari facebook:


Agak menarik status dia! Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.

OK, saya terus mintak keizinan dia nak share, dan lepas je dia bagi kebenaran, terus saya copy paste letak dalam status saya, tapi saya tambah sikit:



Saya tambah bahagian batuk dalam status saya, atau sebenarnya batok. Daripada kecik lagi, saya selalu pelik kenapa “melepaskan batuk di tangga” tu bermaksud buat kerja separuh jalan?

Cikgu-cikgu Bahasa Melayu saya masa sekolah rendah pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu. Jadi saya assume maksudnya kita batuk dekat tangga. Tapi memang tak boleh relate, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke?

Masa sekolah menengah, barulah cikgu saya (tak ingat dah cikgu mana...) cakap yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok tu bermaksud batuk.

Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

Inilah contoh batok tu ye kawan-kawan:




“Kau ada batok dekat rumah? Kau mampu?”



Untuk burung pegar pulak, saya cuba google gambar dia. Kemudian jumpa dekat wikipedia.



Namaku Si Pegar, bukan Pagar!



Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’. Saya pun letak gambar ni dekat facebook.

Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...).

Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

Mula-mula ingat nak share dekat facebook je, tapi Rashid galakkan share dekat blog. Biar kongsi ilmu dengan ramai sikit orang. Sebelum ni saya pernah janji dengan Rashid nak post pasal kenapa chicken pox boleh berjangkit dua kali (tapi takde peluang lagi, tapi insyaAllah akan ditulis jugak nanti, kamu tunggu ya Rashid...hehehe).

Disebabkan janji tu belum ditunaikan, saya pun publishlah dulu pasal pegar dan batok ni dalam blog.



OK Rashid, janji yang ni sudah saya tunaikan!

Kepada yang membaca, marilah kita mula membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke rumi. Disebabkan satu huruf je, maksudnya lari terus. Ramai orang yang tak tahu sebelum ni, (mungkin) termasuk cikgu-cikgu Bahasa Melayu.

So kita dah tahu ni, jom sama-sama sebarkan! Jangan biarkan kesilapan ni menghantui anak cucu kita! (ini adalah SERIUS!)


terima kasih(sumber;http://bedaduz2.blogspot.com/2011/12/harapkan-pegar-pegar-makan-padi.html?showComment=1326610236398#c440774991695637594)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Mewah Bahasa: 'Harapkan pegar, pegar makan padi
Oleh Prof Madya Dr Nor Hisham Osman

2012/01/11

DALAM sebuah bilik darjah pada hari pertama persekolahan ….

Zali: Huh!! Tak boleh harap ….
Ramli: Apanya?!
Zali: Ni ha, berita ni ….

Ramli: Berita apa? Aku tak baca lagi ….

Zali: Tu la lain kali, bacalah berita-berita tempatan ni, jangan asyik baca berita liga bola sepak luar negeri je.

Ramli: Hey! Macam mana aku nak baca?! Dari tadi surat khabar tu kat tangan kau aje. Dah habis teh tarik segelas, kau tak habis baca lagi. Bagilah aku pulak ….
Zali: Hehehhee ... maaf le, nah! Kau tengok berita ni, kanak-kanak dirogol bapa saudara sendiri.

Ramli: Bapa saudara?

Zali: Ha’ ah!! Emak ngan bapa budak tu kerja luar negara, tinggal budak tu dengan adik bapanya. Masa bini dia pergi kerja, dikerjakannya pulak budak tu, anak abang dia sendiri tu!!

Ramli: Huh!! Betul dahsyat punya perangai, memang tak boleh diharap. Bak kata orang tua-tua, harapkan pagar, pagar makan padi!!

Zali: Tak betul pepatah tu ….

Ramli: Tak betul?! Apa tak betulnya pulak? Orang tua-tua kita dah cakap macam tu dulu.

Zali: Pepatah tu betul dah, tapi perkataan pagar tu yang tak betul!!

Ramli: Eh!! Loyar buruk pulak, kan pepatah ni ada dalam buku teks sekolah, kita dah belajar sejak sekolah rendah lagi dan memang selalu orang pakai dalam surat khabar, dalam radio, dalam tv.

Zali: Memang orang guna, tapi sebenarnya salah!!

Ramli: Apanya yang salah?

Zali: Cuba kau fikir secara logik, boleh ke pagar tu makan?? Dan satu lagi, mana ada sawah padi yang berpagar ….

Ramli: Eh!! Betul juga ek! Tapi …. Mungkin ini hanya pepatah, bukannya betul-betul.

Zali: Memanglah pepatah, tetapi orang dulu-dulu buat pepatah ni berdasarkan pemerhatian mereka pada perlakuan alam sekitar. Kalau pagar, itu bukan benda hidup, mana boleh pagar makan. Yang makan adalah ayam pegar, ayam pegar ni makan padi ….
(burung pegar betina)
Ramli: Ayam pegar? Ayam apa tu? Tak pernah dengar pun!

Zali: Sejenis burung, tapi orang kampung panggil ayam sebab saiznya sebesar ayam dan melata macam ayam dan boleh terbang macam burung.

Ramli: Ooo ... tapi tak pernah jumpa pun?!

Zali: Memang le kau tak pernah jumpa, ayam ni bukan ayam belaan tapi jenis liar, duduk dalam hutan. Sekarang ni dah nak hampir pupus ….

Ramli: Tapi macam mana pula dikatakan boleh menjaga padi??

Zali: Haa … dulu-dulu ayam ni banyak, dekat pinggir hutan tepi sawah, makan serangga perosak padi dan makan siput gondang. Itulah sebabnya dikatakan ayam pegar ni boleh menjaga padi.

Ramli: Tapi kenapa kemudian dikatakan tidak boleh diharap pulak??

Zali: Sebabnya ... sebab, selain dia makan serangga perosak seperti belalang, siput gondang dan juga ketam, ayam pegar ni juga makan padi!!

Ramli: Ooo …. Gitu ke?!

Zali: Itulah yang timbulnya pepatah harapkan pegar, pegar makan padi!!

Ramli: A’aa yek! Nak harapkan pegar memakan musuh padi, tapi pada masa yang sama dia makan padi!

Zali: Hah! Pandai pun, sekarang kau dah faham kenapa aku kata yang sebenarnya pegar, bukan pagar.

Ramli: Tengok orang la! Hehhehee ….

Glosari
Ayam pegar - sejenis burung yang menyerupai ayam dan terdapat di dalam hutan (crested fireback)
sumber - cakklepi.blogspot.com - Blog Kisah Seorang Budak U

Nota Kaki
Kolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.

terimakasih(sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MewahBahasa__Harapkanpegar_pegarmakanpadi/Article/index_html)

No comments: