Saturday, January 14, 2012

EXCO Penang Istihar Harta? Persoalan Penting Yang Tidak Terjawab




Semalam Ketua Menteri dan EXCO-EXCO Pulau Pinang telah mengisytiharkan secara terbuka aset-aset yang dimiliki dan dipunyai di atas nama mereka. Namun beberapa persoalan di bawah tidak terjawab menyebabkan kita menjadi sangsi adakah Kerajaan Pulau Pinang betul-betul bersikap telus dan terbuka atau adakah mereka sekadar bermain wayang untuk mengaburi mata Rakyat kononnya mereka bersih.

Antara persoalan-persoalan yang belum terjawab:

Kenapakah pengistiharan harta tidak termasuk harta-harta yang dimiliki oleh ahli keluarga seperti pasangan dan anak-anak. Umum mengetahui, pindahan nama aset dan harta di atas nama keluarga dan "proxy" adalah biasa bagi seseorang yang ingin menyembunyikan jumlah hartanya.

Simpanan yang diistiharkan hanya melibatkan simpanan tetap atau "fix deposits". Bagaimana dengan akaun simpanan, akaun bersama dan akaun semasa?

Mengapakah beberapa EXCO tidak mengisytiharkan simpanan tetap mereka? Apakah EXCO seperti Dr P. Ramasamy tidak lansung mempunyai saham dan akaun simpanan tetap? Takkan Unit Trust pun tak ada?

Kenapakah akaun sebegini mudah untuk dilakukan mengambil masa 4 tahun untuk dikemukakan?

Pengistiharan pendapatan melalui gaji dan elaun EXCO, elaun ADUN dan elaun ahli-ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat yang mereka terajui seharusnya dilampirkan bersama supaya Rakyat boleh menilai bagaimana harta berkenaan diperolehi. Kenapa ruangan berkenaan dibiarkan kosong?

Apakah YB Abdul Malek Abdul Kassim tidak mempunyai sebarang harta, saham, rumah, simpanan di Bank? Apakah harta yang beliau ada hanyalah Proton Tiara dan Honda CRV 2.0? Tidak masuk akal langsung!

Di bawah disertakan harta-harta Ketua Menteri dan kesemua EXCO yang diistiharkan secara terbuka untuk penilaian kesemua pembaca. Selagi persoalan di atas masih tidak dijawab, CTS merasakan tindakan Ketua Menteri dan EXCO Pulau Pinang mengistiharkan harta mereka adalah sebagai drama semata-mata!































Written by Cucu Tok Selampit at Friday, January 13, 2012

(sumber; http://khairulryezal.blogspot.com/2012/01/exco-penang-istihar-harta-persoalan.html)

1 comment:

Anonymous said...

SPRM jangan lupa fakta ini bila nak siasat kemudian. Yang diisytihar takat tu je. Yang bawah nama ahli keluarga, proxy dan kroni macam mana? Betul juga kata zmsegamat.

Yang buat bayar duit nenen datang dari mana?